*Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya
* *" Sesiapa yang menuntut ilmu dengan maksud untuk bersaing dengan para ulama atau untuk mujadalah dengan orang-orang yang jahil atau untuk mengambil perhatian manusia, ia akan masuk neraka.
**Dan barang siapa yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah amalannya dia akan bertambah jauh dari Allah."
**Salaam sahabat sahabat muslimin dan muslimat sekalian.Saya baru dapat satu ilmu dari seorang guru dan ingin berkongsi bersama.
Kata nya dalam masyarakat Islam ada 7 golongan manusia dalam menuntut ilmu.
1. Orang yang menuntut dan mencari ilmu kerana ilmu semata mata.
Dia seronok, mabuk dan asyik dengan ilmu.Mabuk ilmu hingga yang ada tidak mahu kahwin kahwin, kerana katanya belum puas belajar.
*Ini adalah golonganyang mabuk ilmu*.
2. Orang yang mencari ilmu kerana bercita-cita hendak dapat jawatan tinggi seperti mufti dan bergaji besar.Dengan ilmu juga dia boleh berniaga dan jadi kaya dan mendapat banyak harta.
*Ini lah golongan yang menggunakan ilmu untuk meraih kekayaan*.
3. Ada orang mencari ilmu kerana bercita cita menjadi pemimpin.
Seorang yang menjadi pemimpin mesti berilmu.
*Ini adalah golongan yang menggunakan ilmu untuk menjadi pemimpin.*
4. Ada juga orang yang mencari ilmu kerana hendak kan glamour.
Agar orang kata dia intelek.
*Inilah golongan ahli ilmu yang tujuan nya hendak mendapat nama.*
5. Ada orang belajar ilmu kerana hendak keluar daripada kejahilan dan kebodohan.
Agar dia tidak di pandang hina.
*Inilah golongan yang mendapatkan ilmu supaya diri tidak terhina*.
6. Ada orang menuntut ilmu kerana ingin membangun dan maju demi kedaulatan dan kemegahan bangsa dan negara.Agar jangan bangsa nya mundur dan terhina.
*Ini lah golongan ilmuan yang berfahaman nasionalisme. *
7. Ada orang yang menuntut ilmu kerana perintah Allah. Juga dengan tujuan agar dapat mengamalkan ilmu supaya boleh mengabdikan dan mendekatkan diri kepada Allah.Golongan ini menggunakan ilmu untuk membangunkan Islam dalam berbagai-bagai aspek seperti ekonomi, pertanian, bangunan, sekolah, jalan raya,pembangunan insan dan lain lain.Ini adalah dengan tujuan agar dapat melindungi iman, memperkuatkan syariat, membesarkan syiar Islam dan mendaulatkan hukum hukum Tuhan.
*Ini lah dia golongan ilmuwan yang bertaqwa*.
Kita umat Islam dalam menuntut Ilmu biarlah menjadi golongan yang ke 7 yaitu mencari ilmu kerana Allah Taala.Kalau belajar bukan kerana Allah maka rugi lah, kerana mungkin untung di dunia tetapi rugi di akhirat saperti yang dinyatakan dalam Hadis yang di tulis di awal tulisan tadi.Wal'iyazubillah!
No comments:
Post a Comment