Zikrayaat

Monday, April 20, 2009

Mungkin Kerna Terleka

2 comments

Mungkin kerana kita leka.

Sekali pena terlepas dr genggaman, ucapan "Oopps" mendahului YA ALLAH,

bila perut kenyang "ha..kenyangnya" mengatasi ALHAMDULILLAH...

Bila diri terpegun oleh keindahan alam, SUBHANALLAH tertutup pula oleh "Cantiknya".

Bila dikunjungi berita malang "Kasihannya ..." terucap krn kita lupa pd INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI RAAJI'UUN.

Kdgkala kita lupa krn kita dah terbiasa.

Tp ingatlah bila Izrail mendekati kita,

biarlah ucapan LAA ILAAHA ILLALLAH menjadi juara mengatasi segala kata...

[peringatan buat diriku yg lupa].

Monday, April 13, 2009

Wacana Ilmu Siri I : "Memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu."

0 comments
Assalamu'alaikum wrmt. wbth.

Warga Kolej Dar al-Hikmah &
Akademi Kajian Ketamadunan
menjemput Y. Bhg. Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan/ Saudara/ Saudari hadir ke:

Wacana Ilmu Siri I:
"Memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu"

Bertempat di:
Bilik Syura, Kolej Dar al-Hikmah,
Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor D.E

Tarikh:
19 April 2009 / 23 Rabi‘ al-Akhir 1430H, Ahad.

Masa:
8.00 pagi - 2.30 petang

Anjuran:
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Dar al-Hikmah &
Akademi Kajian Ketamadunan (AKK)

Aturcara: (terkini)

8.00 pagi – 8.30 pagi Pendaftaran
Peserta dan jemputan mengambil tempat

8.30 pagi – 8.35 pagi Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

8.35 pagi – 8.50 pagi Ucapan Aluan
Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
Presiden Kolej Dar al-Hikmah

8.50 pagi – 9.30 pagi Ucaptama
Dato’ Dr. Hassan Ahmad
Ketua Eksekutif
Yayasan Karyawan Malaysia

9.30 pagi – 9..45 pagi Minum Pagi

9.45 pagi – 11.45 pagi Wacana 1

Tema “Pendidikan & Kebudayaan”
1. Tn.. Hj. Ahmad Mohamad Said
(Ketua Eksekutif KDH)
2. Prof. Emeritus Abdullah Hassan
(Institut Peradaban Melayu, UPSI)
3. Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan
(Akademi Pengajian Melayu, UM)


Sesi Soal Jawab

11.45 pagi – 1.45 tengahari Wacana 2

Tema “Sains dan Teknologi”
1. Dr. Shaharir Mohamad Zain
2. Prof. Dr. Mat Rofa Ismail
(Fakulti Sains, UPM)

Sesi Soal Jawab


1.45 tengahari – 2.30 petang Penutupan Majlis & Bersurai
Makan tengahari & Solat Zuhur


LATAR BELAKANG
Dewasa ini, sistem pendidikan negara telah digoncangkan dengan bantahan oleh ramai pihak mengenai pelaksanaan sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Sistem ini dilihat gagal dalam meningkatkan penguasaan para pelajar dalam kedua-dua matapelajaran tersebut. Bahkan ada kajian yang menyatakan bahawa ianya telah memburukkan lagi kefahaman para pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut.

Sehubungan itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Dar al-Hikmah dan Akademi Kajian Ketamadunan akan menganjurkan satu sesi taklimat bertujuan untuk menyampaikan maklumat mengenai kepentingan bahasa Melayu dan sistem PPSMI. Sesi taklimat ini akan menjurus kepada persoalan pro dan kontra pelaksanaan sistem PPSMI ini. Penceramah yang akan dijemput merupakan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam isu PPSMI ini. Kupasan yang akan disampaikan penceramah-penceramah ini nanti akan menjadi maklumat yang amat berharga terutamanya kepada generasi muda yang akan meneruskan perjuangan memartabatkan pendidikan negara ke peringkat yang lebih tinggi.

OBJEKTIF
1. Untuk memberikan maklumat-maklumat yang betul mengenai isu PPSMI kepada orang ramai.
2. Untuk membantu orang ramai mengetahui pokok permasalahan sebenar daripada pelaksanaan sistem PPSMI.
3. Untuk membuka minda orang ramai kepada perjuangan mendaulatkan Bahasa Melayu dalam arus pendidikan negara.
4. Untuk membuka minda orang ramai mengenai kepentingan menjaga integriti pendidikan di peringkat nasional.
5. Untuk menjaga maruah pendidikan negara.

MATLAMAT
1. Supaya orang ramai mendapat maklumat terkini mengenai isu PPSMI ini.
2. Supaya orang ramai mengetahui permasalahan yang diakibatkan oleh sistem PPSMI.
3. Agar minda orang ramai terbuka dan dapat turut serta dalam mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam arus perdana di Malaysia.
4. Supaya orang ramai sedar bahawa persoalan pendidikan merupakan suatu persoalan yang sangat penting yang tidak sepatutnya di politikkan dan diganggu-gugat oleh kepentingan-kepentingan yang bersifat material dan individualistik.
5. Supaya maruah pendidikan negara tidak diganggu gugat oleh kepentingan-kepentingan lain yang bersifat politik dan individu.

YURAN PENYERTAAN


Terbuka kepada semua
RM10 seorang
Tempat adalah terhad, sila hubungi Sekretariat/ urusetia seperti di bawah:

Alamat Perhubungan


SeketariatAkademi Kajian Ketamadunan, Kompleks Dar al-Hikmah, Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor.Tel: 03-8925 2392 (Cik Nur 'Iffah@ Cik Khalidah)
H/p: 013-2693 765 (Cik Fathiah)
019-7049 772 (Pn. Halijah)Faks: 03-8925 2477
Email: akademi_akk@hotmail.com


Peta ke Kolej Dar al-Hikmah

Untuk penyertaan boleh terus hubungi Sekretariat

Semua dijemput hadir.

Wassalam.



-Sekretariat Wacana Ilmu Siri 1-

Tuesday, April 07, 2009

Ammar kena tinggal dengan opah

2 comments
Awal pagi jumaat 3/4 hr tu.. kami bertolak ke kdh untuk sama2 berkumpul sebelum memulakan konvoi beramai2 ke teluk Batek... Retreat kali ini diadakan di Teluk Batek resort. Retreat @ i'tizal merupakan program wajib kolej utk semua staf.. jadi semua staf perlu berkumpul bersama2 di tempat yg telah ditetapkan dan di sana kami akan membincangkan segala permasalahan dan memberikan cadangan serta membaikpulih keadaan KDH...

Alhamdulillah.. sejak saya mendapat anak.. KDH membenarkan kami (staff) membawa keluarga bersama dgn kos keluarga ditanggung sendiri oleh staff terbabit.. kalau nak diikutkan sebelum ni (sudah 4 thn saya bekerja di KDH, 2005-2009) setiap kali retreat, kolej akan menyediakan bas dan kami tidak dibenarkan membawa keluarga...

Bermula thn lepas... dgn alasan saya menyusukan ammar... kolej membenarkan membawa keluarga.. dan Alhamdulillah.. retreat kali ini paling lama dan paling jauh... selalunya plg jauh pun melaka.. dan biasanya tempoh 2 hr 1 mlm.. tp kali ini 3 hr 2 mlm... seronok jugalah bg yg membawa keluarga tu...

Saya datang membawa keluarga.. tetapi memandangkan kampung sebelah suami juga agak dekat lbh krg 1 jam perjlnan.. maka suami saya memutuskan untuk tidur di rumah (kampung) sahaja.. selain tu tujuannya utk cut cost memandangkan kami akan ke sabah pula selepas ini..

Jadi, dengan berat hatinya.. saya meningglkan ammar dgn suami sebelum suami membawanya ke rumah atuk dan opahnya... sedihnya rasa hati... namun demi tugas ini... ku korbankan jua...

Maka, bermulalh ammar tinggal di kampung opahnya.. mlm itu apabila saya menghubungi suami.. katanya ammar menangis tak mahu tidur.. sibuk keluar masuk dapur mencari UMMI.. ini membuatkan saya lagi sebak... macam2 alasan yg diberikan oleh kakak ipar saya...

keesokannya.. keluarga suami saya (kak yong sekeluarga dan mertua saya) datang menyusul... kesian dekat ammar katanya.. sambil tu boleh juga mereka berkelah di teluk Batek tersebut..
pelbagai juadah yg di bawa.. mee udang, rendang dan sebagainya... akhirnya saya sendiri tak lalu nak makan malam di resort..sudah kekenyangan... tepat jam 7 saya minta izin dr mak ayah mertua utk beredar memandangkan program seterusnya solat maghrib berjemaah.. saya perlu bersiap segera... sekali lagi saya tinggalkan ammar menangis.. sabar yer sayang.. tinggal 1 hari saja lagi.. saya katakan pada ammar...

Esoknya selesai program dan singgah sebentar di bukit gantang dan taiping.. terus saya pulang ke kampar... rindu dgn ammar dan tak sampai hati tinggalkan anak dgn mertua... ammar menyambut kepulangan saya dgn jeritan ummi balik... amboi banyak dah dikatakannya..

Ammar tidur dgn nyenyak sebelum pukul 10 lg dia dah tidur.. opahnya kata dah 2 mlm tidur lewat kul 12... pagi bangun tidur... dia ke dapur... mengikut saya menyidai pakaian di ampaian.. tiba2 dia mencangkung sambil menghulur tgn dan memanggil " putih.. putih..cek ceke cek...."ohhh.. anak ummi dah pandai panggil putih (kucing opah)... kemudian sebelum keluar rumah dia menjerit.. "ummi.. mana selipar ammar.. selipar ammar..." Masya Allah Subhanallah.. terkejut saya mendengarnya... byk word yg dipelajarinya dr opah yer..

Atuk pun panggil ammar... seronok ammar yer.. dpt jalan2 dgn atuk... potong rambut... bila balik rumah.. lain ummi tengok rambut ammar.. nampak tembam sikit.. abi kata baru nampak macam anak lelaki.. kalau tak pergi mana2 mesti org tanya.. anak lelaki ke perempuan... tak habis dgn tu letih atuk dibuatnya... ammar ajak atuk jalan2 satu kampung.. jalan kaki... letih atuk kejar ammar... apa pun.. moga dgn cara ini dapat menghilangkan kerinduan atuk dan opah pada ammar yg telah lama tak balik ke kampung kampar.. apakan daya atuk banting baru sembuh dr sakitnya.. terpaksalah yer.. lama juga.. kira2 5 bulan...

moga Ammar dapat jadi penghibur dan pengubat hati opah n atuk...

Serangan Jantung dan Minum Air Suam

0 comments

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ...


Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan .


Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, (termasuk saya ni) fakta ini sangat bermakna buat anda.

Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.


Petanda Lazim Serangan Jantung
Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri . Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

PRK BUkit Gantang

0 comments
Sebaik saja habis program retreat di teluk Batek.. saya bergegas menghubungi suami saya yang ketika itu sedang sibuk merayu undi di Bukit Gantang... teringin juga saya merasai kehangatan PRK yg agak sengit kali ini.. sepatutnya PRK yg sengit di Bukit Selambau memandangkan calonnya sebanyak 15 orang.. PRK paling bersejarah mungkin....

Maka... setibanya suami saya ke TB Resort... segera kami meneruskan perjalanan ke Bukit Gantang.. hmm.. perang poster itu sudah pasti... ada 2-3 tempat juga markaz polis didirikan.. lengkap dgn kenderaan fru dan water canon... ini pilihanraya ke peperangan???? tak tahulah sampai bila UMNO nak gunakan jentera kerajaan utk memenangi hati rakyat... taburan duit usah dikira lagi.. beruntung juga org bukit gantang.. dapat basikal dan duit 100-500... tapi tahukah kalian duit siapakah itu??? Halalkah duit sogokan tersebut??? sekiranya tak mampu menjawab soalan ini.. jangan sekali2 menghulur tangan utk menerima wang yg berbentuk demikian... tertekan saya dibuatnya...

Tapi satu yg paling saya tertekan adalah kemudahan untuk melayari harakahdaiy.net atau tranungkite.net... nampaknya sejak PRU 2008.. di mana golongan muda lebih banyak menggunakan internet utk mengetahui kebenaran... makin susahlah kita hendak mendapat maklumat yg tepat dan padat... kenapalah manusia ni suka sangat berhasad dengki... ridau saya di buatnya...tp ini ada satu lg link yg memudahkan kita utk mengetahui berita terkini di bukit gantang.. http://dppks.blogspot.com....

Ya Allah, Kau berikan kekuatan dan kesatuan terhadap seluruh jentera dan barisan pejuang Mu di Bukit Gantang. Kami tidak berdaya melawan kekuatan penzalim, pembohong dan mereka yang menentang Islam. Ya Allah, Kau lah sebaik-baik pemberi kemenangan. Menangkan lah Islam Ya Allah, Belalah pejuang Mu, tinggikan martabat Islam Ya Allah, kami tidak berdaya melawan mereka yang mungkar dan penuh dengan tipu muslihat dunia, hanya Kau lah tempat kami memohon pertolongan Mu. Sahabat sekelian pertarungan semakin sengit, sokonglah seluruh pejuang Islam di Bukit Gantang dengan bacaan Al-Qur'an dan Solat Hajat dan Tahjud.

Thursday, April 02, 2009

HUKUM MEMBACA AL-QUR’AN BAGI ORANG JUNUB, WANITA HAID DAN NIFAS

1 comments
OlehAl-Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat

“Ertinya : Dari Ibnu Umar, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda,
“Janganlah perempuan yang haid dan orang yang junub membaca sedikit pun juga dari (ayat) Al-Qur’an.”

Dalam riwayat yang lain, “Janganlah orang yang junub dan perempuan yang haid membaca sedikit pun juga dari (ayat) Al-Qur’an”

Hadith DHAIF Dikeluarkan oleh Tirmidzi (no. 121). Ibnu Majah (no. 595 dan 596). Ad-Daruquthni (1/117) dan Baihaqiy (1/89), dari jalan Ismail bin Ayyaasy dari Musa bin Uqbah dari Naafi, dari Ibnu Umar (dia berkata seperti di atas)

Berkata Imam Bukhari, “Ismail (bin Ayyaasy) munkarul hadits (apabila dia meriwayatkan hadits) daripada penduduk Hijaz dan penduduk Iraq” [1]

Saya berkata : Hadits di atas telah diriwayatkan oleh Ismail bin Ayyaasy dari Musa bin Uqbah seorang penduduk Iraq. Dengan demikian riwayat Ismail bin Ayyaasy dhaif.

Imam Az-Zaila’i di kitabnya Nashbur Raayah (I/195) menukil keterangan Imam Ibnu Adiy di kitabnya Al-Kaamil bahawa Ahmad dan Bukhari dan lain-lain telah melemahkan hadits ini dan Abu Hatim menyatakan bahawa yang benar hadits ini mauquf kepada Ibnu Umar (yakni yang benar bukan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam akan tetapi hanya perkataan Ibnu Umar).

Berkata Al-Hafidzh Ibnu Hajar di kitabnya Talkhisul Habir (1/138) : Di dalam sanadnya ada Ismail bin Ayyaasy, sedangkan riwayatnya dari penduduk Hijaz dhaif dan di antaranya (hadits) ini. Berkata Ibnu Abi Hatim daripada bapanya (Abu Hatim), “Hadits Ismail bin Ayyaasy ini keliru, dan (yang benar) dia hanya perkataan Ibnu Umar”. Dan telah berkata Abdullah bin Ahmad dari bapanya (yaitu Imam Ahmad dia berkata), “(Hadits) ini bathil, “Beliau mengingkari (riwayat) Ismail. Sekian daripada Al-Hafidz Ibnu Hajar.

Hadits yang lain daripada jalan Ibnu Umar
“Ertinya : Daripada jalan Abdul Malik bin Maslamah (dia berkata) Telah menceritakan kepadaku Mughirah bin Abdurrahman, daripada Musa bin Uqbah dan Naafi, daripada Ibnu Umar, dia berkata : Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Tidak boleh bagi orang junub membaca sedikitpun juga daripada (ayat) Al-Qur’an”
DHAIF. Diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni (1/117)
Al-Hafidz Ibnu Hajar telah melemahkan riwayat di atas disebabkan Abdul Malik bin Maslamah seorang rawi yang dhaif (Talkhisul Habir 1/138)

Hadits yang lain daripada jalan Ibnu Umar.
“Ertinya : Daripada seorang lelaki, dari Abu Ma’syar, dari Musa bin Uqbah, dari Naafi, dari Ibnu Umar, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda, “Perempuan yang haid dan orang yang junub, keduanya tidak boleh membaca sedikitpun juga dari (ayat) Al-Qur’an”
DHAIF. Diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni (1/117)
Saya berkata : Riwayat ini dhaif kerana : Pertama : Ada seorang rawi yang mubham (tidak disebut namanya yaitu dari seorang lelaki). Kedua : Abu Ma’syar seorang rawi yang dhaif.

Hadits yang lain dari jalan Jabir bin Abdullah.
“Ertinya : Dari jalan Muhammad bin Fadl, dari bapanya, dari Thawus, dari Jabir, dia berkata : Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Tidak boleh bagi perempuan yang haid dan nifas (dalam riwayat yang lain : Orang yang junub) membaca (ayat) Al-Qur’an sedikitpun juga (dalam riwayat) yang lain : Sedikitpun juga dari (ayat) Al-Qur’an)”
MAUDHU’, Diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni (2/87) dan Abu Nua’im di kitabnya Al-Hilyah (4/22).
Saya berkata : Sanad hadits ini maudhu (palsu) kerana Muhammad bin Fadl bin Athiyah bin Umar telah dikatakan oleh para Imam ahli hadits sebagai pendusta sebagaimana keterangan Al-Hafidz Ibnu Hajar di Taqrib-nya (2/200). Dan di kitabnya Talkhisul Habir (1/138) beliau mengatakan bahawa orang ini matruk.

Ketika hadits-hadits diatas dari semua jalannya dhaif bahkan hadits terakhir maudhu’, maka tidak boleh dijadikan sebagai dalil larangan bagi perempuan haid dan nifas dan orang yang junub membaca Al-Qur’an. Bahkan telah datang sejumlah dalil yang membolehkannya.

Pertama : Apabila tidak ada satu pun dalil yang sah (shahih dan hasan) yang melarang perempuan haid, nifas dan orang yang junub membaca ayat-ayat Al-Qur’an, maka hukumnya dikembalikan kepada hukum asal tentang perintah dan keutamaan membaca Al-Qur’an secara mutlak termasuk perempuan haid, nifas dan orang yang junub.

Kedua : Hadits Aisyah ketika dia haid sewaktu menunaikan ibadah haji.
“Ertinya : Dari Aisyah, dia berkata : Kami keluar (menunaikan haji) bersama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam (dan) kami tidak menyebut kecuali haji. Maka ketika kami sampai di (satu tempat bernama) Sarif aku haid. Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam masuk menemuiku dan aku sedang menangis, lalu beliau bertanya, “Apa yang menyebabkanmu menangis?” Jawabku, “Aku ingin demi Allah kalau sekiranya aku tidak haji pada tahun ini?” Jawabku, “Ya” Beliau bersabda, “Sesungguhnya (haid) ini adalah sesuatu yang telah Allah tentukan untuk anak-anak perempuan Adam, oleh kerana itu kerjakanlah apa-apa yang dikerjakan oleh orang yang sedang haji selain engkau tidak boleh thawaf di Ka’bah sampai engkau suci (dari haid)”
Shahih riwayat Bukhari (no. 305) dan Muslim (4/30)

Hadits yang mulia ini dijadikan dalil oleh para Ulama di antaranya amirul mu’minin fil hadits Al-Imam Al-Bukhari di kitab Shahih-nya bahagian Kitabul Haid bab 7 dan Imam Ibnu Baththaal, Imam Ath-Thabari, Imam Ibnul Mundzir dan lain-lain bahawa perempuan haid, nifas dan orang yang junub boleh membaca Al-Qur’an dan tidak terlarang. Berdasarkan perintah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Aisyah untuk mengerjakan apa-apa yang dikerjakan oleh orang yang sedang menunaikan ibadah haji selain thawaf dan tentunya juga terlarang shalat. Sedangkan yang selainnya boleh termasuk membaca Al-Qur’an. Kerana kalau membaca Al-Qur’an terlarang bagi perempuan haid tentu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menjelaskannya kepada Aisyah. Sedangkan Aisyah saat itu sangat memerlukan penjelasan daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam apa yang boleh dan terlarang baginya. Menurut ushul “mengakhirkan keterangan dari waktu yang diperlukan tidak boleh.

Ketiga : Hadits Aisyah.
“Ertinya : Dari Aisyah, dia berkata, “Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berdzikir atas segala keadaannya” [Hadits shahih riwayat Muslim (1/194 dan lain-lain]
Hadits yang mulia ini juga dijadikan hujjah oleh Al-Imam Al-Bukhari dan lain-lain imam tentang bolehnya orang yang junub dan perempuan haid atau nifas membaca Al-Qur’an. Kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam berdzikir kepada Allah atas segala keadaannya dan yang termasuk berdzikir ialah membaca Al-Qur’an. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Adz-Dzikra [2] (Al-Qur’an) ini, dan sesungguhnya Kami jugalah yang akan (tetap) menjaganya” [Al-Hijr : 9]

“Dan Kami turunkan kepadamu Adz-Dzikra (Al-Qur’an) supaya engkau jelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka dan agar supaya mereka berfikir” [An-Nahl : 44]
Keempat : Surat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Heracleus yang di dalamnya berisi ayat Al-Qur’an sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan lain-lain. Hadits yang mulia inipun dijadikan dalil tentang bolehnya orang yang junub membaca Al-Qur’an. Kerana sudah barang tentu orang-orang kafir tidak selamat dari janabah, meskipun demikian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menulis surat kepada mereka yang didalamnya terdapat firman Allah.

Kelima : Ibnu Abbas mengatakan tidak mengapa bagi orang yang junub membaca Al-Qur’an (Shahih al-Bukhari Kitabul Haidh bab 7).
Jika engkau berkata : Bukankah telah datang hadits bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak membaca Al-Qur’an ketika janabah?
Saya jawab : Hadits yang dimaksud tidak sah dari hadits Ali bin Abi Thalib dengan lafadz.
“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar dari tempat buang air , lalu beliau makan daging bersama kami, dan tidak ada yang menghalangi beliau sesuatupun juga dari (membaca) Al-Qur’an selain janabah:

DHAIF. Diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 229), Tirmidzi (no 164), Nasa’i (1/144), Ibnu Majah (no. 594), Ahmad (1/83, 84, 107 dan 124), Ath-Thayaalis di Musnad-nya (no. 94), Ibnu Khuzaimah di Shahih-nya (no. 208), Daruquthni (1/119), Hakim (1/152 dan 4/107) dan Baihaqiy (1/88-89) semuanya dari jalan Amr bin Murrah dari Abdullah bin Salimah dari Ali, marfu (Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam berbeza seperti diatas)

Hadits ini telah dishahihkan oleh Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, Hakim, Adz-Dzahabi, Ibnu Sakan, Abdul Haq, Al-Baghawiy dan Syaikhul Imam Ahmad Muhammad Syakir di takhrij Tirmidzi dan takhrij musnad Ahmad.

Dan hadits ini telah didlaifkan oleh jama’ah ahli hadits –dan inilah yang benar- Insya Allah di antaranya oleh Syu’bah, Syafi’iy, Ahmad, Bukhari, Baihaqiy, Al-Mundziriy, An-Nawawi, Al-Khathaabiy dan Syaikhul Imam Al-Albani dan lain-lain.

Berkata Asy-Syafi’iy, “Ahli hadits tidak mentsabitkan (menguatkan)nya”. Yakni, ahli hadits tidak menguatkan riwayat Abdullah bin Salimah. Kerana Amr bin Murrah yang meriwayatkan hadits ini Abdullah bin Salimah sesudah Abdullah bin Salimah tua dan berubah hafalannya. Demikian telah diterangkan oleh para Imam di atas. Oleh kerana itu hadits ini kalau kita mengikuti kaedah-kaedah ilmu hadits, maka tidak ragu lagi tentang dhaifnya dengan sebab di atas yaitu Abdullah bin Salimah ketika meriwayatkan hadits ini telah tua dan berubah hafalannya. Maka bagaimana mungkin hadits ini sah (shahih atau hasan)!.

Selain itu hadits ini juga tidak boleh dijadikan dalil larangan bagi orang yang junub dan perempuan yang haid atau nifas membaca Al-Qur’an, kerana semata-mata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak membacanya dalam junub tidak bererti beliau melarangnya sampai datang larangan yang tegas dari beliau. Ini kalau kita takdirkan hadits di atas sah, apalagi hadits di atas dhaif tentunya lebih tidak mungkin lagi dijadikan sebagai hujjah atau dalil!

Meskipun demikian menyebut nama Allah atau membaca Al-Qur’am dalam keadaan suci (berwudhu) lebih utama yakni hukumnya sunat berdasarkan hadits shahih di bawah ini.

“Ertinya : Dari Muhaajir bin Qunfudz, sesungguhnya dia pernah datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan beliau sedang buang air kecil (kencing), lalu ia memberi salam kepada beliau akan tetapi beliau tidak menjawab (salam)nya sampai beliau berwudlu. Kemudian beliau beralasan dan bersabda : ”Sesungguhnya aku tidak suka menyebut nama Allah (berdzikir) kecuali dalam keadaan suci (berwudlu)” [Hadits shahih riwayat Abu Dawud dan lain-lain]


[Disalin dari buku Tiga Hukum Bagi Perempuan Haid Dan Junub
Menyentuh/Memegang Al-Qur; Membacanya Dan Tinggal Atau Diam Di Masjid, Penulis Abdul Hakim bin Amir Abdat, Penerbit Darul Qolam]_________

Footnotes
[1]. Saya nukil dari Baihaqiy dengan ringkas yang menukil dari Bukhari
[2]. Adz-Dzikra adalah salah satu nama dari nama-nama Al-Qur’an

http://www.almanhaj.or.id/content/2419/slash/0

Nur Muhammad s.a.w

0 comments

Assalamualaikum...

Hari ni seorang sahabat menunjukkan pada saya email yg baru diterimanya.. isinya sedikit rakaman ketika sedang berkumandangnya azan... saksikanlah...

Rakaman video ni yg diambil dari sebuah hotel berdekatan dgn Masjidil Nabawi.

Subhanallah. .... Masyaallah.. ...Allahuakbar. .....

Lihat cahaya terang bendera di Masjidil Nabawi apabila di sebut nama Nabi Muhammad (SAW) ketika azan berkumandang. ..

Sesungguhnya Rasulullah memang nur kepada seluruh alam... marilah sama2 kita memperbanyakkan berselawat atas nabi.....

ALLAHUMMA SALLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD....

Senja di Masjid Putrajaya

0 comments
Assalamualaikum...

Rutin abi..setiap khamis malas jumaat.. mengajar bahasa arab untuk pengajian dewasa di masjid putrajaya... ummi memang tak pernah ikut abi mengajar di masjid.. coz ummi lebih suka duduk di rumah bersama ammar... tetapi.. hari ni sangat kelam kabut.. banyak sangat urusan perlu diselesaikan.. memandangkan esok kami akan bertolak ke teluk batek.. seterusnya ke Sabah...

Jadi sempat juga kami makan juadah yang saya tapau dari kolej kerana terlebih pagi tadi... cukuplah untuk kami bertiga makan.. lengkap dengan nasi, ayam masak lemak, sotong, sayur campur, tak lupa juga ulam-ulaman dan sambal belacan... Alhamdulillah..

Apabila azan berkumandang.. segera kami selesaikan makan.. untuk dapat berjemaah dgn imam di masjid... cuma sedikit menyedihkan bagi saya... pabila kelihatan banyak kenderaan di dataran... dan ramai juga couple2 yang bergentayangan di taman2 sekitar masjid.. namun, tiada yang kelihatan untuk bergegas ke masjid mendirikan solat...masing2 asyik dengan perbualan.. bagaikan tidak mendengar azan yang berkumandang.. memanggil mereka untuk sama2 mengadap Allah Rabbul 'izzati... adakah tidak tergerak dan tersentak hati mereka dengan alunan azan yang berkumandang sebentar tadi... ke mana hilangnya rasa 'izzah mereka sebagai umat Islam.. saya pasti mereka semua beragama Islam.. memandangkan pasangan wanitanya bertudung... adakah cerita2 yang mereka bualkan itu lebih menyeronokkan dari pertemuan mereka bertemu Allah di dalam solat yang tidak mengambil masa yang lama... saya sedih...

Sebenarnya.. senario ini... telah lama saya perhatikan.. ya.. semenjak saya mula2 mengajar di masjid.. (2005 - 2009) 4 tahun sudah berlalu.. tapi pemandangan sebegini seolah2 sesuatu yang normal... mula2 dulu.. saya rasa bangga.. melihat banyaknya kenderaan di dataran masjid.. pasti ramai makmum masjid di sini.. tetapi menyedihkan apabila yang kelihatan tak sampai satu saf pun.. wahai muslimin perteguhkanlah saf2 kamu... bagaimana nak teguh.. kalau solat yg cuma 5 waktu itu saja jarang dipenuhi... ia sama saja seperti pemandangan di masjid2 yg banyak di malaysia.. tetapi makmumnya tak sampai 1 baris pun.. disebabkan keadaan ini.. maka masjid mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas2 dewasa.. bagi menjinakkan hati2 mereka dgn masjid... Alhamdulillah.. kesannya.. untuk sesi kali ini saja pelajar saya (kelas al-quran dewasa) menjangkau 60 orang.. dan Alhamdulillah banyak lagi program2 lain yang disusun ke arah itu...contohnya kuliah tafaqquh, tafsir, bahasa arab, tarannum dan lain2 lagi... moga usaha dakwah ini berterusan.. insyaAllah...

Murottal al-Quran