Zikrayaat

Sunday, May 31, 2009

Atuk Tidurr...

0 comments
Salam buat semua...
Cuti2 sekolah begini.. sudah pasti banyak jemputan kenduri kendara yang perlu dihadiri...
Jemputan dari kawan lama.. Mazlina Muhammad.. mmg lama tak jumpa mazlina ni.. last jumpa rasanya masa saya walimah dulu... thn 2006.. itu pun setelah 10 thn tak berjumpa kerana saya berpindah ke sekolah berasrama di klang... saya memang suka sgt pergi ke jemputan kawan2 ni.. kerana di situlah nanti saya berjumpa semula dgn sahabat2 sekolah rendah dan menengah saya... mulalah terimbas semula kenangan nakal2 semasa sekolah dulu.. sempat juga berjumpa dgn rahmah dan akmal serta rafidah... semua sekelas dgn saya sejak di sek rendah lg..

Selepas itu, sebelum pulang ke rumah.. saya singgah sebentar ke pusara abah... rindu sgt rasanya... turun saja dr kereta.. saya lihat Masya Allah banyaknya pusara2 baru... masih hijau lg daun pandannya dan bunga juga masih segar... firasat saya mungkin baru saja jenazahnya dikebumikan pagi tadi berdasarkan pusara yg masih basah dan dedaun pandan yg masih menghijau.. di waktu yg sama juga terdapat beberapa org yg sedang menggali pusara baru.. pastinya ada kematian hr ini..

Sambil berjalan, saya memberi salam dan mendoakan arwah2 yg mmg telah lama menduduki pusara itu... pusara di kg saya ini terletak di jalan aman... mmg aman kedudukannya, di hujung kampung..... aman dr hiruk pikuk hingar bingar manusia... saya terus menuju ke pusara abah... menitik air mata saya.. rindunya saya dgn abah.. sambil duduk saya membacakan yasin dan al-fatihah.. sambil ammar didukung oleh abinya... saya pun menerangkan pada ammar.. ammar ini kubur atuk... tiba2 ammar menyahut..kalimat yg saya sendiri tak pernah ajar... atuk tidurrr.... atuk tidur..saya mengajar ammar menyebut bismilahirrahmanirrahim...meleleh2 airmata saya.. Ya Allah anak 2 thn ini sungguh polos suci... tidak mengerti erti kehidupan lagi...

tidak mengapalah ammar... biarlah atuk tidur sementara di sini... kubur merupakan fasa peralihan dari kehidupan dunia dan kehidupan akhirat... ummi dan abi juga tidak tahu berapa lama lagi Allah meminjamkan usia ini kepada kami... yg penting banyakkan berdoa utk kesejahteraan ummi, abi dan keluarga kita.. insyaAllah.. yakinlah Allah tidak akan menyia2kan hambaNYA... terus doakan utk yg tiada lagi... kerana doa anak yg soleh solehah itu kan membantu ibu bapa yg telah kembali ke rahmatullah... moga2 hidup kita kan sentiasa diberkati dan dirahmati... insyaAllah

Rintihan Roh

1 comments
Diriwayatkan: “Jika roh telah keluar dari tubuh manusia dan telah lewat tiga hari, maka roh itu berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku sehingga aku berjalan dan melihat tubuhku yang dahulu aku berada di dalamnya.” Maka Allah memperkenankan kepadanya.

Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat kepadanya dari jauh. Kedua lubang hidungnya dan mulutnya mengalir darah. Maka ia menangis dengan suatu tangisan yang cukup lama. Lalu ia merintih, aduuuh hai tubuhku yang miskin, wahai kekasihku. Ingatlah akan hari kehidupanmu. Rumah ini adalah rumah serigala, bala bencana, rumah yang sempit, rumah kesusahan dan penyesalan.


Setelah lewat lima hari roh berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku.” Maka Allah memperkenankannya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat dari jauh. Dan mengalirlah kedua lubang hidung dan mulutnya berupa air nanah.
Firman Allah SWT bermaksud:“Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul qudus) dan para malaikat berdiri dengan berbaris.” ( An-Naba’: 38)


Disebutkan dalam satu keterangan, bahawa yang dimaksud roh itu adalah rohnya anak Adam (manusia), dan keterangan yang lain mengatakan bahawa roh itu adalah rohnya malaikat Jibril as. Juga ada keterangan yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya Nabi Muhammad SAW yang berada di bawah Arasy, ia minta izin dari Allah di malam Lailatul Qadar untuk turun memberikan salam penghormatan kepada seluruh mukminin dan mukminat dan roh itu berjalan melalui mereka.


Ada pula yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya para kerabat yang sudah mati, mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, semoga Engkau memperkenankan kami untuk turun ke rumah-rumah kami, sehingga kami melihat anak-anak kami dan ahli-ahli kami. Maka roh-roh itu turun pada malam Lailatul Qadar.


Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: “Jika datang Hari Raya, hari Asyura’, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya’ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata: “Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini.


Adakah seorang telah belas kasihan kepada kami, apakah dari salah seorang ada yang mengenangkan ratapan kami wahai orang yang menempati rumah-rumah kami, wahai orang yang menikmati wanita (isteri kami), wahai orang yang berdiri memperluas mahligai kami yang sekarang kami dalam kesempitan kubur kami, wahai orang yang membagi harta benda kami, wahai orang.yang menyiakan anak yatim kami. Adakah salah seorang dari kamu sekalian ada yang mengenang perantauan kami? Buku amal kami dilipat dan kitab amal kalian dibuka. Dan bukanlah bagi mayat yang berada dalam liang kubur melainkan pahalanya. Maka janganlah kalian melupakan kami dengan sebuku rotimu dan doamu, sebab kami orang-orang yang berhajat kepada kamu sekalian, selama-lamanya.

Jika mayat memperoleh sedekah dan doa dari mereka maka ia kembali dengan riang gembira, dan jika ia tidak memperoleh maka ia pulang dengan sedih dan duka serta terhalang, dan putus asa dari mereka.

Telah diterangkan, bahawasanya roh dalam perkumpulan haiwan tidak dalam seluruh tubuh, tapi ia dalam satu bahagian dari beberapa bahagian yang tidak dapat ditentukan dengan dalil. Bahawasanya seorang dilukai dengan luka-luka yang banyak maka ia tidak mati. Dan ia dilukai dengan luka-luka satu maka ia menjadi mati. Sebab luka itu jika menimpa pada tempat di mana roh bertempat di mana roh di dalamnya, dan bahawasanya roh bertempat pada seluruh tubuh dan bahawasanya mati itu dalam seluruh tubuh, maka Firman Allah SWT menunjukkan : Katakanlah: “la akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama.”
(Yaa Siin: 79)

Jika dikatakan, apakah bedanya antara roh dengan rawan? Maka kita katakan bahwa keduanya adalah satu. Keduanya tidak ada perbedaan, sebagaimana tubuh serta tangan adalah menjadi satu. Cuma kalau tangan dapat bergerak kesana kemari tapi kalau tubuh sama sekali tidak bergerak. Demikian pula rawan kesana kemari tapi sama sekali tidak bergerak.


Kemudian mengenai tempatnya roh di dalam tubuh tidak dapat ditentukan. Adapun tempatnya rawan di antara kedua alis. Maka jika roh itu hilang seorang hamba menjadi mati, dan jika rawan hilang ia menjadi tidur. Sebagaimana air yang dituangkan qas’ah dan ditaruh di rumah ada matahari yang sinarnya melalui lubang atap dan qas’ah itu tidak bergerak dari tempatnya.


Maka demikian halnya roh bertempat di dalam tubuh dan pusatnya berada di Arasy. Adapun rawan melihat dikala bermimpi dan ia berada di alam malakut.


Adapun tempatnya roh setelah dicabut, ada diterangkan bahawa tempatnya disengkala yang didalamnya terdapat lubang sejumlah bilangan haiwan-haiwan yang dijadikan sampai hari kiamat. Jika ia mendapat kenikmatan berada di situ dan jika mendapat azab maka di situ pula.


Ada disebutkan bahawa roh-roh para mukminin berada dalam telur burung yang hijau di syurga iliyyin, adapun rohnya orang-orang kafir berada dalam telur burung yang hitam di neraka. Dan ada dikatakan bahawa rohnya para mukminin ketika dicabut, maka para malaikat rahmat sama mengangkat membawa naik roh ke langit yang tujuh dengan memuliakan dan mengagungkan. Kemudian dipanggil Zat pemanggil dari sisi Allah yang Rahman: “Hendaklah kamu semua menulis roh itu dalam Illiyyin lalu kembalikanlah ke bumi.”


Maka mereka mengembalikan roh seorang mukmin ke dalam tubuhnya dan ia dibukakan pintu syurga, ia melihat tempatnya di syurga sampai datangnya hari kiamat.


Dan bahawasanya rohnya orang-orang kafir sewaktu dicabut maka para malaikat azab sama membawa naik roh itu ke langit dunia. Maka ditutuplah pintu-pintu langit yang lain dan ia diperintah mengembalikan ke tempat berbaring tubuhnya, kuburnya disempitkan dan ia dibukakan pintu neraka. Oleh kerananya ia melihat tempat kediamannya kelak sampai datangnya hari kiamat. Dalam hal ini sebagaimana pernah disabdakan Nabi SAW, sehingga bahawasanya mereka mendengar suara sandal-sandal kalian, hanya saja mereka terhalang dari berkata.

Sebahagian Hukama’ ditanya tentang tempat roh-roh setelah mati, maka ia menerangkan sebagai berikut:
1. Bahawasanya roh-roh para Nabi berada dalam Syurga Adn, ia berada dalam liang yang menyenangkan tubuhnya. Adapun tubuh bersujud kepada Tuhannya.

2. Roh-roh para Syuhada berada di syurga Firdaus, pada tengahnya syurga itu berada dalam telih burung yang hijau yang terbang di syurga sekehendak hatinya. Kemudian datang keqanadil yang digantungkan di Arasy.

3. Adapun roh-rohnya anak-anak kecil yang Islam berada dalam telih burung pipitnya Syurga.

4. Roh-rohnya para anak-anak musyrik berputar-putar di syurga dan ia tidak punya tempat, sampai hari kiamat. Lalu mereka melayani para mukminin.

5. Roh-rohnya orang-orang mukmin yang mempunyai hutang dan aniaya digantung diangkasa. Ia tidak sampai ke syurga dan tidak pula ke langit sampai ia membayar hutangnya dan penganiayaannya.

6. Roh-rohnya orang-orang Islam yang berdosa diazab dalam kubur beserta tubuhnya.

7. Roh-rohnya orang-orang kafir dan munafik dalam penjara neraka Jahannam dipintakan diwaktu pagi dan petang.

Dan disebutkan, bahawasanya roh adalah merupakan jisim yang halus. Oleh kerana itu tidak dapat dikatakan jika Allah itu mempunyai roh. Sebab mustahil kalau Allah mempunyai tempat seperti jisim-jisim. Dan dikatakan bahawa roh adalah merupakan sifat dan dikatakan pula kalau ia pecah jadi angin, maka kedua perkataan ini adalah perkataannya orang yang mengingkari adanya seksa kubur.

Ada diceritakan, bahawasanya seorang Yahudi datang kepada Nabi SAW, maka mereka bertanya kepada baginda tentang roh dari Ashabi Raqim dan dari Raja Dzil Qarnain. Dengan perdebatan Yahudi itu maka turunlah surah Al-Kahfi. Dan diturunkan tentang haknya roh adalah Firman Allah SWT.
“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah: “Roh itu termasuk urusan Tuhanku.”(Yaa Siin: 79)

Himpunan Kisah Juha-mencuit hati

3 comments
Kisah-kisah Juha ni saya kenali sejak form 4 lagi.. di dalm buku bahasa arab tinggi.. Juha ni bolehlah dikira pelawak arab... selalu menggunakan logiknya...

Juha Al-Kufi Al-Fazzari, juga dikenali sebagai Abul Ghusn adalah seorang yang terlalu pelupa dan lurus walaupun cerdik, sehingga perjalanan hidupnya banyak yang aneh. Ibunya adalah khadam kepada ibu Anas bin Malik, sahabat Nabi SAW. Al-Jauhari di dalam kitab menamakannya Juha. Pengarang kitab “Al-Qamus” mengatakan bahawa Juha adalah gelarannya, sedang namanya yang sebenar adalah Dajin bin Thabit. Akan tetapi Ibnu Hajar di dalam kitab “Lisanul Mizan” menafikan bahawa Juha adalah Dajin bin Thabit. Selain Juha Al-Kufi yang berbangsa Arab ini, ada lagi orang bernama Juha, tapi berasal dari Turki. Sehingga kadang-kadang kisah kedua-dua Juha itu bercampur.

Belakang Bererti Hadapan
Abu Bakar Al-Kalbi menceritakan pengalamannya ketika bertemu dengan Juha di Kufah. Ketika itu dia sengaja datang ke Kufah untuk pergi ke rumah hakim. Sesampainya di sana dia berjumpa dengan seorang syeikh sedang duduk berjemur di panas matahari.
“Wahai Syeikh! Di mana rumah tuan hakim?” Tanya Abu Bakar Al-Kalbi kepada Syeikh itu.. “Wara’aka (di belakangmu).” Jawab Syeikh itu. Maka Abu Bakar pun berpatah balik ke belakang untuk mencari rumah yang dimaksud. “Subhanallah, mengapa engkau berbalik ke belakang?” Tegur Syeikh itu tiba-tiba.. “Tuan kata “di belakangmu”, jadi saya balik ke belakanglah.” Jawab Abu Bakar.. “Dengarlah saudara. Ikramah telah mengkhabarkan kepadaku dari Ibnu Abbas mengenai firman Allah ....” Lalu Syeikh itu membaca surah Al-Kahfi, ayat 79 yang ertinya: “Kerana di belakang mereka ada seorang raja yang mengambil setiap perahu dengan paksa.”
“Ikramah berkata,” Kata syeikh itu lagi. “Di belakang mereka maksudnya di hadapan mereka.” Barulah Abu Bakar Al-Kalbi faham bahawa rumah tuan hakim yang sedang dicarinya ada di hadapannya. “Subhanallah......” Kata Abu Bakar kagum. Kemudian dia bertanya: “Syeikh ini Abu siapa......?” . “Abul Ghusn.” Jawabnya.. “Nama yang sebenar?” Tanya Abu Bakar lagi. . “Juha.” Jawabnya. *** Ubbad bin Suhaib juga menceritakan pengalaman yang sama dengan Abu Bakar Al-Kalbi ketika datang ke Kufah. Dia datang ke kota itu untuk mendengarkan tilawah Al-Quran dari Syeikh Ismail bin Abi Khalid. Ketika dia sedang tercari-cari tiba-tiba bertemu dengan seorang Syeikh sedang duduk-duduk. “Wahai syeikh, di mana rumah Ismail bin Abi Khalid?” Tanya Ubbad bin Suhaib. “Terus ke belakang.” Jawab orang tua itu. “Jadi aku mesti berpatah balik?” Tanya Ubbad. “Aku cakap di belakangmu, mengapa mesti berpatah balik.” “Tuan cakap wara’aka, bererti kan di belakangku.” Kata Ubbad bin Suhaib. “Bukan begitu. Ikramah telah mengkhabarkan kepadaku tentang firman Allah “Wa kana wa ra’ahum”, maksudnya “di hadapan mereka.” Ubbad kagum akan kecerdikan orang tua itu..“Siapa nama tuan?” Tanya Ubbad.. “Nama saya Juha.” Jawab orang tua itu. ***

Pekikan Jubah
Abul Hasan menceritakan pula bahawa seorang lelaki telah mendengar suara orang berteriak dan mengadu kesakitan di rumah Juha. . “Aku mendengar suara pekikan di rumah tuan, apa gerangan?” Tanya lelaki itu kepada Juha. “Jubahku jatuh dari atas rumah.” Jawab Juha. “Err..hanya jubah jatuh pun sampai terpekik-pekik?” “Engkau ini bodoh. Jika engkau sedang memakai jubah, dan jubah yang dipakaimu jatuh, bukankah engkau ikut jatuh bersamanya?” Kata Juha. ***

Kubur Di Atas Tanah
Suatu hari seorang jiran Juha meninggal dunia, maka Juha bertanggung jawab ke atas pengkebumiannya. Dia lalu pergi kepada tukang gali kubur untuk memesan sebuah kuburan. Akan tetapi terjadi pertengkaran antara Juha dan tukang gali kubur berkenaan dengan upah menggalinya.
Tukang gali kubur meminta upah sekurang-kurangnya lima dirham, dan kalau tidak, dia tidak mahu menggali kubur. Juha tidak setuju akan bayaran sebanyak itu. Tiba-tiba dia pergi ke pasar membeli beberapa biji kayu papan dengan harga dua dirham dan dibawanya ke perkuburan..“Buat apa kayu itu?” Tanya orang ramai. .“Tukang gali kubur tidak mahu menggali kuburan kalau tidak dibayar sekurang-kurangnya lima dirham. Aku beli papan ini dengan harga dua dirham sahaja. Aku akan tutup saja mayat jiranku itu dengan papan ini dan akan diletakkan di atas tanah perkuburan. Aku masih untung tiga dirham. Di samping itu, si mayat tidak terkena himpitan kubur dan terhindar dari pertanyaan Malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur. **

Unta Minta Upah?
Suatu ketika Juha pergi keluar untuk membeli gandum. Setelah gandum dapat, lalu dinaikkan ke atas untanya untuk dibawa balik. Tiba-tiba unta yang dikenderainya lari dengan membawa gandum yang baru digiling itu. Setelah beberapa hari kemudian, Juha menjumpai untanya. Akan tetapi Juha mengelak daripada dilihat oleh untanya. “Mengapa engkau menyembunyikan diri dari untamu?” Tanya seseorang kepadanya. “Aku khuatir unta itu meminta wang tambang kepadaku. Oleh kerana itulah aku bersembunyi daripadanya.” Jawab Juha.***

Pada suatu musim haji, ayah Juha keluar ke Makkah untuk mengerjakan ibadah haji. Ketika ayahnya akan berangkat, Juha berpesan: “Ayah jangan terlalu lama pergi. Usahakan ada di sini semula pada Hari Raya Aidil adha agar kita dapat menyembelih kurban bersama.” ***


Kambing Ajaib
Semasa remajanya, Juha pernah disuruh ke pasar oleh ayahnya untuk membelikan kepala kambing bakar. Dia pun pergi dan membeli satu kepala kambing bakar yang baik dan dibawanya pulang. Di tengah perjalanan, Juha berhenti dan membuka kepala kambing itu, lalu dimakannya kedua-dua matanya, kedua-dua telinganya, lidahnya dan otaknya. Kemudian sisanya yakni tengkorak- tengkoraknya dibawa pulang dan diserahkan kepada ayahnya.

Sudah tentu ayahnya sangat terkejut kerana kepala tersebut sudah kosong dan bahagian-bahagian lainnya juga hilang. “Celaka kamu, apa ini?” Kata ayahnya.. “Itulah kepala yang ayah minta.” Jawab Juha. “Mana kedua-dua matanya?” Tanya ayahnya lagi.. “Ia adalah kambing buta.” Jawab Juha.. “Mana kedua-dua telinganya.” . “Kambingnya tuli.” Jawab Juha. “Lidahnya juga tidak ada, ke mana?” Tanya ayahnya. “Kambing itu kelu agaknya.” Jawab Juha. . “Sampai pada otaknya juga tidak ada, ke mana?” “Kambingnya botak.” Jawab Juha. Ayahnya tidak dapat menerima kepala kambing yang tidak sempurna itu kerana merasa rugi. “Celaka engkau Juha. Sila kembalikan kepala kambing ini kepada penjualnya, dan tukar dengan yang lain.” Kata ayahnya. .“Pemiliknya telah menjual kambing itu tanpa sebarang cacat.” Jawab Juha. ***

Membeli Bangkai
Suatu hari Juha melihat budak-budak mempermain-mainkan seekor burung yang sudah mati. “Boleh jual kepadaku burung itu?” Tanya Juha. “Burung sudah mati akan engkau beli, buat apa?” Tanya budak-budak itu. “Aku memang ingin memilikinya.” . “Kalau nak juga, sila beli.” Kata budak-budak itu. . Juha membayar burung mati itu dengan harga satu dirham kemudian dibawanya pulang. Sesampainya di rumahnya, ibu hairan dan marah. “Hai Juha! Buat apa kau bawa burung yang sudah jadi bangkai itu?” Tanya ibunya. “ Ibu. Jika burung itu hidup, aku tidak sanggup mengeluarkan seratus dirham untuk membeli makanannya.” Jawab Juha. ***

Makan2 bersama AJK kelab Staf KDH

0 comments
Setahun sudah berlalu, taklifan sebagai AJK Biro Kebajikan, Kelab Staf, KDH dilaksanakan dengan sedaya upaya... menjaga kebajikan para staf, sumbangan hari lahir, musibah yg menimpa, kelahiran cahayamata, kehilangan ahli keluarga, perpisahan, ihya' Ramadhan, khatam al-Quran dan sebagainya... semua cuba dilaksanakan sebaik mungkin... cuma sedikit terkilan ada beberapa agenda yg direncanakan tidak dapat dilaksanakan... kelas al-quran dan tahsin al-fatihah buat staf wanita... nampaknya tak mampu saya laksanakan.. namun, saya tekad juga untuk melaksanakannya meskipun masih lagi tidak bergelar AJK kelab lagi... taklifan menyebar ilmu tidak berhajatkan kepada pangkat, jawatan dan sebagainya... saya suka untuk berkongsi ilmu yg ada.. biarpun sedikit moga bermanfaat...

ampun dan maaf buat semua staf andai ada tanggungjawab saya yg tidak dapat dilaksanakan...
kita semua umpama sebuah keluarga... saling berkongsi rasa, suka-duka, pahit-manis... pantang sekali bermuram durja... barisan ajk kelab staf bg sesi 2008/2009 adalah:

Presiden Kelab -En. Aladdin Mamat
Timb. Presiden - En. Muhammad Haffiz Md. Isa
Setiausaha - Cik Jasmin Jasman (telah berpindah)
Bendahari - Pn. Zulaihan Ismail

Biro Ekonomi - Pn. Saleha Idris dan Pn. Nafrulniza Abd Manap (merangkap s/u)
Biro Kebajikan- Ustz. Siti Rosilawati Ramlan
Biro Perhubungan - Us. Amin Jufri Husni Tamrin
Biro Pembangunan Insan - Us. Zuljalaludin Abd. Rani
Biro Penerbitan - Ustz. Khalidah Salikan
Biro Sukan - Pn. Maznah Hamzah

jadi sebelum meletakkan jwatan pada minggu hadapan, kami berpakat untuk makan bersama2 di restoran berdekatan.. moga ukhuwah ini kan terus mekar dan berkekalan.. insyaAllah...

Masa untuk makan... jangan lupa baca doa...

makan nasi ayam pelbagai jenis... kami cuba nasi ayam dot my

us. zul lead baca doa yer

ajk wanita... cian kak maz tgh berpantang..
Hargailah sebuah ukhuwah... kerana Ukhuwah itu anugerah Yang Maha Esa....

Berakhirnya kelas LAR 0042 modular semester ini

0 comments
Salam buat semua...

Semalam 30/5/09 Alhamdulillah berakhirlah kelas Bahasa Arab Level 1 untuk pelajar modular (part time) sesi januari 09..

bagi saya kelas kali ini agak mencabar juga.. dengan bilangan pelajarnya yg ramai dan dtg dr pelbagai laterbelakang... sewaktu awal kelas lagi bahagian akademik telah menyatakan pelajar bg kelas tahap ini agak ramai juga.. memandangkan sudah 1 semester subjek ini tidak di tawarkan... saya dimaklumkan pelajar saya seramai 80 orang...

saya memohon pada Allah agar mempermudahkan saya menyampaikan sedikit ilmuNYA yg ada pada saya... dan saya selalu menetapkan di dalam hati saya supaya sentiasa ikhlas dlm memberikan ilmu supaya para pelajar juga ikhlas dan mudah untuk menerima ilmu tersebut... saya selalu menganggap pelajar umpama keluarga saya... yg tua saya anggap ayah, ibu, abang dan kakak kepada saya.. manakala yg muda saya anggap umpama adik... biasanya mengajar pelajar modular ini memerlukan persediaan yg sebaiknya... kerana kadang2 kita akan disoal dgn soalan2 yg kadang2 saya rasakan keluar drpd subjek... ttp disebabkan amanah ilmu saya cuba mana yg termampu sambil membuat rujukan pd ustaz2 rakan sejawat yg ada di kolej...

Biasanya sebelum memulakan kelas saya sering mengingatkan semua pelajar saya agar sentiasa mencintai bahasa arab... bahasa syurga, bahasa al-Quran dan ibadat, bahasa ilmu... semoga apa yg dipelajari dapat membantu sedikit sebanyak di dalam pembelajaran dan kembara menuntut ilmu duniawi wa ukhrawi... 12 kali pertemuan menyebabkan hubungan saya dan para pelajar menjadi akrab.. itulah istimewanya kolej dar al-hikmah ni... pelajar dan pensyarah boleh duduk semeja makan bersama di kafe....

Dengan pelajar semester ini juga saya berkongsi rasa sedih atas pemergian almarhum ayahanda saya... dan kami boleh bersama2 menyedekahkan surah al-Fatihah buat arwah... tetapi sedih saya tidak berpanjangan kerana sekejap sahaja mereka ini telah mengambil hati saya hingga menyebabkan saya terlupa sebentar kesedihan saya...

pelajar wanita yg bersemangat menyiapkan tugasan



pelajar lelaki yang bersungguh2 dalam pembelajaran

memberi penerangan kepada individu


banyakkanlah bertanya kerana soalan itu penawar kejahilan
Alhamdulillah, akhirnya sampai juga kami ke penghujung kelas... apa yg selalu saya tekankan kepada pelajar adalah jgn malu bertanya... pertanyaan itu adalah penawar kepada kejahilan... saya tak pernah marah apabila ada pelajar yg bertanya cuma saya tak suka saja2 tanya yg bukan2.... mmg nk marah... tp dalam hati...
Harapan saya semoga para pelajar saya dapat mengulangkaji pelajaran... dan jgn anggap b.arab ni hanya untuk peperiksaan sahaja... praktiskan ianya dlm kehidupan seharian.. di dalam bacaan al-Quran, ibadat solat dan sebagainya, doa dan lain2 lagi...
Mudah2an dapat menjawab soalan peperiksaan dgn tenang dan dipermudahkan.. seterusnya mendapat kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat.. insyaAllah...

Percubaan Mencuri Jasad Rasulullah

0 comments

Entri ini diambil dari Darul Nu'man....


Ya Allah sentiasa sahaja Yahudi dan kafir laknatullah ini tidak henti2 untuk menganiaya Rasulullah kekasihMU... namun, janjiMu pasti benar... tiada siapa pun boleh menganiayainya keran baginda selalu dibawah pemeliharaanMU...


Ya Rasulullah solawat ke atasmu...


Di masa peperangan antara orang Islam dengan orang-orang kafir Kristian yang dikenali dengan perang Salib dan telah berlangsung sekian lama. Kemenangan dan kekalahan silih berganti pada kedua belah pihak. Umat Islam berjuang dengan habis-habisan menentang musuhnya. Segala kekuatan dikerahkannya. Kerana pada waktu itulah kesempatan yang paling baik untuk memperolehi syahid di medan perang sebagaimana yang diperolehi para sahabat Rasulullah dalam perjuangan menentang orang kafir yang cuba melenyapkan Islam.



Raja-raja dari semua kerajaan Islam memberikan sokongan padu kepada setiap panglima perang yang tampil memimpin para pahlawan Islam menentang kaum kafir Kristian yang datang dari Eropah. Salah seorang raja yang banyak jasanya dalam perang Salib ini adalah Sultan Nuruddin Zangki (Zenggi), keturunan bangsa Kurdi dan berkedudukan di Mosul. Baginda yang diputerakan tahun 1118 Masihi dan wafat 1174 Masihi, adalah seorang raja yang terkenal taqwa, wara’ dan adil. Kerana keadilannya pula hingga digelari Malikul Adil (Raja yang adil).


Pada waktu malam baginda bangun untuk solat tahajjud dan berdoa agar rakyatnya hidup bahagia dalam keredhaan Allah dan terselamat di akhirat nanti. Pada sebelah siang beliau banyak berpuasa dan selepas solat, wiridnya sentiasa panjang. Seluruh kekuatan yang dimilikinya adalah untuk menentang serangan tentera Salib agar tidak dapat menjajah negara Islam. Beliaulah yang membentangkan jalan kepada Shalahuddin Al-Ayyubi, panglima perang Salib di pihak Islam yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin dari cengkaman kaum Salib.


Baginda sentiasa tenang dan gembira melayan semua rakyat dan menteri-menterinya, sekalipun negara dalam keadaan darurat perang, kerana beliau sudah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW pada suatu malam. Dalam mimpi itu Sultan Nuruddin melihat Rasulullah dalam keadaan gembira, menandakan perjuangan kaum Muslimin yang dipimpinnya dalam berjihad akan berhasil.


Selanjutnya, suatu hari Malikul Adil kelihatan tidak seperti biasanya, kali ini baginda nampak sangat risau, seolah-olah ada yang tidak kena pada dirinya. Menteri-menterinya menyedari hal ini, namun mereka tidak berani bertanya. Kerisauan dan kegelisahan tersebut berpunca daripada mimpinya beberapa malam yang lalu. Mimpi itu sangat mengerikan dan sukar ditafsirkan. Dalam mimpi itu, baginda memakai baju yang cantik gemerlapan dan berada di hadapan Rasulullah. Rasulullah memegang tangan Nuruddin dan menunjuk kepada dua orang lelaki yang berada di hadapannya dan bersabda: “Kenalilah aku. Bebaskan aku dari dua orang itu!” Nuruddin terbangun, namun wajah Rasulullah dan dua orang lelaki itu kelihatan jelas di hadapannya seperti bukan mimpi. Wajah kedua lelaki itu kelihatan kemerah-merahan.


Tidak seorang pun yang diberitahu tentang mimpi itu, dan beliau yakin bahawa yang datang itu benar-benar Rasulullah SAW. Kerana beliau sendiri telah bersabda: “Siapa yang melihat aku dalam mimpi, samalah ertinya dengan melihat aku di waktu bangun, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai aku.”


Keyakinan Raja Nuruddin akan kesahihan mimpinya itu dikuatkan lagi oleh mimpinya yang dahulu sehubungan dengan peperangan. “Ketika itu Rasulullah kelihatan sangat gembira sekali. Tapi mengapa kali ini baginda kelihatan amat sedih? Dan siapakah gerangan dua lelaki yang ditunjuk oleh Rasulullah itu?” Nuruddin tidak habis-habis merenung dan berfikir: “Ah, ini tentu ada yang tidak mengena pada keperibadian Baginda yang mulia atau akan ada sesuatu yang mengancam maruah umat Islam,” kata Nuruddin dalam hatinya.


Dekat seminggu lamanya Raja adil itu memikirkan dengan risau. Tiba-tiba mimpi itu berulang lagi, peristiwa seperti mimpi yang pertama dan Rasulullah memanggil-manggil Nuruddin lagi: “Kenalilah aku dan bebaskan aku dari dua orang itu!” Baginda terkejut dan bangun kemudian langsung berwudhu’, terus bersolat tahajjud dan berzikir sebanyak-banyaknya di malam sunyi itu. Kerana terlalu lama berzikir, baginda tertidur dalam duduk dan wajah Rasulullah menjelma lagi. Dalam masa yang tidak seberapa lama, sudah tiga kali beliau berjumpa Rasulullah dalam keadaan muram. “Perkara ini benar-benar serius agaknya dan tidak boleh ku simpan seorang sahaja,” kata Nuruddin pada dirinya sendiri.


Apabila baginda tergerak hatinya untuk memanggil orang kepercayaannya, baginda teringat akan sabda Rasulullah: “Bahawa apabila seseorang bermimpi buruk, hendaklah jangan diceritakan kepada sesiapa pun. Insya Allah tidak akan terjadi apa-apa.” Nuruddin berfikir sekejap. Sanggupkah dia menyimpan mimpi itu seorang diri? Tidak, mimpi itu sudah tiga kali datang, dan yang datang adalah manusia termulia.


Selepas solat Subuh di pagi hari Raja Nuruddin memanggil seorang menteri kepercayaannya, Jamaluddin Al-Mushly. Lelaki itu sangat wara’, taqwa dan amanah seperti Rajanya juga. Oleh kerana itu, dialah satu-satunya orang yang dipanggil oleh Nuruddin sehubungan dengan mimpinya. Kerana Nuruddin yakin, bahawa walau bagaimanapun Jamaluddin tidak akan membocorkan rahsia negara dan raja. Hari masih terlalu pagi, suasana masih gelap, di sana sini kedengaran kokok ayam silih berganti dan waktu kerja pun masih lama lagi akan bermula. Namun menteri Jamaluddin Al-Mushly sudah berangkat ke istana negara kerana menjunjung titah baginda.


“Engkau adalah orang yang paling ku percaya untuk menyimpan rahsia negara selama ini. Oleh kerana itu aku tidak merasa ragu lagi menceritakan mimpiku padamu,” kata Raja kepada Jamaluddin dan menceritakan mimpi yang dialaminya. Jamaluddin mendengarkan dengan serius. Ia sendiri turut merasa gerun mendengarkan cerita Rajanya. Kemudian Jamaluddin berkata: “Ini memang betul-betul mimpi yang benar wahai tuanku, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai Rasulullah.” “Betul itu. Aku pun ingat demikian,” kata Nuruddin menyokong pendapat Jamaluddin. Nuruddin bertanya: “Jadi, agak-agak apakah pendapatmu tentang mimpiku itu.” Jamaluddin menjawab: “Menurut pendapat hamba, ada rancangan jahat dari orang tertentu yang ditujukan kepada Rasulullah, dan Rasulullah tidak menyenanginya. Tuanku diberi tugas untuk menggagalkan rancangan jahat tersebut.”


Nuruddin seolah-olah dikeluarkan dari kebuntuannya setelah mendengar tafsiran daripada Jamaluddin. Baginda percaya bahawa pendapat menterinya itu benar belaka. Berkata Nuruddin: “Pendapatmu betul, sekarang ke mana dan bagaimana kita mesti mencari dua lelaki yang ditunjuk oleh Rasulullah itu?” Jamaluddin mengajukan usul: “Bagaimana kalau sekiranya baginda raja yang pergi ke Madinah Al-Munawwarah terlebih dahulu. Di sanalah tuanku dapat berdoa di makam Rasulullah yang mulia, memohon petunjuk kepada Allah di sisi kubur kekasihNya. Mudah-mudahan, di sana tersingkap rahsia mimpi paduka itu.”


Semua persediaan dan perbekalan segera dipersiapkan. Maka pada hari yang telah ditetapkan, beribu-ribu rakyat ibu kota berpusu-pusu di hadapan istana negara untuk mengucapkan selamat jalan kepada Raja yang mereka hormati. Berangkatlah Raja yang adil bersama beberapa pegawai tinggi negara menuju Madinah.


Di setiap kampung yang dilaluinya, baginda disambut mesra oleh rakyatnya. Baginda merasa puas dapat berjumpa dengan berbagai rakyatnya. Rakyat pun berasa gembira melihat Raja yang berjiwa rakyat dan tidak putus-putusnya tersenyum kepada semua rakyat. Namun, di sebalik senyuman raja yang dilepaskan kepada rakyatnya, ada perasaan risau dan ngeri yang menghantui baginda secara berterusan. Yakni wajah kedua lelaki yang dilihat dalam mimpinya selalu membayangi kemana sahaja baginda pergi. Tidak sesaat pun wajah itu hilang dari pandangan baginda. Baginda juga dapat menggambarkan dengan jelas tentang perwatakan kedua lelaki itu baik dari bentuk wajahnya, matanya, susunan giginya, mulutnya, janggutnya bahkan kesemua seluruh tubuh kedua mereka itu. Kalau, kedua lelaki itu melintas di hadapan baginda maka sudah pasti, baginda akan menangkapnya. Disebabkan baginda sentiasa asyik memikirkan tentang kedua lelaki itu, kadang-kadang baginda terpisah dari rombongannya. Baginda tidak putus asa untuk mencari kedua lelaki itu, baginda pergi secara persendirian mengembara antara bukit-bukit.


Para pengawal tidak berani menegur apa-apa sebaliknya mereka hanya memerhatikan Raja mereka dari jauh. Hanya menteri Jamaluddin sahaja yang sesekali mengingatkannya apabila beliau terpisah jauh dari rombongan. Setelah beberapa hari perjalanan, rombongan baginda sampai di sempadan Madinah. Jamaluddin memberitahu baginda: “Tuanku, sekejap lagi kita akan memasuki ke kota Rasulullah SAW, oleh itu bersiap sedialah tuanku.” Berkata Raja: “Apakah cara yang harus aku lakukan untuk memasuki kota yang mulia itu?” Berkata Jamaluddin: “Pertama hendaklah tuanku mandi dan bersuci, kemudian masuklah ke masjid Quba’ dan bersolat tahiyyatul masjid, ini adalah untuk menghormati masjid yang dibina dengan tangan Rasulullah SAW sendiri.” Kemudian Raja dan rombongannya mengikut arahan Jamaluddin, setelah selesai mengerjakan solat di masjid Quba’, rombongan diraja menuju ke taman Raudhah. Di taman yang mulia inilah jenazah yang teramat mulia Rasulullah SAW bersemadi.


Perasaan mereka yang berada di hadapan tempat jenazah baginda Rasulullah SAW disemadikan adalah amat berlainan sekali, mereka berasa seolah-olah berada di satu alam yang lain. Lalu Raja mengangkat tangannya tinggi-tinggi dan memohon kepada Allah SWT supaya rahsia di sebalik mimpinya itu di perlihatkan kepadanya sebelum kedua manusia jahat melaksanakan niat jahat mereka. Degupan hati Raja yang begitu khusyuk dalam doanya menyebabkan air mata mengalir tanpa disedarinya. Memang di sinilah salah satu tempat diperkenankan doa. Wajah Rasulullah SAW semakin jelas di mata Raja seolah-olah Rasulullah SAW menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Raja. Baginda terdengar suara dekat telinganya yang berbunyi:


“Kenalilah aku, dan bebaskanlah aku dari kedua lelaki ini.”

Setelah baginda raja berdoa dengan penuh khusyuk di taman Raudhah, kemudian datang petunjuk dari Allah seolah-olah beliau dapat menyingkap tafsir mimpinya itu di kota mulia tempat bersemayamnya Rasulullah SAW. Oleh kerana Raja Nuruddin ingin segera mengetahui makna mimpinya yang menakutkan itu, lalu beliau memanggil gabenor Madinah dengan berkata: “Saya mahu kamu kumpulkan kesemua penduduk Madinah tanpa ada sesiapa pun yang dikecualikan, saya ingin bersalaman dengan mereka.” Berkata gabenor Madinah: “Baik tuanku, segala titah raja akan dijalankan.” Gabenor Madinah pun segera menyampaikan pesanan raja kepada penduduk Madinah dan penduduk yang berhampiran dengan kota Madinah.


Berkata gabenor Madinah kepada penduduk kota Madinah dan sekitarnya: “Atas perintah Raja Nuruddin, semua rakyat Madinah dan kawasan yang berhampiran denganya, sama ada lelaki atau wanita, tua atau muda dari berbagai jenis agama dikehendaki hadir di dewan orang ramai, kerana baginda Raja Nuruddin hendak bertemu dengan semua penduduk di sini.” Setelah berita disebarkan maka orang ramai bersama seisi keluarga segera pergi ke dewan orang ramai dengan perasaan gembira, tidak seorang pun yang tertinggal. Mereka yang tua dan uzur diusung sehingga banyak sekali usungan yang kelihatan dalam perjalanan menuju ke dewan orang ramai. Apabila seluruh penduduk kota Madinah telah berkumpul, gabenor Madinah pun melapurkan kepada Raja: “Tuanku, semua rakyat telah berkumpul dan mereka sedang menunggu kehadiran tuanku.” Berkata Raja Nuruddin: “Apakah kamu yakin bahawa semua rakyat telah datang untuk bersalaman dengan saya?” Berkata gabenor Madinah. “Insya Allah.” Setelah Raja mendengar penjelasan dari gabenor, Madinah, maka Raja pun segera pergi ke tempat orang ramai yang sedang menunggunya. Wajah kedua lelaki yang datang dalam mimpinya semakin mencabar di hadapannya.


Setelah baginda Raja sampai di tempat dewan orang ramai, maka baginda pun memandang kepada rakyat sebagai penghormatan. Mata Raja Nuruddin sentiasa mencari-cari wajah yang menjadi buruannya, tetapi tidak juga kelihatan. Raja Nuruddin semakin risau, beliau duduk sekejap dan berbincang dengan pegawai-pegawai dari Madinah. Berkata Raja, Nuruddin: “Apakah masih ada rakyat yang melepaskan peluang untuk bertemu dengan saya? Cuba siasat sekali lagi.” Kemudian para pegawai dari kota Madinah berbincang sesama mereka, mereka cuba mengingati wajah-wajah yang tidak hadir. Tiba-tiba seorang pegawai berkata dengan serius dan bersemangat: “Betul tuanku, hamba ingat masih ada dua orang kenamaan di Madinah yang tidak hadir di sini, mungkin kedua mereka tidak mendengar berita tentang ketibaan baginda tuanku ke sini.”


Raja Nuruddin berkata: “Di mana mereka berada, dan siapakah mereka itu?” Denyutan jantung Raja Nuruddin semakin cepat, tetapi beliau menahan perasaannya. Orang yang mengenali kedua lelaki itu berkata: “Mereka berdua adalah ahli tasawwuf dan ahli hikmah, sangat wara’ dan sangat banyak ibadahnya, sesiapa sahaja yang pergi kepada mereka akan menerima fatwa-fatwa yang menyejukkan dan menerima sedekah. Dan kedua mereka juga adalah dermawan dan telah banyak sekali membantu fakir miskin.” Raja Nuruddin sangat tertarik dengan huraian pegawainya dan beliau berkata: “Saya ingin sangat untuk bertemu dengan kedua mereka, jemputlah mereka sekarang juga.”


Tidak berapa lama kemudian kedua mereka itu pun datang ke dewan orang ramai setelah diundang. Kedua mereka berjalan dengan tunduk dan tawadhu’, sementara mulut mereka tidak berhenti-henti berzikir kepada Allah SWT. Apabila kedua mereka berdiri di hadapan Raja Nuruddin, Raja Nuruddin terperanjat kerana kedua mereka itulah yang muncul dalam mimpinya. Dalam hati Raja Nuruddin berkata: “Demi Allah orang inilah yang datang dalam mimpiku.” Walaupun kedua mereka itu berada di hadapan beliau, beliau belum pasti sama ada beliau bermimpi atau tidak, lalu beliau menggosok kedua biji mata beliau dan dibukanya mata beliau terang-terang. Ternyata kali ini beliau tidak mimpi, beliau kini berada betul-betul di hadapan orang yang menjadi buruan beliau. Raja Nuruddin memandang mereka dari semua segi, dari segi bentuk muka mereka, susunan gigi, mata dan lain-lain. Akhirnya beliau meyakini dengan seratus peratus bahawa memang sah kedua lelaki itulah yang muncul dalam mimpinya. Kalau ikutkan hati Raja Nuruddin hendak ditanya sahaja: “Siapakah kamu berdua ini.” Raja Nuruddin bertambah hairan melihat kedua mereka, ini adalah kerana kedua mereka itu begitu khusyuk dan tawadhu’, gerak-geri mereka tidak sedikit pun mencurigakan.


Segi rambut pula ikut sunnah, serban pula ikut cara Rasulullah. Sewaktu bersalaman menunjukkan adab seorang alim dan ahli tasawwuf, tutur katanya pula penuh hikmah dan selalu berasaskan Al-Quran dan Al-Hadith. “Tetapi mengapa Rasulullah minta dibebaskan dari dua orang itu? Apakah dosa yang telah diperbuat oeh keduanya? Begitulah pertanyaan yang keluar dari hati Raja Nuruddin. Beliau hairan dan tidak tahu apa yang hendak dibuat, namun demikian tidak seorang pun yang dapat membaca perasaan Raja Nuruddin. Raja Nuruddin serba salah kerana orang ramai mengenali kedua mereka sebagai orang yang alim dan menunjukkan sikap yang penuh tasawwuf, baginda Raja juga menghormati kealiman dan ketasawwufan mereka. Oleh kerana Raja Nuruddin tidak dapat membuat apa-apa keputusan maka majlis pada hari itu bersurai setelah baginda Raja bersalam dengan semua rakyatnya seperti yang dijanjikan. Setelah majlis perhimpunan yang pertama selesai, orang ramai pun bersurai dan mereka merasa puas hati kerana dapat bersalam dengan Raja mereka. Gebenor Madinah merasa sangat gembira kerana majlis itu mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Satu-satunya orang yang tidak puas hati ialah Raja Nuruddin, kerana teka-teki yang menghantuinya belum terjawab.


Selepas menunaikan solat Raja Nuruddin beristighfar dan berzikir banyak-banyak, kemudian beliau berdoa dengan doa yang amat panjang, dalam doa tersebut beliau meminta petunjuk yang lebih jelas dari Allah SWT. Ketika Raja Nuruddin duduk bersendirian, lalu datang menterinya Jamaluddin dengan berkata: “Wahai tuanku, sudahkah tuanku jumpa dengan dua lelaki yang tuanku cari itu?” Berkata raja Nuruddin: “Ya, sudah.” Jamaluddin bertanya: “Yang mana satu tuanku?” Berkata Raja Nuruddin: “Jemputan yang terakhir sekali, saya pasti itulah orang yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW dalam mimpiku.” Jamaluddin diam sambil mengangguk-anggukkan kepalanya, pertanda dia sedang memikirkan sesuatu. Berkata Raja Nuruddin: “Tapi yang peliknya saya tidak dapat sesuatu yang mencurigakan pada diri mereka itu, keadaan keduanya memang seperti yang diceritakan oleh orang. Akhlaknya, gerak-gerinya dan tutur katanya semuanya menggambarkan keperibadian Rasulullah SAW. Inilah yang membuat saya rasa pelik sangat, entah dosa apa yang telah mereka lakukan?”


Setelah Jamaluddin mendengar kata-kata Rajanya maka dia pun berkata: “Tuanku, ketahuilah bahawa seseorang yang pada zahirnya menunjukkan baik, segalanya mengikut cara Rasulullah SAW belum tentu hatinya baik. Boleh jadi ia hanya berpura-pura supaya orang ramai tidak mencurigainya, padahal dia adalah musuh yang jahat.”


Berkata Raja Nuruddin: “Betul katamu itu, kerana memang ramai orang-orang kafir berpura-

pura Islam, sedangkan tujuannya untuk menghancurkan Islam dari dalam. Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang ucapannya tentang kehidupan dunia, sangat menarik perhatianmu, dan di persaksikannya Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia sebenarnya adalah musuh yang jahat.”


Raja Nuruddin memang tahu tentang tipu helah orang-orang kafir yang sentiasa hendak merosakkan Islam dengan berbagai cara. Berkata Raja Nuruddin lagi: “Apakah yang harus kita lakukan?” Berkata Jamaluddin: “Tuanku mestilah mengadakan perisikan ke rumah orang itu secara sulit.” Raja Nuruddin dan menterinya Jamaluddin mengadakan perbincangan secara rahsia tentang cara yang terbaik untuk mendapatkan maklumat tentang pergerakan kedua lelaki yang disyaki. Setelah sekian lama mereka berbincang akhirnya mereka mendapat satu cadangan yang baik, yakni orang ramai dijemput untuk menghadiri rumah terbuka atas arahan Raja Nuruddin.


Kedua orang yang disyaki juga diundang sebagai tetamu kehormat. Rahsia ini tetap menjadi rahsia antara Raja dengan menterinya. Gabenor Madinah diberikan tugas untuk menjayakan majlis tersebut. Setelah saat yang dinantikan telah tiba, maka ramailah orang yang datang menghadiri majlis tersebut. Kedua lelaki yang disyaki juga awal-awal lagi telah berangkat menuju ke majlis diraja. Apabila Raja Nuruddin dan Jamaluddin melihat kedua lelaki alim itu telah keluar dari rumah mereka, kemudian Raja Nuruddin, Jamaluddin dan beberapa pengawal pergi ke rumah orang alim itu. Kesemua bahagian dalam rumah itu di periksa oleh Raja Nuruddin, malangnya tidak satu pun benda yang mencurigakan. Sebaliknya dalam rumah tersebut terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang digantung dan juga hadith nabi. Dalam almari orang alim itu dipenuhi dengan kitab-kitab agama feqah dan juga tasawwuf, keadaan rumah itu menggambarkan seolah-olah pewaris Nabi SAW. Hati kecil Raja Nuruddin masih bertanya: “Apalagi yang harus aku syaki? Kenapa Baginda Rasulullah SAW minta pertolongan dariku supaya dibebaskan dari kedua lelaki ini?”


Setelah merasa puas dengan selidikan di rumah tersebut Raja Nuruddin mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut, tetapi apabila baginda Raja hendak melangkah keluar dari rumah tersebut, datang ilham yang membuat beliau teringin benar untuk melihat sebuah permaidani yang sangat indah terbentang di sudut rumah. Raja Nuruddin merasa sangat kagum dengan keindahan dan kehalusan permaidani yang di anggap cukup mahal itu.


Raja Nuruddin tidak puas dengan melihat sahaja kecantikan permaidani tersebut, tetapi beliau membelek-belek permaidani tersebut. Sewaktu membelek permaidani itu Raja Nuruddin terlihat di bawah permaidani itu terdapat papan dan beliau berkata: “Eh, ada papan.” Raja Nuruddin mulai curiga tentang papan itu, lalu baginda mengangkat papan itu perlahan-lahan, ternyata di bawah papan itu mempunyai sebuah terowong yang mempunyai tangga. Raja Nuruddin meneliti arah perginya terowong tersebut, akhinya beliau terkejut dan berkata: “Maasya Allah, terowong ini menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.” Kemudian Raja Nuruddin mengeluarkan arahan: “Tangkap kedua orang itu.” Dengan terbongkarnya rahsia itu maka yakinlah Raja Nuruddin akan makna mimpinya itu, kedua lelaki yang menyamar sebagai alim itu adalah musuh yang hendak mencuri jasad Rasulullah SAW. Dengan terbongkarnya rahsia kedua orang itu, maka orang ramai pun datang untuk menyaksikan peristiwa di rumah orang alim itu.
Beberapa orang telah turun ke dalam terowong yang sangat jauh itu dan akhirnya mereka mendapati bahawa terowong yang digali oleh kedua orang itu sudah hampir benar dekat pada jasad Rasulullah SAW. Setelah mendapat kepastian dari orang yang masuk ke dalam terowong itu, orang ramai tidak tahan sabar lagi. Lalu kedua-dua mereka dipukul dengan teruk sekali, kemudian kedua mereka dibawa ke pengadilan. Dalam mahkamah keduanya berterus terang dengan berkata bahawa kedua-dua mereka telah tinggal di Madinah lebih dari setahun sebagai agen Yahudi. Orang-orang Yahudi memberi perbelanjaan yang cukup banyak pada keduanya untuk tujuan mencuri jasad Rasulullah dari kuburnya, tujuannya ialah apabila jasad Rasulullah berada di tangan Yahudi mereka dengan mudah dapat merendahkan martabat Kekasih Allah dan seterusnya menghina umat Islam. Umat Islam di Madinah rasa tertipu oleh kedua orang

Yahudi itu, akhirnya kedua orang Yahudi itu dijatuhi hukuman mati.


Raja Nuruddin sujud syukur kepada Allah SWT kerana tugas yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepadanya telah berjaya diselesaikan dengan berkat hidayah dan pertolongan-Nya. Untuk mengelakkan supaya kejadian seperti itu tidak berulang lagi, Raja Nuruddin memerintahkan supaya ke empat penjuru sekeliling kubur Rasulullah dipagar dengan kongkrit sampai ke bawah tanah. Sebelum Raja Nuruddin berlepas dari Madinah sekali lagi beliau bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW, kali ini Rasulullah merangkul dan memeluk leher beliau. Apabila telah tiba masanya Raja Nuruddin hendak meninggalkan kota Madinah, beliau memberi taklimat terakhir kepada penduduk Madinah akan kejahatan dan dendam orang Yahudi terhadap Islam, dendam orang Yahudi terhadap Islam akan berterusan. Raja Nuruddin pun kembali ke Mosul dengan diiringi doa dan air mata oleh sekalian rakyat yang mencintainya.

Allahu a’lam..

Friday, May 29, 2009

Bila Pengasuh cuti

2 comments

Salam....

Hari ni buat pertama kalinya... sejak 2 tahun pengasuh (ibu) jaga Ammar... ibu minta cuti kerana kenduri kahwin anak adiknya...yg bakal berlangsung esok (sabtu)... jadi ummi atau abi terpaksa la ambil cuti jaga ammar...



Setelah bermunaqashah dgn abi.. akhirnya kata sepakat pun dibuat... ummi la kena jaga ammar hr ni coz abi nak solat jumaat... yg kelakarnya pagi tadi sempat lagi tanya ammar... ammar nak ikut ummi ke abi... abi jawab ammar... tanya lagi sekali.. nak ikut abi ke ummi... ummi katanya... ammar ni mmg suka sebut perkataan yg terakhir... so, tanya sekali lagi... abi ke ummi.. akhirnya ammar jawab... ibu... tergamam kami... hehehe... padan muka kami.. banyak tanya lagi... hmm.. Ummi ni dah la ada kelas jam 8 pagi kat kolej... tp ummi ada janji dgn student sem 1 minta tolong diorang jaga ammar 2 jam sepanjang ummi masuk kelas...



ummi sampai kat kolej jam 8 pagi.. tapi, ammar tidur.. so ummi pun angkat je la ammar nak hantar ke asrama perempuan.. sampai2 je asrama terus panggil maryam... alahai ammar dah bangun la pulak... dia tak nak duduk dgn maryam la.. puas juga budak2 lain pujuk dia.. tp tak nak.. ummi takut lambat.. angkat je la... bawa masuk office.. Alhamdulillah ada cik Iffah.. hmm.. kena minta tolong cik Iffah dan makcik2 yg ada kat office utk jaga ammar... ummi tengok jam dah kul 8.30... tak boleh jadi ni.. maka, terpaksalah ummi tinggalkan ammar sekejap..


masuk je kelas.. minta maaf kat student coz lambat... diorg yg tdnya nampak ummi dukung ammar pun tanya.. mana ammar??? kami tak kisah je klu ammar ada... yelah tu.. tak mengajar le ustazah nanti.. kamu semua pun tak belajar dibuatnya... melayan ammar sorang...


Sepanjang kelas tu.. sambil mengajar ummi teringatkan ammar.. camnalah ammar kat bawah yer... ummi teruskan juga kelas.. ini amanah yg perlu ummi tunaikan... lepas habis kelas.. ummi gi ofis nak tengok camna keadaan anak ummi ni kena tinggal... huhuhu... bila masuk je ofis ammar terus kejar ummi... lagaknya macam dah lama tak jumpa...


Bila masuk je ofis kak zawati bgtahu ammar td larikan transkrip student dr bilik kak sal.. Allahu Akbar.. apa yang anak ummi ni dah buat.. tak boleh jadi ni.. pastu kak zawati bgtahu lagi.. ammar nampak nazmi.. dia panggil ummi.. ummi.. bila nazmi menoleh baru ammar perasan dia dah tersilap.. malu nya.. hihihi... sebenarnya dah banyak kali ammar tersilap gitu... hr tu pun dia dah tersilap panggil ummi ke nazmi tu.. org2 ofis pun pernah 2-3 kali tersilap ingatkan nazmi tu ummi.. hehehe... sebenarnya yg sama may be coz tudung labuh... dah tu.. ummi pun suapkan ammar makan nasi lemak yg dibeli kat bukit mahkota tadi...banyaknya ammar makan.. lapar betul dia yer...


Pastu.. ummi pun bawalah ammar ke bilik ummi.. nasib baik ummi duk bilik sorg2.. tak de share dgn sesiapa.. so tak de masalah lah kalau bawa ammar ni... ummi pulak banyak kerja nak buat.. sudahnya tak leh nak buat kerja... jam 11 ada usrah.. alahai tak dapatlah nak masuk usrah camni... malu pulak nak bawa.. ada dato' n CEO dlm usrah tu.. nnt terkejut plak.. ini ofis ke nursery.. hehehe..


ummi biarkan ammar main dgn bukunya... lama lepas tu nak main kereta pulak... ummi pun buatlah kerja.. tetiba ummi rasa sunyinya bilik ni... rupa2nya anak ummi dah tidur.. ciannya.. mesti dia letih...beginilah keadaannya...

mengantuk sungguh yer...

tidur dengan kereta ferrarinya...


Akhirnya, bila cik ijah datang bilik hantarkan bihun sup, ammar pun bangun.. usrah dah habis... hr ni penyampai usrah us.mujahid membawa tajuk al-wahhab (asma' alhusna)... ruginya ummi tak dapat dengar kupasan yg disampaikan oleh penceramah.. tak pelah.. ummi jaga ammar je ye.. sebenarnya hari ni kalau tak de kelas.. boleh je ambil cuti... tp ada kelas.. tak boleh nak ngelak ler...






ammar makan bihun sup dgn gembira sekali.. mmg ammar suka sup2 ni.. lepas makan.. ummi mandikan ammar.. sukanya dia...
sambung main lagi.. lepas mandi...




Petang ni ummi tak dapat masuk kelas... sem ni ummi ambil subjek dgn cik ijah... subjek "undang2 Islam di Malaysia"... sorry ye cik ijah.. ada permata hati ummi ni... tak dpt masuk kelas... jgn bar yer...
bila ammar dah buat camni... hmm.. dah tahulah dia dah boring... jom balik sayang...
hari isnin ni sekali lagi.... bawa ammar ke office


Seronoknya hati ammar yer hari ni... dapat main2 kat ofis ummi... klu gi ofis besar... mmg dia tak leh duk diam lah.. coz ramai sgt peminatnya.. nk cubit pipi lah... kejar2lah... siap main lumba kereta dgn ammu (ustaz nasir) lagi.. macam2 anak ummi ni yer.. sayang ummi kat ammar...

Mukadimah : Mengapa anak kita berbeza??

0 comments

Artikel ini saya terima dari email.. sangat gembira jika dapat berkongsi dengan sahabat2 yg lain...


Assalamualaikum w.b.t.

Pertama sekali, betulkan niat anda sebelum membaca artikel ini. Niatkan untuk memperbaiki diri dalam usaha untuk berkomunikasi dengan anak/murid dengan lebih cemerlang, lebih berkesan dan lebih berhikmah.Jadi, Insyaallah kita akan bincangkan:

13 Petua Berkomunikasi Dengan Anak-Anak.


Kenapa perlu berkomunikasi dengan baik?

Kerana kita ingin melahirkan generasi yang hebat, cemerlang dan lebih baik dari generasi kita, para ibu bapa dan guru sekalian. Jika komunikasi kita dengan anak-anak kita lemah, maka sukarlah bagi kita mendidik mereka sesuai dengan apa yang kita harapkan.


Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian,

Sebelum kita nak belajar belajar berkomunikasi dengan anak, kita perlu memiliki gambaran bagiamana kita nak mendidik anak-anak. Sebabnya, kita perlu kenal peribadi anak-anak ini. Mengapa? Kerana setiap anak berbeza. Setiap anak adalah unik. Kita dapati,tidak ada satu kembar pun yang sama peribadinya apatah lagi anak-anak kita yang sudah pasti berbeza peribadinya. Abang Long perangai macam ini, Kak Ngahnya begini, Dik bongsunya macam ini dan pelbagai lagi peribadi yang boleh kita lihat sendiri di pejabat kita, di sekolah dan di mana sahaja di muka bumi ini.Oleh itu,kita perlu yakin dan percaya, setiap anak dilahirkan dengan cemerlang. Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, suci bersih dan terpulanglah bagaimana kita selaku ibu bapa untuk mencoraknya. Setiap anak kita adalah unik, masing-masing memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing.Oleh itu, mari kita fikir positif.


Fikir POSITIF bahawa anak-anak kita memang dilahirkan untuk CEMERLANG!


Jadi kita kembali kepada persoalan tajuk di atas, Mengapa anak kita berbeza?


Yalah, namakan berbeza. Ada nama Ahmad, ada nama Hanif, ada nama Nabil dan berbagai lagi nama-nama yang baik2 yang telah tuan-tuan dan puan-puan sendiri yang tentukan. Ketahuilah bahawa, nama ini akan memberikan kesan pada personaliti anak-anak.


Lahir pada waktu yang berbeza-beza. Ada yang lahir pada waktu malam, ada waktu siang. Ada yang lahir pada awal bulan, ada yang lahir akhir bulan. Takkanlah Allah menentukan sesuatu tanpa sebab. Mesti ada sebab.Mungkin kesan sampingan berbeza waktu kelahiran ini, turut membezakan peribadi anak-anak kita.


Berlainan jantina, anak lelaki perangai macam ini, anak perempuan perangai macam ini.Urutan dalam keluarga. Anak sulung tak sama dengan kak Ngah. Yang Bongsu takkan sama dengan Kak Lang dan begitulah seterusnya.Ibu yang mengandung mempunyai emosi yang berbeza-beza.


Ikut kajian personaliti anak-anak akan terkesan dengan keadaan emosi ibu yang mengandung. Ciri ini pula bergantung, sejauh mana kita baca Al-Quran, sejauh mana kita ikut syariat Allah, sejauh mana akhlak kita juga turut menyumbang dalam perbezaan peribadi anak-anak.Jadi melalui beberapa ciri di atas, sebenarnya memberi kesan bagaimana kita berkomunikasi dengan anak-anak.Oleh itu,ketahuilah bahawa anak kita semuanya berbeza-beza, maka kaedah berkomunikasi dengan mereka juga perlulah berbeza juga.


Bagaimana mereka menerima dan mentafsirkan mesej dan maklumat yang kita sampaikan kepada mereka juga perlulah berbeza. Ada yang cepat faham, ada yang lambat faham, ada yang perlu dijelaskan dengan detail dan lain-lain.Maka tanamkan dalam kepala tuan-tuan dan puan-puan, SETIAP ANAK ADALAH BERBEZA, MAKA LAYANAN DAN CARA BERKOMUNIKASI JUGA PERLULAH BERBEZA.


Akhir kata, ibu bapa wajar,harus, wajib untuk FIKIR POSITIF terhadap anak-anak.Wallahu a'lam.


p/s: Ketahuilah bahawa tulisan ini tertuju juga kepada guru yang pening kepala berfikir mengapa ada group pelajar rajin, ada yang nakal dan lain-lain..Jadi perlulah layanan kepada setiap group dan cara mendidik mereka perlulah berbeza juga. Moga bermanfaat.. Nantikan sambungannya minggu hadapan dengan Petua 1 Mendidik Anak: Jangan Perkecilkan Kebolehan Anak Anda.

Jangan Makan CRISPY

2 comments
SNEK JENAMA CRISPY KELUARAN SYARIKAT NETWORK FOODS INDUSTRIES SDN BHD DIDAPATI MENGANDUNGI EMULSIFIER (E476) IAITU KOD UNTUK LEMAK BABI...

YANG JELASNYA HARAM DIMAKAN OLEH UMAT ISLAM...SILA LIHAT ATTACHMENT UNTUK RUJUKAN ANDA...KALAU TAK BERAPA CLEAR.. BOLEH BELI SENDIRI DAN TGK DIA PUNYA INGREDIENTS KT PLASTIK TU... ADA (E476)

Dulu masa kecik2 suka gak makan crispy ni... pastu bila masuk uia nak boikot cadbury punya pasal makan le crispy.. oo tak perasan laa pulak ingredients dia... tu la dia kadang2 nak mengelak yg ni terkena yg lain plak.. jadi.. pilihlah produk yg halal.. tak cukup dgn tanda halal saja.. lihat juga ingredient nya.. ingat tu...
Teringat pula kisah Imam Shafie r.a.. ketika minum susu kambing yg diberi oleh seorng sahabat.. disebabkan terlalu haus, beliau tidak sempat bertanya dari mana susu tersebut.. apabila sudah diminum baru beliau bertanya.. apabila diketahuinya sumbernya yang tidak pasti dan syubhah maka diluahkan dan dimuntahkan semula susu tersebut... begitulah peribadi ulama'.. tidak akan menyentuh yg syubhah... berbeza dgn kita sekarang ni... kekadang tu dah tahu perkara tu syubhah tp masih lagi nk menghalalkannya... yg penting ada standard dan kelasssss... jauhilah perkara syubhah.. kerana ditakuti akan jatuh kpd yg haram... jgn pula menghalalkan yg haram... ketika itu bertukarlah ianya menjadi halam.... istilah org muda zaman sekarang...

Kaabah Enggan Bergerak

0 comments

Rasa nak menangis bila membaca. Rindu rasanya nak pergi ke Tanah Suci. Semoga Allah murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf di Kaabah.
Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf.

Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang.


Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga.

Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak.

Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir..Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku....
Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....

Betapa nikmat dan beruntung nya.... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan Haji dan Umrah....

Thursday, May 28, 2009

Nilai Perubatan Tradisional Menerusi Buah-buahan

18 comments
PENGENALAN
Ramai orang menganggap buah adalah sesuatu yang membesar selepas bunga layu dan mempunyai biji. Bahagian yang mengelilingi biji ialah buah. Manakala dalam aspek botani pula, buah adalah hasil daripada tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau jambak bunga. Definisi atau takrifan ahli botani ini merangkumi buah-buahan berisi yang wujud dari bahagian ovari bunga seperti reseptaker atau daripada penyangga (buah epal, strawberi ) , brektia atau daun pelindung dan daun pedunkel (nenas). Walaupun begitu majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak.

BUAH-BUAHAN DAN KHASIATNYA
Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.

Delima


Hilangkan Masalah Cacing Delima sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan.




Kurma

Hindar Gangguan Usus Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.

Pisang

Merawat Kudis dan Luka Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut


Mangga
Penawar Penyakit Hernia Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluarga Anacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia. Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat


Nanas
Penawar Penyakit Batu Karang Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceae dan mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi.



Belimbing
Merawat Kencing Manis Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi



Lemon
Berkesan Merawat Tonsilitis Tonsilitis atau penyakit radang tonsil dibahagian kerongkong berpunca daripada serangan kuman bakteria streptokokus. Ia dapat di rawat dengan berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminum atau nama saintifiknya Citrus limon. Lemon yang kaya dengan vitamin C serta zat besi, patasium, kalsium dan fosforus berkesan merangsangkan sistem pelalian untuk membunuh kuman streptokokus. Serabut atau bulu-bulu putih yang terdapat di sebelah dalam kulit lemon dan limau-limau sitrus yang lain mengandungi bioflavonoids yang berkhasiat untuk kesihatan. Oleh itu serabut itu perlu dikikis daripada kulit kemudian dicampur dengan isi lemon sebelum dikisar halus. Lemon juga dengan vitamin B kompleksnya juga bertindak membunuh sejenis kuman bakteria dikenali sebagai stafilokokus. Ia turut berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, sifilis dan klamidia .


Pala

Melegakan Kembung Perut, Pala sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Kulit arinya merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa yang disebut salap bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sakit kepala, selsema, disengat serangga dan lenguh-lenguh sendi. Ia berasal dari keluarga myristicaceae, yang dikenali dengan nama saintifiknya Myristica fragrans juga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Ia juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat. Bijinya pula mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit


Pinang
dengan Pelbagai khasiat Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama saintifiknya Areca catecu Linn dan berasal dari keluarga Arecaceae. Buah dan biji pinang bernilai tinggi dari segi perubatan. Biji pinang dikunyah bersama-sama daun sirih seperti yang lazimnya diamalkan oleh orang-orang tua sebagai salah satu petua untuk menguatkan gusi serta menghapuskan masalah mulut berbau busuk. Bagaimanapun, amalan memakan terlalu banyak pinang boleh memudaratkan kesihatan. Biji pinang juga mengandungi sejenis bahan yang boleh mencegah barah. Sabutnya pula digunakan oleh masyarakat zaman dulu untuk merawat cirit-birit. Ia juga berkesan untuk mengubati penyakit kulit seperti panau


Pisang kaki
Turunkan Tekanan Darah Tinggi Pisang Kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung


Sengkuang Cina
Penawar Bronkitis Bronkitis ialah sejenis penyakit radang tenggorok, iaitu saluran udara di bahagian kerongkong. Penyakit ini menyebabkan selaput pada cabang tenggorok menjadi merah dan bengkak. Dalam dunia perubatan tradisional, sengkuang cina merupakan penawar bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik. Rasanya manis dan menyejukkan serta elok dimakan bagi meredakan demam, selsema dan batuk. Sengkuang cina berasal dari keluarga Cyperacea dan kaya dengan karbohidrat, lemak, protein, vitamin C, kalsium, fosforus dan zat besi. Ia digunakan dalam perubatan tradisional cina untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Caranya dengan menggunakan tiga biji sengkuang cina dicampur dengan lobak putih yang dimesin halus dengan sedikit air dan madu.


Ciku

Penawar Buang Air Berdarah Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi – Pelbagai Khasiat



Tembikai


Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah



Avokado
Hindar Sengal-sengal Tulang dan Sakit Jantung – Avokado dikenali sebagai Persea americana yang berasal dari keluarga Lauraceae merupakan makanan berzat dan amat berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan zat makanan dan menambah berat badan khususnya dikalangan kanak-kanak. Ia mengadungi protein, zat besi kalsium, vitamin A, vitamin C, niasin, soldium dan potasium. Berasal dari negara beriklim separuh tropika. Sebiji avokado mengandungi kira-kira 300 kalori dengan 88 peratus daripadanya adalah lemak. Ia berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang. Amalan memakan buah avokado pada setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol disamping mengekalkan paras lipoprotein, sejenis kolesterol yang baik untuk mnghindarkan seseorang itu daripada diserang sakit jantung. Ia diamalkan di Brazil, Colombia, Equador dan Peru di Amerika Selatan



Betik
Selesaikan Sembelit – Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari keluarga caricaceae. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah




KESIMPULAN
Dengan melihat kepada apa yang telah diperbincangkan, jelas membuktikan kepada kita bahawa, buah-buahan sememangnya mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan. Jadi penyelidikan yang terperinci berkaitan khasiat yang terkandung dalam buah-buahan perlu dipertingkatkan. Ini bukan sahaja penting untuk menyakinkan masyarakat, tetapi juga memandangkan rawatan dengan menggunakan tumbuhan semulajadi termasuk buah-buahan tidak mendatangkan kesan sampingan berbanding rawatan moden yang menggunakan ubatan sintetik yang dihasilkan di dalam makmal.

Tuesday, May 26, 2009

Jalan-jalan Cameron Highland...

2 comments
Salam....
sebenarnya petang sabtu tu.. lepas makan mee udang mak teh kat kuala sepetang... kami pun meneruskan misi kami... akhirnya terlaksana jua impian ku nak ke cameron highland.. sebenarnya lama tak pergi sini dah... last pergi masa kat uia dulu... rombongan mahallah nusaibah... masa tu rasanya thn 2003.. now 2009... 6 thn tu tak jejak kaki ke sini...

kami sampai di tanah rata pun dah pukul 5 ptg.. mmg lewat jugalah... utk pengetahuan semua di berincang, CH.. setiap ptg sabtu ada pasar malam yg mmg glamour... byk le juga brg2 yg dijual di sini... kami kononnya nak singgah juga ke sana.. dah lalu pun... tp bila nk parking penuh sgt... ada parking pun jauh sgt.. kesian pulak kat opah nk jalan kaki... jd terpaksa la batalkan niat nak turun di pasar berincang tu...












Kami teruskan perjalanan.. tujuannya nk cari penjual strawberi atau sayur yg melayu muslim.. mmg payah nak cari.. tp abang asri ada kata syarikat KHM ni melayu coz syarikat tu jd supplier untuk Giant... ada boothnya di Giant... jalan2 cari mardi akhirnya jumpa signboard KHM... cari lg tp tak jumpa..
akhirnya kami berhenti di strawberry park @ teratak mawar... hmm byknya strawberry kat sini.. tuan owner kedai tu siap suruh ambil makan lagi... nyum nyum nyum.. sedapnya.. manis rasanya... kami pun borak2 di kedai tu dekat satu jam jugalah... siap beli dadih strawberry makan kat situ lagi.. ammar pun dapat aiskrim strawberry free.. mmg sedap... kami beli macam2 brg berasaskan strawberry... beli strawberry fresh n petik sendiri, dried strawberry, jem, kordial, topping... semuanya strawberry le.. ammar pun dapat belon strawberry dr cik ala nya... suka lah tu..
kami pun sempat juga melawat ke ladang strawberry makcik tu.. nampak macam mudah je nak tanam... tapi sebenarnya byk sgt kerja2 teknikal nk kena buat... makcik tu tanam dalam plastik polikarbon je... tp mmg besar modal nk buat ladang ni.. makcik tu saja keluarkan modal RM100,000 utk buat ladang lbh kurang seekar... byk juga tu kan... borak2 sampai habis biskut n dadih makcik tu kami makan..
akhirnya dekat jam 7 kami pun bertolak balik... Alhamdulillah.. bagus usaha orang melayu.. walaupun kecil.. namun masih mampu menandingi org cina n india yg bersaing sekitar Cameron tu...

Monday, May 25, 2009

Balik kg n Mee Udang Banjir Mak Teh Kuala Sepetang...

3 comments
tengoklah warung ni biasa je... tp org punya la ramai...

Salam....

Hujung minggu yg lepas kami sekeluarga balik ke kampung Kampar... memang dah lama tak balik kampung.. abi dah mula rindu sambal opah... rasanya last balik kampung masa ummi ada retreat kat teluk batik hr tu, n ammar kena tinggal dgn opah masa tu... so sebelum balik kg kali ni.. ummi saja bg hint kat abi.. teringin nak pergi cameron highland.. sebenarnya dekat je cameron ni dgn umah opah... coz dah lama plan.. sejak baru kahwin sampai la ammar dah 2 thn 2 bln... abi kata insyaAllah... tp kena gi hr sabtu.. klu hr ahad nnt mak abah tak dapat ikut coz mak ak.a opah ada kursus haji hr ahad tu...

jadi.. ptg jumaat lagi kami dah balik kg.. coz abi nk tidur 2 mlm kat umah opah.. balik je kerja ptg jumaat tu terus je balik kampung... brg2 n baju dah siap packing mlm tu... abi kata tak nk buang masa balik kerja terus balik kg. so, mmg awal ler.. kul 8.45 mlm dah sampai kampung.. ammar dah tidur dlm kereta lagi... sampai je umah opah terus letak dia kat tilam.. tp tak nk berenggang langsung.. sokmo duduk kat belakang ummi.. ikut je ke mana ummi pergi... pastu atuk nk salam pun dia tak nak.. opah lg la.. ammar sokmo nyorok belakang ummi.. malu yang teramat sangat... naper ntah.. tak tahu la nak cakap..
kul 10 mlm pak lang plak balik.. barulah ammar nk salam pak lang... kul 11 plak paksu balik... maksu tak de coz tengah pantang kat trengganu... kul 11 tu ler baru ammar nak main dgn opah n atuk.. itu pun coz atuk tunjuk rabbit kat depan pintu.. ammar pun apa lagi... hilang dah malu tadi tu.. terus pakai selipar then keluar kat halaman rumah main dgn rabbit tu..""Ummi... arnab, rabbit" katanya dengan pelat2nya itu... ammar suka sangat sebut camtu.. ada saja yg dikaitkannya.. contohnya dia panggil ikan fish, burung bird, lori sampah, lori balam (barang)... baju merah.. tetiba jadi merah berhenti..hijau jalan.. kuning sedia.. hehehe... anak ummi ni memang dah besar dan pandai sgt cakap... sekarang ni kalau opah cakap tinggal dengan opah yer.. dia pun dah pandai jawab "tak nak"...

so, awal pagi sabtu tu.. dlm jam 8.30 pg kami sekeluarga dah bertolak ke kuala kangsar... awalnya kami tak bgtau pun plan kami nk ke cameron... tak sempat nk bgtau.. tetiba abah dah cakap nk tengok rumah k.salasiah (k.ala) kat kuala kangsar.. bersebelahan dengan kolej islam darul ridzuan... besar gak rumahnya 4 bilik 2 bilik air... k.ala mengajar di SK Sayong... cantik jugalah rumahnya... kami semua bertujuh campur ammar lapan org naik satu kereta je... dalam jam 11 tghhari kami bertolak balik..

ini mee di sebalik udang... bukannya udang disebalik mee...


tetiba dlm kereta paksu cadang makan mee udang di kuala sepetang... kereta pun dituju ke kuala sepetang... sampai2 je kat situ kami tengok kat kiri kanan jalan mak aii ramainya... banyaknya kenderaan kiri kanan jalan... abi pun cuba nasib parking kat dalam... Alhamdulillah ada tempat kosong kat dalam.. tak payahlah nak berjalan kaki jauh sgt kalau parking kat luar nuuu.. tengok kat dlm kedai org tgh ramai yg beratur nk duduk satu hal... yg dah order tp tak dpt order lagi satu hal... hmm.. lama ke tak kitorg nak tunggu turn ni... tp disebabkan semua mmg tgh lapar.. jadi masing2 order nasi goreng udang.. ummi tetiba tak nak makan nasi.. coz dr td plan nk makan mee udang... tetiba tukar, ummi ni mee tak berapa sgt.. kueteow okey.. so, ummi pun minta kueteow lambak udang.. harganya blh pilih nak yg RM6, RM10 atau RM12... jd kitorg ambil yg pertengahan RM10.. mmm.. marvelous.. ummi punya kueteow sampai dulu... terliur dah tengok... udang dia dekat 13 ekor.. besar2 plak tu.. sebelum ni ummi makan char kue teow byk udang gak kat penang..udang banyak tp kecik2... tp yg ni mmg betul2 sdap le.. cuma macam biasalah bila tempah makanan tu ummi kena ingat sikit kat anak ummi yg sorang ni... so, ummi kenalah bertasamuh dgn abi.. ummi makan kueteow... abi makan nasi.. so, ammar boleh makan nasi dgn abi.. tp, tetiba dia nak kueteow plak tak nak nasi.. so, ummi kena lah minta satu lagi pinggan utk ammar.. ummi campurkan kueteow tu dgn nasi abi tadi.. barulah kenyang ammar makan... ammar now tak nk makan bersuap.. sokmo nak suap sendiri.. tp berapa sangatlah yang masuk dlm mulut tu kan.. so ummi kena juga suapkan ke mulut dia walaupun dia kata tak nak tp dia menganga juga.. hmmm... haa.. nama kedai ni mee udang banjir mak teh.. sesapa yg pergi kuala sepetang jgn lupa singgah kedai ni.. laziiiz jiddan...tp mmg kena bersabarlah... orgnya ramai yg teramat sgt... bersama dgn kami ada sebuah bas yg parking di situ untuk makan2 juga... jadi, kami pun cepat2 masuk dlm cari tempat duduk.. org pula punyalah ramai.. Alhamdulillah dapat juga tempat kosong...masa menunggu lebih kurang 15-30 minit jugalah.. mujurlah.. seingat saya adik ipar saya cerita sebelum ni diorg pergi dekat 2 jam menunggu baru dpt makan mee udang... masa tu mee udang mak teh ni baru je 2 minggu keluar kat malajah tiga tv3... mmg publisiti besar2an.. so, mmg ramai le orang...


so, sapa2 yg teringin tu jemputlah datang yer.....


Friday, May 22, 2009

Airmata Kerinduan..

2 comments

Salam..

Pagi-pagi Jumaat ni... sayu rasanya... tiba2 terkenang arwah abah.. sempat juga saya alunkan ayat2 suci kalamullah dan dihadiahkan pahalanya buat arwah abah... moga rohnya ditempatkan bersama para solehin dan muttaqiin insyaAllah... saat ini airmata menitis... ya.. saya memang rindu sangat dengan abah.. selalunya pagi2 begini abah akan duduk di mejanya sambil mengalunkan bacaan al-Quran... saya sendiri di dapur akan mendengar dan mengikut bacaannya di dalam hati... tenang rasanya... biasanya pagi2 jumaat begini, abang jamal akan bawa mak berkunjung ke tempat persemadian abah...sambil menghadiahkan pahala bacaan al-Quran kepada arwah...


Ya Allah... tabahkan hati saya untuk menempuh dugaan ini... terngiang2 di telinga saya semua pesanan abah... Abah... shila memang rindu dgn abah... shila sayang abah... menyesal sudah tiada maknanya lagi... sewaktu hidupnya tidak pernah saya lafazkan pada abah perkataan itu... hanya kini setelah pemergiannya...

jadi buat yang masih punya ibu dan ayah luahkanlah kasih sayang kita padanya... sebelum ianya menjadi lafaz yg tersimpan dan terpendam... sentiasalah buat baik pada keduanya... dan mendoakannya...

Saya teringat pesan ustazah saya.. jika kita hendak menjadi anak yg soleh kita perlu sentiasa mendoakan keduanya... antara waktu terbaik utk doa ialah selepas fatihah... ketika menyebut amiin sambil di dalam hati kita mengucapkan ya Allah ampunkan dosaku dan kedua ibubapaku... Robbighfirli wa liwalidayya... sekiranya kita amalkan di dalam solat berjemaah lagi2 di tempat yg ramai solehin, ulama' yang mana doa mereka ini makbul.. maka doa kita tadi diaminkan juga oleh mereka dan malaikat... mudah2an InsyaAllah....

Murottal al-Quran