Zikrayaat

Monday, June 29, 2009

0 comments
63 petua bahagia
TANPA sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan..Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan bercinta atau mereka yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan menyalahkan pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49.. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi
a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Semoga kita semua dapat mengamalkan tips ini... dan seterusnya mencari titik persamaan antara pasangan dan menjaga kebahagiaan rumahtangga kita agar berkekalan dari dunia hingga ke akhirat sana.. insyaAllah...

Friday, June 26, 2009

Sebak dan Terharu

0 comments

salam...


Pagi2 ni rasa sebak sangat... teringatkan abah.. baca sikit yaasin utk arwah.. tiba2 meleleh air mata ni.. menitis di pipi... makin lama makin laju titisannya.. Ya Allah permudahkan ayahku... tempatkanlah rohnya bersama para solehin insyaAllah....sebak sangat rasanya... kalau tika dan saat ini ada di kampung.. sudah pasti saya akan segera pergi ke pusaranya....


Tiba2 sedang asyik mengingat segala kenangan bersama abah.. ammar bangun dari tidurnya... syukur dia tak menangis.... ammar hanya melihat saya menangis... tiba2 dia bangun dan mengambil kain... lantas mengelap air mata yang mengalir di pipi saya...ummi... ummi nangis.... katanya.... Subhanallah... anakku permata hatiku... tika itu... terus mengalir air mata saya... kali ini bukan kerana sebak teringatkan abah.. tetapi.. kerana terharu atas kasih sayang seorang anak kecil seusia 2 thn 3 bln... permata hati ummi ni.. lagaknya seperti memahami kesedihan yang dihadapi oleh umminya... sayang ammar...

Sunday, June 21, 2009

Salam takziah

0 comments
Assalamualaikum wbt...

Semalam 20/6/2009.. hampir 2 bln abah pergi mengadap Ilahi.. kalau di Malaysia ada sambutan hari bapa... sedih juga rasa di hati... apa yang saya boleh buat hanya menziarahi pusara abah dan mendoakan serta membaca yaasin dan tahlil buat abah...

tepat jam 2 ptg.. saya dpt panggilan dari kakak saya mengatakan abang Asrul telah kembali ke rahmatullah... abg asrul adalah anak angkat abah... seorg warga indonesia.. tetapi sudah ibarat ahli keluarga kami.... masuk hr semalam... kira2 sudah sethn lebih abg asrul koma kesan dr pendarahan otak akibat kemalangan jalanraya... sethn lbh juga abg asrul terlantar di rumahnya...ramai juga org yg hadir berkata abg asrul ikut abah... apa pun semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan bersama para solehin.... abg asrul dan keluarganya meniaga di pasar malam... Alhamdulillah dimurahkan rezekinya.. seingat saya setiap kali raya haji.. pasti abg asrul akan mengorbankan lembu... sama ada diletak di masjid atau di surau2 berdekatan...

Alhamdulillah... semoga segala amalannya diterima....

hampir sethn koma... jasadnya juga kelihatan kecil... saya lihat wajahnya cerah... mungkin kerana sudah sethn tidak keluar rumah... arwah meninggalkan seorg balu dan 7 org anak... semoga anak2 beliau bersabar atas dugaan yg menimpa... arwah tahu anak2nya boleh berdikari setelah sethn beliau koma.. anak2nya boleh pergi meniaga sendiri.... boleh menguruskan hidup sendiri.. malah boleh menyambung pelajaran di UNISEL... sabarlah dik aisyah, nadia, farid dan lain2... sentiasa doakan yg terbaik buat ayah... Allah lebih menyayangi ayah... sudah sethn Allah menguji kalian sekeluarga untuk menjaga ayah... kali ini Allah mengambil semula apa yang dipinjamkan kepada kita... kakak pun sudah merasainya... kita doakan kesejahteraan ayah kita yer... insyaAllah....

Thursday, June 18, 2009

Family Day FBMK at Eagle Ranch

0 comments

Cara Menghadapi Tension...

0 comments

Petikan: " Apabila berhadapan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam hati kita, seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan." Setiap hari, ada-ada sahaja perkara yang mencabar kesabaran dan menekan jiwa kita. Anak meragam, suami buat acuh tak acuh, isteri merajuk atau meragam, rakan sepejabat mengumpat di belakang, perniagaan tidak menguntungkan, saham jatuh nilai dan lain-lain lagi.



Begitulah nasib kita manusia. Sejauh mana pun kita cuba untuk mengelakkan perkara-perkara yang mengganggu keselesaan kita, ia tetap akan berlaku juga. Sebagai makhluk yang diciptakan, sedikit pun kita tidak ada kuasa untuk menolak ketentuan Tuhan. Kalau Tuhan mahu kita sakit, walau bagaimana sekali pun kita cuba menjauhi penyakit, kita tetap akan jatuh sakit. Kalau Tuhan tidak mahu kita jadi kaya, walau bagaimana sekali pun kita mengusahakan kekayaan, ia tidak akan dimiliki juga.



Sememangnya usaha manusia itu tidak dapat menentukan apa-apa. Lantas, persediaan apa yang perlu kita buat untuk menghilangkan tension ketika menghadapi pelbagai bentuk nasib malang yang pasti menimpa kita? Antaranya ialah:



1. Mengenali diri kita sebagai penerima nasib malang itu dan juga mengenali Tuhan sebagai pemberinya. Kita harus kenal bahawa diri kita adalah hamba ciptaan yang sangat lemah dan tidak ada apa-apa. Malah dalam penciptaan diri kita sendiri, kita tidak ada campurtangan, tidak ada tanam saham, langsung tidak ada memberi modal sama sekali. Keputusan untuk mencipta diri kita sendiri pun semuanya dibuat oleh Tuhan. Selain daripada seluruh badan kita yang begitu unik dan kompleks itu,



Tuhan jugalah yang memberi kita daya usaha, fikiran dan perasaan. Lantaran itu, apabila Tuhan timpakan sesuatu kesusahan ke atas diri kita, inilah peluang untuk kita sedar bahawa diri kita adalah hamba yang lemah dan tidak punya apa-apa kuasa. Mungkin selama ini kita rasa berkuasa, rasa mampu dan rasa boleh, sehingga kita terlupa untuk bergantung dan berharap kepada Tuhan.



2. Setiap takdir Tuhan ke atas kita, selain kekufuran, semuanya mengandungi hikmah dan pengajaran. Antaranya ialah:



1. Kalau Tuhan sekali-sekala sakitkan kita, sudah tentu ada maksud yang baik dari Tuhan. Antara maksud-maksud baik Tuhan ialah Dia hendak hapuskan dosa kita, Dia mahu kita insaf di atas kelemahan diri kita, Dia mahu kita ingat-ingatkan kesalahan kita dan membaikinya serta bertaubat, Dia mahu kita rasai penderitaan orang lain agar kita menjadi orang yang lebih prihatin dan simpati. Dia juga mahu kita lebih bergantung dan berharap kepada-Nya.



2. Kalau Tuhan sekali-sekala miskinkan pula, tentu ada maksud pendidikan juga. Mungkin Dia mahu kita mendapat pahala sabar kerana miskin. Dia mahu kita rasai penderitaan orang miskin. Dan tentunya Dia mahu kita meneliti balik segala tindak-tanduk kita, apakah kita sudah melakukan apa-apa kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan Tuhan tidak membantu kita.



3. Begitu juga apabila kita sekali-sekala dihinakan. Mungkin Tuhan mahu kita bertaubat kerana kita pernah menghina atau menzalimi orang lain ataupun Dia mahu kita ungkai rasa sombong yang bersarang di dalam hati kita. Atau Tuhan sengaja memberi kesusahan itu kerana Dia mahu mengangkat darjat kita di sisi-Nya.



4. Apabila berhadapan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam hati kita, seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan. Penyakit-penyakit inilah yang membuatkan kita tension. Bila tension, barulah kita tahu kita siapa. Kalau sebelum ini nampak lemah lembut, bila tension kita boleh jadi marah-marah tak tentu pasal. Kalau selama ini nampak sabar sahaja, bila tension kita boleh bertindak di luar batasan. Pendek kata, segala sesuatu yang ditimpakan ke atas kita adalah untuk kebaikan diri kita. Dia mahu mendidik setiap kita agar kita kembali kepada-Nya sebagai hamba yang diredhai-Nya. Dengan ini, kita akan terselamat dari kemurkaan-Nya.





3. Hendaklah pandai menerima ketentuan dan takdir Tuhan secara positif supaya hati kita akan tenang dan kita juga akan mendapat hasil yang positif daripadanya. Sebaliknya, kalau kita menerimanya secara negatif, hati kita akan tertekan dan tension dan sudah tentu kita juga akan mendapat hasil yang negatif. Contohnya: Kita ditakdirkan mendapat anak-anak yang nakal. Setiap hari, ada sahaja kelakuannya yang sangat mengganggu kita. Kalau kita menerimanya secara positif, kita akan berkata kepada diri kita, Kerana dosa akulah anak-anak aku ni nakal. Allah buat seperti ini untuk membersihkan dosa-dosa aku yang lepas. Ataupun kita boleh berkata begini, Tuhan beri aku ujian ini untuk memberi aku pahala sabar. Kalau aku sabar, bukan sahaja aku akan dapat ganjaran di sisi Tuhan tetapi yang lebih penting, aku dapat mendekatkan diri kepada Tuhan.



Kalau beginilah penerimaan kita, tentulah kita tidak akan marah-marah atau berleter-leter, merotan dan menghukum anak di luar batasan atau mengamuk-ngamuk kepada suami kita pula. Sebaliknya, kita akan terus-menerus menasihatinya dengan baik dan mendoakan anak kita agar dia menjadi anak yang soleh satu hari nanti. Dan lazimnya, berkat baik sangkanya kita kepada Tuhan, anak itu akan menjadi anak yang baik apabila dia besar. Ini selaras dengan firman Tuhan yang maksudnya: Aku di atas sangkaan hamba-hamba- Ku ke atas-Ku.



Penerimaan yang negatif pula ialah kita akan merungut-rungut kerana nasib yang ditimpakan itu, kita akan bersikap marah-marah serta melepas geram dengan menghukum anak serta terbawa-bawa sikap marah itu kepada orang lain. Hati kita mungkin berkata, Kenapalah Tuhan berikan aku anak yang senakal ini, atau kita akan berkata, Tak guna dapat anak macam ni. Bukannya menyenangkan, menyusahkan saja. Akibat didikan yang kasar itu serta sangkaan-sangkaan yang buruk terhadap Tuhan, anak itu bila besar kelak akan menjadi anak yang tidak baik akhlaknya.



Tension yang kita hadapi bila anak itu kecil akan terus kita hadapi sehingga dia besar. Bukan sahaja anak yang rugi, kita juga akan turut rugi sama. Ini semua kerana buruk sangkanya kita dan tidak pandainya kita menerima takdir Tuhan. Lantaran itu, terimalah segala takdir Tuhan dengan sebaiknya. Anggaplah setiap takdir itu sebagai didikan terus dari Tuhan dengan penuh kasih sayang. Dengan sikap sebegini, hati tidak akan tension, kita dapat menambah rasa kehambaan serta dapat pula mengungkai sifat-sifat yang tidak baik dalam diri kita dengan lebih cepat. Malahan kita juga tidak akan mengakibatkan kesan tidak baik kepada orang di sekeliling kita.

Monday, June 15, 2009

Alhamdulillah... syukur..

2 comments
Salam...

Alhamdulillah ya Allah atas nikmat kesihatan yang telah diberikan...
HambaMU yang lemah ini mengharapkan keampunanMU...
dan ku sedari setiap penyakit dan musibah yang diberikan
adalah untuk menguji kekuatan dan keteguhan iman
juga sebagai kifarah menghapus dosa-dosa yang tak berkesudahan

Syukur ya Allah...
Dalam setiap ujian yang datang,
pasti ada hikmah tersembunyi di sebaliknya
Umpama hilangnya matahari yang memancar...
Rupanya mahu digantikan dengn keindahan pelangi di kaki langit...
Ya Allah...
Di sebalik ujian ini...
Kekuatan kasih seorang suami dan bapa teruji...
Sejauh mana kesabaran sang suami
Tatkala melihat isteri dan anak
tidak berdaya di pembaringan...
Syukur Ya Allah...
musibah ini tanda kami sentiasa di bawah jagaan dan perlindunganMU
Alhamdulillah ya Allah atas hikmah dan nikmat yang menggantikan musibah ini
Semoga kami tergolong di kalangan orang2 yang bersyukur...
amiin...

Thursday, June 11, 2009

Demam

4 comments
Salam...

Sudah 4 hari ammar demam... ni gara2 berendam kat swimming pool kat PD hr tu ler..
selama tu juga tidur ummi dan abi tidak  nyenyak... memandangkan ammar akan terjaga malam.. pabila badannya panas... puas kami beri makan ubat dan lumur kepalanya dengan air asam jawa.. moga anak ummi ni cepat sembuh yer...

Semalam giliran ummi pulak yg demam.. mungkin disebabkan tak cukup tidur... mujur abi dengan penuh sabar menjaga kami berdua... ummi rasa tak larat sangat... namun kuatkan juga semangat menunaikan fardhu solat yg telah ditetapkanNYA... terima kasih abi  masakkan sup yang amat sedap buat ummi dan ammar... tak cukup tu disuapkannya kami berdua.. mmg ummi rasa tak larat sgt.. kebetulan semalam ummi puasa dan banyak sgt meeting.. tp bila dah jam 4 tu.. ummi dah mula panas.. kaki pulak kesejukan.. tak de jalan lain.. terpaksa call abi.. ambik ummi.. mujur hr ni abi hantar ummi n ammar.. kalau ummi drive sendiri tak tahulah... sebenarnya kelmarin lagi dah rasa tak sedap badan... tapi kuatkan semangat juga pergi kerja... semalam ni kemuncaknya lah... ni kat rumah lagi tunggu abi habis kelas, pastu bawa ummi ke klinik mahkota... pagi tadi abi ada check suhu badan kami.. ammar 39.5, ummi pula 40... dah lama ummi tak demam... sekali demam teruk gak..

Cadangnya hari ni nak pergi UIA nk jumpa musyrif disscuss tesis.. tp memandangkan kesihatan yg tidak mengizinkan ni.. rasanya abi sorang je kot yg pergi.. a'sif ya ustaz...

apapun mohon doa sahabat semoga diberi kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan rutin harian..

Monday, June 08, 2009

Tip: 50 Rangsangan Anak Bijak

0 comments

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.


1-BERTENTANG MATA

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.


2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA

Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.


3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN

Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..


4-JELIRKAN LIDAH

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.


5-HASILKAN BUKU BINATANG

Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.


6-GELETEKLAH BAYI ANDA

Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.


7-TUNJUKKAN PERBEZAAN

Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.


8-BERKONGSI PANDANGAN

Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.


9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA

Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....") . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... (yang ni mu ngkin kita boleh tukar sikit dengan selawat dan nasyid yang mudah2) Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.


10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA

Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.


11-SENTUH DAN RASA

Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.


12-PERGI MEMBELI-BELAH

Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.


13-BERI KATA KUNCI

Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.


14-BERI KEJUTAN

Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.


15-SEDIAKAN BANYAK TISU

Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.


16-BACA BUKU

Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.


17-MAIN CAK-CAK

Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.


18-JANGAN LUPA REHAT

Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.


19-MAIN DENGAN WARNA

Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.


20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA

Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.


21-ANGKATKAN SAHAJA

Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.


22-BIAR DIA MEMBEBEL

Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.


23-LATIHAN MENEKA

Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.


24-BINA LALUAN HALANGAN

Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.


25-IKUT RENTAKNYA

Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.


26-BUAT MUKA LAWAK

Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.


27-RASA SEKELILING ANDA

Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.


28-CERITAKAN KISAH DONGENG

Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.


29-BAYANGAN WAJAH

Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.


30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS

Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.


31-GOYANGKAN BADAN

Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.


32-JADILAH TAMAN PERMAINAN

Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.


33-KIRA SEMUANYA

Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.


34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA

Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")


35-TUTUP TV

Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.


36-TUKAR PEMANDANGAN

Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.


37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA

Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .


38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA

Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.


39-MAIN HUJAN

Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.


40-MENANGKAP SERANGGA

Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.


41-BERGURAU- SENDA

Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kelemahan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.


42-MAIN DENGAN PAKAIAN

Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.


43-AJAR TENTANG ISIPADU

Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.


44-HASILKAN ALBUM KELUARGA

Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.


45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA

Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.


46-PERGI KE PERPUSTAKAAN

Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.


47-CONTOHI CARA SESAME STREET

Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.


48-MAIN BERULANG-ULANG

Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.


49-MAIN "TIRU-MENIRU"

Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.


50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN

Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.


Semoga bermanfaat!

Friday, June 05, 2009

Kenduri Tahlil

1 comments
Salam...

Al-Fatihah buat ayahanda tercinta Hj. Ramlan bin Kadekan..

Hari ini genaplah 40 hari pemergian abah meninggalkan kami semua ahli keluarganya...
InsyaAllah malam ini, akan diadakan kenduri tahlil dan bacaan yaasin untuk abah... hari ni hari jumaat... banyaknya kenangan2 bersama abah... bagaikan screen memutarkan flash kenangan2 bersama abah... berborak pula dgn k.zawati lepas usrah td.. dia pun telah kehilangan ayahnya sethn yg lalu... sedih... doa dan bacaan al-quran sahaja yg mampu dititipkan saat ini.. moga rohnya tenang dipayungi dan dirahmati olehNYA....amiin

hari ni kerja ambil half day... kesian family kat kampung... bertungkus lumus masak... ingat nak ambik cuti je.. abi mmg tiada kelas langsung hr ni... masalahnya ummi pula yg ada kelas.. hari kelas 8-10 pg.. jam 11-1 pula usrah staf..mmg tak boleh nak mengelak.. maka terpaksalah balik lepas solat jumaat.. nasib baik ketua jabatan sporting... lambat isi borang cuti.. dia bg juga cuti.. yg penting tak der kelas n kerja yg nk disiapkan katanya... hehehe... sebenarnya ada je kerja.. soalan final exam student modular... insyaAllah buat kat rumah ye k.sal...

weekend ni pun bukannya duk kat rumah.. ada family day FBK, KUIS... di Port Dickson...
sebenarnya dah jemu gi PD... tp apakan daya... ikut je lah...

bila macam ni teringat ayu... family day FBK 2007 kat Tiara Beach Resort..dulu duk sama2 dgn ayu... dinner pun duk satu meja... tp time tu ammar dlm perut lagi.. klu ayu tak der boring gak... nasib baik ammar ada sekarang ni.. taklah segan sangat kannn... bila lah dapat nak keluar dgn ayu lagi.. teringat gi sg. congkak dulu... banyaknya kenangan... apa pun... ukhuwah fillah abadan abada...insyaAllah

p/s: ayu wa bayt amzar.... terima kasih banyak2 belikan jubah n baju utk ammar yer.. tp tak tau nk contact ara camna...

Thursday, June 04, 2009

Doa dalam sujud & keistimewaannya

0 comments
Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :-
"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya." Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat" Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"
KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud" Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Allahu'alam...

22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir

0 comments
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

10 jenis mayat tidak busuk dan tidak reput

0 comments
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umatku dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba- hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: "Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hanba-hambaKu berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga."

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati."

Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237

Bersyukurlah

0 comments
Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat

.9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif,kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

tingkatkanlah kesyukuran kita... kerana barangsiapa yg bersyukur maka Allah akan lipat gandakan nikmatNYA pd hambaNYA itu.. Wallahu a'lam

Wednesday, June 03, 2009

KISAH RAHSIA DI SEBALIKSEMBAHYANG LIMA WAKTU

0 comments
Assalamu'alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh..

Email drp sahabat. Sama-samalah kita mengambil iktibar daripadanya..

Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah s.a.w duduk : bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata:
" Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab."

Lalu Rasullullah s.a.w bersabda: "Silakan bertanya."

Berkata orang Yahudi : "Sila terangkan kepadakami tentang 5 waktu diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu."

Sabda Rasullullah s.a.w :
"Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuaatu kepada TuhanNya.
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s memakan buah Khuldi.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s, maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlaskemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku. Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir."

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah s.a.w mereka berkata: "Memang benar apa yang kamu katakan itu. Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.

Rasullullah s.a.w bersabda: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat."

Sabda Rasullullah s.a.w lagi:
"Manakala sembahyang Asar, adalah saat dimana Nabi Adam a.s memakan buah Khuldi.
Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir."

Setelah itu Rasullullah s.a.w membaca ayat yang bermaksud: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan. sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s diterima. Seorang mukimin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.

Sabda Rasullullah sa.w :
"Sembahyang Isya'(atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titian sirath.

Sabda Rasullullah s.a.w seterusnya:
"Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:
1. Dibebaskan dari api neraka
2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah s.a.w maka mereka berkata:"Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad s.a.w.

Kini katakan pula kepada kami semua kenapakahAllah S.W.T mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?"

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan keatas keturunan Adam a.s berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.

Kata orang Yahudi: "Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kamiganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.

Rasullullah s.a.w: "Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi olehAllah S.W.T. 7 perkara:
1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya aging yang tumbuh dengan makanan yang haram
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringan baginya siksa kubur (siksa yangsangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untukmenyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian disyurga."

Kata orang Yahudi: "Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi."
Sabda Rasullullah S.A.W.: "Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).

Kata orang Yahudi: "Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illahaillallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhankecuali Allah dan engkau utusan Allah)."

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwadan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar." (Al-Baqarah).....

Makna Hadiah yg diberi...

0 comments
Setiap hadiah yang anda beri kepada kekasih/kawan anda mempunyai maksud yang tersirat...
JAM TANGAN.........Tanda meningati setiap masa dan waktu.
CINCIN.............Tanda ikatan kasih yang abadi.
GELANG.............Tanda mesra
RANTAI LEHER.......Ikatan cinta yang perlu perhatian.
SUBANG.............Tanda penghargaan dan penghormatan.
KASUT..............Sentiasa mengambil berat/prihatin.
PAKAIAN/KAIN.......Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
PAYUNG.............Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
MINYAK WANGI.......Tanda cinta
BINGKAI GAMBAR.....Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
BUKU............... Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
BUNGA...............Tanda perkenalan/sayang.
SEJADAH DAN ALQURAN.........tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.

PssssTT..heheeheehehe... Satu lagi.... zaman mellinieum.... handphone...tandanya.... kau jangan lari dari ku.......aku kan cari kamu walau dimanapun... melainkan kalau handphone tu ditutup.....

Terima seadanya

0 comments

Doa untuk Anak-anak

3 comments

Semua ibubapa mahukan yg terbaik dari anak2 mereka... tetapi perlu diingat.. sebelum kita mengharap yg terbaik... perlulah kita melakukan yg terbaik buat mereka... antaranya bacalah doa yg terbaik yg mana sumbernya terus drpd Al-Quran... mudah2an anak2 kita menjadi anak2 yg soleh dan solehah, muttaqin dan mu'minin insyaAllah....

1. Doa untuk memohon rahmat - Surah Ali Imran ayat 8-9

2. Doa memohon zuriat yang baik - Surah Ali-Imran ayat 38

3. Doa supaya anak kerjakan solat - Surah Ibrahim ayat 40 - 41

4. Doa supaya anak taat kepada Allah - Surah Al Baqarah ayat 128

5. Doa diberi zuriat yang menyejuk mata memandang - Surah Al Furqan ayat 74

6. Doa supaya anak pandai belajar - Surah Al Anbiya ayat 79

7. Doa anak lembut hati - Surah Al Anbiya ayat 69 dan Al Hasyar ayat 22-24

8. Doa anak rajin sekolah - Surah Taha ayat 1-5


Do not forget your parents as they are the reasons you are here in this world. Hadith Riwayat Muslim "Rasulullah bersabda, Apabila anak Adam wafat, putuslah amalnya kecuali tida iaitu sedekah jariah, pengajaran dan penyebaran ilmu yang dimanfaatkannya untuk orang lain dan anak yang mendoakannya"


Doa kepada Ibubapa

1. Surah Ibrahim ayat 4

2. Surah Al Israa' ayat 24


Wallahu'alam

Paradise At Her Feet

0 comments

Where do you find Paradise?

The Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) said, “ Paradise is at the feet of the mother.” This is variously interpreted to mean that the mother is responsible for teaching her children their religious obligations and good behavior that will win them Paradise; or it may mean that we earn Paradise by serving our mother throughout her life. Either way, it shows the great esteem, honor and respect that Islam has for mothers.
The Qur’an, in contrast, gives special recognition to the mother’s suffering in bearing and nursing her child: “And We have enjoined on man to be good to his parents: In travail upon travail did his mother bear him and in two years was his weaning. Show gratitude to Me and to your parents” (31:14). (see themodernreligion.com under women)
Women are more psychologically fitted to nurturing, more compassionate and patient
Today in the Muslim world, even where many of the precepts of Islam are ignored, Westerners are often amazed at the gentle, loving treatment that parents receive.
An Arab proverb says if you want to know how a man will treat his wife, look how he treats his mother. Becoming a mother is one of the greatest joys of a Muslim woman. She knows that her child is both a gift and a trust from God. She carries a great responsibility in raising a family, not only in caring for their physical needs, but also in educating them in their religion and morals.
For this and other reasons, Islam calls upon all Muslims, male and female, to be educated, for how can a woman teach her children when she herself is ignorant? Islam also recognizes that, compared to the man, the woman is by nature more psychologically fitted to nurturing, more compassionate and patient.
For that reason, Islam decrees that husbands must maintain their wives and children, and it encourages mothers with young children to remain at home with their children rather than work outside the house. And, in case of divorce, custody of young children goes to the mother.
All this respect and honor goes to the mother, even if she is a non-Muslim, and also to maternal aunts. Thus the woman does not cut from her own family when she marries, but her children continue to honor the kin relationships of both their mother and father.

Tuesday, June 02, 2009

Maklumbalas dari Halal Industy berkenaan Crispy

0 comments
http://aniswardah.blogspot.com/2009/05/jangan-makan-crispy.html

Salam sejahtera dari Halal Industry Development Corporation (HDC) dan terima kasih diucapkan terhadap emel yang telah diberikan.
Merujuk kepada pertanyaan Cik, ingin dimaklumkan bahawa Network Foods Industries Sdn Bhd adalah pemegang sijil halal dari HDC. Di bawah adalah komen daripada bahagian Audit dan Pensijilan HDC mengenai isu produk ini:
1.Snek jenama Crispy keluaran Network Foods Industries S/B dikilangkan di Shah Alam.
2. E 476 yang digunakan di dalam produk ini juga di kenali sebagai PGPR atau Polyglycerol polyricinolete , sejenis bahan pengemulsi yang berasaskan tumbuhan (Castor seeds/soya bean). Ingredien E 476 (PGPR) ini telah mempunyai sijil halal.
3.Produk ini, (Crispy) telah telah mendapat sijil halal dan sijilnya masih sah lagi (1/10/2008 - 30/9/2010).
4.Sebagai pengguna, tiada masaalah untuk memakan snek ini yang dikilangkan di Malaysia/buatan Malaysia kerana ingredien yang digunakan telah jelas dikenalpasti dan jika ada ramuan yang kritikal ianya telah ada sijil halalnya.
5. Setakat ini tiada lagi bukti yang PGPR ini dihasilkan dari sumber haiwan secara komersial.
Kami berharap pihak kami telah dapat membantu.

Anda juga boleh melayari laman web ini
http://www.knowledge.hdcglobal. com/hdc/search. php?id_topic= 1 bagi mendapatkan senarai produk atau premis yang telah mendapat sijil halal HDC.Jika pihak Cik mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila layari laman web kami di: www.hdcglobal. com, atau emel kepada kami di refcenter@hdcglobal .com atau berhubung terus dengan kami di talian: 1-800-880-555 pada waktu pejabat.
Sekian, terima kasih.

Halal Industry Development Corporation
5.02 Level 5,
KPMG Tower, First Avenue
Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama
47800 Petaling Jaya, Selangor
MALAYSIA
Tel : 603.7965 5555 Fax : 603.7965 5500
Hotline : 1800-880-555
www.hdcglobal. com

Alhamdulillah.. barulah jelas dan telus... menghilangkan keraguan pengguna...

FIKIR DAN RENUNGKANLAH... MASA DEPAN ANAK-ANAK...

0 comments

petikan ini diambil dr email saya...


Ramai berpendapat usaha kerajaan menghadkan 10 matapelajaran sahaja akan membantutkan usaha untuk melahirkan golongan profesional agama.... menghalang kelahiran pelajar yang profesional dan dalam masa sama memahami agama.


Petikan akhbar...


" Ketika ini, calon SPM wajib mengambil enam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam/Pendidikan Moral. "


"Apabila jumlah mata pelajaran teras dikurangkan kepada tiga atau empat, setiap calon akan dikehendaki mengambil minimum enam sehingga maksimum 10 subjek dalam peperiksaan itu.


Kerajaan akan mengurangkan. .. matapelajaran wajib dari 6 kepada 3 atau 4 sahaja...


Ini bermakana 2 @ 3 matapelajaran akan dibuang dari matapelajaran wajib!!!


Berikut adalah matapelajaran wajib sekarang :

1) Bahasa Melayu

2) Bahasa Inggeris

3) Matematik

4) Sains

5) Pendidikan Islam @ Moral

6) Sejarah


Adakah Pendidikan Islam dan sejarah bukan lagi matapelajaran wajib!!!


Pelajar Aliran Agama :

Subjek elektif agama : 3 = Bahasa Arab , Pendidikan Al-Quran dan Sunnah & Pendidikan Syariah Islamiah


Subjek elektif sains : 4 = Fizik, Kimia, Biologi dan add Math.


Pelajar agama terpaksa memilih samada teruskan agama @ Sains...!!!


Memang benar-benar ke arah Satu Malaysia ni huhu...Harap kerajaan fikirkan dalam semua aspek sebelum membuat keputusan...


Pada saya isu pendidikan merupakan isu yg tidak boleh dipolitikkan... anak bangsa memerlukan pendidikan untuk melahirkan insan yang cemerlang duniawi ukhrawi.... cemerlang di dunia gemilang dan terbilang di akhirat... pilihan bilangan subjek yang banyak sebenarnya dapat meningkatkan lagi pencapaian pelajar... contohnya pengalaman saya sendiri sewaktu di martah dulu... kami perlu ambil SPM dan pada waktu yg sama perlu lulus peperiksaan untuk diploma tahfiz... yg mana subjeknya jika dicampur kedua2nya lbh dr 20 subjek... jadi kami akan gandakan lagi usaha agar dpt mencapai kejayaan...dan di UIA juga dulu... saya dapat bezakan.. sekiranya saya mengambil subjek sedikit ( 5 s-6 sujek) keputusan saya akan sedikit menurun berbeza kiranya saya mengambil lbh byk subjek (7-8 subjek) keputusan saya akan meningkat..


apabila saya perhatikan.. bila kita ambil subjek sedikit, kita akan ada banyak masa lapang.. jadi bila byk kelapangan kita akan kurang memberi tumpuan kerana memikirkan byk perkara lain... tetapi, sekiranya mengambil subjek yg banyak... kita akan sibuk dgn assignment, presentation midterm dan kuiz utk stp subjek... jadi tumpuan kita akan lebih dan pembahagian masa juga lebih ketat... tiada masa utk memikirkan benda2 lain yg diluar tugasan sebagai seorg pelajar...


Marilah kita fikirkan bersama... kita tak mahu anak kita tersimpang jauh.. di samping ilmu akademik.. ilmu agama sgt penting buat anak2 kita supaya mereka dpt menyeimbangkan kehidupan mereka... dan mempunyai pegangan hidup yg lbh jelas.. tidak terleka dgn hiburan dunia dan terus melupakan akhirat... lagi2 di zaman yg serba moden ini.. zaman dunia di hujung jari... maka di atas bahu kita inilah terpikul tanggungjawab utk mendidik anak2 agar menjadi generasi rabbani yg unik dan bertaqwa... insyaAllah....

Murottal al-Quran