Zikrayaat

Thursday, December 18, 2008

Isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku!

2 comments

Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.


Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia.


Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.


Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."


Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku.


Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."[1]


Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kuulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..


Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini. Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya.


"Masyaallah…alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami mcm nie…adakah kita mampu lakukan seperti yg dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya...

Awas! Hal Remeh-Temeh Merosakkan Hidup

2 comments

Di sebuah kampung terdapat sebuah pokok yang umurnya melebihi umur kampung tersebut. Semasa kampung tersebut di buka, pokok itu telah wujud dan penduduk menngambil keputusan untuk membiarkan sahaja sehinggakan ia menjadi semakin membesar .

Sejak kewujudannya sehingga kini, pokok tersebut tetap berdiri teguh dan tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan musnah walaupun seringkali di panah petir dan dilanda banjir besar beberapakali.

Sehinggalah pada suatu hari secara tiba-tiba pokok itu gugur ke bumi dengan sendirinya tanpa disebabkan punca-punca yang besar. Penduduk tertanya-tanya mengapakah pokok itu boleh tumbang, sedangkan selama ini bermacam bencana yang menimpanya, tetapi ia tetap berdiri teguh dengan penuh bangga. Setelah disiasat oleh beberapa orang penduduk, mereka mendapati pokok itu tumbang kerana disebabkan oleh sejenis serangga yang disebut kumbang yang telah memakan pokok tersebut secara perlahan-lahan sejak sekian lama tanpa disedari oleh penduduk di situ. Kumbang-kumbang itu telah memakan bahagian pokok itu yang selama ini dibaluti oleh kulitnya yang keras itu. Akhirnya, dalam masa yang singkat, pokok tersebut telah tumbang, tersembam ke bumi hanya kerana disebabkan kumbang-kumbang yang kecil saiznya.

Dalam sebuah hadis yang mahsyur, Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Jauhilah dosa-dosa kecil kerana jika ia telah bertompok-tompok pada seseorang maka ia akan merosakkan orang itu"

"Seorang hakim di Chicago bernama Dan Joseph Sabeth yang pernah menjadi penasihat perkahwinan telah berjaya membantu 40000 pasangan yang tidak bahagia mengatakan sebahagian besar ketidakbahagiaan dalam perkahwinan disebabkan oleh hal yang remeh-temeh atau perkara-perkara kecil.

Manakalah Frank S. Hogan, seorang penguasa daerah di New York Country mengatakan sebahagian kes-kes yang telah dilaporkan ke jabatannya berkaitan hal-hal yang kecil saja seperti pertengkaran antara anggota keluarga, atau kerana disebabkan selisih faham sehingga menyebabkan saling menghina antara satu sama lain, atau kerana tersinggung, atau kerana terkesan disebabkan isyarat-isyarat badan. Dan perkara-perkara kecil seperti di atas tadilah telah membawa kepada beberapa kes besar seperti pergaduhan dan pembunuhan.

Di negara kita sendiri apa kurangnya. Sama seperti di Barat yang mana saban hari di dada-dada akhbar dan seperti yang dilaporkan dalam berita di televisyen tentang pergaduhan dan pembunuhan yang hanya bermula dengan hal yang kecil dan kadangkala tidak masuk dek akal. Misalannya, bergaduh sehingga berbunuhan kerana masalah perselisihan pendapat. Bila mula berbeza pendapat, masing-masing mula menghina antara satu sama lain, dan akhirnya menyebabkan kepada pergaduhan yang penamatnya menyebabkan salah seorang daripada mereka terkorban. Ini bukan cerita dongeng, tetapi inilah realiti yang sedang melanda masyarakat di negara kita.

Mari kita fikirkan bersama, mengapa semua ini berlaku. Dari hal-hal yang kecil dan remeh-temeh, akhirnya ia menjadi masalah besar dan membinasakan. Jawapannya mudah sahaja, ini semua berlaku kerana kita sering memperbesarkan hal-hal yang kecil sehingga menjadi besar dan seterusnya memusnahkan diri kita sendiri. Contoh-contoh di atas menunjukkan kepada kita betapa hal yang kecil dan temeh-temeh telah menyebabkan banyak perkara besar telah berlaku. Hal-hal kecil dan remeh temeh ini perlulah kita tangani dengan berkesan agar ia tidak menguasai diri kita.

Misalnya dalam rumahtangga, pasangan suami isteri haruslah pandai menilai sesuatu isu yang berlaku dalam rumahtangga mereka. Jangan biarkan hal-hal yang remeh temeh membelenggu kerukunan rumahtangga mereka. Misalnya seorang suami merasa sakit hati kerana isterinya suka tidur berdengkur. Hampir setiap malam tidurnya terganggu kerana bunyi-bunyian yang keluar dari rongga mulut dan hidung isterinya. Dalam hal ini, sebelum situasi menjadi semakin rumit disebabkan hal yang begitu remeh, si suami perlulah menilai hadis ini yang berbunyi :

"Janganlah seorang suami mukmin membenci isterinya yang mukminah, jika ia tidak menyukai salah satu sifat isterinya, tentu ada satu sifat lain yang akan menyenangkannya" ( Muslim ).


Ya, si suami jangan biarkan satu sifat yang buruk pada pandangannya itu untuk menafikan lain-lain sifat yang baik pada diri si isteri. Bertenang sekejap, fikirkan secara perlahan-lahan apakah kebaik-kebaikkan si isteri padanya. Masakan tiada bukan. Pasti ada dan jangan menafikannya. Jangan biarkan ego seorang suami menguasai diri anda. Dari sepuluh sifat si isteri misalnya, masakan tiada satupun yang baik pada pandangan mata anda. Dia basuh pakaian anda, masakkan makanan yang lazat-lazat untuk anda, mengemas rumah setiap hari walaupun penat bekerja dan bermacam-macam lagi yang lakukan si dia untuk anda. Kenapa hanya satu masalah yang kecil, menyebabkan mata anda tertutup untuk melihat perkara yang lebih besar. Fikirkanlah bagaimana Saidina Umar menilai pengorbanan isterinya dengan mendiamkan dirinya ketika dia dibebeli isterinya. Lemahkah Umar? Tidak, dia pahlawan hebat, bukan sahaja manusia yang takutkannya, malah syaitan juga melarikan diri bilabertembung dengannya. Dia juga sahabat Nabi yang yang mulia dan dijamin syurga. Tetapi mengapa dia bertindak begitu? Tidak lain tidak bukan kerana dia menghargai isterinya dan menerima kelemahan yang ada pada isterinya. Pada suami di luar sana, anda bagaimana? Fikir-fikirkanlah.

Apa jalan penyelesaiannya? Mudah sahaja jalannya, bersihkan jiwa dan bukalah minda kita dengan seluas-luasnya agar kita dapat melihat sesuatu isu dan perkara itu dengan lebih tenang, matang dan menurut pandangan akal yang berlandaskan Islam dan sunnah Nabi. Jangan biarkan fikiran kita terus dikuasai hal-hal yang remeh-temeh sehingga menjadikan minda kita tertutup rapat dan sentiasa menilai sesuatu perkara dan isu itu dengan nilaian yang negatif yang hanya bersandarkan kepada tanggapan semata-mata dan nafsu yang sering memandu kita ke arah kejahatan yang akhirnya akan membinasakan diri kita sendiri. Ingat, syaitan sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan anak adam kerana itu janjinya hingga kiamat kelak. Akhir bicara, bersabarlah dengan setiap apa yang telah Tuhan tentukan buat kita. Nasib anda beradadi tangan anda sendiri. Hanya anda yang mampu mengubahnya dengan izin Allah.

Selamat berubah kepada Kehidupan Baru
Wallahua'lam

Friday, December 12, 2008

Awak sudi jadi isteri kedua saya????

4 comments

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya.
Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya..." Fatimah mula sebak.
"Tak. Maksud saya"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya."Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya.

Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. . Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Namun, Allah S.W.T. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri. Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak.

Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.


Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju.

Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat.


Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang" luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.


"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya..
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"Perjuangan, " jawab Fikri.



SEDARLAH SEMUA KALIAN AKAN DIMADUKAN!
JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI
TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN,
BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI KEDUA!!!

KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN
KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA
BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM
BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU
JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA
SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU
DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!

JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI
TERIMALAH BAHAWA ANDA
BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL DINIKAHINYA
ATAU INSAN YANG PERTAMA
YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH BAKAL ISTERIMU!!!
BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA
KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH
PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA
DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM
DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM.
JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN
SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR
DALAM SANUBARI ISTERIMU
BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA
UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN

Thursday, December 11, 2008

Lelaki2 di dalam hidupku....

1 comments

Play together

0 comments
Seronoknya Ammar dapat main dgn abang fauzan... saja ummi ambil abg fauzan dr kampung utk temankan ammar.. hr ahad ummi kena mengajar kat kolej.. jadi sementara tunggu ummi mengajar... bolehlah ammar main dgn abg fauzan di taman cempaka..

Seronok sangat ammar main... lastly boleh ammar tertidur sambil pegang roti.. letih sgt ler tu... cian anak ummi ni...

Berbudi pada tanah

4 comments



Assalamualaikum....

pepatah arab ada mengatakan... "man jadda wajada... man zara'a hasoda"...
sesiapa yang bersungguh-sungguh, pasti akan dapat...
sesiapa yang menanam pasti akan menuai"
Sekarang tibalah masanya untuk menuai.. menuai pokok nanas yang kami tanam di dalam pasu bunga di hadapan rumah... ada 3 pokok kesemuanya,.. Alhamdulillah salah satu drpdnya dah pun masak.. kuning... tak sangka pula pokok nanas ni berbuah... tanam macam main2 jer.. tapi tiap2 hr siram gaklah.. kami bercadang nak petik sebelum balik kampung... nak bg keluarga di kampung merasa sekali... bak kata pepatah melayu.." hati kuman sama dicicah,
hati gajah sama dilapah".. moga berkat...
Jadi hari Sabtu balik kampung banting... esoknya kak ros pun dgn rasa geramnya mengupas kulit nanas tersebut.. sebelum tu kak seri sibuk mengatakan manisnya bau buah nanas ni.. hmm.. macam2 cadangan nak buat.. buat jelantah ler... masukkan dlm kuah spagheti ler... last2 potong2 dan makan macam tu jer sambil cicah kuah kicap.. Subhanallah manisnya... Alhamdulillah merasa sorang sikit...

Tuesday, December 09, 2008

Doa untuk ayah..

0 comments
cukup adik beradik perempuan berkumpul sempena birthday abah...
birthday abah yg ke 66 ... 14 Oktober 2008

kek untuk abah

sebahagian dari cucu atok... cuba tengok budak yg tgh tengok kek atok dgn geram tu... tak sabar je nengok dia nak cuit kek tu... ammar.. ammar..



Kebelakangan ni kesihatan abah agak menurun sedikit.. sejak keluar wad di Hospital Tengku Ampuan Rahimah bulan 8 yg lalu... lama juga abah tak diserang asmanya... kebetulan balik kampung sabtu tu... memang balik lewat sikit coz nak kemas rumah dan barang2 yg patut.. maklumlah nak tinggalkan rumah dan bercuti seminggu.. rumah perlu dibereskan sebelum ditinggalkan.. kebetulan juga cuti kami masih banyak lagi bakinya... jadi ada juga perancangannya dengan keluarga sebelah hubby untuk berjalan2 makin angin ke pulau pangkor..

Sampai saja di rumah.. jam menunjukkan tepat 8 mlm... salam dengan abah.. tengok abah semacam jer.. tak sihat agaknya ni.. abah ni selagi mampu bertahan.. takkan sekali2 abah akan ajak kami ke hospital or klinik.. tp mlm tu abah sendiri yang minta dihantarkan.. ke klinik katanya.. kalau ke hospital nanti takut kena tahan.. esok hari ahad.. nantilama sgt kena tahan kat wad.. saya pun malas nak byk soal.. turutkan saja kehendak abah... ada klinik yg bagus di jenjarum katanya.. segera kami menghalakan kereta ke sana.. bawa sekali emak tercinta yang nampaknya kurang sihat juga... lama juga abah mendapat rawatan di sana... tp puas hatilah.. bayarannya pun boleh tahan... standard swasta lah... tp sebelum balik doktor sempat berpesan.. bawa surat ni... kalau tak ok gak lepas ni just admit kat hospital banting n bg surat ni pd doktor..

dalam perjalanan balik tu... abah nampaknya macam dah tak larat.. bertanya juga.. nak terus pergi ke hospital banting ke.. tak nak lagi katanya.. boleh bertahan lagi... jadi.. kami terus kan perjalanan hingga ke rumah.. malam tu abah ok sikit.. mungkin sebab kahaknya sudah disedut di klinik... tak tahu pulak saya apa namanya mesin tu... org2 asma mmg familiar dgn mesin tu..
esoknya macam biasa... saya pulak sibuk pergi ke banting bersama emak dan kak ros utk membeli brg2 persediaan utk menyambut eidul adha... tiba2 baru terperasan saya tertinggal barang di rumah bangi...nak balik ke tidak yer... barang tu boleh dikira penting juga.. maklumlah lepas ni nak balik ke perak pula.. klu tak der susah juga nanti... jadi ptg itu juga saya sekeluarga balik ke rumah bangi.. sebelum balik ke kampung sempat lagi saya singgah di GIANT nilai.. ingatkan sempat berbuka puasa di kampung.. rupanya tak sempat.. jadi berbuka di GIANT je lah... kebetulan juga handphone kami berdua tertinggal di kg td... kami pun tak jangka apa2 akan berlaku...

kami teruskan perjalanan ke kg banting... sampai saja di kg... rumah rasanya sunyi betul... mana semua orang ni.. saya tanya pada anak kakak saya... apa yg berlaku,.. atuk baru masuk wad pukul 7 tadi... Allahu akbar... kelam kabut juga saya... lepas tu bila baca sms.. byknya mesej.. doktor di hospital banting ni perlukan surat dr doktor klinik swasta mlm tadi.. surat tu pula ada dlm kereta saya.. sengaja saya tinggalkan mlm sebelum tu ketika bawa abah saya ke klinik.. saya cuba confirmkan dgn kakak saya yg berada di hospital... hubby pun segera hantar surat tu ke hospital.. abang ipar saya minta hubby balik ke rumah dulu.. memandangkan abah sudah pun dimasukkan ke wad 5.. siap sedia katanya.. jadi saya pun menunggu saja di rumah.. tidur2 ayam org kata... jam 12.30 malam masih lagi berborak dgn mak saya.. macammana nak buat nie.. selepas itu.. hubby sempat lagi mengajak saya utk bertakbir.. memandangkan malam itu malam eidul adha..baru saja kami melelapkan mata.. jam 2 pagi.. tiba2 abang jamal mengetuk bilik saya.. abah sakit balik katanya... bergegas2 saya bersiap utk ke hospital.. hinggakan ammar terjaga nak mengikut pun tidak saya peduli... segera saya tinggalkan ammar bersama anak kakak saya... saya perlu segera... ya Allah bantulah abahku... permudahkan abahku...

sampai saja di wad 5.. saya lihat keadaan abah saya agak kritikal... saya dah mula tak keruan.. sambil bibir sentiasa berzikir dan bertakbir menyebut nama Allah.. nurse dan doktor juga kelihatan agak kelam kabut.. abah dah tak dapat menahan sakit... makin payah nak bernafas... tiada jalan lain kata doktor.. terpaksa tanya hospital berdekatan yang ada mesin tu.. kali ni saya tahu apa namanya BIPAP... begitulah yg tertera di mesin tu.. mesin oksigen yg lbh power katanya.. hmm.. doktor kata yg free hanya di hospital ampang.. hospital lain semuanya penuh... kami pun... tanpa banyak soal... mengiyakan saja... dan segeralah doktor memulakan tugas utk memanggil ambulan bagi membawa abah ke hospital ampang...

jam 5 pagi.. abah sudah selamat berada di hospital ampang... sambil menunggu abah.. kami berbincang... nasib baik security guard bagi kami berenam naik ke atas...kami jumpa abah... Alhamdulillah keadaannya agak tenang sedikit.. cuma abah tak nak tidur... letih juga mendengar celotehnya.. risau kesihatannya... abah asyik bercakap walaupun semputnya datang... nurse pesan.. jgn bagi pakcik cakap byk sgt yer... paru2nya masih lemah... abah masih tak berhenti bercakap... ada saja yg nak diceritanya.. kami anak dengar2 sahaja... jam 6.00pg semua anak abah yg lelaki beredar untuk menunaikan solat subuh.. selepas itu... giliran saya pula.. selesai saya mendirikan solat fardhu subuh... terngiang2 di telinga saya takbir raya.. syahdunya rasa.. pertama kali saya menyambut aidul adha di hospital.. Allahu akbar.. Allahu akbar.. Laa ilaha illa Allahu wallahu akbar... Allahu akbar.. walillahil hamd...

Ya Allah...
di pagi eidul adha yg mulia ini..
hambaMU berdoa...
Permudahkanlah abahku ya Allah..
Berikanlah kesihatan dan kesejahteraan kepadanya ya Allah...
Berikanlah abahku kesempatan lagi untuk meneruskan amal ibadahnya padaMU..
agar makin meningkat syukurnya dan kami semua pdMU ya Allah...
agar abah berkesempatan untuk menghirup udara yg dikurniakan olehMU...
agar keluarga kami dapat bersatu semula..
bersama2 kami meningkatkan lagi amal ibadah kami ya Allah...
sujud syukur kami atas segla nikmat yg dikurniakan pada kami ya Allah..
bantulah ya Allah... hanya padaMU tempat kami meminta bantuan
hanya padaMU tempat kami kembali....
amiin ya rabbal 'alamin...

Wednesday, December 03, 2008

Muhasabah diri

1 comments

"Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu... Pasti akan damailah hatimu, kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia... Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan Nya..."

Keranamu anakku

7 comments




Anakku,

Bila ibu boleh memilih

Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu

Maka ibu akan memilih mengandungmu

Kerana dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah


Sembilan bulan nak, engkau hidup di perut ibu

Engkau ikut kemanapun ibu pergi

Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan

Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman,

kerana ibu kecewa dan berurai air mata


Anakku,Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus operasi caesar,

atau ibu harus berjuang melahirkanmu

Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu

Kerana menunggu dari jam ke jam,

minit ke minit kelahiranmu

Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu syurga

Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia

Sangat ibu rasakan

Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua

Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit ,

Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapa pun


Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia

Saat itulah… saat paling membahagiakan

Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,

Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,

Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang

junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu


Anakku,

Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah,

atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu,

maka ibu memilih menyusuimu,

Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan

titisan² dan tegukan² yang sangat berharga

Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam kantuk ibu,

Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan


Anakku,

Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat

Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle

Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu

Tetapi anakku

Hidup memang pilihan

Jika dengan pilihan ibu ,

engkau merasa sepi dan merana

Maka maafkanlah nak

Maafkan ibu….Maafkan ibu


Percayalah nak,

ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,

agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang


Percayalah nak

Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu


Percayalah nak

Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu


Dikutip dari Puisi Hati Ratih Sanggarwati

Bulan tersenyum di hari lahirku...

0 comments
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, sampai saja di rumah... sambil buka pintu kereta.. tiba2 Ammar bersuara :
"mi... bulan..bulan... " saya pun tengok lah.. ammar memang suka tengok langit... tengok bulan.. kapal terbang.. dan ammar memang peka dgn kapal terbang atau bulan... biar di mana pun dia berjalan... kalau dalam kereta.. mesti dia akan cari bulan atau kapal terbang... waktu siang cari kapal terbang.. malam pula mencari bulan...



"Subhanallah...." hanya lafaz itu yang saya mampu katakan... melihat bulan juga tersenyum..

Bulan juga memahami kebahagiaan yang saya rasai hari ini... sempena hari ulangtahun kelahiran saya.. baru beberapa jam tadi... saya menerima kejutan atas hadiah yang diberikan oleh suami saya... kini... Terima kasih ya Allah...
ya... sebuah kejutan dan hadiah dari al-Khaliq yang menciptakan siang dan malam. Romantis sungguh. Penuh erti, lagi-lagi buat diri saya. Fenomena yang cukup luar biasa. Manis sangat senyumannya.

Tak salah rasanya... jika seluruh makhluq keluar menghayati gelapnya langit dan pandangan indah ini dengan perasaan takjub. Padahal, kebiasaannya bulan sabit berada pada kedudukan vertikal atau tegak lurus, tetapi malam semalam anak bulan itu berada di kedudukan horizontal atau terbaring. Ditambah lagi dengan keindahan kerlipan 2 buah bintang yang posisinya tepat berada di atas bulan yang terbaring tersebut. Panorama ini kelihatan seperti wajah manusia tersenyum lengkap dengan kedua matanya atau boleh kita panggil sebagai " The Smiling Moon."

Sebenarnya... Fenomena The Smiling Moon ini hal yang biasa terjadi di angkasa, kerana terdapat sangat banyak ciptaan Allah di angkasa yang beredar. Menurut pakar2 astronomi, peristiwa tersebut adalah kesan pembiasaan cahaya yang sering terjadi di luar angkasa atau yang sering disebut dengan kesan fotoo Meteor. Namun ia meragukan dengan adanya kedua bintang yang menjadi pelengkap tersenyumnya bulan tersebut. Sebenarnya apa yang dikatakan bintang itu adalah planet musytari dan zuhrah...

Ini info yang saya dapat dari Berita Harian
"Keajaiban bulan 'senyum': Luar biasa. Kelihatan bulan sabit dan planet Musytari serta Zuhrah menyerupai muka orang tersenyum atau bulan 'senyum' yang boleh kelihatan bermula kira-kira jam 8 malam tadi. Kejadian luar biasa astronomi itu berlaku lima tahun sekali turut menarik perhatian ramai rakyat negara ini yang menyebarkan berita bulan 'senyum' itu menerusi khidmat pesanan ringkas.....

Jadi, bg sesiapa yg terlepas panorama indah hadiah dari Allah ini perlulah menunggunya 5 thn lagi 2008-2013...insyaAllah... panjang umur bolehlah bertemu lagi.. The Smiling Moon...

Percayalah, apa yang tidak mungkin itu adalah mungkin. Tak semua masalah boleh diselesaikan dengan logik akal, dan tak semua masalah dapat diselesaikan dengan sains. Dan untuk semua itu, terima kasih ya Allah atas segala-galanya.

Monday, December 01, 2008

Fitrah insani

0 comments





Salam Ulangtahun Kelahiran

0 comments

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah.. hari ini genaplah setahun lagi peningkatan usia saya...sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih saya ucapkan buat emak dan abah tersayang...semoga Allah memanjangkan usia kalian untuk terus melihat anak cucumu membesar hingga dewasa... terima kasih emak kerana telah melahirkan... susah payahmu menyusu, membesarkan dan mendidik daku... mudah2an semua impianmu terhadap anakmu yang seorang ini telah berhasil... terima kasih emak kerana mengajar saya erti kehidupan.. kadangkala suka dan duka silih berganti... namun emak tetap tabah membesarkan kami... tanpa pernah sekalipun ku dengar kalimah jemu dan bosan meniti di bibir emak.. tabahnya emak.. mudah2an dapat kami sebagai anak2 ini menjadikannya sebagai pedoman dalam meniti arus kehidupan ini... emak .. abah.. ampunkanlah segala kesalahan dan kesilapan saya...
Tidak lupa juga buat insan2 tercinta dalam hidupku... abang dan ammar... kalian merupakan sumber inspirasiku... berdoalah moga2 kasih sayang antara kita ini berkekalan dan kebahagiaan ini berpanjangan di dunia hingga ke akhirat sana.. terima kasih abang atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan kepada kami... ampunkan segala dosa saya bang... moga kita dapat melayari bahtera rumahtangga ini bersama2.. menongkah segala onak, badai, mehnah dan tribulasi ini bersama2... saya sentiasa berusaha untuk menjadi isteri cerdik yang solehah... insyaAllah...
Bertambahnya usia ini ... maka.. beringatlah saya akan setahun lagi hampirnya saya pada saat kematian...di mana perlu saya kembalikan semua yang tidak menjadi milik abadi saya...sesuai dengan sifat sementaranya dunia ini... semua nikmat yg kita kecapi hari ini adalah sementara... hanya Allah yg Maha Mengetahui rahsia usia kita... yg penting tingkatkan amal ibadat dan kebajikan.. moga dapat membantu di hari perhitungan nanti...
harapan saya moga semua sahabat dapat mendoakan kebahagiaan saya dan keluarga dan moga dapat saya manfaatkan usia yang ada ini untuk berkhidmat kepada yang memerlukan.. insyaAllah... berkhidmat untuk menyampaikan mutiara ilmu kepada anak bangsa... moga hasilnya nanti akan menjadi ulul albab yang diimpikan... mudah2an amiin...

wish

0 comments

Murottal al-Quran