Salam ziarah....

Salam ziarah....

Zikrayaat

Halwa Mata

Loading...

Tuesday, November 10, 2009

Kejadian di pagi hari...

salam...
Hari ni pagi2 lagi kami dah bersiap... ammar pun Alhamdulillah memberi kerjasama yg amat baik.. jam 6.15 dah siap mandi... sekarang ni mmg senang sgt nak kejutkan dia.. ckp je ada bas sekolah lalu kat depan rumah.. terus dia bangun dan mengintai di tingkap... nk tengok anak jiran depan rumah naik bas sekolah.. lepas tu oklah... boleh diajak mandi dan solat subuh... walaupun subuhnya ammar ni 1 rakaat saja... lepas tu dok ralit main dgn lori2 dia yg pelbagai tu...

ummi pun pagi ni mengaji tak byk sgt... abi nak hantar ummi pagi ni.. so, kena cepat sikit coz abi ada kelas jam 9 pg ni... jam 7.05 minit kami semua dah turun ke bawah.. sempat juga ummi buat sandwic.. mlm tadi sebelum tidur bahan2nya semua dah disediakan.. pg ni tinggal buat je... sambil minum air coco HPA yg sedap itu.. so.. jam 7.30 dah keluar rumah... selalunya mmg ummi yg akan panaskan enjin sambil angkut beg2 laptop dan beg ammar sekali.. tp pg ni bila abi nk start kereta.. ummi tak dengar apa2 bunyi pun... so, ummi plak try.. abi buka bonet depan... masih tak boleh,... Allahu akbar... ujian apakah ini... mujurlah jiran sebelah nak keluar rumah tika itu... sempatlah juga abi tanyakan kalau2 ada jumper... hmm tak ada juga... ummi macam nak menangis.. tapi sabar jelah... dulu masa naik kereta nissan... lagi teruk dr ni... ada tikanya kereta berhenti dekat tgh2 tol.. jadi.. anggaplah ini sebagai dugaan... mmg pun dah dua thn bateri kereta tu tak diganti.. last ganti 2 thn lepas masa abi pergi ke dubai dulu...

Alhamdulillah jiran sebelah ada dua orang campur jiran sebelah kanan pulak sorg... masing2 dah bersiap pakai baju kerja.. jadi.. masing2 tolong tolak kereta... ummi risau juga tengok diorg tolak sampai ke hujung tak boleh start juga kereta tu.. lahai risaunya... ammar pun tanya.. ummi kereta kita kenapa... ummi pun jawab... kereta kita rosak... acik tolak kete kita??? tanya ammar... bila kena macam ni tetiba teruja kembali niat nak beli second car yg sudah beberapa kali ditangguhkan tu... terbayang2 kereta pesona.. tapi sabar je lah... ujian dan dugaan ni...

akhirnya sampai ke hujung perumahan tu mereka menolak kereta... bila tukar abg sazali (jiran kanan) yg try start kereta tu.. dan yg lain menolaknya... Alhamdulillah hidup plak...

moral of the story.. perbaiki ukhuwah sesama jiran2 di sekeliling kita... kita tak tahu bila kita ditimpa kesusahan.. mujurlah kami mmg baik dgn jiran2 kiri dan kanan.. cuma mungkin masalah masa dan halangan bekerja 7 hr seminggu menyebabkan ukhuwah kami kurang rapat... stp pagi klu sempat pun just senyum2 time siram pokok bunga... sem ni mmg teruk sikit... kami berdua punya kelas sampai ke sabtu ahad... nk balik kg pun susah sikit...

sebab tu kot ada kata2 hikam arab berbunyi (aljar qabla addar...) berjiranlah sebelum berumah. mmg ada hikmahnya... jiran ni yg membantu kita di saat kawan2, saudara mara dan ahli keluarga tidak dpt membantu... yelah pagi2 camtu.. mana sempat nak call kwn2 atau family... mujur ada jiran...Alhamdulillah... selalu sgt Allah membuka jalan dan memudahkan segala kesukaran yg dilalui... syukur kami padaMU ya Allah...

Friday, November 06, 2009

Kolej Dar al-Hikmah dr paparan Media

Berita terkini KDH di Berita Harian...

Laman IPTS: Gabung pengajian
Oleh Basir Zahrom

KDH bangun tradisi ilmu, jadikan Islam cara hidup

KOLEJ swasta Islam terawal di negara ini, Kolej Dar al-Hikmah (KDH) yang ditubuhkan sejak 20 tahun lalu kini mengorak langkah mencapai cita-cita bergelar kolej universiti dalam tempoh lima tahun lagi.

Peranan yang ingin dipikul pula berdasarkan falsafah pendidikannya yang menggabungkan program profesional dan akademik adalah untuk melahirkan insan beriman, berilmu, berketerampilan, berani, berakhlak dan berdaya maju.

Kini, institusi pada awalnya dikenali sebagai Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam itu menawarkan semua program mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan sentiasa dikemas kini mengikut keperluan semasa.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Md Fuad Bahari, berkata bagi mencapai matlamat itu, pihaknya merancang menawarkan program baru dalam bidang lain seperti kejururawatan dan ekopelancongan.

Selain menawarkan pengajian hingga ke peringkat ijazah, beliau berkata, kolej itu juga merancang menyediakan kampus lebih besar.

Bagaimanapun, katanya, matlamat diutamakan kolej itu sama iaitu membangun tradisi ilmu memugar kegemilangan tamadun dan menjadikan Islam sebagai cara hidup dengan menyediakan kursus asas agama itu sebagai subjek wajib.

“KDH yang bernaung di bawah Angkatan Belia Islam Malaysia adalah kesinambungan program tarbiyah dan dakwah angkatan itu bermula dengan Taman Asuhan kanak-kanak Islam, Sekolah Rendah Islam dan Sekolah Menengah Islam.

“Di sini, beberapa kursus wajib perlu diikuti pelajar iaitu Fiqh Islami, Peradaban Islam, Pengantar Pengurusan, Metodologi Penyelidikan dan usrah,” katanya kepada Berita Harian.

Md Fuad berkata, program diploma ditawarkan kolej itu antaranya dalam bidang Psikologi, Diploma Kaunseling, Pengajian Syariah, Usuluddin, Perakaunan dan Pengajian Islam (Muamalat), manakala peringkat sijil pula Perguruan Prasekolah. Beliau berkata, kolej itu juga akan memperkenalkan program baru yang mendapat pengiktirafan MQA, Diploma Kesihatan Persekitaran, mulai Januari depan.

KDH disifatkan kolej rakyat kerana yuran dikenakan antara termurah berbanding institusi pengajian tinggi swasta lain termasuk institusi yang mendapat tajaan kerajaan negeri. Sebagai contoh, katanya, yuran Diploma Perakaunan hanya RM15,445 untuk pengajian dua tahun setengah berbanding kolej lain mencecah RM27,000.

Sambil menjelaskan pembayaran yurannya fleksibel kerana boleh dibuat secara ansuran bulanan, beliau berkata:

“Kita tidak terlalu bergantung kepada bayaran yuran pelajar kerana KDH mempunyai Al-Hikmah Training and Consultancy yang mengendalikan kursus jangka pendek.

“Selain itu, akademi kajian ketamadunan banyak mengeluarkan buku untuk dijual, jadi keuntungannya sedikit sebanyak membantu bagi menampung kos pengurusan kolej ini,” katanya.

Md Fuad berkata, hubungan erat warga KDH menjadi kelebihan belajar di kolej itu, selain nisbah antara pensyarah dan pelajar kecil, iaitu 60 pelajar yang mengikuti diploma sepenuh masa, manakala lebih 300 orang bagi kursus separuh masa (modular). Katanya, kursus modular diikuti golongan bekerja yang mahu meningkatkan pengetahuan dan kelayakan dalam bidang diceburi, termasuk di kalangan mereka yang bukan Islam.

“Pensyarah kami juga berkualiti, masing-masing mempunyai kelulusan sama ada dari dalam mahupun luar negara,” katanya.

Sunday, November 01, 2009

Seminar Pengajian Tinggi Islam ke-7

Alhamdulillah.. hari yg dinanti penuh debaran tiba juga... kali ini saya merasakan tugas saya agak berat juga... sebelum ini saya selalunya ditugaskan di bahagian dokumentasi sahaja. mengedit kertas kerja pembentang, menjadi pencatat seminar dan sebagainya... tetapi kali ini saya ditaklifkan sebagai ketua protokol..

risau, takut tak terlaksana amanah itu... mana tidaknya dengan keadaan saya yg sebegini... di akhir trimester kedua ini dilanda batuk yg bersangatan... dgn semangat yg diberikan oleh suami dan ammar... abi ajar ammar wish pada ummi... "ummi boleh" kata ammar...

jadi semalam.. tiba masa yg ditunggu... Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.. para pembentang dan moderator yg memberikan kerjasama sewajarnya... zamri bali (mc) tunjang seminar semlm.. mujur zamri sudah berpengalaman dlm bidang perngacaraan ini... sudah beberapa kali menjadi mc... jadi sudah tiada masalah...

Para pembentang seminar yg amat2 ilmuwan.. Prof. Dr. Kamal Hassan yg amat merendah diri.. dulu masa di uia saya sangat mengagumi beliau... pantang dipanggil tan sri.. walaupun mmg itu gelaran yg diterima oleh beliau... begitulah para ilmuwan.. tidak mahu digelar di atas pangkatnya tetapi atas ilmunya... baik prof... kami tak panggil tan sri lagi lepas ni.... seterusnya dr. uthman el-muhammady, prof. emeritus dr. Osman Bakar, Dr. Sidek Baba, Dr. Ghazali Basri, Dr. Ahmad Satori, Dr. Haslinda, Dr. Nik Azis Nik Pa, Dr. Yap Sin Tian, Dr. Nagendalingan, Dato' Sahlan...

Ada sesuatu pada prof. nagenderalingan a/l ratnavadivel yg saya banggakan.. sungguhpun beliau bukan beragama Islam... tetapi ideanya yg bernas dan selalu memasukkan mafhum al-quran dlm hujahnya amat manarik, bukan pada saya sahaja malahan pada semua peserta... contohnya beliau menyatakan ayat pertama yg turun adalah bacalah!! dengan nama TuhanMu yg menciptakan... kemudian berilmu tanpa amal tidak sah.. kemudian beliau menyatakan lagi gabungan antara roh, aqal, dan jasad... berkenaan kauniah dan sebagainya... sungguh menarik.. beliau mendapat tepukan yg begitu gemuruh dr para peserta...

Berkenaan peserta pula.. Alhamdulillah.. peserta di luar jangkaan... kami anggarkan dlm 200 org sahaja...tetapi peserta melebihi 250 org... saya rasakan gabungan para ilmuwan itulah yg menarik para peserta utk menghadiri seminar ini... 100 orang daripadanya adalah peserta luar... selalunya seminar kami ini dihadiri oleh pelajar kolej sahaja.. fulltime dan modular.. tetapi kali ini Alhamdulillah mendapat sambutan hangat juga dr peserta luar...

Oleh itu... Tahniah diucapkan kepada pengarah seminar kali ini Pn. Saleha Idris, tidak dilupakan juga buat semua tenaga kerja seminar yg terdiri drpd semua staf Kolej dar al-Hikmah yg mantap belaka... begitu juga buat pelajar2 yg membantu melicinkan lg program ini... seterusnya berbanyak terima kasih saya ucapkan atas bantuan ajk protokol kali ini terutamanya safura, fatimah, iffah, azhana, kak azanah, awi, us. mujahid dan lain2 lagi... semoga jihad kita ini kan mendapat keberkatan drNYA insyaAllah...

Teruskan lagi perjuangan untuk 2 program lagi yg menanti... iaitu reherseal konvo hr ini, makan malam di Puri Pujanggan mlm ini... dan esok majlis konvokesyen... hr selasa kita bercuti... cabaran buat kita thn ini.. 3 program dlm satu masa sempena sambutan 20 thn KDH... moga Allah merahmati kita semua.. insyaAllah...

Saturday, October 17, 2009

ceritera eidulfitri 2009

assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah.. syawal sudah hampir melabuhkan tirainya... thn ni Alhamdulillah juga... Allah memberikan saya nikmat untuk berpuasa penuh.. ditambah pula dgn puasa 6 di bulan syawal.. ditengah kesibukan.. saya berusaha juga menyelesaikan puasa 6....

Alkisahnya.. raya thn ni giliran kampung saya pula... setelah thn lepas beraya di kampung suami... Alhamdulillah setakat ni kami masih lagi boleh bertasamuh untyuk bergilir2 menyambut syawal.... tambahan pula thn ini adalah thn pertama kami sekeluarga menyambuat syawal tanpa ayah di sisi... jadi, pagi2 syawal lagi.. seusai solat sunat hari raya... kami sekeluarga pergi menziarah kubur arwah abah... sempat juga saya memerhati raut wajah emak yang kelihatan agak sedih pagi itu... sedaya upaya kami berusaha untuk menggembirakan emak dan membuatnya redha di atas pemergian suami tercinta... saya dapat rasakan bagaimana sukarnya keadaan itu... namun kami semua redha... yang pergi tidak akan kembali lagi.. apa yang mampu kami buat adalah sekalung doa dan ingatan buat abah moga rohnya tenang di negeri abadi...

suasana di perkuburan pd pagi 1 syawal
Sebelum ini tidak menjadi kebiasaan kami untuk menziarah kubur di pagi syawal... andai ada pun hanya emak abah dan adik beradik lelaki menziarah kubur atuk dan nenek... almaklumlah saya sendiri tidak sempat berjumpa nenek... atuk pula meninggal ketika saya masih kecil... jadi pagi itu, seusai solat sunat eidulfitri.. kami sekeluarga menziarahi kubur abah... masya Allah ramainya orang... byknya kenderaan.. sampai sesak jalan di perkuburan itu... saya tidak sangkal keadaan ini.. kerana dari keluarga kami saja sudah sampai 4 kereta... apalagi keluarga2 lain...

melihat ramainya orang di perkuburan... syukur saya panjatkan.. paling tidak para waris tidak melupakan mereka yang telah tiada di dunia fana' ini, di saat mereka menyambut kegembiraan di pagi eidulfitri... masih ada ruang waktu utk menziarah orang tersayang yang telah kembali ke rahmatullah, waimma sekali sethn... baiklah... selesai kami bertahlil dan membaca yaasinn.. kami segera pulang ke rumah...

Sambil menunggu adik beradik yg belum tiba...kami menjamu selera... terkenang abah.. biasanya balik solat sunat eidulfitri.. abah akan panggil kami semua.. makan beramai2... setelah itu.. sesi bermaaf-maafan pun bermula.... kali ni agak lewat kami keluar rumah hampir jam 12 baru kami keluar... selalunya paling lewat jam 10 pg.... kami rindu abaaahhh...

Saturday, September 19, 2009

Salam Eid al-fitri



Assalamualaikum wbt...
Sempena Eidul Fitri yang bakal menjelma, kami (Ghazali, Rosilawati dan Ammar Haziqi) menyusun jari memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kekekhilafan yg sengaja atau pun tidak dilakukan... semoga dgn tibanya eidul fitri ini dapat mengembalikan kita semula kepada fitrahNYA... insyaAllah
كل عام وأنتم طيبون
تقبل الله منا ومنكم
لعلنا أن نكون من العائدين والفائزين... إن شاء الله