Itulah Politik Tiada Malu
Oleh Zaharuddin Abd Rahman
Macam-macamboleh jadi dalam politik. Itulah kata-kata yang sering kita dengar
apabila berlaku sesuatu yang pelik dalam perkembangan politik, sama ada politik di dalam Malaysia, mahupun di peringkat antarabangsa.
ITULAH POLITIK
Kelmarin diberitakan Iran melancarkan satelit mereka yang pertama, tujuannya adalah semata-mata untuk perkembangan komunikasi. Namun berita-beritadi UK sudah bersangka buruk dengannya, dengan memberikan gambaran Iran akan menggunakannya untuk tujuan ketenteraan. Isu tenaga nuklear sudahlama dibincangkan. Peliknya, mengapa Israel dibenarkan menggunakan danmenyimpan senjata nuklear, demikian Amerika, dan lain-lain Negara besar dibenarkan tanpa banyak soal boleh menyekat kebebasan sebuah Negara lain seperti Iran dan Korea. Mudah jawapannya, ITULAH POLITIK!. Peduli apa orang kata ‘double standard', orang kata ‘tidak adil' dan lain-lain.
Apabila
terang-terang, Yahudi Zionis melakukan jenayah kemanusiaan apabila membunuh begitu ramai orang awam di Palestin. Mereka tidak dikutuk teruk, Presiden Obama dan sekutunya seolah-olah BUTA, dan terus mengemukan hujjah-hujjah yang kelihatan ‘amat kurang aqal' dan melucukan. Orang akan kata, ITULAH POLITIK!. Peduli apa orang kata ‘double standard', ‘tidak adil' dan lain-lain.
Apabila
beberapa pemimpin dan ahli sebuah parti Islam yang menentang habis-habisan sebuah parti kebangsaan yang disebutnya kafir dan munafik. Tiba-tiba melompat ke parti yang dikatakan munafiq. Juga dengan ‘hujah tahap tadika'. Orang kata ..ITULAH POLITIK!. Peduli apa orang kata ‘double standard', ‘tidak adil' dan ‘jilat ludah sendiri' dan lain-lain.
Apabila
seorang bekas ketua gerakan orang muda sebuah parti yang mendokong‘perubahan' dan anti rasuah, dahulunya HEBAT ya AMAT HEBAT membantai beserta sumpah dan kotak-kotak bukti rasuah orang daripada parti yang ditentangnya. Tiba-tiba tidak semena-mena membawakan hujjah ‘tadika lalu melompat kepada parti lawannya. Orang kata..ITULAH POLITIK!. Peduli apa orang kata ‘double standard', ‘tidak adil', ‘jilat ludah sendiri', ‘tiada maruah' dan lain-lain. Pedulilah apa orang nak kata.
Seorangwakil rakyat melompat parti dari A kepada parti B, dalam tempohbeberapa hari, apabila dirasakan keadaan tidak selamat bagi dirinya,melompat semula kepada parti A. Dikemukan beberapa hujjah ‘tadika' juga. Lalu dirasakan dirinya telah berjaya menjustifikasikan tindakan ‘beraqal tadikanya'. Orang kata, ITULAH POLITIK!
Beberapa orang lagi, tidak melompat ke parti lain, tetapi melompat juga,melompat ke parti tiada cap. Diri sedang diteliti akibat kes-kesrasuah, termasuk rasuah seks. Tetapi seolah gentleman yang bijakpandai, menjustifikasikan tindakannya dengan hujah ‘tadika'. Tidaksegankah mereka? Orang kata, ITULAH POLITIK! Tiada yang malu dalam politik? Semua boleh buat asalkan boleh manfaat untuk diri,peduli orang lain.? BODOH SANGAT RAKYAT DI MATA AHLI POLITIK?
Tidak sedarkah
individu-individu seperti yang disebut di atas, betapa hina mereka di sisi mata orang ramai?. Atau terlalu bodohkah orang ramai dimata mereka.? sehingga boleh didatangkan dengan hujjah-hujjah versi ‘tiada aqal', lalu tersenyum lebar menyangka semua orang masih menghormatinya luar dalam.
Sedangkan manusia yang reti, faham dan ‘ada aqal', memandangkan dengan pandangan busuk. Orang busuk sedang berjalan, orang busuk sedang bercakap, sedang menghadiri mesyuarat. Kita kerap mengganggap POLITIK sebagai tiket atas segala kepelikan hasil perlakuan orang politik.
Seeloknya,jangan lagi diletakkan beban dan sebab kepada POLITIK apabila ingin melakukan sesuatu yang TIDAK BERMORAL, TIADA MARUAH dalam industri politik. Beritahu sahaja sedemikian. "Saya rasuah sana sini, tipu sana tipu sini, buat ini, buat itu, lompat sana,lompat sini sebenarnya KERANA SAYA INI TIADA MARUAH, TIADA MALU DAN TAMAKKAN DUNIA "
Amati sekali lagi bagaimana politik Khalifah Umar al-Khattab r.a dalam tulisan saya sebelum ini.Betul, banyak dilakukan atas dasar politik, tetapi politik yang didasari malu terhadap Allah swt dan sedar rakyatnya punyai hak besaruntuk meneliti dirinya. Adakah ahli politik tidak perasan bahawa seribu satu macam jenayah mereka sebenarnya adalah 'open secret' di kalangan rakyat.? Cuma gagal dibuktikan di mahkamah dunia sahaja, kerana itu masih bebas.
Lihat sahaja rumah ahli politik sebelum dan selepas, padahal gaji dan elaun sebagai ahli parlimen Malaysia hanya sekitar RM 10,000 dan ADUN sekitar RM8,000. Lihat pula rumah dan harta pegawai atasan kerajaan termasuk Polis. Cubalah jengukdan tinjau rumah mereka dan lihat gaya hidupnya.Jika ada Umar al-Khattab, pastinya tercabut semuanya.
KERAJAAN NEGERI PERAK
Semasa saya menulis artikel ini, belum ada keputusan dari pihak Sultan samaada untuk memperkenankan pembubaran DUN atau tidak. Namun, adalah sangat bijak jika diperkenankan pembubaran bagi menyapu bersihmuka-muka yang tiada ‘malu' DENGAN PERLAKUAN SALAH MEREKA atau yang juga sedang merendahkan minda dan hak rakyat di negeri mereka.
Sangat elok kiranya, rakyat diberi peluang semula untuk memilih pemimpinmereka agar individu tiada parti diganti dengan yang ada parti. Yang melompat-lompat diganti dengan yang tidak melompat. Amat diharap DUN boleh dibubarkan. Ia saya kira keputusan yang terbaik di mata pemerhatiawam khususnya saya.
Bagi saya, kes di Perak sebenarnya membuktikan betapa ‘TIDAK TAHU MALUNYA'sebahagian orang-orang politik di Malaysia. Seolah tidak lagi merekamengendahkan perasaan, kebencian dan minda rakyat. Tiada lagi malu untuk berbuat apa sahaja atas nama politik. Yang pentingboleh dijustifikasikan walaupun dengan hujjah tidak beraqal.
INILAHPOLITIK TIDAK TAHU MALU namanya dan politik hina dan membawa kepada kehinaan dan tiada maruah. Nabi s.a.w pernah menyebut kita PERLU MALU,kerana malu adalah agama, dengan terang lagi jelas baginda menyebut :-
إن مما أدرك الناس من كلام النبوة الأولى إذا لم تستح فاصنع ما شئت
Erti: Sesungguhnya, perkara yang telah diketahui ramai dari perkataannabi-nabi awal dahulu adalah : Apabila kamu tidak lagi mempunyaiperasaan malu, kamu buatlah ( akan berbuat) apa sahaja ( Riwayat Al-Bukhari) Dan satu lagi :
الحياء خير كله
: Perasaan malu itu semuanya (membawa) kebaikan (riwayat Muslim)dan sebuah lagi hadis menjelaskan :-
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( استحيوا من الله حق الحياء ) ، قلنا :يا رسول الله إنا نستحيي والحمد لله ، قال : ( ليس ذاك ، ولكن الاستحياءمن الله حق الحياء أن تحفظ الرأس وما وعى ، والبطن وما حوى ، ولتذكر الموتوالبلى ، ومن أراد الآخرة ترك زينة الدنيا ، فمن فعل ذلك فقد استحيا منالله حق الحياء )
Ertinya: Ibn Mas'ud menceritakan : Rasul bersabda : berasa malulah denganAllah SWT DENGAN sebenar-benar erti malu, sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah pun berasa malu itu Alhamdulillah, Baginda menjawab : Bukan demikian, tetapi malu kepada Allah swt yang sebenar-benarnya adalahdengan menjaga kepalamu dan setiap apa yang di dalam pemikiranmu,menjaga perutmu dan setiap apa yang diingininya, dan perbanyakkan ingatan kepada mati dan kehancuran, barangsiapa yang inginkan Akhirat,bakal meninggalkan perhiasan dunia (tidak ditipu dengan kepentingandunia), seseiapa yang berbuat demikian seperti disebut di atas, merekatelah malu kepada Allah swt dan melaksanakan hak ‘malu' ( Riwayat At-Tirmidzi )AKHIRNYA
Akhirnya,buat diri saya dan semua warga Malaysia di mana jua kita berada,berperanan dalam apa jua jawatan dan kapasiti. Malulah dengan Allahswt, diri sendiri, orang ramai. malu dalam kejahatan, bukan malu untukmelakukan kebaikan. Janganlahbermain dengan POLITIK TAK TAHUN MALU!! Janganlah menjadikan tindakanTIDAK TAHU MALU sebagai strategi politik. Kerana ia memalukan kami untuk mempunyai pemimpin yang TIDAK TAHU MALU. Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharudd in.net/
4 Feb 2009 ( 6.58 malam waktu UK)
No comments:
Post a Comment