Photobucket

Zikrayaat

Friday, September 05, 2008

Gelagat Ammar

Sempena Ramadhan ni... byk juga masa diluangkan bersama anakanda tercinta ammar... kerana dpt balik kerja cepat dan tiada lagi kelas mengajar pada waktu malam sepanjang Ramadhan ni.. mengikuti perkembangannya sejak dilahirkan hingga kini.. rasanya baru semalam saya melahirkan.. Alhamdulillah... segala puji bagi Allah Yang Maha Mengurnia... dikurniakan saya cahaya mata penguat kasih sayang antara saya dan suami...


kini Ammar semakin membesar.. banyak perkara yang nak di"explore"nya... banyak benda yang nak disebutnya.. kekadang tu rasa nak gelak jer... mana taknya... dia duk kat kerusi.. 'makan' 'air' katanya... kalau nampak masjid 'Allah', kalau dengar azan.. dia duk diam then baca doa.. pastu kalau kat rumah.. habis je azan dia masuk bilik amik sejadah dia... 'Allaaahhh' katanya.. sambil angkat tangan and then sujud... macam2 anak ummi ni...


Ramadhan ni saya teringin juga nak solat tarawikh berjemaah kat masjid KUIS tu.. tak pun kat surau bukit mahkota ni.. tapi, apakan daya... hari tu dah try bawa Ammar... dia tak blh duk diam... tak apalah.. di mana pun kita berada.. insyaAllah Allah lebih tahu mana yang terbaik buat hambaNYA... Malahan di rumah saya masih boleh mengawasi ammar.. ammar duduk di sebelah saya untuk solat.. tu pun tak lama lah... tak sampai 2 rakaat pun... dia dah tak leh duk diam..


ada sekali tu.. sewaktu suami saya bangun malam.. solat.. ammar bangun then amik sejadah bentang sebelah abinya.. sujud 2 kali then terlentang tidur balik... kekadang kelakar juga... tapi tulah.. anak2 ni fitrahnya begitu... cuma tugas kita sebagai ibubapa untuk mengasah lagi bakatnya... insyaAllah... seraya memanjatkan doa pada Allah Rabbul Jalil " Ya Allah jadikanlah kami dan zuriat kami di kalangan orang2 yg mendirikan solat dan sentiasa istiqamah dgn perintahMU dan jauhkanlah kami dari melakukan atau menghampiri laranganMU.... "




No comments:

Murottal al-Quran