Photobucket

Zikrayaat

Wednesday, January 11, 2006

Bantulah aku Tuhan

Bantulah aku Tuhan agar aku boleh mengingati-Mu selalu
Aku tidak jemu-jemu menyebut nama Tuhan
Kalau lidahku tidak bergerak, hatikulah yang bergerak
Mengapa aku mesti jemu mengingati-Mu ?
Kerana kalau aku tidak layak Engkau menyebut namaku
Tapi Engkau kan sentiasa tahu tentang diriku
Pengetahuan, penglihatan dan pendengaran-Mu tidak pernah lekang terhadapku
Bagaimana pula aku hendak melupakan-Mu
Walau bagaimanapun aku hamba-Mu yang lemah
Kelemahan ini Engkau pun tahu
Kerana kelemahan ini memang Engkau yang menciptanya
Sekali-sekala aku terlupa juga dengan-Mu Tuhan
Tapi ini bukan aku sengajakan !
Aku tidak mahu berlaku kelupaan itu
Tapi ia berlaku juga
Begitulah hamba-Mu mempunyai kelemahan
la pasti berlaku
Kalau tidak bukanlah dinamakan hamba
Hamba adalah jenis insan
Insan ertinya makhluk pelupa
Begitulah sifat hamba
Aku memohon ampun pada-Mu Tuhan !
Aku akan cuba sedaya upayanya Tuhan untuk mengingati-Mu
Bantulah aku Tuhan agar aku boleh mengingati-Mu selalu

No comments:

Murottal al-Quran