Zikrayaat

Friday, June 27, 2008

Rahmat Untuk Suami Isteri Yang Bangun Malam

14 comments

Kebahagiaan dan kesejahteraan hidup yang merupakan impian setiap insan bukanlah sekadar terletak pada nilaian harta benda dan wang ringgit. Banyak rumah tangga yang hancur kerana mengikut teori kebahagian sendiri. Mereka menyangkakan wang adalah segala-galanya... Namun setelah memperolehi semuanya itu, rumah tangga masih tidak bahagia. Suami isteri tidak mesra. Bahkan sentiasa berkrisis, bermasam muka dan berburuk sangka. Hubungan ibu bapa dan anak-anak renggang. Justeru itu, kebahagiaan bukan terletak kepada material semata-mata, yang paling utama ialah pimpinan suami itu sendiri.Suami perlu mendidik isteri ke arah mencapai cinta Allah, cinta agama dan cinta akhirat. Cinta kepada Tuhan akan mendorong seseorang itu untuk berbuat kebaikan demi mencari redha Allah. Setiap pasangan perlu saling bantu-membantu untuk memajukan diri mencari keredhaan Allah terutama sekali pada waktu keheningan malam.Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:“Dan bantu-membantulah kamu dalam kebaikan dan takwa, janganlah kamu bantu-membantu dalam melakukan dosa dan pelanggaran.” (Al-Maidah: 2)


Malah baginda s.a.w. sangat suka kepada suami isteri yang saling bantu-membantu dalam ketaatan, rukuk dan sujud dalam kegelapan malam ketika semua manusia tidur dengan lenanya. Itulah sebenarnya petua kebahagiaan dunia dan akhirat.Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, katanya:Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mudah-mudahan Allah merahmati seorang suami yang bangun pada tengah malam lalu mengerjakan solat dan membangunkan isterinya sama-sama melakukan solat. Sekiranya dia enggan, maka dipercikkannya ke wajahnya.” “Mudah-mudahan Allah merahmati seorang isteri yang bangun tengah malam untuk mengerjakan solat dan juga membangunkan suaminya, jika dia enggan, maka dipercikkanlah air ke mukanya.” (Riwayat: Abu Daud dan Ibnu Majah)Menerusi hadis di atas jelaslah kepada kita betapa indahnya saat-saat seorang suami membangunkan isterinya dengan lemah-lembut seperti memercikkan air ke mukanya pada tengah malam supaya sama-sama melakukan ibadat kepada Allah s.w.t. apatah lagi jika anak-anak dapat ikut serta.


Betapa sayunya hati ketika ini mengenali dosa-dosa yang telah dilakukan. Air mata menitis tanda keinsafan. Zikir dialunkan tanda kesyukuran. Doa dipanjatkan memohon kesejahteraan keluarga dunia dan akhirat. Kebahagiaan seperti inilah akan melahirkan jiwa yang tenang, aman damai, tiada ketakutan, tiada kebimbangan malah berada di dalam keadaaan redha dan diredhai Allah dunia dan akhirat. Ini jelas dalam firman Allah bermaksud:“Wahai jiwa yang tenang kembalilah kamu kepada Tuhanmu dalam keadaan kamu redha dan diredhai. Masuklah dalam hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Al-Fajr: 27-30)Diriwayatkan daripada Abu Hurairah dan Abu Said r.a. katanya: Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seorang suami membangunkan isterinya pada waktu malam kemudian mereka mengerjakan solat dua rakaat, maka mereka termasuklah atau tergolonglah ke dalam golongan orang-orang yang banyak berzikir kepada Allah.” (Riwayat: Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)


Oleh itu, luangkan masa untuk bermunajat kepada-Nya agar tidak timbul penyesalan pada hari kemudian.

Thursday, June 26, 2008

Nasyid favourite ummi (Keluarga Penyayang)

0 comments

Di kala sepi camni..time ammar nak tidur.. hari ni ammar menangis jer.. may be rindu sangat dgn abi... sambil tepuk2 belakang ammar dan dodoikan ammar... tetiba ummi teringat satu nasyid ni... selalu dlm kereta... ummi pesan kat abi... ni nasyid kegemaran ummi tau..... terimalah KELUARGA PENYAYANG......
Dodoian ibu menidurkan anak,
Sayup terdengar memecah sunyi,
Diam hai anak jangan ditangisi,
Ayahmu pergi berkerja nantikan kembali,

Disini digambarkan keluarga bahagia,
Bermula si suami menyucikan hati,
Dan isteri yang elok pekerti,
Mereka mendoakan anak yang soleh
penyeri kehidupan..

Dodoian ibu menidurkan anak,
Sayup terdengar memecah sunyi
Diam hai anak jangan ditangisi,
Ayahmu pergi berkerja nantikan kembali,

Anak dididik berlandaskan iman,
Sifat mahmudah jadi pegangan,
Sifat buruk sentiasa dihindar,
Rasul mulia dijadikan contoh.
Tauladan sepanjang zaman

Dodoian ibu menidurkan anak,
Sayup terdengar memecah sunyi,
Diam hai anak jangan ditangisi,
Ayahmu pergi berkerja nantikan kembali,

Bila keluarga sudah bahagia,
Sifat kasih sudah tersemat,
Tidak perlu kasih kedua,
Dadah arak dan peleseran,
Menjadi musuh diri,

Memanglah benar kata pujangga,
Tangan yang menghayun buaian,
Bisa menggegar pelusuk dunia,
Diasaskan oleh keluarga bahagia.

artiS : IN-TEAM
lagu : Keluarga Penyayang

8P Tip Kebahagiaan Rumahtangga

0 comments

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.


2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya

Wednesday, June 25, 2008

Makanan Keluaran Apollo HARAM dimakan !

0 comments
Kepada semua pengguna2 Muslim,
Saya ingin menasihati anda semua supaya berhenti membeli semua keluaran Apollo Food Industries terutamanya ibubapa yang selalu membeli makanan seumpama layer cake, choco stick dan sebagainya yang selalu keluar iklan di TV . Kejadian ini berlaku kepada saya sendiri. Saya selalu juga membeli apollo layer cake dlm kuantiti yg banyak untukanak2 saya sebagai makanan ringan. Anak2 juga selalu mendapat product Apollo setiap kali ada majlis harijadi disekolah (goodie bag yg disediakan oleh parents kepada birthday girl/boy tersebut). Selama ini saya ingatkan product Apollo ni HALAL sebab keluar kat TV..kalau tak halal, takkan TV boleh lepas ye tak?Nak jadikan cerita, suatu hari, saya membeli APOLLO CHOCOLATE LAYER CAKE yg plastik pembungkusnya berwarna kuning . Anak2 sempat makan sorangsatu.Entahlah, sudah menjadi tabiat saya, suka membaca ingredient yg terterapada pembungkus makanan, hatta ubat gigi, syampoo dan sebagainya, saya juga suka membaca. Mungkin saya mengambil langkah berjaga2 agaknya.Tetiba saya terpana bila apa yg saya takuti akhirnya terjadi kepada saya & keluarga sendiri... APOLLO layer cake yg saya beli mengandungi Emulsifier 471, yg kita sudah maklum, mengandungi unsur babi..Astaghfirullah. ..Astaghfirullah. .. Astaghfirullah. . banyak kali saya beristighfar, kerana anak2 saya sudah memakan cake tersebut.Saya terus memberitahu mereka supaya jgn lagi memakan APOLLO... APOLLO HARAM DIMAKAN !

Saya harap kawan2 sume tolong sebarkan kepada jiran2, kawan2 seagama supaya memesan kepada anak2 kita, jgn lagi memakan product apollo ini..Bukan saja Apollo Chocolate layer cake, tapi kita patut BANNED semua product keluaran APOLLO kerana semua productnya dikilangkan dikilang yg sama, mesin yg sama, bercampur yg halal dan haram...

Yang buat saya paling sedih, Ada logo HALAL pada plastik pembungkus APOLLO tersebut...Marilah kita sama2 membenteras penipuan ini dan semoga Allah ampunkan dosa2 kita yg telah termakan benda haram ni...

Emulsifiers yg HARAM:120,141,160( A), 161,252,300, 301,422,430, 431,434,435, 436,441,470, 471,472(AE),473~477, 481~483,491, 494,542,570, 631,635,920 beur & RENNET...

Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam
Oleh Dr. M. Anjad Khan
Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawaidi Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnyaadalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran,bahan-bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja di Badantersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik sepertiE-904, E-141.

Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab " KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAKTANYA. Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada.

Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin didunia.Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak dinegara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babimencapai lebih dari 42.000.Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkandengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi tersebut ? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi.

Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu,lemak-lemak tersebut dibakar.Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut.Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan. Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan,ubat-ubatan harus dicantumkan pada kemasan.Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk.

Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk kenegara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport.

Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesin yang ada didalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera - tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara (civil war ).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 -an mengetahuinya. Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwajb dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.Sebagai akibatnya,pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana keuntungan penjualan ke negara Islam boleh mencapai jutaan dolar. Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES.

E-INGREDIENTS ini terdapat pada banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin,buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya. Semenjak produk - produk tersebut di atas banyak dikonsumsi [penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan,dll)] oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu,kekerasan dan seks bebas. Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan menyesuaikannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430,E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.

Dangerous of Lipstick

0 comments
Something to considernext time you go shopping for lipstick.... .
This comes from someone who works in the breast cancer unit at Mt. Sinai Hospital, in Toronto

From: Dr. Nahid Neman : If there is a female you care anything about, share this with her.
I did!!!!!I am also sharing this with the males on my email list, because they need to tell the females.THEY care about as well!Recently a lipstick brand called 'Red Earth' decreased their prices from $67 to $9.90.It contained lead. Lead is a chemical which causes cancer.The lipstick brands that contain lead are:
CHRISTIAN DIOR
LANCOME
CLINIQUE
Y.S.L
ESTEE LAUDER
SHISEIDO
RED EARTH (Lip Gloss)
CHANEL (Lip Conditioner)
MARKET AMERICA-MOTNES LIPSTICK.

The higher the lead content, the greater the chance of causing cancer.After doing a test on lipsticks, it was found that the Y.S.L .. lipstick contained the most amount of lead.Watch out for those lipsticks which are supposed to stay longer.If your lipstick stays longer, it is because of the higher content of lead.Here is the test you can do yourself:
1. Put some lipstick on your hand.
2. Use a Gold ring to scratch on the lipstick.
3. If the lipstick colour changes to black, then you know the lipstick contains lead.

Please send this information to all your girlfriends, wives and female family members.This information is being circulated at WalterReedArmy Medical CenterDioxin Carcinogens cause cancer, especially breast cancer.

Monday, June 23, 2008

Melihat ke dalam diri...

0 comments
Meniti hari-hari yg sepi tanpanya..... namun, tanpa sedar datang kekuatan diri untuk melakukan segalanya sendiri... rutin harian... semakin hari semakin biasa.. seperti kata-kata hikmah melayu "alah bisa tegal biasa"... Mujur ada cahaya hati nan sorang ni... Muhammad 'Ammar Haziqi.... dialah teman ummi... saat ni... itu pun sudah mula menunjukkan tanda2 rindunya pada abi... demam pasang surut.... moga2 Allah pelihara kita ya 'Ammar...

Tegerak di hati untuk menghubungi sahabat yang lama tidak ditemui.. Tapi... "Harap maaf nombor yang anda hubungi sibuk".... hmm.. tak pelah.. lain kali boleh call lagi... tiba-tiba hp berbunyi tanda sms diterima... "kalau anda rindu seseorang lihatlah ke langit"..."anda akan dapati cahaya bersinar-sinar" dalam hati.. dia ni macam tahu2 je org tgh rindu.... bila baca sambungan sms tu.. "anda akan dapati ULTRAMAN disitu"..... lorr... sabar jer ler... bertuah sungguh... then.. trylah call sahabat tu.. katanya " sabarlah... dah tahu yang husband akak pergi dubai.. baca kat friendster... relaxlah.. baru 2 minggu... kalau jadi cam saya ni.. 3-4 bln sekali baru jumpa"... Subhanallah... baru teringat... bila terfikir nasib kawan ni... lagi lah.. dia kat pahang... suaminya kat sabah... 3-4 bln sekali baru jumpa... kadang-kadang bila susah kita tak fikir atau lupa nak fikir ttg org lain... tapi Allah dengan Ar-Rahman dan ar-RahimNya takkan sekali-kali biarkan kita terbiar begitu saja.. pasti ada petunjuk dan hidayah yang akan diberikanNya melalui pelbagai asbab.... bila macam tu.. baru lah hati ni akan terduduk tunduk pada qudrat dan IradatNya...apabila melihat ke dalam diri... ya Allah... masih ada lagi insan yang lebih besar ujiannya daripada diri sendiri... syukurlah Allah masih sayang pada kita... ujianNya masih terlalu kecil buat kita jika dibandingkan dgn org lain... Semoga Allah sentiasa daiman abadan abada melorongkan hatiku ke jalanNYA... jalan yang Engkau beri nikmat ke atas mereka bukan pula jalan org2 yang Kau murkai dan juga jalan org2 yg sesat... na'uzubillahi min zalik...

Saturday, June 21, 2008

Rehlah Ilmyah di Dubai

1 comments

Abang join Rehlah Ilmiyah ke Dubai (14-28 Jun 2008)





Masuk hari ni dah 7 hari abi tiada di sisi...tak per.. merantau menuntut ilmu... lagipun trip ni free.. ok lah tu kan.. mana nak dapat lagi peluang camni...


1st day mmg sedih ler... time atuk,opah n cik ala ada kat sini.. tak sedih sangat.. maintain jer... tengahari tu ada kelas modular pun masih ok lagi... petang tu gi umah hafiz.. celebrate birthday Damia...pun ok lgi.... tapi... bila sampai umah petang tu.. baru waaaa... sunyinya bila abi tak der... nasib baik permata hati ummi ni ada... menceriakan suasana...


masuk hari ni dah okey.. tp kesian kat ammar.. rindu sangat dengan abi agaknya.. ni demam lagi.. mujur dia demam time nak cuti.. ok ler.. tak kelam kabut nak gi kerja...


ummi tak risau sangat.. tiap hari abi call dr dubai.. cian gak kat abi... apa pun ummi doakan moga abi dapat meneguk gunungan ma'rifah sepanjang keberadaannya di sana.. insyaAllah...



Hari Isnin.. menempuh hari berseorangan,... selalunya uruskan semua dgn abi

... bila dia tak der... kelam kabut rasanya... satu lagi nak drive sendiri... dah sethn tak drive sendiri sejak deliver ammar.... ingat pesan abi... ummi mesti kuat and tabah hadapi dugaan ni...

Ummi kuatkan hati... abi pergi tak lama.. 2minggu jer... tp baru 7 hari rasa macam dah sethn.. insyaAllah... ummi akan kuatkan semangat.....

Thursday, June 19, 2008

Ukhuwah

0 comments
Abi-abi mithali yang setia menjaga anak-anak.
Pemandangan swimming pool Casa Rechado dari bilik kami.

2 Keluarga dari 2 sahabat baik....
usratina
Semua Peserta Mesra 08

“Yang saya maksudkan dengan ukhuwah (persaudaraan) ialah hati dan jiwa terikat dengan ikatan aqidah. Aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan bernilai. Ukhuwah adalah saudara iman, sementara perpecahan pula adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan dan tidak ada perpaduan tanpa kasih sayang. Darjat kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan jiwa terhadap saudara seislam (berlapang dada) dan darjat yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain daripada diri sendiri (ithar).” Hassan Al-Banna Firman Allah swt: “Dan sesiapa yang dipelihara daripada kebakhilan dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung”.

Tuesday, June 17, 2008

MInyak oh minyak!!!

0 comments
Kickdefella Bares All
16 06 2008
While waiting for Petronas to bare all next week, Kickdefella reveals all the Government and Petronas data pertaining to the petroleum revenues. These are public data and readers can find it in the net and it is either belong to Bank Negara Malaysia, The Treasury or Petronas itself.
http://kickdefella.wordpress.com/2008/06/16/kickdefella-bares-all/#comments

Hassan Merican, the Acting Chairman, President and CEO of Petronas claimed that Malaysia will be net importer of crude oil by 2011. He however was forced to clarify that Malaysia will become net importer because the domestic demand of fuel is more than our supply by 2011 and not that our crude oil has dry up like what being claim by those Pariah in the Government.

Please take note that in Petronas Yearly Report is clearly mention that in 2006 the ‘replacement ratio’ of our crude oil is 1:1.8. Which in layman terms, it means for every litre of petrol we use, Petronas has found 1.8 litres of new source. Which means when the country used 400,000 barrels of crude oil a day, Petronas found 720,000 barrels of crude oil reserve.
That is 720,000 x 365 days.

Dear readers, to help us understand how the government can actually reduce the price of petrol and diesel, I have prepared the below essay.

Siapakah Yang Untung Dengan Kenaikan Harga Minyak Global
Jawapannya tentu sekali negara-negara pengeluar minyak, termasuklah Malaysia.
• Malaysia sebagai negara ‘net exporter’ minyak mentah menerima habuan besar daripada kenaikan harga minyak dunia. Data-data yang dikeluarkan oleh Kerajaan menerusi Bank negara Malaysia dan Pembendaharaan Negara serta data-data dari Petronas sendiri menunjukkan semenjak dunia di landa krisis harga minyak mentah yang melambung, Malaysia menikmati pulangan yang semakin tinggi.

• Malaysia mengeluarkan 650 ke 700 ribu tong minyak mentah sehari (Bergantung kepada keluaran semasa).

• Malaysia menggunakan lebih kurang 400 ribu tong minyak mentah sehari.

• Ini bermakna Malaysia mengeksport bersih lebih 250 ribu tong sehari.

• Bagaimanapun minyak mentah keluaran Malaysia diklasifikasikan sebagai “Tapis Blend”, yang didefinisikan oleh Exxonmobil sebagai “Tapis Blend is a high quality, extra light, low sulfur crude. It has high quality clean products and conversion feed.” Iaitu minyak mentah berkualiti tinggi dan disebut oleh Hassan Merican sebagai Sweet and Light.

• Tapis Blend tidak digunakan dipasaran tempatan sebaliknya di eksport untuk pasaran luar negara pada harga yang mencecah 30% lebih tinggi dari harga minyak mentah yang digunakan didalam negara.

Mekanisme Penjualan Minyak Mentah Malaysia
Sebelum 2004, minyak mentah Malaysia di jual pada kadar USD30.00 satu tong. Hari ini harga pasaran bagi minyak mentah global berkisar di paras lebih USD130.00 satu tong. Ini beerti pendapatan negara menerusi segala bentuk cukai juga meningkat.

Telaga minyak di Malaysia dikendalikan oleh Petronas dan beberapa syarikat pengeluar minyak antarabangsa. Syarikat pengeluar ini mendapat keuntungan amat besar pada harga pasaran hari ini.

Tun Dr. Mahathir Mohamed, selaku Penasihat Petronas menulis di blognya, “Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran (Oleh Petronas semenjak 3 tahun lalu) oleh itu lebihan USD100.00 satu tong boleh di anggap untung bersih.”

Oleh yang demikian, memandangkan Malaysia memiliki lebihan sekurang-kurangnya 250 ribu tong sehari setelah ditolak penggunaan tempatan maka bagi setiap 1 tong itu pengeluar mendapat untuk bersih tidak kurang USD100.00.
250 tong x USD100 x 365 hari = Untung Bersih

Ini bererti pengeluar mendapat keuntungan berlipat ganda dan mereka terpaksa membayar cukai yang lebih tinggi kepada kerajaan.
Kesannya, kerajaan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi menerusi cukai langsung, cukai tidak langsung, dividen dan royalti dari hasil petroleum dan gas, berbanding 3 tahun yang lalu.
Data Perbedaharaan menunjukkan kenaikan pendapatan hasil kerajaan melonjak semenjak Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara dan lonjakan ini adalah disebabkan kenaikan hasil yang diperolehi kerajaan menerusi:
• Cukai Langsung dari Cukai Pendapatan Syarikat Petroleum yang meningkat dari RM 11.5 B pada tahun 2004 kepada RM 20.7 B dalam tahun 2006.
• Cukai Tak Langsung dari Duti Eksport Petroleum yang meningkat dari RM 11.5 B pada tahun 2004 kepada RM 2.3 B pada tahun 2006.
• Hasil Bukan Cukai – Dividen Petronas daripada RM9.1 B dalam tahun kewangan 2004 yang melonjak 100% kepada RM18.0 B pada tahun berakhir 2006.
• Hasil Bukan Cukai – Royalti Petroleum dan Gas yang meningkat dari RM2.5 B pada tahun 2004 kepada RM4.2 B pada tahun 2006.

Benarkah Subsidi Petroleum Membebankan Negara
Kerajaan mendakwa bahawa kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi petrol dan diesel yang tinggi.

Sebaliknya, data-data dari sumber rasmi kerajaan membuktikan sebaliknya. Data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan pada tahun 2004, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM5.8 B untuk segala subsidi iaitu termasuk subsidi bahan bakar (Petrol, Diesel dan lain-lain), subsidi bahan makanan dan lain-lain.
Pada tahun 2005, perbelanjaan kerajaan bagi tujuan subsidi bagaimanapun meningkat hampir 3 kali ganda kepada RM13.4 B tetapi perbelanjaan untuk subsidi bagaimanapun menurun semula pada tahun 2006 kepada hanya RM10.1 B.

Walaupun kenaikan pendapatan hasil kerajaan dari sumber Petroleum meningkat dengan mendadak yang membuktikan hasil kerajaan turut meningkat setiap kali harga minyak mentah dunia meningkat, tetapi subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak meningkat pada peratusan yang sama.

Ini membuktikan bahawa kerajaan masih mengalami perolehan lebihan jika ia mengekalkan harga Petrol dan Diesel pada harga yang lama.
Pada tahun 2004, kerajaan membelanjakan sebanyak 6.3% dari Perbelanjaan Mengurus
Kerajaan Persekutuan untuk subsidi (termasuk segala bentuk subsidi) dan mencatat peningkatan kepada 13.7% pada tahun 2005 tetapi menurun semula kepada 9.4% pada tahun 2006. Subsidi yang dibelanjakan oleh kerajaan hanya mencatat peningkatan pada 0.4% dalam tahun 2007 walaupun kerajaan tidak menaikan harga bahan bakar sepanjang tahun itu.
Oleh yang demikian sebenarnya jelas bahawa subsidi bahan bakar petrol dan diesel sebenarnya tidak membebankan negara.

Mengapa Subsidi Petrol dan Diesel tidak membebankan Negara
Seperti yang dijelaskan, Malaysia mengeluarkan 650 ke 700 tibu tong minyak mentah sehari. Kegunaan dalam negara pula hanyalah 400 ribu tong sehari. Negara mengalami lebihan 250 ke 300 ribu tong sehari untuk dieksport ke luar negara.

Memandangkan kegunaan minyak mentah dalam negara tidak memerlukan minyak mentah berkualiti tinggi, maka 400 ribu tong minyak mentah yang dikhaskan untuk kegunaan dalam negara di tukar di pasaran dengan 400 ribu tong minyak minyak berkualiti rendah. Pertukaran ini juga menguntungkan negara kerana minyak mentah negara dari kelas Tapis Blend yang harga lebih tinggi dari minyak mentah yang diperlukan oleh negara. Ini bermakna negara samada mendapat lebih minyak atau mendapat pulangan kewangan bersama minyak yang ditukar itu.

Ini bererti, sebarang kenaikan harga minyak mentah dalam pasaran global langsung tidak menjejaskan negara.

Oleh yang demikian tiada sebab mengapa kerajaan perlu menaikan harga petrol dan diesel dengan memberi alasan mengurangkan subsidi terhadap bahan bakar tersebut!
http://kickdefella.wordpress.com/2008/06/16/kickdefella-bares-all/#comments

Wednesday, June 11, 2008

Ibu saya seorang Pembohong.....

0 comments
Petikan daripada yahoogroups:

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : “Makanlah nak ibu tak lapar.” – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi..Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : “Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk-hangguk kerana mengantuk. Saya berkata : “Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula.” Ibu tersenyum dan berkata : “Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.

Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental.Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : “Minumlah nak, ibu tak haus!!” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : “Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : “Jangan susah-susah, ibu ada duit.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; “Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.

Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : “Jangan menangis nak, ibu tak sakit.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, ‘Ibu,saya sayangkan ibu.’ Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebi dari segala-galanya, tapi tidak pernah sealipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

Friday, June 06, 2008

visualisasi

0 comments
Bismillahirramanirrahim,

Bagi sesetengah orang visualisasi adalah perkara baru tapi orang yang pernah mengamalkan kaedah ini, seperti k.Aniz (nurqudrah holistic) pasti menjadikannya sebagai satu amalan seharian. Apatah lagi kaedah ini sangat membantu seseorang mencapai kejayaan dalam kehidupannya. Sejak akhir-akhir ini, apabila beberapa teman mengadukan masalah mereka kepada saya, saya kerapkali mengusulkan kaedah ini. Ini adalah kerana saya telah berjaya mendapatkan hasil yang baik dari mengamalkan kaedah ini. Dan dengan itu saya mahu berkongsi dengan pembaca sekelian tentang satu kaedah untuk menyelesaikan masalah dan mencapai impian. Sebelum itu, ingin saya selitkan beberapa kisah supaya kisah ini menjadi gambaran awal tentang penerangan selanjutnya. Menurut k.Aniz (mungkin ramai telah membaca tentang ini), dia telah mengajar anaknya untuk membayangkan keinginannya sebelum tidur dan selepas solat. Maka anaknya membayangkan saat2 dia memberitahu ayahnya keputusan peperiksaan yang memberangsangkan. Alhamdulillah, dengan izin ALLAH anak k.Aniz mendapat tempat pertama di dalam kelas tanpa dia terasa susahnya belajar. Dia sendiri merasakan senang sekali kaedah visualisasi ini untuk dirinya sehingga berulangkali menyebut, "Senangnya Mama".Satu lagi, saya pernah juga menonton satu dokumentari dalam setahun kebelakangan ini. Dalam siri itu, mereka menunjukkan bagaimana visualisasi membantu seorang ahli gimnastik untuk melakukan pusingan ntah apa namanya (ha ha). Pada mulanya dia cuba melakukan perkara itu berulangkali namun tidak berjaya. Seterusnya, jurulatih dia pun suruhlah dia membayangkan yang dia boleh melakukan pergerakan itu. Selepas itu, dia pun berjaya melakukan pergerakan yang tadinya rumit untuk dilakukan.Visualisasi ini, saya juga pernah melakukannya tapi maaf lah ye, tak dapat saya kongsikan untuk tujuan apa...he he..(tak semua juga yang boleh kita kongsi kan). Tapi saya mahu bagi contoh, andai seorang isteri mahukan suami rajin membantu dia, cubalah anda sering membayangkan suami anda mahu membantu anda melaksanakan kerja di rumah.Apa yang perlu anda lakukan adalah, anda fokus betul2 sehingga anda merasakan keadaan ini betul2 terjadi. Seperti yang saya lakukan, pada ketika itu kebetulannya saya sedang sedih sekali. Bila sedih, saya memohon kepada ALLAH semoga saya boleh melalui keadaan itu dengan baik sekali. Saya merayu dengan rayuan yang seolah-olah memaksa ALLAH mengkabulkan doa kita (hakikatnya kita tiada kuasa untuk memaksa ALLAH). Sambil itu, saya pun membayangkan perkara yang saya inginkan itu. Tidak lama selepas itu, alhamdulillah, ia menunjukkan hasil dan ternyata visualisasi saya tadi telah mengubah keputusan orang lain menjadi seperti yang saya inginkan. Perkara yang penting diingati, setiap perkara yang kita lakukan hanyalah dengan izin ALLAH dan tiada yang lain dapat menandingi kuasa ALLAH.OK, di bawah adalah satu artikel yang saya rasa taklah susah untuk memahaminya. Saya percaya dengan keyakinan kita yang percaya bahawa ALLAH mendengar doa kita dan ALLAH tak akan menghampakan permintaan hambaNya, maka kaedah ini akan pasti berhasil. Insya ALLAH

Visualisation

Visualisation is the process of focusing your concentration on an image of what you want and seeing it as already having manifested. It is a ritual of going in into the inner recesses of your mind, and with the power of the subconscious mind, causing the manifestation of the desired object, instance or circumstance.Visualisation resembles our familiar habits of fantasies, daydreams, and imaginations but entwines a certain discipline into them. Visualisation is not imagination, though the dividing line is very subtle. Imagination is an outward projection of the mind and has its foundation in desires and emotions.When you imagine something, it is not necessarily backed by the power of the conscious will and the volition of intent. The visual is weak, vague, and somewhat in the distance or in the past. Visualisation, contrarily, is of the mind and the use of the will. Visualisation uses rules and laws of Nature, and knowledge of the inherent unity and oneness of creation with that which has been created. Spiritual visualisation exercises your mind on a holy image or on the formless form.Visualisation is extensively taught and used today in all spheres of activity from the mental to the spiritual. As a source of power, it can be used to manifest much of what we may want or need. What you visualise is what you actualise. The brain is a great gift to us from the Creator. Made up of billions of cells that communicate and co-operate with each other to form sensory and motor areas, it also communicates with billions of brain cells throughout the body.All input to the body through the nervous system, including sight, sounds, emotions, feelings, etc., is recorded in the brain even from prenatal days. Our mind is even more powerful and communicates not only with the brain, but also with other minds. Just as the wave is a perennial part of the ocean, our consciousness is one with the Universal consciousness.Each of us, through our subtle energy bodies, our interconnected, so that whatever we think, do, or feel, in some remote or gross way affects the consciousness of others and thereby also the Universe as a whole. And the more calm and relaxed we are as we actually practice visualisation, the more focused and instantaneous will our results be. God's power is omnipresent and omnipotent.If you can break away from the consciousness of this bundle bag of flesh and bones, you will be able to feel yourself as part of a bigger power. The conscious mind is then able to focus that power as you would focus the rays of the sun through a magnifying glass, and the more of the rays you gather in the quicker will what those rays are focused on smolder and burn.To practice visualisation, the mind's own creative powers may be stretched to the limit. There are no fixed rules, though one must always visualise only something positive and harmonious, both, for oneself or for another. Visualising personal gain at the cost of another, or willing a change in another's personal choices (eg. if you try and lasso in a specific beloved) is courting trouble and will boomerang back on you, either now or in the future.Relaxation is a prerequisite to successful visualisation, just as calm and composed breathing is a precursor to successful relaxation.

Murottal al-Quran