Photobucket

Zikrayaat

Wednesday, March 04, 2009

Puisi Ulu'l Albab

Salam... hari ni saja surf internet... terjumpa sajak @puisi tentang ulu'l Albab... memandangkan tema blog ni ma'rifah ulu'l Albab... cuma mungkin pada penulisan perkataan Albab itu perlu diperbetulkan.. kerana sekiranya kita tersilap tulis.. akan berubahlah maknanya nanti... kalimah ulu'l albab = orang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam... manakala ulul al-Bab= orang yang mempunyai pintu... perkataan ni selalu menjadi tajuk perbahasan kami... sama- kita ingat mengingatkan yer...mari kita kongsikan...

Ulu'l Albab
Mengisi diri dengan pelbagai bentuk ilmu
Ilmu itu kan nur
nur yang hakiki dan tulen
mulai dari bentuk mesinnya
hinggalah ketulenan segalanya
dari yang tersurat juga tersirat

Nur yang hebat disisiNya..
wasilah jalan keamanan,
keikhlasan berkat serta kesan yang mendalam pada qolbi
membuahkan hasil umat bahgia,
aman dan sejahtera serta punyai hikmah
tanpa bingung lagi pening kepala…

generasi hamba yang punyai kekuatan
pada tiga aspek ‘alamiyah
sentiasa menjadi penyampai yang hebat
demi nawaitu padaNya semata-mata
takut pada kifarahNya disana
yang kekal selamanya
mahukan imbalan redhaNya
bukan mahukan nikmat SyurgaNya
Itulah hakikat sebenar Ulu'l Albab

tidak mengejar populariti,
populariti menghancurkan generasi
tidak tamak mencari publisiti,
publisiti mengamcam kebobrokan bersiri
bukan kerana ta'subnya
pada ulama’ pilihan dan juga ikutan hati..
kan ijtihadi masih tidak tertutup lagi

Ulu'l Albab generasi modal insan cemerlang,
bijak bistari menangani konflik terkini
dengan berkat Robbi
tidak takut pada masyarakat
sama ada mengerti atau pun tidak mengerti
hakikatnya kelanggengan mardhotilLah Itu yang dinanti…

AMS J Shila Jamal

10 Zulkaedah 1429/8hb November 2008

http://chivalry-tranquility.blogspot.com/

No comments:

Murottal al-Quran