Photobucket

Zikrayaat

Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Thursday, December 17, 2009

Doa Akhir tahun dan Awal tahun

0 comments

DOA akhir tahun dibaca tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.


*Doa Akhir Tahun


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekelian alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat baginda sekelian.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini, maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredai dan Engkau memang tidak melupakannya (Tuhan tidak bersifat pelupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabkan kami. Malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu.

Maka, kami sekelian memohon keampunan Mu, ya Allah, ampunkanlah kami dan mana-mana perbuatan yang kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redai dan dijanjikan ganjaran pahalanya.

Maka, kami memohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Doa awal tahun dibaca tiga kali selepas maghrib pada malam 1 Muharam. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”


Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga serta sahabat Baginda sekelian.


Ya Allah, engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, kami bermohon kepada-Mu agar terpelihara kami sekelian dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan yang terlaknat. Juga daripada konco-konco syaitan dan bala tenteranya.

Kami mohon daripada-Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada-Mu, ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada-Mu.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Mulia, ya Allah, Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.


Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Wednesday, June 03, 2009

Doa untuk Anak-anak

2 comments

Semua ibubapa mahukan yg terbaik dari anak2 mereka... tetapi perlu diingat.. sebelum kita mengharap yg terbaik... perlulah kita melakukan yg terbaik buat mereka... antaranya bacalah doa yg terbaik yg mana sumbernya terus drpd Al-Quran... mudah2an anak2 kita menjadi anak2 yg soleh dan solehah, muttaqin dan mu'minin insyaAllah....

1. Doa untuk memohon rahmat - Surah Ali Imran ayat 8-9

2. Doa memohon zuriat yang baik - Surah Ali-Imran ayat 38

3. Doa supaya anak kerjakan solat - Surah Ibrahim ayat 40 - 41

4. Doa supaya anak taat kepada Allah - Surah Al Baqarah ayat 128

5. Doa diberi zuriat yang menyejuk mata memandang - Surah Al Furqan ayat 74

6. Doa supaya anak pandai belajar - Surah Al Anbiya ayat 79

7. Doa anak lembut hati - Surah Al Anbiya ayat 69 dan Al Hasyar ayat 22-24

8. Doa anak rajin sekolah - Surah Taha ayat 1-5


Do not forget your parents as they are the reasons you are here in this world. Hadith Riwayat Muslim "Rasulullah bersabda, Apabila anak Adam wafat, putuslah amalnya kecuali tida iaitu sedekah jariah, pengajaran dan penyebaran ilmu yang dimanfaatkannya untuk orang lain dan anak yang mendoakannya"


Doa kepada Ibubapa

1. Surah Ibrahim ayat 4

2. Surah Al Israa' ayat 24


Wallahu'alam

Murottal al-Quran