Photobucket

Zikrayaat

Friday, November 18, 2011

Sistem Pendidikan Ulu'l Albab

5 comments


Salam buat semua sahabat pembaca....

Usai solat berjemaah setiap hari... pasti saya akan dipeluk ammar dan dia akan berkata " ummi, doakan ammar jadi hafiz quran dan doktor "... asalnya dr dia pandai solat.. saya selalu tiupkan di telinganya "ammar nanti besar jadi hafiz quran ye"... saya selalu berdoa moga Ammar boleh jadi hafiz al-quran....

dan Alhamdulillah, sewaktu mengambil laporan prestasinya di al-Fatih beberapa minggu lepas... teacher ida juga ada menyatakan keputusan hafazan al-quran dan doa ammar semuanya excellent... Alhamdulillah... ummi selalu berdoa moga Allah menerangkan hati ammar untuk menjadi hafiz al-quran... malah dia bukan saja menghafaz surah2 malah iqro' dan bacalah anakku juga dihafaznya... bukannya dieja tp dihafaz... :) :)

kali ini saya ingin berkongsi sebuah artikel berkenaan gabungan pendidikan... masyaAllah itu juga yg saya impikan... adakah bakal terlaksana... mudah2an ada begitu..



Disedari wujudnya perbezaan pendapat di kalangan ahli agama serta ulama berikutan perbezaan fahaman yang mereka pelajari sewaktu menuntut ilmu.

Bukan setakat itu saja, ada antara mereka tidak ketinggalan mengutuk dan memperrendahkan martabat sesama sendiri dengan mengatakan mereka lebih hebat dan pandai dalam bidang agama hingga akhirnya mewujudkan dinding sempadan antara ahli agama.

Hal sebegitu turut berlaku di negara kita apabila ada penuntut terikut-ikut fahaman mereka hingga sama-sama memperrendahkan martabat dan enggan mendengar pendapat orang lain dengan alasan belajar di luar negara dan guru berbangsa Arab.

Sebenarnya, jika kita ingin melahirkan ilmuan Islam, setiap ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan perlu merancang mewujudkan satu proses pengajian menerusi fahaman yang pelbagai.
Click Here


Proses saringan pelajar pintar, rajin dan cerdas, yakni yang memang menjurus dalam bidang agama, perlu dilakukan daripada peringkat sekolah rendah lagi.


Ini seperti menggabungkan beberapa fasa pengajian berbeza, terutama untuk pelajar yang menyerlah dan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), mahupun Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Contoh langkah terbaik ialah dengan mewujudkan Diploma tahfiz di Darul Quran atau mana- mana pusat tahfiz terbaik, seterusnya menghantar mereka melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Muda (BA).

Secara peribadi, saya berpendapat jika ingin menghantar bagi peringkat BA, tempat terbaik adalah di mana-mana universiti di Jordan.

Ini kerana kebanyakan pensyarah di Jordan adalah gabungan tenaga pengajar yang memiliki Doktor Falsafah (PhD) dari Al-Azhar, Ummul Qura, Iraq, Jordan, Madinah, Syria dan beberapa negara Islam lain.

Kepelbagaian latar belakang pensyarah ini akan membantu melahirkan graduan yang berfikiran terbuka dan toleransi dalam kepelbagaian ijtihad mazhab dan aliran.

Ini ditambah pula dengan sistem pengajian yang lebih tersusun dan penggunaan bahasa Arab ‘fushah’ yang sederhana.

Selain pengajian di universiti, perlu ada ‘mentor’ yang memastikan pelajar terpilih tadi menghadiri pengajian ‘talaqqi’ dengan ulama atau cendekiawan di Jordan, khususnya di Amman.

Boleh juga ditambah jadual pengajian mereka dengan memberikan belanja yang cukup untuk menghabiskan cuti semester dengan pengajian ‘talaqqi’ di Syria dengan tenaga pengajar yang terkenal hebat dalam bidang agama.

Hasilnya, dengan gabungan ini kita berharap setiap pelajar dapat menamatkan pelajaran mereka dalam dua gabungan pengajian berbeza, sekali gus memperoleh kekuatan bahasa Arab dan asas utuh dalam ilmu Syariah, Fiqh atau Usuluddin.

Selain itu, perlu mewujudkan peluang pengajian di peringkat Sarjana (MA) menerusi pengajian di Universiti Al-Azhar atau Universiti Kaherah.

Ini perlu kerana ia dilihat sebagai kelebihan yang terbaik, terutama kerana Mesir adalah pusat ilmu Islam sangat berpengaruh di dunia.

Namun, pada masa sama, adalah sebaik-baiknya jika pelajar turut diberikan sokongan serta nasihat supaya menghadiri pengajian di Darul Ifta, Mesir.

Dengan gabungan ini, diharapkan pelajar dapat memantapkan ilmu dalam diri menerusi dua pengajian berbeza yang pastinya berbeza antara satu sama lain.

Seterusnya ialah merangka pelan pengajian supaya mereka dapat melanjutkan pengajian peringkat PhD di Universiti Islam Madinah atau Ummu Al-Qura.

Ini perlu kerana halangan di kalangan pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ini adalah Universiti Islam Madinah dan Makkah payah menerima graduan BA atau MA dari pusat pengajian atau universiti lain.

Oleh itu, sesuatu usaha perlu dilakukan bagi membolehkan pelajar ini memasuki universiti berkenaan dengan harapan, iaitu kekuatan pengajiannya di Jordan, Syria dan Mesir tadi dapat disempurnakan serta diperluaskan pula dengan pengajian di tanah suci ini.

Di samping pengajian rasmi di universiti, alangkah baik jika wujud ‘mentor’ yang mampu menasihatkan pelajar untuk mempelajari ilmu daripada cara talaqqi.

Pada musim cuti, sebaik-baiknya jangan diizinkan pelajar ini bekerja sampingan atau pulang ke Malaysia, sebaliknya perlu merantau ke Yaman untuk mendapat luahan ilmu dari guru di sana pula.

Hasilnya, apabila tamat belajar, diharapkan gabungan pengajian daripada pelbagai pusat pengajian membolehkan pelajar sedikit sebanyak memiliki gabungan ilmu untuk menerima pandangan pihak lain dan mampu memberi pandangan lebih bernas dan berfikiran terbuka.

Dengan ini, mungkin kita mampu menghasilkan seorang ilmuan Islam yang berwibawa, dihormati serta mampu memberikan pendapat bernas hasil gabungan ilmu yang diperoleh daripada percampuran pelbagai mazhab itu tadi.

Selain itu, mungkin kita boleh merangka bentuk pengajian lain apabila pelajar ini kelak mampu menggenggam PhD dengan menghantar mereka menghadiri kuliah Darul Ulum di Pakistan bagi mendalami ilmu hadis.

Mungkin, pada masa sama, setiap pelajar yang terpilih boleh dihantar pula menghadiri pengajian di negara lain seperti United Kingdom kerana ini boleh membantu mereka melihat dunia dalam konteks berbeza berbanding di negara Arab.

Ini sekali gus bukan saja membantu mereka menggarap metodologi Barat, sebaliknya mampu mengasah kefahaman bahasa Inggeris yang boleh digunakan untuk berdepan pelbagai pihak.

Jika kita mampu melahirkan ilmuan melalui proses ini, tidak mustahil individu itu mampu meredakan pertengkaran aliran yang sering bertengkar, bersangka buruk dan berselisih.

Hasil penilaian saya, tahap keegoan beberapa graduan agama di negara kita sukar ‘dineutralkan’ kecuali jika kita mampu melahirkan individu yang berpendidikan seperti di atas.

Namun, tidak dinafikan, banyak cabaran merintang dan belum pasti menjernihkan keadaan, sebaliknya mungkin juga mengeruhkan lagi situasi sedia ada.

Selain itu, proses di atas pastinya diragui oleh aliran yang sedia wujud. Tentunya masih ada yang merasakan ‘individu ini adalah hasil tangan aliran itu’, justeru kita tidak terima dan sebagainya.

Cuma saya meyakini, kekuatan individu ini pasti mampu serba sedikit merapatkan jurang yang wujud di kalangan graduan agama di negara kita.

Kesimpulannya, kita memang memerlukan seorang cendekiawan Islam di negara kita yang bertaraf dunia kerana ini satu daripada caranya untuk merapatkan kembali perbezaan pendapat antara aliran sedia ada.

Perkara ini memakan kos dan masa, namun hasilnya kita berharap akan menerbitkan ilmuan bertaraf tinggi, berfikiran terbuka, mampu menerima pendapat banyak pihak dan disegani seperti Al-Marhum Sheikh Abu Hasan Ali Al-Nadawi, Al-Marhum Sheikh Abul A’lA Al-Mawdudi dan Sheikh Mufti Taqi Uthmani.


InsyaAllah AMMAR HAZIQI boleh....

Friday, October 14, 2011

Suburkan cinta hingga ke syurga

0 comments
belek2 email lama... tiba2 terjumpa cerita ni.. rasa ingin dikongsikan bersama2 sahabat2 semua...


bila dah 5-6 thn berkahwin... sudah dikurniakan buah hati penawar jantung.... macam2 situasi yang kita lalui... apa saja yg berlaku... suburkanlah cinta itu hingga ke syurga... kutiplah sebanyak mungkin pahala di dunia ini buat bekal di akhirat sana... bukanlah sukar untuk mengumpul pahala... taat dan setia serta tawakal padaNYA.. moga jodoh ini berkekalan hingga ke syurga firdausi.. insyaAllah..

hayatilah kisah ini....




Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya,bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan."

Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya?

Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"


Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok."

Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar
sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Rakaman kedua di Salam.fm

0 comments


Salam...

Alhamdulillah seusai kelas hari ini, suami saya datang bersama seorang lagi teman belajar kami us. mohd. rofian ismail... kali ini, Alhamdulillah kami telah rakamkan suara utk 5 episod...

berkenaan episod yg lepas Alhamdulillah... mula2 risau juga nak dengar suara sendiri di radio... risau dgn penerimaan org ramai... sampai ke tidak ke sasaran... hati kami jadi resah.. ya Allah moga dipermudahkan.. jam 12 mlm penerbit rancangan Lughatul Jannah sms kami, menyatakan rancangan kami akan ke udara jam 12.15 mlm... Allahu Akbar... tika itu di kampung banting... sudah diceritakan pada bonda tercinta ttg program itu.. kami menunggu sehingga terlelap.. jam 12 mlm mak kejutkan saya... kata nak dengar siaran bahasa arab tu katanya... tersenyum mak saya mendengar suara suami saya dan kemudian sedikit2 suara saya... saya tahu mak bahagia... ya mak.. saya sgt ingin buat mak bahagia... tanpa rasa sepi sejak pemergian abah... itu saja yg saya mampu buat... saya tak mampu nak tinggal di kampung utk jaga emak.. jadi, mudah2an dgn kepulangan kami ke kampung setiap hujung minggu... setidak2nya dapat mengisi kekosongan yg mak rasai... dapat menggembirakan mak walau seketika...

Hari ini rakaman kami lebih lancar dr yg pertama... suami saya sudah menaip skripnya.. jadi, semuanya agak lancar.. dgn tambahan us. rofian.. nampaknya suami saya sudah lebih tenang kali ini.. insyaAllah abang, sayang akan sentiasa menemankan abang dan memberi inspirasi dan perangsang buat abang.. insyaAllah...

mmg hikmah musyawarah... banyak yg kami dpt perbaiki hr ini... mana taknya bila dah sampai episod ke-7 baru kami terfikir kenapa tak diterjemahkan ye.. jadi, pd episod ke-8 kami buat terjemahan pula... nasib baik yg ada bersama kami mantap orangnya.. terus minta terjemah... begitulah seterusnya.. bila berbincang begini.. mmg byk hikmahnya... dpt memperbaiki mutu penyampaian kami... perancangan lbh tersusun... rakaman 5 episod terasa begitu ringan dan mudah... ya Allah permudahkan kami... Kami ingin menyampaikan amanah ilmu yg diberikan pd kami... bantulah ya Allah...

Baik.. jgn lupa ye.. utk dengar rancangan lughatul jannah.. setiap sabtu mlm ahad jam 12.15 tgh malam di radio salam.fm frekuensi 91.1..... jgn tidur lagi yer...

doakan Allah permudahkan kami... mudah2an.. insyaAllah...

Ingatan dan doa di hari kelahiran

0 comments


Salam....

abah seminggu sebelum pulangnya kerahmatullah menghadap Ilahi...


Lepas subuh pg tadi, seusai membaca ayat2 cinta dr Allah Rabbul Izzati... tiba2 hati saya terasa sebak sedikit... 14 oktober... tarikh ini sgt mengingatkan saya pd almarhum ayahanda kesayangan saya... Hj. Ramlan Kadekan... 14/10/1942 - 26/4/2009... al-Fatihah buat almarhum.....

rasa sebak saya terbawa2 apabila saya memulakan kelas pg tadi dgn al-fatihah... terus teringat pd arwah... lantas saya meminta anak2 didik kelas saya supaya mengirimkan al-fatihah buat almarhum ayahanda saya...

sedih...

teringat segala kenangan 28 thn beliau membesarkan dan mendidik saya supaya menjadi insan berguna buat ummat keseluruhannya... teringat segala pesanan yg dititipkan pada saya kala hari terakhir bersama dgn beliau.. entah kenapa tika itu saya rasa sayu... rupa2nya petanda beliau akan dipanggil kembali menghadapNYA Maha Pencipta... sungguh teringat.. tika itu, hari yg penuh dgn kelam kabut.. dgn keluarga mertua ada di rumah... adik ipar sebelah suami sedang menunggu saat kelahiran.. dgn ada kelas modular di kolej ptg itu juga...kelam kabut rasanya... terkejar2 ke rumah.. hospital putrajaya dan nak ke kolej...saat itu juga adik saya menghubungi.. katanya abah minta balik juga... abah tak lalu nak makan... katanya nak jumpa dgn saya dan keluarga.. saya jadi serba salah... mana yg nak didahulukan ni yer... lantas saya beritahu suami... tiba2 adik ipar saya pula call katanya bawa mak n abah mertua saya ke hospital.. isterinya hampir bersalin... Allahu akbar... nak menangis rasanya... selepas berbincang.. pergi hospital putrajaya dulu... bila datang tengok.. adik ipar masih ok belum bersalin lg... jadi, saya dan suami decide balik kampung nak jenguk ayah dan pujuk beliau utk makan... sampai di kampung jam 4.00ptg..

tika itu, raut muka ayah saya kelihatan sangat girang... mcm2 dipesannya.. jaga anak2.. jaga keluarga baik2... kerja elok2... macam2... dalam hati saya kenapa pula ayah ni... apa pun saya anggukkan saja, segala yg diperkatakannya... ayah juga khusyuk berborak dgn ayah mertua saya.. hingga timbul rasa kasihan pada ayah mertua saya melihat ayah saya bercakap tidak berhenti2... sedang khusyuk berborak.. tiba2 deringan telefon mengejutkan suasana... adik ipar saya di hospital putrajaya sudah bersalin... memandangkan saya ada kelas di kolej jam 6.15 ptg itu.. saya segera memohon izin dr ayah saya utk pulang... sambil saya bersalam dgn ayah dan mengucup kedua tangannya.. sempat lagi beliau berpesan... mcm2 dipesannya.. saya jadi terharu.. tetapi disebabkan tugas yg perlu dilaksanakan.. dan adik ipar saya yg sudah bersalin.. terpaksa juga saya tinggalkan rumah mak n ayah... tanpa saya sedari, detik itulah saat terakhir saya boleh bercakap2 dgn ayah... sebelum ayah di panggil menyahut seruan Ilahi keesokan harinya...

Ya Allah Ya Tuhanku,
Ampunkanlah segala dosa ayahku,
Limpahkanlah kurniaMu ke atas ayahku,
Jauhkanlah ayahku dr azab seksa,
Tempatkanlah ayahku bersama2 para solehin dan muttaqin,
Jadikanlah doa ku ini tidak terhijab olehMU...
Aku ingin selalu mendoakan keamanan ayahku
dan dijauhkan dr segala kesusahan di dunia dan akhirat...
aminn.. insyaAllah...

saya RINDU ayah saya... masih teringat saat berborak2 dgn ayah ttg pekerjaan saya... katanya carilah kerja kerajaan mcm abah... tika itu saya masih di kolej... tika itu juga sgt byk cerita ttg guru j-qaf.. sebenarnya ayah minta saya jadi guru j-qaf tika itu...boleh mengajar berdekatan rumah sahaja.. tidak perlu hingga ke bangi... lantas saya menjawab.. tak kisah di manapun kita bekerja, yg penting ianya halal dan dilakukan ikhlas semata2 kerana Allah s.w.t...

Alhamdulillah, kini setelah 2 thn lebih pemergian ayahanda ke rahmatullah... akhirnya cita2 ayah untuk melihat saya bekerja dgn kerajaan terlaksana... namun, tidak dapat saya raikannya bersama ayah... terima kasih abah atas inspirasi yg diberikan... saya sgt hendak menjadi anak solehah abah yg sentiasa mendoakan ibubapanya... siang malam, dlm doa saya tidak pernah dilupakan doa2 utk abah... moga abah tenang di sana... insyaAllah... al-Fatihah....

Tuesday, October 11, 2011

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA

0 comments
Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang
biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :-
"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.


"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-
"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !"
Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri)disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"


KEISTIMEWAANNYA
---------------------
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-
"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam.

10 laluan kita Jeling-jeling, Pandang-pandang...

0 comments
1. Laluan Menuju ke Kubur

* Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
* Hindarkan perasaan irihati (benci)
* Jangan teroengaruh dengan emas/ perak
* Sucikan qada' hajat dengan istibra (berak/ kencing)

2. Laluan untuk Berjumpa Izrail

* Bersihkan diri dengan bertaubat
*Gembirakan hati orang mukmin
* Bayar semula qada' yang tertinggal
* Kasih sepenuh hati kepada Allah Taala

3. Laluan untuk Bertemu Mungkar Nakir

* Mengucap dua kalimah syahadah
* Suka memberi sedekah
* Berkata benar
* Bersihkan dan perbaiki hati

4. Laluan untuk Memberatkan Timbangan

* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dengan yang sedikit
* Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh Allah

5. Laluan Memantapkan Amalan

* Jauhkan perkataan yang sia-sia
* Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji-pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan akhirat

6. Laluan Melalui Titian Siratul Mustaqim

* Kasihilah ailia' Allah Taala
* Berbaktilah kepada kedua ibubapa
* Berpegang teguh dengan hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

7. Laluan Menjauhkan Diri dari Neraka

* Banyakkan membaca al-Quran
* Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
* Tinggalkan perkara maksiat
* Jauhkan segala yang haram

8. Laluan untuk Memasuki Syurga

* Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* Kerjakan segala suruhan-suruhan Allah
* Merendahkah dri di antara semua makhluk Allah

9. Laluan Berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW

* Kasihilah Nabi Allah
* Kasihilah Rasulullah SAW
* Tuntutilah yang difardhukan oleh Allah
* Banyakkan selawat Nabi Muhammad SAW

10. Laluan untuk Bertemu Allah

* Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah
* Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada Allah
* Bencikan segala yang diharamkan-Nya

Monday, October 10, 2011

Kisah Luqmanul Hakim dgn telatah manusia...

0 comments


Assalamualaikum....

Dalam hidup kita, selalu sangat kita mendengar pendapat org2 di sekeliling kita.. kekadang kita sendiri tidak berfikir apakah kesan di sebalik pandangan tersbut...
Jarang sekali kita berfikir apa pandangan Allah pada kita... kita sibuk nak tahu pandangan org lain... kadang2 kena dengar juga kata2 iman di dalam hati kita..

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar (kaldai), manakala anaknya mengikut dari belakang.

Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, “Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap
menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang,maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka dengan katanya,"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah
dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Antara Sabar dan Mengeluh

0 comments


Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan
berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka
hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan
yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"


Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang
mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari
suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur
kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda.
Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang
mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith
Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah,merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi
pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Buat Renungan bersama

0 comments

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu 'anhu telah berkata :
Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah
menyatakan tujuannya :

Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat.
Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya Tanyalah apa yang engkau kehendaki :

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim
Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang
alim

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan
jadi orang paling kaya

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau
kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka
engkau akan jadi sebaik-baik manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang
istimewa di sisi Allah

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik )
Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau
melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia
tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat
Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau
akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya
Baginda S.A.W menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain
nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan(kurangkan ) segala dosamu

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih (dari hadas)nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya
Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan
rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku
Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan
diterimaNya

Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan
menutup keaibanmu pada hari qiamat

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan,mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti,rendah diri dan sabar dengan ujian(bala)

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?
Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui )dan
menghubungkan kasih sayang

Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda S.A.W menjawab : Sabar di dunia dengan bala dan musibah

Telah berkata Imam Mustaghfirin: aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar
dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini....

Barakallahufik..wassalam..

Murottal al-Quran