Zikrayaat

Friday, February 27, 2009

Majlis Kesyukuran buat Sir Sahel dan Azeda

1 comments
Penyampaian hadiah dari CEO KDH kepada pasangan pengantin baru.

Sahel dan Azeda memotong kek cinta... kelihatan bunga telur yang dipersoalkan oleh
sahel dan azeda.


Sahel dan Azeda... moga berbahagian dan dirahmati selalu.. insyaAllah.

Terpamer seribu kegembiraan di wajah sahel dan azeda..

Alhamdulillah.. kelab staff KDH telah berjaya menganjurkan sedikit majlis buat sahabat kami iaitu sir sahel dan isterinya Azeda... mereka baru sahaja melangsungkan majlis pernikahan di seri kembangan.. simpati kerana kedua2nya org jauh kan.. tak dapat nak buat majlis... jadi kami merancang sedikit jamuan makan khas utk sir sahel dan isterinya... sir sahel dari jordan, manakala azeda dari iran... ibu azeda juga turut hadir... kami ni siap beli bunga telur utk meraikan mempelai ni.. terkejut juga sahel dibuatnya.. bila ditanya apa signifikannya telur dgn majlis ni.. hmm :) :) :) terkedu juga teacher nafrul nak menjawabnya.. ianya sekadar budaya org melayu...

tetiba teringat pesan dato' siddiq.. pernah beliau sebutkan signifikan antara keduanya... katanya ia bermakna permulaan sesuatu.. sepertimana telur.. masih jauh lagi perjalanannya untuk membesar menjadi ayam... perlu dieramkan dgn ibunya.. perlu disuap dgn ibunya... kemudian mengekori ke mana saja ibunya pergi.. akhir sekali bila membesar.. barulah bebas hendak ke mana2... mungkin ada betulnya kata2 dato' tu.. fikir-fikirkanlah...

perjalanan menuju proses kematangan ni kadang2 mengambil masa... terpulanglah pada individu tersebut... apa yang penting kerjasama ( ikut rentak wonderpet yer) :) :) :)
ya kerjasama.. lagi2 dalam kehidupan rumahtangga.. perlu banyak bersabar dan berserah pada Allah... kita yang akan menentukan halatuju keluarga kita.. jangan sampai anak2 dan keluarga kita mengikut arus kemodenan yang melampau hingga hilang adab, budaya dan sopan santun.. lagi2 dlm era globalisasi ni.. dunia di hujung jari sahaja... kekadang kita terpaksa menongkah arus.. perlu ada pegangan hidup yang mantap dan kukuh untuk kita jadikan pedoman menuju negeri abadi.. insyaAllah...

Apa pun buat sir sahel.. semoga rumahtangga yang dibina kan sentiasa berada dalam keadaan sakinah, mahabbah dan mawaddah.. " baarakallahu lakuma wa 'alaikuma.. wa jama'a bainakuma bilkhair... tahniah yer.. amiin...

Siapakah yang paling?????

0 comments
Siapakah orang yang paling sibuk??
Orang yang paling sibuk adalah orang yang suka menundakan waktu solatnya, seolah-olah ia harus mengurus kerajaan sebesar kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabb, Aku rieha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada, selalu menompok-nompokkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadah dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan sejauh mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Thursday, February 26, 2009

Kisah perempuan miskin, lembu tua dan Gaza

0 comments
Salam...

Hari ni saya terbaca artikel ini di dalam email... amat menyentuh hati... terasa kerdilnya saya... orang yang serba kekurangan masih mahu berkorban satu2nya harta yang dimilikinya... ini kan pula kita.. sama2 kita muhasabah... moga Allah curahkan rasa belas kasihan dan kasih sayangNYA pada kita nanti.. insyaAllah...

Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu.

Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.



Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.



Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.



Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu.



Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut.



Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.



Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah.



Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.



Sebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.



Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :" Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana."



Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga.



"Tolonglah.. bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka," ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan.Masing- masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu.



Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi seketika suasana.



Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:" Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.

Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.

Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?"

Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan.

Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah.

Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00) !

Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu.

"Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu.

"Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata...gembira.

Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta' yang ada. Subhanallah.

Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan.- azm

Sekiranya anda bersimpati, sudilah hulurkan sumbangan,demi insan-insan yang sedang dizalimi di Palestin melalui Tabung Kemanusiaan Harakah di akaun BIMB: 14069010021298
(Kisah ini telah disusun semula daripada cerita Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din kepada Harakahdaily melalui kisah benar yang dipaparkan di sebuah majalah Arab)

Khilaf tentang Tarikh lahir Rasulullah

2 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Di antara cuti umum yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Malaysia ialah pada12hb. Rabiul Awwal kerana ia dianggap sebagai hari kelahiran Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul).Pihak Darul Quraan Was Sunnah berasa bertanggungjawab untuk membincangkan persoalan ini demi memperbetulkan tarikh lahir Baginda SAW yang ditetapkan sebagai cuti umum itu kerana tidak ada ertinya kita merayakan sesuatu hari jika ia tidak menepati hari yang dimaksudkan itu dengan tepatnya. Apalagi kalau diterima juga tarikh wafat Nabi SAW sebagaimana dipercayai umum pada 12hb. Rabiul Awwal.

Keadaan ini tentunya menimbulkan satu konflik di dalam jiwa masyarakat yangmana di satu pihak mereka merayakan kelahiran Nabi SAW dan bergembira kerananya sedangkan di pihak lain pula pada hari yang sama sepatutnya mereka bersedih dan tidak boleh merayakan hari tersebut kerana ia juga merupakan hari kewafatan Nabi SAW. Jadi di manakah adanya kewajaran masyarakat merayakan Maulidur Rasul yang juga merupakan hari perkabungan- nya? (Tanpa mengambil kira perayaan Maulidur Rasul itu sendiri adakah bersesuaian dengan sunnah atau ia satu bida'ah)

Di samping itu angka 12 yang dipilih untuk hari lahir dan hari wafat Nabi SAWberkemungkinan besar berpunca daripada Syiah Imam Dua Belas. Justeru angka 12 ini bagi mereka merupakan angka sakti yang mereka kaitkan sekian banyak keistimewaan dengannya. Apalagi jika orang yang mula-mula mempopularkan tarikh ini adalah Ibnu Ishaq yang juga seorang Syiah. (Taqribut Tahdzib, AlHafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, jld. 2, hal. 144)
Pendapat yang menyatakan bahawa Nabi SAW dilahirkan pada 12hb. Rabiul Awwal itu walaupun masyhur tetapi ia berasaskan riwayat yang lemah kerana ia berpunca daripada Ibnu Ishaq seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam di dalam kitab sirahnya.Menurut ulama-ulama rijal hadis, Ibnu Ishaq selain dianggap sebagai seorang syiah, dia juga seorang yang lemah dalam riwayat-riwayatnya. Imam Nasa'i mengatakan bahawa dia tidak kuat. Daraqutni mengatakan hadisnya tidak boleh menjadi hujjah. Imam Abu Daud ada berkata, "Dia adalah seorang yangberfahaman Qadariah dan Mu'tazilah."Imam Sulaiman At-Taimy, Hisyam bin Urwah, Yahya bin Sa'id Al-Qatthan dan Imam Malik mengatakan dia seorang pendusta besar. Malah Imam Malik pernah berkata, "Dia seorang dajjal". (Mizanul I'tidal, Imam Zahabi, jld. 3, hal.468-475).

Ibnu Ishaq sendiri tidak menyebutkan sanad-sanad tempat ambilannya.Pendapat yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran Baginda ialah pada hari Isnin, 9hb. Rabiul Awwal Tahun Gajah. Di antara ulama yang berpendapat sedemikian ialah Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam,Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abul Khattab Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah,Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin 'Aini. (Al Bidayah wa AnNihayah, jld. 2, hal. 260-261).

Pendapat ini juga disokong oleh penyelidikan yang dibuat oleh seorang ahli falak yangterkenal iaitu Mahmud Pasya yang cuba menentukan tarikh gerhana matahari dan gerhana bulan yang berlaku semenjak zaman Nabi SAW hingga ke zaman beliau.Berdasarkan kajian beliau, hari Isnin tidak mungkin bertepatan dengan 12hb.Rabiul Awwal mengikut perkiraan bagaimana sekalipun bahkan hari Isnin padabulan berkenaan Rabiul Awwal) jatuh pada 9 haribulan. Beliau mengemukakan beberapa alasan untuk menyokong hasil kajiannya.Antara alasan-alasan yang dikemukakan oleh Mahmud Pasya ialah:·
Dalam Sahih Bukhari disebut ketika anak Rasulullah SAW iaitu Ibrahim wafat, telah berlaku gerhana matahari iaitu pada tahun ke 10 Hijrah dan Nabi Muhammad SAW ketika itu berusia 63 tahun.· Berdasarkan kaedah kiraan falak, diketahui bahawa gerhana matahari yangberlaku pada tahun 10H itu adalah bertepatan dengan 7hb. Januari 632M pukul 8.30 pagi.· Berdasarkan kepada kiraan ini, sekiranya kita undurkan 63 tahun kebelakang mengikut tahun qamariah, maka kelahiran Nabi SAW jatuh pada tahun571M. Berdasarkan kira-kira yang telah dibuat beliau, 1hb. Rabiul Awwal menepati 12hb. April 571M.

· Perselisihan pendapat berlaku tentang tarikh kelahiran Nabi SAW,walau-bagaimanapun semua pihak telah sepakat mengatakan ia berlaku pada hari Isnin bulan Rabiul Awwal. Mereka hanya berselisih tentang tarikh di antara 8 hingga 12 haribulan dalam bulan Rabiul Awwal tersebut. Tetapi Mahmud Pasya mendapati hari Isnin jatuh pada 9hb. Rabiul Awwal bersamaan 20hb. April 571M.

Ini menguatkan lagi pendapat ulama-ulama muktabar yang telah disebutkan di atas. Di antara penulis sirah mutaakhir yang menyokong pendapat ini ialah Syeikh Muhammad AlKhudhori Bik di dalam Nurul Yaqin (hal. 6), Safiyyul Rahman Al Mubarakpuridi dalam Ar Rahiqul Makhtum (hal. 54), 'Allamah Sibli Nu'mani di dalam Siratun Nabi (jld. 1, hal. 176), Maulana Abul Kalam Azad di dalam Rasul Rahmat (hal. 37) dan lain-lain.
Berhubung dengan tarikh wafat Nabi Muhammad SAW pula, beberapa perkara yang telah diterima oleh ulama hadis dan sirah perlu diletakkan dihadapan untuk menentukan tarikhnya iaitu:·
Tahun kewafatan Baginda SAW ialah 11H.
· Dalam bulan Rabiul Awwal.
· Antara 1hb. hingga 12hb.
· Hari Isnin. (Sahih Muslim, jld. 8, hal. 51-52).
· Hari wuquf di Arafah dalam Haji Wada' pada 9 Zulhijjah tahun ke 10H jatuhpada hari Jumaat. (Tafsir Al Quraanul 'Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15,Sahih Al Bukhari, Sahih Muslim, dll).
· Daripada hari itu (wuquf) sampai kepada hari wafatnya Nabi Muhammad SAWadalah 81 hari. (Tafsir Al Quraanul 'Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15, AtTafsir Al Kabir, Fakhrul Razi, j. 11 hal. 139, Tafsir Baghawi, Fathul Bari).

Berdasarkan kepada beberapa perkara yang telah diterima oleh para ulama tadi, maka boleh diandaikan tarikh kewafatan Baginda SAW seperti berikut:1. Diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 30hari (walaupun tidak pernah berlaku begitu tetapi diandaikan mungkin juga berlaku) maka hari Isnin menepati 6 atau 13hb. Rabiul Awwal.
Jika diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 29 hari (walaupun ini juga tidak pernah berlaku) maka hari Isnin menepati 2,9 atau 16hb. Rabiul Awwal.Daripada kenyataan-kenyataan yang disebut di atas, tarikh yang lebih tepat bagi kewafatan Nabi SAW ialah pada hari Isnin 1hb. Rabiul Awwal tahun 11H bersamaan dengan 25hb. Mei 632M> Berdasarkan fakta-fakta yang telah kami kemukakan, pihak kami berharap agar ketetapan hari lahir Nabi Muhammad SAW yang ditentukan sebagai hari cuti umum itu dikaji dan diubah kepada tarikhnya yang sebenar kerana amatlah malang dan memalukan sekali kita orang-orang Islam jika kita merayakan suatu hari yang kononnya hari kelahiran Nabi SAW padahal ia bukanlah harinya yang sebenar.
Darul Quraan Was Sunnah

Salam Maulidur Rasul

0 comments

Ahlan Ya Rabi' al-awwal

0 comments
Pengertian
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman..
Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal
Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah.

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Di bulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika itu Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Hijrah Nabi saw
Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Fadhilat
Bulan Rabiulawal adalah seperti bulan-bulan Islam yang lain maka amalan sunat di bulan Rabiulawal adalah sama seperti amalan sunat di bulan-bulan yang lain. Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan fardu dan sunat tanpa mengira di bulan manapun di sepanjang tahun. Amalan-amalan kita itu akan menjadi bekalan untuk kita meneruskan perjalanan ke padang mahsyar esok.

Selain dari itu, kualiti ibadah juga adalah diambil kira. Niat dan keikhlasan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam menentukan nilai ibadah kita. Diantara syarat sesuatu ibadah itu diterima ialah niat.Niat itu akan menggambarkan keikhlasan kita.Kerja yang ikhlas akan membawa kepada kesempurnaan dan kesempurnaan akan membawa kepada kepuasan dan kepuasan akan membawa kepada ketenangan. Moga kita sama-sama dapat meningkatkan amalan ibadat kita agar kita mempunyai bekalan untuk dibawa ke kampung Akhirat esok, InsyaAllah.

Apasal Malas Sembahyang

0 comments
Apasal kau malas sembahyang,
Tuhan kasi engkau jasad siap-siap dengan bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh siang malam.......

Apasal kau malas sembahyang,
Hidup dah best hatipun senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit kau tak boleh luang??....

Apasal kau malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya kau tak bengang,
Tuhan bagi akal bokeh fikir susah dan senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa engkau tidak kenang????

Apasal la kau malas sembahyang,
Main bola kau sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert kau sanggup sampai petang,
Apa kau ingat masuk syurga boleh berhutang...???

Apasal la kau malas sembahyang,
Kau kena ingat umur kita bukan panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.....(nauzubillah)

Apasal la kau malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah kau bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tiada siapa boleh halang!!!!!

Ingatlah wahai rakan dan taulan,
Sematkanlah di hati wahai kawan-kawan,
Fikirkanlah sejenak pada orang tua pesan,
SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN....

Wednesday, February 25, 2009

Penyakit kritikal boleh dirawat dengan SOLAT

0 comments



HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.


Hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.


Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.


“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.


“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

“Ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah. Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, kata beliau model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik. Kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif. Ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.”

Solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

“Hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.
Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.


Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Thursday, February 19, 2009

Ammar nak kawan...

1 comments
Petang tadi bawa ammar jalan2 kat giant nilai... ammar ni tahu je.. kalau pergi giant.. bukannya dia nak masuk terus... mesti kena singgah dulu kat playgroud dlm giant tu...oo.. lepas penat dia main dgn kereta tu... tetiba melintas ler seorang budak naik kuda..hmm.. apa lagi.. nak juga ler dia... hmm.. sib baik RM2 jer.. naik lah ammar.. tp sombong plak.. tak nak bg abi pegang langsung.. seronoknya dia... habis benda2 kat tepi tu dilanggarnya... kejap jer tengok dia seronok.. after 3-5 minit.. tetiba benda tu berhenti.. apa lagi bising ler dia menjerit... nak naik.. nak naik katanya.. hmm.. tak boleh jadi ni.. ummi n abi kena beredar dulu.. tebalkan je lah mka ni.. bawa jer ammar walaupun dah menangis.. kalau layan sungguh2.. hmm.. alamatnya... sampai malam ler kat situ.. ummi minta maaf banyak2 yer ammar... terpaksa buat gitu... ammar kan dah puas main kan... huhuhu....

Informal Learning

0 comments
  1. Lots of learning occurs outside any kind of formal study environment
  2. Learning does not begin and end inside the classroom
  3. Turn everyday activities into opportunities for learning
  4. Look at situations where your child is bored or restless as being a perfect opportunity for learning
  5. When your child is bored, look for things to intrigue him and get him thinking
  6. Encourage your child to engage his mind in real-life situations
  7. Use your understanding of your child’s personality and interests to determine what might pique his curiosity
  8. Don’t try to get your child started on something in which he obviously has no interest
  9. Most young children already learn informally through play
  10. Virtually every learning activity for a young child should incorporate an element of play
  11. If you have a young child, make sure he usually has something to do, so that he keeps himself mentally and/or physically active
  12. Put your young child in a position where he can easily see the world around him
  13. Get older children involved in your own activities
  14. If you have an older child, talk to him frequently about the things you’re doing and encourage him to contribute his own thoughts
  15. Older children can learn a vast amount by reading for pleasure

Learning from informal activities

0 comments





1. Bake and decorate a cake with your child: you can let him choose the type of cake he wants, and then help him follow the instructions from the relevant recipe. From this activity alone, he can learn about weights and capacities, the effects of temperature and time on the baking process, units, proportion, aeration, and the chemical reactions that take place when the cake is
baked. Of course, there is no need for him to learn all or even some of these things, as long as he is enjoying himself!
For a bit of additional fun, you can let him taste the cake mixture or ingredients if they are edible.


2. Show your child how you do your grocery shopping: he can help you make a shopping list, learn how to navigate the supermarket to find what he wants, compare prices, weigh items, remind you of what to buy, etc. You can even give him a small budget to buy whatever he wants, so that he can see for himself how money is used in practice.

3. Let your child help you plan a holiday. He can learn about his destination from books, brochures, and the Internet; he might also find out where he is going on a map, plan routes, calculate expenditures, choose what he wants to take with him, and so on.

4. Your child might like to observe how animals behave in different situations and how they react to different stimuli. For example, he can wiggle a string in front of a cat to see how it reacts, make a habitat for earthworms, learn how to communicate with various animals, or try to teach a pet new tricks.

5. Let your child see how far he can throw different objects. Encourage him to measure distances and angles, and let him experiment with various angles and objects of different shapes, materials, and sizes to see how the trajectories are affected.

Wednesday, February 18, 2009

Indahnya malam pertama kita

1 comments
Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justru malam pertama perkahwinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu.........mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu
Setelah dimandikan.. ,
Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wewangian ditaburkan kebaju Kita...
Bagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..
itulah wajah Kita

Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian
sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah gontai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan.. . yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan

Dan akhirnya....
tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah telah pergi....
Sang Malaikat lalu bertanya.

Kita tak tahu
apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...
Dan tak seorangpun yang tahu....

Kejutan dari Ammar

2 comments



Alhamdulillah.. permata hati ummi ni dah semakin membesar dan banyak juga yang di explore nya.. malam ni abi pergi usrah.. jadi ammar kena tinggal dengan ummi je lah malam ni.. macam biasa lah... setiap kali abinya keluar dari rumah.. sudah pasti satu deret rumah ni boleh dengar suara ammar menangis...

Tapi malam ni sekejap je dia menangis... sebabnya.. tiba2 kat tv tu keluar iklan pampers drypers tu.. ada baby.. baby katanya sambil sentuh perut saya.. sayu ada.. kelakar pun ada... ammar ni memang nak kawan... sabarlah sayang... sama2 kita doa moga Allah kurniakan kita adik secepat mungkin.. insyaAllah...

Yang membuatkan saya teruja ialah.... apabila dia duduk dan memegang tangan saya... sambil tapak tangannya melekap di tapak tangan saya (ala-ala bertepuk tangan) sambil menyebut "sep sep sep tom tom tom"... terkejut saya.. berkali2 saya ulang perkataan tu.. ooo ni mesti baru dapat ilmu dari rumah ibu.. samada dari amna n auni atau ibu(pengasuh) sendiri.. sebenarnya nak ucap berbanyak2 terima kasih pada ibu.. coz jaga ammar dengan baik hingga ammar jadi anak soleh kesayangan abi dan ummi.. teringat pula msa kecik2 dulu main sep sep tom tom dgn kawan2...cepat sungguh anak ummi ni ingat permainan barunya..

Sekarang ni masa ammar meniru semua gaya orang di sekelilingnya... apa yg kita buat semua ditirunya.. sebab tu.. abi dan ummi berusaha untuk mengelakkan sebarang perlakuan yang kurang sesuai berlaku di hadapan ammar..

Tak pelah sayang.. moga Allah terus memayungimu dengan payungan Rahman dan RahimNYA.. abi dan ummi kan sentiasa menyayangimu... sayang ummi.. sayang abi...

Mantap Al-Qur'an Mudah Belajar Bahasa Arab..

2 comments

Penggunaan Al-Quran sebenarnya adalah bertujuan untuk mengajar ilmu Bahasa Arab terutamanya dari sudut nahu (grammar) itu sendiri yang mana telah mendapat perhatian yang utama oleh para nuhat (ahli-ahli nahu) sejak zaman-berzaman di samping ianya merupakan mukjizat yang agung dan hidayah buat sekelian umat Nabi Muhammad S.A.W.
Bermula daripada Abu Aswad ad-Duali yang telah menyahut seruan Saidina Ali Karramallahu Wajhah dalam meletakkan asas ilmu nahu setelah beliau mendengar adanya lahn (kesalahan daripada segi nahu) dalam pembacaan Al-Quran.
Sibawaih (180H) dalam bukunya ‘al-Kitab’ juga menggunakan dalil ayat-ayat Al-Quran sebagai bukti kepada kaedah-kaedah nahu. Penggunaan dalil daripada ayat-ayat Al-Quran untuk membuktikan ketepatan kaedah nahu dipanggil dengan istilah “syahid Al-Quran”. Syahid Al-Quran yang pertama digunakan oleh Sibawaih di dalam kitabnya adalah ketika membincangkan tentang kalimah iaitu tajuk pertama tentang ilmu nahu.
Sekiranya dilihat pula Ibnu Hisham (761H) maka beliau juga menggunakan syahid Al-Quran di dalam menghuraikan kaedah-kaedah nahu Bahasa Arab. Di dalam bukunya “syarh qatr an-nada wa bal as-sada” penggunaanya (syahid Al-Quran) yang pertama adalah dalam bab al-kalimah apabila beliau membawa ayat Al-Quran sebagai dalil kepada jumlah mufidah.
Begitu juga Ibnu ‘Aqil (769H) yang juga tidak ketinggalan dalam menggunakan syahid Al-Quran ini di dalam menghuraikan kaedah-kaedah nahu. Syahid Al-Quran yang pertama di dalam kitabnya “syarh ibnu ‘Aqil” ialah apabila beliau memperkatakan juga tentang al-kalam (iaitu al-kalimah).
Jikalau ada pihak yang mengatakan Ibnu Hisham dan Ibnu ‘Aqil kedua-duanya adalah “syaarih” (orang yang melakukan huraian) kepada matan Ibnu Malik (al-fiah) yang bersifat “nazam atau syair” maka memang sepatutnyalah mereka menggunakan Al-Quran, maka kita lihat pula kepada ulama'-ulama' nahu yang melakukan huraian kepada matan al-ajrumiyah (bukan syair) yang juga menggunakan syahid Al-Quran di dalam menghuraikan kaedah-kaedah nahu.
Kita ambil contoh As-Syeikh Muhammad Abd al-Bariy (1298H) yang telah menulis nota tentang matan berkenaan menggunakan syahid Al-Quran pada permulaan bab nahu lagi iaitu bab al-ikrab dan al-bina’ manakala as-syaarih bagi matan al-ajrumiyyah pula iaitu As-Syiekh Muhammad Ar-Ra’aini menggunakan syahid Al-Quran, dan syahidnya yang pertama datang dari bab al-kalam.
Sekiranya kita perhatikan ulama'-ulama' nahu terdahulu, mereka sangat berpegang teguh dengan Al-Quran di dalam pengajaran mereka tentang kaedah-kaedah nahu. Sehinggakan pada permulaan bab lagi mereka telah menggunakan Al-Quran sebagai bukti atau dalil ketepatan kaedah yang dibawa.
Tetapi apabila kita merujuk kepada kitab-kitab pengajaran nahu yang ditulis oleh ulama'-ulama' kini, maka kita dapati sebahagian daripada mereka menggunakan Al-Quran dan sebahagian yang lain pula tidak menggunakan Al-Quran langsung di dalam menerangkan kaedah-kaedah nahu.
Di antara kitab-kitab nahu yang masih menggunakan Al-Quran sebagai bukti ketepatan kaedah nahu adalah seperti kitab ‘jami' ad-durus’ yang dikarang oleh Al-Ghalayini (1912), kitab ‘at-tathbiq an-nahwi’ karangan Dr. Abduh Ar-Rajihi (1988), dan juga kitab terbaru yang mengemukakan huraian (syarh) kepada matan al-ajrumiyyah yang telah dilakukan oleh Muhammad Mahyuddin Abd Hamid yang dinamakan dengan ‘at-tuhfatu as-saniyyah’ juga tidak ketinggalan menggunakan syahid Al-Quran sebagai hujjah membuktikan ketepatan nahu Bahasa Arab.
Manakala kitab-kitab yang tidak menggunakan syahid Al-Quran di dalam menghuraikan kaedah-kaedah nahu adalah seperti kitab ‘an-nahwu al-waadhih’ tidak menggunakan syahid Al-Quran pada kedua-dua jilid (untuk marhalah ibtidaaiyyah dan thanawiyyah). Begitu juga buku-buku ringkasan nahu Bahasa Arab yang digunakan di sekolah-sekolah juga tidak menggunakan syahid Al-Quran ini.
Kesimpulan daripada kajian yang sedikit ini (jika boleh dikatakan) bahawa terdapat kaitan yang jelas di antara menggunakan syahid Al-Quran dalam kaedah pengajaran Bahasa Arab dengan penguasaan ilmu Bahasa Arab itu sendiri di kalangan para pelajar.
Maksudnya, kemungkinan kesukaran para pelajar dan kelemahan mereka menguasai ilmu Bahasa Arab kerana mereka kini telah jauh daripada Al-Quran itu sendiri yang mana suatu ketika dahulu telah didekatkan oleh guru mereka melalui kaedah penggunaan syahid Al-Quran.
Hal ini demikian adalah kerana terdapatnya kaitan rapat Al-Quran itu dengan Bahasa Arab yang diibaratkan seperti isi dengan kuku. Tidak sempurnalah jari yang berada di tangan jika tidak mempunyai kuku dihujungnya tetapi hanya ada isinya sahaja dan begitu jugalah sebaliknya.
Jadi usaha untuk memantapkan kembali penguasaan Bahasa Arab di kalangan para pelajar adalah dengan kita di kalangan para pendidik mengembalikan mereka kepada kaedah sebagaimana yang telah diasaskan oleh ulama'-ulama' terdahulu, di antaranya adalah menggunakan Al-Quran di dalam pengajaran dan pembelajaran nahu Bahasa Arab itu sendiri.
Sesungguhnya mukjizat Al-Quran yang maha suci itu memungkinkan para pelajar mudah untuk memahami tentang kaedah-kaedah nahu yang nampak seakan-akan terlalu susah kini. Mudah-mudahan usaha mengembalikan kehebatan Al-Quran di dalam hati anak-anak muda atau anak-anak didik bersama kaedah pengajaran nahu akan memantapkan kembali penguasaan nahu dan Bahasa Arab itu sendiri. Malah memberi impak yang baik untuk ISLAM pada masa hadapan dan generasi akan datang..khasnya buat anak-anak sahabat-sahabatku yang bakal lahir nanti dan anak-anakku jua malah buat seluruh anak-anak kaum muslimin amnya...
Saya fikir..anda fikir..kita sama-sama fikir...jadi fikir-fikirkanlah!!!!

Kenyataan MB Perak perihal tanah kekal

0 comments
Kenyataan dari MB Perak perihal tanah Kekal untuk RAKYAT PERAK.. bukan Rakyat kroni!

Dato' Seri Ir.. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin said...

Assalamualaikum Kepada semua yang telah memberi komen tak kira manis ke pedas, kutuk ke puji ke, dsbnya, saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kerana sudi kunjung dan beri komen serta kritikan. Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio.Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri. Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.

Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.

Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah DuliYang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda, Raja DrNazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.Tohmahan sahabat mengenai "gadai tanah" kpda Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaansemua institusi kerajaan yang terlibat.

Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih,Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.

Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:
22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas
1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor
Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.
200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! )

Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekatHiway!Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan dibeberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta,dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PRambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay-towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepasPRU- 12).

Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru(kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli),adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12. Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.

Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar.Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya..Kerajaan akan memperolehi tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya.Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang.Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun!

Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta- juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat"kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.

Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu..Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).

Tuesday, February 17, 2009

TANGGUNGJAWAB BERUMAH TANGGA

0 comments
Rumah tangga yang harmoni dan sejahtera memerlukan satu rasa tanggungjawab yang begitu berat yang harus dipikul oleh kedua-dua ibu bapa. Ia memerlukan satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan jayanya

Tanggungjawab Ibu Bapa dalam rumah tangga
1. ibu hendaklah memilih calon bapa yang baik dan serasi. Begitu juga sebaliknya.
2. membentuk anak sebagai pewaris bangsa yang akan membentuk generasi akan datang yang gemilang.
3. berdoa dan mengikut adab semasa 'berjimak' supaya anak yang dilahirkan berlandas kepada kehendak agama.
4. bersikap positif terhadap kelahiran anak samada lelaki atau perempuan.
5. memberikan nama yang indah dan mempunyai maksud yang baik supaya mereka tidak dihina dan dicela apabila besar kelak.
6. mengakikahkan anak.
7. menyusui anak sendiri.
8. mengkhatankan anak.
9. memberikan nafkah yang secukupnya untuk anak-anak.
10. menepati segala janji dengan anak-anak.
11. memupuk rasa kasih sayang di kalangan anak-anak.
12. menepati segala janji dengan anak-anak.
13. menghormati hak anak-anak dengan tidak membatasi hak ibu bapa sendiri.
14. mendidik akhlak anak-anak ke arah kecemerlangan.
15. menanam akidah tauhid dalam diri anak-anak. Tanamkan kecintaan kepada Allah S.W.T., Rasullullah S.A.W. dan keluarga baginda.
16. melatih dan membimbing anak-anak menunaikan solat dan tuntutan agama yang lainnya.
17. bertindak adil terhadap sesama anak-anak.
18. mengasingkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan.
19. memastikan anak-anak bergaul dengan orang yang baik-baik.
20. mengajar anak membaca al-Quran, berzikir dan cintakan ilmu.
21. menerangkan kepada anak-anak tentang halal haram dan baik buruk sesuatu perkara.
22. tidak memewahkan anak-anak supaya mereka belajar erti kehidupan yang sebenar.
23. mendidik anak supaya mereka tidak mengganggu di waktu aurat iaitu subuh, tengahari dan selepas Isyak melainkan untuk tujuan kecemasan dan penting.
24. melatih dan menggalakkan anak-anak beriadah untuk kesihatan fizikal dan mental.
25. menghormati anak-anak seperti mana kita mahu mereka menghormati kita.
26. menghiburkan keluarga.
27. mencegah pergaulan bebas supaya mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
28. membimbing anak-anak bertakwa.
29. memastikan anak-anak tidak terdedah kepada perkara-perkara lucah.
30. memastikan keselamatan anak-anak setiap masa dan di mana jua.
31. memperkenalkan anak-anak kepada sanak saudara samada yang jauh mahupun yang dekat.
32. mendidik anak tentang etika sosial.
33. mengahwinkan mereka dengan pasangan yang baik agamanya.
34. bersabar dan menerima ketika kematian anak.
35. mendidik anak sayangkan binatang dan makhluk Allah S.W.T. yang lainnya.
36. menegakkan amal makruf dan nahi mungkar dalam rumah tangga.
37. mewasiatkan iman dan takwa kepada anak-anak.
38. sentiasa mendoakan anak-anak khususnya di saat-saat mustajab.
39. sentiasa bertawakal kepada Allah S.W.T.

Doa Ibu untuk kesejahteraan anak dalam kandungan
"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan
sihatkanlah ia.
Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa
yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada
Rasul-Mu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.
Ya Allah, jadikanlah dia sihat dan sempurna berakal dan pandai, alim dan
beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah
akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan
hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W. dan segala puji bagi Allah Tuhan
Semesta Alam."


RUMUSAN
1. Ibu bapa yang berkesan memerlukan personaliti yang profesional dan praktikal untuk dicontohi oleh anak-anak.
2. Nilai diri yang positif akan membawa kepada keyakinan diri yang mantap, penghormatan daripada orang lain dan membentuk persekitaran yang kondusif. memahami dan memberi ganjaran kepada anak-anak secara psikologikal dan material akan memperkukuhkan institusi rumah tangga

PERSONALITI IBU BAPA YANG CEMERLANG

0 comments
Mempunyai matlamat yang jelas
Ibu bapa yang cemerlang mestilah mempunyai matlamat hidup berkeluarga yang jelas. Matlamat yang menjamin keutuhan rumah tangga dan kesinambungan generasi yang berkekalan dan berilmu. Jika sesuatu perkahwinan dilakukan kerana mengikut kebiasaan dan adat semata-mata, ia kana menjadikan rumah tangga hambar dan tidak berhaluan. Matlamat yang jelas akan menyebabkan ibu bapa membuat perancangan yang teratur untuk masa depan anak-anak dan dapat menjalani kehidupan di dunia dan akhirat dengan lebih cemerlang. Sebenarnya apa yang kita minta, itulah yang akan kita dapat.

Tegas
Ketegasan dalam segala tindakan ibu bapa akan dapat mendisplinkan anak dengan lebih cemerlang. Ketegasan yang positif akan menyebabkan anak-anak lebih menghormati kedua-dua orang tuanya dan memahami kehendak ibu bapanya.

Berakhlak mulia
Ibu bapa yang cemerlang mestilah mempunyai akhlak yang mulia untuk membimbing anak-anak supaya mereka juga mempunyai akhlak yang mulia. Sebagaimana hadis Rasullullah S.A.W. yang bermaksud : "Paling sempurna seorang mukmin imannya adalah yang paling luhur akhlaknya."(Hadith Riwayat Tirmidzi)Pepatah Melayu juga pernah menyebut :"Bapa borek anak rintik". Kita tidak mahu menjadi seperti "Ketam yang mengajar anaknya berjalan betul".

Mengambil berat terhadap keluarga
Suka sifat mengambil berat terhadap keluarga akan menyebabkan anak-anak rasa disayangi dan diambil perhatian. Sifat ini dengan secara tidak langsung akan menanamkan rasa kasih sayang di jiwa anak-anak

Komitmen yang tinggi
Apabila pasangan suami isteri bersedia untuk mempunyai keluarga, sudah tentulah komitmen yang tinggi diperlukan untuk menjamin keharmonian rumah tangga. Sekiranya pasangan suami isteri hanya menganggap bahawa berkeluarga hanyalah kitaran hidup yang biasa bagi seorang manusia, maka janganlah hairan kalau rumah tangga tersebut hanya berada di tahap yang sederhana sahaja

Berketrampilan dalam pelbagai bidang
Ibu bapa yang cemerlang harus mempunyai pengetahuan yang agak luas dalam pelbagai bidang. Ini akan dapat mengukuhkan kefahaman mereka dalam mendidik anak-anak mengenai bidang-bidang yang berkenaan

Yakin terhadap diri sendiri
Keyakinan yang tinggi menjadi pemimpin dalam rumah tangga adalah tunggak kepada kekuatan seseorang suami dan keyakinan yang jitu dalam mendidik anak-anak adalah tunggak kepada isteri yang solehah. Tanpa keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri, kedua-dua ibu bapa tidak dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan. Ingat "bagaimana acuan, begitulah kuihnya".

Konsisten dalam melakukan sesuatu (Istiqomah)
Sesuatu amalan yang dilakukan secara konsisten oleh kedua-dua ibu bapa seperti sembahyang jemaah, melakukan aktiviti-aktiviti yang mulia, memberi arahan dan mengenakan hukuman akan dapat menanamkan rasa hormat dalam diri anak-anak terhadap kedua-dua orang tuanya

Pemikiran yang kreatif dan positif
Ibu bapa yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan positif akan dapat mewujudkan suasana yang ceria dalam rumah tangga. Kreatif dalam mengemas rumah, memilih makanan, beriadah dan sebagainya akan dapat mengubah selera dan suasana dalam rumah tangga

Boleh diharap
Ibu bapa adalah tempat bergantung oleh anak-anak. Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah sentiasa bersedia untuk melayani dan melindungi ahli-ahli keluarga apabila diperlukan

Sentiasa bertenaga
Anak-anak memerlukan kemanjaan, kasih sayang dan perhatian pada bila-bila masa. Oleh yang demikian ibu bapa harus sentiasa mempunyai tenaga yang banyak untuk melayani kerenah anak-anak. Pastikan kesihatan diri sentiasa berada dalam keadaan terbaik

Sentiasa bersemangat
Ibu bapa tidak seharusnya berasa jemu untuk menjalankan aktiviti harian. Mereka harus sentiasa bersemangat untuk mewujudkan suasana rumah tangga yang bahagia. Semangat ini hanya datang dari komitmen yang tinggi dan pemikiran yang positif

Mudah mesra dan penyayang
Senyuman yang sentiasa terukir di wajah ibu bapa menjadi penawar kepada segala penyakit dalam rumah tangga

Pandai mendengar dengan berkesan
Ibu bapa yang boleh mendengar dengan berkesan rintihan anak-anak akan dapat menyelesaikan segala masalah anak-anak. Mendengar merupakan satu kemahiran yang harus dipelajari untuk memahami dan mendidik dengan lebih berkesan

Sentiasa bekerja kuat dan smart
Sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan akan membuahkan hasil yang lumayan. Pekerjaan seumpama ini akan menjadi ikutan kepada anak-anak

Kejujuran dan keikhlasan
Ibu bapa yang cemerlang sentiasa menanamkan sifat kejujuran dan keikhlasan dalam segala tindak-tanduk. Kejujuran dan keikhlasan dalam menghukum anak misalnya akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri anak berbanding dengan perasaan marah dan benci

Merendah diri
Sifat merendah diri ini bukanlah bermaksud sehingga anak-anak boleh memijak kepala kita. Sekiranya ibu bapa merendah diri terhadap kedua-dua ibu bapanya, maka sudah tentulah anak akan mengikuti jejak langkah tersebut

Sentiasa menjaga harga diri / maruah
Ibu bapa yang sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga akan meningkatkan lagi maruah keseluruhan keluarga tersebut. Dengan ini keluarga tersebut akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat

Bijaksana
Ibu bapa seharusnya mempunyai kebijaksanaan yang melebihi anak-anak. Ini sudah tentunya melalui pengalaman dan pembacaan yang luas. Pergaulan yang luas juga menjadikan ibu bapa lebih berpengetahuan

Pengasih dan penyayang
Anak-anak memerlukan ibu bapa yang pengasih dan penyayang. Semua anak tidak meminta untuk dilahirkan ke dunia ini. Oleh itu setiap kelahiran anak patutlah dibajai dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi

Bermotivasi tinggi
Ibu bapa harus sentiasa memupuk semangat motivasi yang tinggi dalam diri masing-masing. Ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Motivasi hendaklah dipupuk dan dibaja setiap masa dan ketika

Optimistik
Persediaan untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang sebelum berkahwin lagi akan menjadikan seseorang itu bersifat optimistik terhadap membina rumah tangga yang diidamkan

Mempunyai perancangan yang rapi
Merancang kehidupan harian adalah satu langkah yang paling baik untuk kesejahteraan semua ahli keluarga. Perancangan yang teratur akan melicinkan perjalanan harian keluarga dan dapat memastikan semua ahli dalam keadaan selesa

Gigih
Kesejahteraan sesebuah keluarga tidak dapat dibentuk dalam sekelip mata sahaja. Ia memerlukan kegigihan dan kesabaran yang tinggi. Mereka yang berasa kecewa akan gagal. Jadikan kegagalan sebagai kawan yang paling karib untuk mencapai kejayaan

Sikap mental yang positif dan kreatif
Bagi mengelakkan kebosanan dalam rumah tangga, ibu bapa hendaklah sentiasa mempunyai sikap mental yang positif dan kreatif dalam menangani segala masalah dalam rumah tangga

Kepantasan bertindak
Membuat Keputusan yang adil dan bertindak cepat akan dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku

Imej diri yang cemerlang
Imej diri yang cemerlang akan menambahkan keyakinan dalam diri ibu bapa. Imej diri bukan sahaja dilihat dari perspektif luaran malah ia juga harus dilihat dari perspektif dalaman

Mempunyai kemahiran berkomunikasi
Ibu bapa yang mempunyai kemahiran komunikasi akan disukai oleh semua ahli keluarga. Teknik menegur ahli keluarga yang berhemah akan menjadikan mereka orang yang disanjungi dan dihormati

Pandai bergurau
Bergurau senda dalam rumah tangga akan menceriakan persekitaran sesebuah keluarga

Berdoa dan mendoakan
Ibu bapa yang cemerlang sentiasa berdoa untuk kecemerlangan diri dan ahli keluarga yang lainnya.

Sifat personaliti yang tersemai di hati boleh dipelajari dan ia bukan sesuatu yang semula jadi atau tumbuh dengan sendirinya dalam diri setiap individu

Monday, February 16, 2009

very good service from eoe.com.my.. thank you so much

7 comments











Assalamualaikum...

ingat lagi tak tentang free printing gambar dari eoe.com hari tu.... tengoklah gambar2 kat atas ni... bagus sungguh kualitinya.. terima kasih eoe.com.my...
Oleh yang demikian... marilah semua kita print gambar yang dah lama kita simpan... eoe ni bagus sungguh perkhidmatannya... dah terbukti... ingat kita boleh print gambar saiz 4R hanya dengan harga RM0.30 sekeping...selain tu.. penghantaran percuma untuk tempahan RM35 ke atas..berbaloi sungguh...
just download gambar online.. bayar online.. pastu tunggu je kat rumah 3-4 hari lepas tu gambar tu sampai depan rumah kita.. kan mudah kan... tak perlu lah nak keluar... membazirkan minyak dan tenaga... just tunggu jer kat rumah...
promosi ni sampai 31 mac 2009 jer... ingat...

Sunday, February 15, 2009

8G pada lelaki yang dibenci wanita

0 comments

1. Garang ( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah tak bertempat, silap sikit tak boleh... macam ler dia betul semua, dsb). Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.



2. Ganas (kaki pukul,dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.


3. Gementar (takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain,dsb) Contohnya,depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafazkan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.


4. Gabrah (tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.


5. Gentleman tiada (langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman,inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.


6. Gerumal (bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita.Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.


7. Ganggo (keterlaluan- lembut sangat,pemalu sangat,pendiam sangat, macho sangat, dll). Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal.Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.


8. Gatal (miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri). Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura-pura melayan anda kerana ada udang sebalik batu.Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja.


Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda. amacam??ader ciri2 ni??kalo ader ubah la sifat tu.oklah, sampei sini jer

A GOOD FRIEND TEST!

0 comments
A simple friend,
when visiting, acts like a guest.
A real friend
opens your refrigerator and helps himself
and doesn't feel even the least bit weird shutting your 'beer/Pepsi drawer' with her foot!

A simple friend has never seen you cry.
A real friend shoulder is soggy from your tears..

A simple friend doesn't know your parents' first names.
A real friend has their phone numbers in his address book.

A simple friend brings a bottle of drink to your party.
A real friend comes early to help you cook and stays late to help you clean.

A simple friend hates it when you call after they've gone to bed.
A real friend asks you why you took so long to call.

A simple friend seeks to talk with you about your problems.
A real friend seeks to help you with your problems.

A simple friend wonders about your romantic history.
A real friend could blackmail you with it!

A simple friend thinks the friendship is over when you have an argument.
A real friend calls you after you had a fight.

A simple friend expects you to always be there for them.
A real friend expects to always be there for you!

Friday, February 13, 2009

Seminar Pendidikan Tinggi Islam ke-6

0 comments
Seminar Pendidikan Tinggi Islam Ke-6
"Budaya Ilmu : Ke Arah Pemerkasaan Umat"
Anjuran Kolej Dar al-Hikmah,
dengan kerjasama
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.
Tarikh : 14 Mac 2009

LATAR BELAKANG

"Sejarah manusia menyaksikan hakikat bahawa kebangkitan dan kejatuhan bangsa-bangsa dan tamadun-tamadun berkait rapat dengan pemerolehan, pengeluaran dan penggunaan ilmu yang hebat. Mereka yang cemerlang dalam hal ini memegang kepimpinan negara-negara dan mereka yang mundur akhirnya meminta-minta kepada orang lain untuk menjamin kelangsungannya (terj.)"

Kenyataan di atas yang diungkapkan oleh M.Wasiullah Khan dalam karya berjudul 'Education and Society in the Muslim World' menegaskan tentang hakikat sejarah dan hakikat sejagat. Tamadun Yunani yang menekankan tentang paediea atau pendidikan ialah tamadun ilmu. Tamadun Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang dirumuskan oleh Franz Rosenthal dengan ungkapan Knowledge Triumphant atau Kemenangan/Keagungan Ilmu. Tamadun semasa yang dipimpin oleh Barat semenjak Renaissance di abad ke-15 bertitik tolak dan bertunjangkan kepada ilmu.

Justeru 'ilmu ialah kuasa' (knowloedge is power), maka sesiapa atau mana-mana bangsa atau negara yang menguasai ilmu, ia memegang kuasa dan menguasai dunia. Dewasa ini ternyata yang menguasai ilmu, dan sekaligus memimpin dunia ialah Barat.Maka tidak ada jalan rentas dan jalan mudah untuk memulih dan mengembalikan kegemilangan umat, melainkan dengan mencetuskan dan memupuk semula sikap, nilai dan keghairahan terhadap ilmu (the passion of knowledge). Bermula dengan Iqra' dan diikuti dengan 750 kali sebutan bersabit dengan kata akar 'ilm dalam al-Qur'an dan demikian juga hadith-hadith Rasulullah S.A.W., membuka seluas-luasnya ruang jihad dan ibadat di bidang ilmu. Justeru apabila jihad dan ibadat ilmu ini menyatu, maka mengakar dan merimbun apa yang dikatakan budaya ilmu dalam kehidupan masyarakat dan umat.

Masyarakat dan umat perlu memperkasa diri dengan ilmu, dan ini hanya dapat dijayakan melalui pemupukan budaya ilmu. Antara lain yang perlu digalakkan ialah budaya membaca, budaya berfikir, budaya berwacana, budaya menulis dan berkarya, dan budaya belajar.Dalam konteks masyarakat kita, persiapan dan prasarana asasnya telahpun tersedia; hardware seperti institusi pendidikan, software seperti buku dan pelbagai bahan bacaan, dan humanware seperti guru dan pensyarah. Yang belum ketara dan merata ialah keghairahan terhadap ilmu; yang masih rendah ialah minat membaca, menulis dan belajar; dan kedudukan ilmu yang masih belum dimartabatkan di mercu sistem nilai dalam kehidupan umat.

Cabaran kepada kita semua ialah untuk menghidupkan dalam minda dan jiwa bangsa serta umat cinta kasih yang mendalam kepada ilmu pengetahuan dan kebenaran. Justeru itu kita perlu nyalakan semula jihad dan api perjuangan di medan ilmu dan pendidikan. Pendek kata kita perlu tanam dan pupuk semula budaya ilmu dalam diri setiap anak bangsa, masyarakat dan umat.

OBJEKTIF
#Mencetus dan meningkatkan kefahaman serta kesedaran masyarakat mengenai budaya ilmu dan kepentingannya dalam konteks pembangunan ummah.
#Menganalisis pelbagai cabaran dalam usaha membudayakan ilmu dalam masyarakat.
#Merumuskan kaedah-kaedah pembudayaan ilmu melalui pendidikan.

PESERTA

Dianggarkan sekitar 200 orang akan menghadiri seminar ini yang terdiri dari:
Wakil IPTI, IPTA, IPTS dan ahli-ahli akademik
Wakil Institusi Perguruan
Wakil Jabatan Kerajaan dan Swasta
Wakil Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO)
Wakil PPD dan Sekolah
Para pelajar dan orang perseorangan yang berminat

ATUCARA

8.30 pagi - 9.00 pagi Pendaftaran Peserta

9.00 pagi - 9.15 pagi Ucapan alu-aluan

9.15 pagi - 10.15 pagi Ucaptama :

"Budaya Ilmu : Ke Arah Pemerkasaan Umat"Prof. Dr. Mat Rofa Ismail (Fakulti Sains, UPM)

10.15 pagi - 10.30 pagi Minum Pagi

10.30 pagi - 12.30 tengahari

Slot 1 : Pemerkasaan Ilmu Dalam Pendidikan

1. Tn. Hj. Ahmad Mohamad Said (KDH)

2. Prof. Madya Dr. Tajul Ariffin Nordin (Fakulti Pendidikan, UKM)

Sesi Soal Jawab

1.00 tengahari - 2.00 petang Makan tengahari dan Solat

2.00 petang - 4.00 petang

Slot 2 : Pembudayaan Ilmu Dalam Masyarakat

1. Dr. Khalif Muammar A. Harris (ATMA, UKM)

2.Dr. Adi Setia Mohd. Dom (Pusat Pengajian Umum, UIAM)

Sesi Soal Jawab

4.15 petang - 4.30 petang Resolusi & Penutup

YURAN PENYERTAAN

Agensi Kerajaan dan Petubuhan : RM100 seorang

Individu : RM50 seorang

Pelajar : RM30 seorang

Alamat Perhubungan Seketariat

Kolej Dar al-Hikmah, Sg Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor.

Tel : 0389252392 (Cik Nur 'Iffah/Pn Azanah)Faks : 0389252477

Email : seminar@hikmah.edu.my

Untuk penyertaan boleh terus hubungi Seketariat.

Thursday, February 12, 2009

ISLAM DIHINA DI MALAYSIA

0 comments
Baca sama-sama...Dunia akhir zaman semakin menakutkan bilaberkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini denganmembuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal. Datuk Harussani jugaminta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajarkuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan denganmana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak bolehdididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam katanak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nakjadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dahdigazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depaminta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam , dia tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam ,mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumahibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la nibukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agamakita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalahnikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?... Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanyadikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hakpenjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentangajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu jugaajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang..

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim. Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri , so manasensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?... Datuk Harussani tegur PMdan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'.. .Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim', katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!'. .. Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawanafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anakcucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangisehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukumselain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsiral-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m..s. 70. Cetakan Beirut)

Murottal al-Quran