Zikrayaat

Friday, November 18, 2011

Sistem Pendidikan Ulu'l Albab

Salam buat semua sahabat pembaca....

Usai solat berjemaah setiap hari... pasti saya akan dipeluk ammar dan dia akan berkata " ummi, doakan ammar jadi hafiz quran dan doktor "... asalnya dr dia pandai solat.. saya selalu tiupkan di telinganya "ammar nanti besar jadi hafiz quran ye"... saya selalu berdoa moga Ammar boleh jadi hafiz al-quran....

dan Alhamdulillah, sewaktu mengambil laporan prestasinya di al-Fatih beberapa minggu lepas... teacher ida juga ada menyatakan keputusan hafazan al-quran dan doa ammar semuanya excellent... Alhamdulillah... ummi selalu berdoa moga Allah menerangkan hati ammar untuk menjadi hafiz al-quran... malah dia bukan saja menghafaz surah2 malah iqro' dan bacalah anakku juga dihafaznya... bukannya dieja tp dihafaz... :) :)

kali ini saya ingin berkongsi sebuah artikel berkenaan gabungan pendidikan... masyaAllah itu juga yg saya impikan... adakah bakal terlaksana... mudah2an ada begitu..

Disedari wujudnya perbezaan pendapat di kalangan ahli agama serta ulama berikutan perbezaan fahaman yang mereka pelajari sewaktu menuntut ilmu.

Bukan setakat itu saja, ada antara mereka tidak ketinggalan mengutuk dan memperrendahkan martabat sesama sendiri dengan mengatakan mereka lebih hebat dan pandai dalam bidang agama hingga akhirnya mewujudkan dinding sempadan antara ahli agama.

Hal sebegitu turut berlaku di negara kita apabila ada penuntut terikut-ikut fahaman mereka hingga sama-sama memperrendahkan martabat dan enggan mendengar pendapat orang lain dengan alasan belajar di luar negara dan guru berbangsa Arab.

Sebenarnya, jika kita ingin melahirkan ilmuan Islam, setiap ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan perlu merancang mewujudkan satu proses pengajian menerusi fahaman yang pelbagai.
Click Here

Proses saringan pelajar pintar, rajin dan cerdas, yakni yang memang menjurus dalam bidang agama, perlu dilakukan daripada peringkat sekolah rendah lagi.

Ini seperti menggabungkan beberapa fasa pengajian berbeza, terutama untuk pelajar yang menyerlah dan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), mahupun Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Contoh langkah terbaik ialah dengan mewujudkan Diploma tahfiz di Darul Quran atau mana- mana pusat tahfiz terbaik, seterusnya menghantar mereka melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Muda (BA).

Secara peribadi, saya berpendapat jika ingin menghantar bagi peringkat BA, tempat terbaik adalah di mana-mana universiti di Jordan.

Ini kerana kebanyakan pensyarah di Jordan adalah gabungan tenaga pengajar yang memiliki Doktor Falsafah (PhD) dari Al-Azhar, Ummul Qura, Iraq, Jordan, Madinah, Syria dan beberapa negara Islam lain.

Kepelbagaian latar belakang pensyarah ini akan membantu melahirkan graduan yang berfikiran terbuka dan toleransi dalam kepelbagaian ijtihad mazhab dan aliran.

Ini ditambah pula dengan sistem pengajian yang lebih tersusun dan penggunaan bahasa Arab ‘fushah’ yang sederhana.

Selain pengajian di universiti, perlu ada ‘mentor’ yang memastikan pelajar terpilih tadi menghadiri pengajian ‘talaqqi’ dengan ulama atau cendekiawan di Jordan, khususnya di Amman.

Boleh juga ditambah jadual pengajian mereka dengan memberikan belanja yang cukup untuk menghabiskan cuti semester dengan pengajian ‘talaqqi’ di Syria dengan tenaga pengajar yang terkenal hebat dalam bidang agama.

Hasilnya, dengan gabungan ini kita berharap setiap pelajar dapat menamatkan pelajaran mereka dalam dua gabungan pengajian berbeza, sekali gus memperoleh kekuatan bahasa Arab dan asas utuh dalam ilmu Syariah, Fiqh atau Usuluddin.

Selain itu, perlu mewujudkan peluang pengajian di peringkat Sarjana (MA) menerusi pengajian di Universiti Al-Azhar atau Universiti Kaherah.

Ini perlu kerana ia dilihat sebagai kelebihan yang terbaik, terutama kerana Mesir adalah pusat ilmu Islam sangat berpengaruh di dunia.

Namun, pada masa sama, adalah sebaik-baiknya jika pelajar turut diberikan sokongan serta nasihat supaya menghadiri pengajian di Darul Ifta, Mesir.

Dengan gabungan ini, diharapkan pelajar dapat memantapkan ilmu dalam diri menerusi dua pengajian berbeza yang pastinya berbeza antara satu sama lain.

Seterusnya ialah merangka pelan pengajian supaya mereka dapat melanjutkan pengajian peringkat PhD di Universiti Islam Madinah atau Ummu Al-Qura.

Ini perlu kerana halangan di kalangan pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ini adalah Universiti Islam Madinah dan Makkah payah menerima graduan BA atau MA dari pusat pengajian atau universiti lain.

Oleh itu, sesuatu usaha perlu dilakukan bagi membolehkan pelajar ini memasuki universiti berkenaan dengan harapan, iaitu kekuatan pengajiannya di Jordan, Syria dan Mesir tadi dapat disempurnakan serta diperluaskan pula dengan pengajian di tanah suci ini.

Di samping pengajian rasmi di universiti, alangkah baik jika wujud ‘mentor’ yang mampu menasihatkan pelajar untuk mempelajari ilmu daripada cara talaqqi.

Pada musim cuti, sebaik-baiknya jangan diizinkan pelajar ini bekerja sampingan atau pulang ke Malaysia, sebaliknya perlu merantau ke Yaman untuk mendapat luahan ilmu dari guru di sana pula.

Hasilnya, apabila tamat belajar, diharapkan gabungan pengajian daripada pelbagai pusat pengajian membolehkan pelajar sedikit sebanyak memiliki gabungan ilmu untuk menerima pandangan pihak lain dan mampu memberi pandangan lebih bernas dan berfikiran terbuka.

Dengan ini, mungkin kita mampu menghasilkan seorang ilmuan Islam yang berwibawa, dihormati serta mampu memberikan pendapat bernas hasil gabungan ilmu yang diperoleh daripada percampuran pelbagai mazhab itu tadi.

Selain itu, mungkin kita boleh merangka bentuk pengajian lain apabila pelajar ini kelak mampu menggenggam PhD dengan menghantar mereka menghadiri kuliah Darul Ulum di Pakistan bagi mendalami ilmu hadis.

Mungkin, pada masa sama, setiap pelajar yang terpilih boleh dihantar pula menghadiri pengajian di negara lain seperti United Kingdom kerana ini boleh membantu mereka melihat dunia dalam konteks berbeza berbanding di negara Arab.

Ini sekali gus bukan saja membantu mereka menggarap metodologi Barat, sebaliknya mampu mengasah kefahaman bahasa Inggeris yang boleh digunakan untuk berdepan pelbagai pihak.

Jika kita mampu melahirkan ilmuan melalui proses ini, tidak mustahil individu itu mampu meredakan pertengkaran aliran yang sering bertengkar, bersangka buruk dan berselisih.

Hasil penilaian saya, tahap keegoan beberapa graduan agama di negara kita sukar ‘dineutralkan’ kecuali jika kita mampu melahirkan individu yang berpendidikan seperti di atas.

Namun, tidak dinafikan, banyak cabaran merintang dan belum pasti menjernihkan keadaan, sebaliknya mungkin juga mengeruhkan lagi situasi sedia ada.

Selain itu, proses di atas pastinya diragui oleh aliran yang sedia wujud. Tentunya masih ada yang merasakan ‘individu ini adalah hasil tangan aliran itu’, justeru kita tidak terima dan sebagainya.

Cuma saya meyakini, kekuatan individu ini pasti mampu serba sedikit merapatkan jurang yang wujud di kalangan graduan agama di negara kita.

Kesimpulannya, kita memang memerlukan seorang cendekiawan Islam di negara kita yang bertaraf dunia kerana ini satu daripada caranya untuk merapatkan kembali perbezaan pendapat antara aliran sedia ada.

Perkara ini memakan kos dan masa, namun hasilnya kita berharap akan menerbitkan ilmuan bertaraf tinggi, berfikiran terbuka, mampu menerima pendapat banyak pihak dan disegani seperti Al-Marhum Sheikh Abu Hasan Ali Al-Nadawi, Al-Marhum Sheikh Abul A’lA Al-Mawdudi dan Sheikh Mufti Taqi Uthmani.

InsyaAllah AMMAR HAZIQI boleh....

5 comments:

Anonymous said...

zolpidem online ambien side effects emotional - ambien order online no prescription

Anonymous said...

buy xanax valium online florida addiction to diazepam valium - valium dosage for high

Anonymous said...

The other day, while I was at work, my cousin stole my iphone and tested to see if it
can survive a 30 foot drop, just so she can be a youtube sensation.
My iPad is now destroyed and she has 83 views.

I know this is completely off topic but I had to share it
with someone!For a lot more http://werkzeuge-fuer-manager.
com/forums/über-die-podcast-themen/choosing-brief-products-and-solutions-involving-football-jersey opinions to see a lot more solutions on it you'll be able to also take a look at site

Also visit my web page; cheap jersey
my page :: cheap jersey

Umar Said said...

Kalau dilihat..senarai cth tokoh2 diatas spt Dr Yusof al-qardhawi, syeikh Abu hasan Ali annadwi, Abul a'la almaududi Dan lain2.. Kbnykn mereka sendiri mndapat pendidikn rasmi/ mnghabiskn pendidikn rasmi sekitar di negara mereka masing2 ..buknlh dgn plbg negara...langkh mmplbgaikn proses pendidikn disertai di tempat2 yg berbeza merpakn lngkh yg baik tetapi..ia jga terdedah risiko2 yg x terjangka..masalh kos, masa, perkmbngan politik semasa/ konflik di negara2 trrtntu spt: di Timur tgh sekarang..BG saya yg utama adalh proses pendidikn ini hndaklh bermula di rumah dahulu yakni ibu bapa berperanan di peringkat awal...kemudian sistem pendidikn agama dalam negara yg mmbabitkn sekolah2 agama menengah/rendah, maahad 2 tahfiz ( aliran tahfiz, tahfiz akademik,tahfiz sains), pondok2 traditional/ moden memerlukn tajdid atau nafas baru supaya lbh komprehensif dgn cabaran semasa..pemfokusan dlm aspek keagamaan ( tarbiyyah & ta' lim) disertai pmblajaran2 ilmu2 bersifat duniawi Dan semasa perlu ada agar sikap keterbukaan,toleransi dlm pndapat dimulai sejak awal...memupuk keterbukaan di peringkat U/ipt kalau baru hendak bermula ia agak terlewat ...mungkin ada sstghnya yg sudah berkeras Dan sukar diubah...perlu juga institusi2 agama( spt cth2 yg disebutkn) tadi mmbuka peluang kpd pljr non Muslim ( yg berminat buknnya Paksaan) utk masuk mndaftar sbg pljr..bergaul bersama-sama pljr Muslim melayu khasnya agar sikap rasis/perkauman dapat dihindari serta sikap muamalah dgn non Muslim dipupuk Dan nmpk praktikal sejak awal...ia jga melatih para asatizah budaya kritis minda Dan menambh skil mnjawab pertanyaan kerana sudh tentu berhadapn dgn soaln2 yg diluar kotak pemikiran kerana adanya pljr non Muslim itu tadi..di samping ia merupakan satu platform dakwah...memupuk sikap keterbukaan dgn mnghntar pljr peringkat PhD ke 2 dinegara2 barat atas alasan utk melatih pljr melihat dunia barat( non Muslim ) selain kaca mata Arab mmg baik tp agak lewat..kerana lngkh yg saya fikirkn( mmbuka pluang pljr agama Muslim Dan non Muslim satu bumbung bljr ) lbih relevan...cdgn itu bukn x sesuai Tetapi mungkin terhalang dgn biokrasi2 trrtntu yg tak dijangka..lgpun nama2 ilmuan besar yg anda ( saudara/saudari pemilig blog) nyatakn disinikn secara realitinya tidklh sempat secara total mnjelajah/ mndapat pndidikn ( dip..BA, master, PhD) dinegara2 yg berbeza..keterbukaan mereka dilatih serta kepintaran anugerah Allah sejak awal disamping terbabit dlm dakwah lapangn ilmu dgn masyarakat pelbagai tlh mmbntu mmbntuk ilmuan spt tu..buktinya dgn pembabitan mereka dl arana dkwah hireki ( spt Ikhwan, jamaat Islam, hizb2 dll)..ia tidak terhad dgn aspek pengajian shj..utk merealisasikn spt saudara/ri tuan blog ini bnyk biokrasi2 halangangnnya. Selain masalh kos ia juga seakn mustahil disbbkn berdasarkn situasi semasa..ilmuan2 ulung yg disebutkn jga tidak berpeluan mnjani proses seperti itu...Tetapi tidaklh bermksud ia x boleh diusahakn...lngkh saringn pljr2 utk dipilh berdasarkn kepintaran, kecemerlangan akademik serta minat merupakan langkah yg paling tepat sbb kita mahu melahirkn ilmuan bukn setakat graduan..apa2 pun cdngn anda( pemilik blog ini adalh) lngkah yg tepat dan bernas..ia memang mnjadi prioriti selayaknya..di harapkan cdngn saudara/ri blog ini ditmbh cdgn saya yg x sbrp ini mmpu diusahakn utk melahirkn ilmuan ulung yg mmpu mnghadapi cabaran semasa & melunakkn perbezaan plbg aliran...pendidikn dgn konsep mngeklkn tradisi yg soleh serta Memanfaatknnya kemajuan/kemodenan yg bermnfaat amatlh wajar digabungkn...

Murottal al-Quran