Photobucket

Zikrayaat

Friday, February 13, 2009

Seminar Pendidikan Tinggi Islam ke-6

Seminar Pendidikan Tinggi Islam Ke-6
"Budaya Ilmu : Ke Arah Pemerkasaan Umat"
Anjuran Kolej Dar al-Hikmah,
dengan kerjasama
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.
Tarikh : 14 Mac 2009

LATAR BELAKANG

"Sejarah manusia menyaksikan hakikat bahawa kebangkitan dan kejatuhan bangsa-bangsa dan tamadun-tamadun berkait rapat dengan pemerolehan, pengeluaran dan penggunaan ilmu yang hebat. Mereka yang cemerlang dalam hal ini memegang kepimpinan negara-negara dan mereka yang mundur akhirnya meminta-minta kepada orang lain untuk menjamin kelangsungannya (terj.)"

Kenyataan di atas yang diungkapkan oleh M.Wasiullah Khan dalam karya berjudul 'Education and Society in the Muslim World' menegaskan tentang hakikat sejarah dan hakikat sejagat. Tamadun Yunani yang menekankan tentang paediea atau pendidikan ialah tamadun ilmu. Tamadun Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang dirumuskan oleh Franz Rosenthal dengan ungkapan Knowledge Triumphant atau Kemenangan/Keagungan Ilmu. Tamadun semasa yang dipimpin oleh Barat semenjak Renaissance di abad ke-15 bertitik tolak dan bertunjangkan kepada ilmu.

Justeru 'ilmu ialah kuasa' (knowloedge is power), maka sesiapa atau mana-mana bangsa atau negara yang menguasai ilmu, ia memegang kuasa dan menguasai dunia. Dewasa ini ternyata yang menguasai ilmu, dan sekaligus memimpin dunia ialah Barat.Maka tidak ada jalan rentas dan jalan mudah untuk memulih dan mengembalikan kegemilangan umat, melainkan dengan mencetuskan dan memupuk semula sikap, nilai dan keghairahan terhadap ilmu (the passion of knowledge). Bermula dengan Iqra' dan diikuti dengan 750 kali sebutan bersabit dengan kata akar 'ilm dalam al-Qur'an dan demikian juga hadith-hadith Rasulullah S.A.W., membuka seluas-luasnya ruang jihad dan ibadat di bidang ilmu. Justeru apabila jihad dan ibadat ilmu ini menyatu, maka mengakar dan merimbun apa yang dikatakan budaya ilmu dalam kehidupan masyarakat dan umat.

Masyarakat dan umat perlu memperkasa diri dengan ilmu, dan ini hanya dapat dijayakan melalui pemupukan budaya ilmu. Antara lain yang perlu digalakkan ialah budaya membaca, budaya berfikir, budaya berwacana, budaya menulis dan berkarya, dan budaya belajar.Dalam konteks masyarakat kita, persiapan dan prasarana asasnya telahpun tersedia; hardware seperti institusi pendidikan, software seperti buku dan pelbagai bahan bacaan, dan humanware seperti guru dan pensyarah. Yang belum ketara dan merata ialah keghairahan terhadap ilmu; yang masih rendah ialah minat membaca, menulis dan belajar; dan kedudukan ilmu yang masih belum dimartabatkan di mercu sistem nilai dalam kehidupan umat.

Cabaran kepada kita semua ialah untuk menghidupkan dalam minda dan jiwa bangsa serta umat cinta kasih yang mendalam kepada ilmu pengetahuan dan kebenaran. Justeru itu kita perlu nyalakan semula jihad dan api perjuangan di medan ilmu dan pendidikan. Pendek kata kita perlu tanam dan pupuk semula budaya ilmu dalam diri setiap anak bangsa, masyarakat dan umat.

OBJEKTIF
#Mencetus dan meningkatkan kefahaman serta kesedaran masyarakat mengenai budaya ilmu dan kepentingannya dalam konteks pembangunan ummah.
#Menganalisis pelbagai cabaran dalam usaha membudayakan ilmu dalam masyarakat.
#Merumuskan kaedah-kaedah pembudayaan ilmu melalui pendidikan.

PESERTA

Dianggarkan sekitar 200 orang akan menghadiri seminar ini yang terdiri dari:
Wakil IPTI, IPTA, IPTS dan ahli-ahli akademik
Wakil Institusi Perguruan
Wakil Jabatan Kerajaan dan Swasta
Wakil Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO)
Wakil PPD dan Sekolah
Para pelajar dan orang perseorangan yang berminat

ATUCARA

8.30 pagi - 9.00 pagi Pendaftaran Peserta

9.00 pagi - 9.15 pagi Ucapan alu-aluan

9.15 pagi - 10.15 pagi Ucaptama :

"Budaya Ilmu : Ke Arah Pemerkasaan Umat"Prof. Dr. Mat Rofa Ismail (Fakulti Sains, UPM)

10.15 pagi - 10.30 pagi Minum Pagi

10.30 pagi - 12.30 tengahari

Slot 1 : Pemerkasaan Ilmu Dalam Pendidikan

1. Tn. Hj. Ahmad Mohamad Said (KDH)

2. Prof. Madya Dr. Tajul Ariffin Nordin (Fakulti Pendidikan, UKM)

Sesi Soal Jawab

1.00 tengahari - 2.00 petang Makan tengahari dan Solat

2.00 petang - 4.00 petang

Slot 2 : Pembudayaan Ilmu Dalam Masyarakat

1. Dr. Khalif Muammar A. Harris (ATMA, UKM)

2.Dr. Adi Setia Mohd. Dom (Pusat Pengajian Umum, UIAM)

Sesi Soal Jawab

4.15 petang - 4.30 petang Resolusi & Penutup

YURAN PENYERTAAN

Agensi Kerajaan dan Petubuhan : RM100 seorang

Individu : RM50 seorang

Pelajar : RM30 seorang

Alamat Perhubungan Seketariat

Kolej Dar al-Hikmah, Sg Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor.

Tel : 0389252392 (Cik Nur 'Iffah/Pn Azanah)Faks : 0389252477

Email : seminar@hikmah.edu.my

Untuk penyertaan boleh terus hubungi Seketariat.

No comments:

Murottal al-Quran