Zikrayaat

Friday, October 07, 2011

Salam.fm



Assalamualaikum..

Hampir saja nak switch off pc ni tadi... tiba2 tergerak nak buka blog... ooo.. patutlah seruan dr anak didik azlan yusof punding...

Baiklah sedikit cerita... semalam zauji habibi (abu ammar) ada bgtahu... kena audition untuk program lughatul quran di salam.fm... biar betul encik suamiku ini... katanya arahan dr ketua jabatan... baiklah... tiba2 en.suami mendapat idea.. apa kata 'kita' buat muhadathah(perbualan)... 'kita' saya bertanya... yelah.. kita... klu perbualan mestilah berdua... kalau ajak org lain, nnt pelik plak... okey... jom solat istikharah... saran saya pd en. suami...

rasanya sebelum ni saya pernah tertekan channel 91.1 tu... tapi, rasanya lagu2 yg dipasang kurang menusuk ke hati saya... bila try sekali lagi.. eheheh... channel org asli pulak.. ish biar betul... tiba2 teringat salam.fm tu radio jakim... tp yg peliknya setiap kali dalam kereta... tak pernah pula saya dengar irama nasyid dr rafio salam.fm tu... adalah sekali tu saya tertekan channel tu, ada lagu nasyid, tp tulah sekali.. selain tu tak de dah saya dengar lagu nasyid dr channel tu.. saya terfikir mungkin dah tukar ke channel lain kot.. huhuhu...

Rupa2nya apabila bertanya penerbit... ok.. radio salam.fm ni hanya bersiaran dr jam 12.00 tgh malam hingga jam 8.00 pagi... dan berkongsi frekuensi dgn radio asli... ooo kini terjawablah persoalan saya... hehehe.. patutlah tak dapat dengar waktu siang hari... huhuhu.. selalu begitu.. rancangan2 agama di anaktirikan... sedih rasanya... sebagaimana dimaklumkan rancangan lughatul quran ini akan disiarkan pada jam 12.15 mlm setiap sabtu bermula pasa esok hari 8/10/2011... sasarannya pula utk pelajar2 dan warga emas yg tak boleh tidur malam mungkin... entahlah kami pun tak pasti sempat ke tidak nak dengar rancangan ini mlm esok...

ke Angkasapuri
Jadi hari ini, seusai kelas saya di USIM dr jam 8-9 pagi... suami saya datang utk ke angkasapuri... dalam hati biar betul... dalam kereta suami berpesan... anggaplah ini khidmat bakti untuk menyampaikan amanah ilmu yg telah Allah beri pada kita melalui cara ini... sebelum ini kita menyampaikan ilmu melalui face to face... jadi ini mungkin wasilah lain yg boleh kita gunakan agar ummat dapat mempelajari bahasa arab.. bahasa al-quran dan bahasa ahli syurga ini..insyaAllah bang...ia merupakan pengalaman pertama kami recording suara untuk 3 episod...ooo tidak mudah ye.. preparation kami tidak seberapa... insyaAllah ianya akan menjadi panduan utk kami dlm memperbaiki mutu penyampaian kami... insyaAllah...


ini ada saya copykan sedikit berkenaan salam fm

Siaran Radio Jakim "SALAM FM" - FM 91.1 (12am - 8am)


SALAM FM

Tag Line : Menjana Minda

Masa Siaran : Jam 0000 Pagi Sehingga 0800 Pagi Setiap Hari

Konti Siaran : Studio 7 Berkongsi dengan Asyik FM dan Suara Islam


Frekunsi :

FM 91.1 MEGAHERTZ bagi kawasan LEMBAH KELANG

FM 102.5 MEGAHERTZ bagi kawasan PAHANG BARAT

FM 105.1 MEGAHERTZ bagi kawasan CAMERON HIGHLAND

GELOMBANG PENDEK KEBANGSAAN (GPK)

SW 6070 KILOHERTZ

GELOMBANG PENDEK SW 9750 KHZ 31 METER

SW 9750 KHZ 48.58 METER



Objektif :

1. Melebarkan lagi program dakwah melalui radio dalam Bahasa

Malaysia dengan program-program yang berinformasi dan ilmiah;

2. Untuk memberi pilihan kepada pendengar mendapat INPUT dakwah secara interaktif pada waktu awal pagi;

3. Untuk memastikan ajaran Islam tersebar luas kepada seluruh masyarakat bagi melahirkan ummah yang progresif dan berakhlak mulia.


jadi, bolehlah dengar salam fm lepas ni... jangan lupa setiap sabtu 12.15 mlm... hanya 10 minit saja setiap episod... lughatul quran bersama us. ghazali wa zamilatuhu....

Murottal al-Quran