Photobucket

Zikrayaat

Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Wednesday, December 16, 2009

DR PHD.... kisah suka duka dari sebuah gelaran..

2 comments


Kisah dari pengalaman seorang sahabat..


----

assalamualaikum,

utk semua rakan-rakan dan mereka yg membaca di ruangan ini.

sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman hidup..jika ada yang boleh dijadikan sempadan dan tauladan.atau pengajaran dan cabaran.

pelajar2 saya sering berkata kepada saya.."dr, bestnya ada phd kan..bestnya jadi pensyarah.. tentu gaji pensyarah besarkan?" itulah yang sering diucapkan kepada saya. dan akhirnya satu hari, saya bertanya di dalam kelas, "boleh tak saya nak ambil masa kamu nak cerita sikit?" semua pelajar saya menjawab serentak "Boleh.." Hari ni saya nak ceritakan pengalaman saya buat phd.. (sambung pelajaran utk dptkan phd).dan mereka meletakkan pen dan pensil utk mendengar cerita saya.


" saya buat phd atas 2 sebab. pertama, memang itu cita2 saya. keduanya, kerana polisi universiti yang menwajibkan setiap pensyarah mesti memiliki ijazah phd. Ada org kata phd..penyakit hasad dengki. tapi bagi kami, phd adalah "permanent head damage" . pelajar2 saya tergelak besar bila mendengar istilah tersebut. Damage bukan bermakna rosak..tapi nak menunjukkan peritnya liku2 hidup yang terpaksa dilalui utk mendapatkan sekeping ijazah bernama Phd..


thn 1997 saya dan suami serta dua org anak ke Birmingham, UK utk melanjutkan pelajaran. suami saya mengambil cuti tanpa gaji selama 3 tahun. Dia menyambung peringkat sarjana dan saya peringkat phd. bermakna anak2 saya akan hidup dengn dua org 'pelajar' yang akan sentiasa sibuk dengan buku2 dan tugasan yang perlu disiapkan. hujung 1997, anak2 saya mendapat tahu mereka akan mendapat seorang adik yang akan dilahirkan pd pertengahan 1998. bertambah lagi satu cabaran..selama 10 bulan, saya berulang-alik ke universiti di mana saya perlu ambil dua bas atau satu bas dan keretapi utk sampai ke universiti. saya tnyakan pada pelajar2 saya, boleh tak awk semua bayangkan bagaimana seorang ibu yg pregnant menjadi pelajar? Kalau dibandingkan dengan kamu semua yang masih solo...tinggal dlm kampus, ada bas disediakan.. tapi ada di antara kamu yg masih lewat datang ke kelas?" Pelajar2 saya terdiam...tidak ada lagi bunyi ketawa. mereka faham, saya sedang 'menyindir' sambil bercerita.


Julai 98, saya selamat melahirkan anak ke3..seorang lagi anak lelaki. dan bulan itu juga suami saya menerima ijazah sarjananya. Dia telah selamat tamatkan sebuah episod..tapi perjuangan saya belum selesai. supervisor meminta saya berusaha lebih gigih..supaya lebih cepat siap dan dapat phd. waktu malm suami saya bekerja part time di kilang cadbury. agaknya kurang selesa hanya tolg menjaga anak2 semasa saya ke universiti. atau tidak selesa tidak ada pendapatan sndiri. ada masanya saya membaca buku atau menaip tugasan sambil meriba anak saya yang masih bayi..dan suami saya pula melayan dua org anak saya yang waktu itu berumur 7 tahun dan 4 tahun.Saya tanyakan kpd pelajr2 saya.."Susah sangatkah kamu belajar dalam keadaan kamu yg masih bujang? kenapa masih ada yg tidak siapkan tugasan yg diberikan pensyarah?"


Bulan Disember 08..saya telah tempah tiket utk kami sekeluarga pulang ke msia pada bulan April. tujuan utama utk mencari data utk kajian phd saya. saya telah mula mbeli hadiah utk adik2 saya dan saudara mara di kampung. Begitu juga dengan suami yg mencari hadiah utk adik beradik dan keluarganya. Bulan januari 09 saya dikejutkan dgn panggilan telefon drpd adik saya.. mberitahu adik lelaki bongsu saya berumur 15 tahun meninggal dlm kemalangan motorsikal dan van kilang tak jauh dari kawasan kampung. Allah saja yg tahu, betapa rindunya saya pada adik kesayangan saya. Adik yg saya jaga seperti seorang ibu menjaga anaknya..dan terngiang2 di telinga saya, adik saya berkata, "Ami dah kurus sekarang..kalau kak long balik nanti mesti terkejut tengok ami..(dia membahasakan diri dia kami sejak kecil, tapi cuma sebut ami). ikutkan hati..saya ingin terbang pulang hari tu juga.utk menatap wajah adik saya buat kali terakhir. tapi saya tak mampu, apatah lagi tiket2 bulan april dah dibayar sepenuhnya. Seharian saya cuma menelefon, bertanya apa yang berlaku. adik2 saya cuma memberitahu, " jenazah dah dimandikan.. dah dikafankan dan dah dikebumikan. " 3 hari 3 malam saya menitiskan airmata..saya tidak menelefon ibubapa kerana tidak mahu mendengar mereka menangis. saya hanya bercakap dengan adik2 di kmpg. Hnya suami menelefon ayah saya dan mengucapkan takziah dan minta bersabar. tapi pada hari adik saya meninggal dunia, saya tetap pergi ke kelas macam biasa. kawan2 bertnya, kenapa tidak rehat saja di rumah? saya memberitahu mereka, kalau saya menangis sampai keluar airmata darah pun..adik saya tak akan hidup semula. lebih baik saya ke kelas..teruskan hidup macam biasa.tapi sepanjang jalan ke universiti airmata saya keluar. saya bertanya kepada pelajar saya.. "kenapa ada di antara kamu yang selalu ponteng kelas hanya kerana masalah kecil? kerana bergaduh dgn boyfriend.. hanya kerana putus cinta dengan girlfren..? waktu itu saya lihat ada pelajar2 saya yang dah menitiskan airmata.


selepas 3 hari...saya berhenti menangis. dah kering airmata. dan daripada Januari 1999 hingga tahun 2002 saya tidak boleh menangis. sesedih mana pun..saya tk boleh menangis. Saat itu baru saya tahu betapa menangis itu satu nikmat pemberian Allah kepada hamba2Nya. Terlalu sakit rasanya bila kita tidak dapat menangis. Waktu menziarah kubur adik saya..saya tidak menangis walhal saya amat rindukan dia. Ada satu perkara yg perlu saya ceritakan..semasa di UK setiap kali selepas saya solat, saya akan berdoa.."Ya Allah panjangkanlah umur datukku..(saya dibesarkan oleh nenek dan datuk). Berilah saya peluang utk berjumpa datuk, ayah dn ibu." itulah doa saya setiap hari. saya terlalu bimbang tidak dapat bertemu dengan datuk atau ayah dan ibu. sebb kita selalu berfikir yg tua akan pergi dulu. Bila adik meninggal, saya tersentak. saya tidak pernah berdoa utk adik2 saya..kerana selalu berfikir yang muda akan hidup lebih lama drpd yang org tua.


Allah mengajar saya..saya dapat apa yg saya minta..dapat bertemu dgn datuk, ayah dan ibu. Tapi Allah mengajar saya..jangan lupa org muda juga boleh diambil nyawanya bila2 masa. perasaan bersalah sebab tidak mendoakan adik2..buat saya rasa terduduk.menyesal dan macam2. bila difikirkan, apakah hak saya utk meminta Allah panjangkan umur hamba2Nya..sebab Allah dah berkata di dalam al-Quran " Bila datang ajal anak Adam, tidak akan lewat atau cepat sesaat pun.." Sejak hari itu..saya cuma berdoa, berikanlah kepada kami semua kebaikan di dunia dan akhirat." lambat atau cepat pulangnya seorang hamba adalah hak Allah utk menentukan. Saya insaf...saya tidak perlu 'mengajar' Allah apa yang patut dilakukanNYa.


sejak itu juga setiap kali pelajar2 saya kata, "dr, tolong doakan saya dapt kerja di perak..tolong doakan saya dpt kerja ini dan itu.." saya mmberitahu mereka.."Maaf, saya cuma akan doakan utk kamu, berikanlah yang terbaik utk pelajar2 saya." Allah tahu apa yang terbaik utk kita. kita tidak perlu mengajar Allah.tidak perlu 'memerintah' Allah buat itu dan ini...Kadang2 apa yang kita rasa baik utk kita tidak semestinya baik..jadi, terima ketentuan Allah dengan hati yang redha.

Sunday, May 31, 2009

Percubaan Mencuri Jasad Rasulullah

0 comments

Entri ini diambil dari Darul Nu'man....


Ya Allah sentiasa sahaja Yahudi dan kafir laknatullah ini tidak henti2 untuk menganiaya Rasulullah kekasihMU... namun, janjiMu pasti benar... tiada siapa pun boleh menganiayainya keran baginda selalu dibawah pemeliharaanMU...


Ya Rasulullah solawat ke atasmu...


Di masa peperangan antara orang Islam dengan orang-orang kafir Kristian yang dikenali dengan perang Salib dan telah berlangsung sekian lama. Kemenangan dan kekalahan silih berganti pada kedua belah pihak. Umat Islam berjuang dengan habis-habisan menentang musuhnya. Segala kekuatan dikerahkannya. Kerana pada waktu itulah kesempatan yang paling baik untuk memperolehi syahid di medan perang sebagaimana yang diperolehi para sahabat Rasulullah dalam perjuangan menentang orang kafir yang cuba melenyapkan Islam.



Raja-raja dari semua kerajaan Islam memberikan sokongan padu kepada setiap panglima perang yang tampil memimpin para pahlawan Islam menentang kaum kafir Kristian yang datang dari Eropah. Salah seorang raja yang banyak jasanya dalam perang Salib ini adalah Sultan Nuruddin Zangki (Zenggi), keturunan bangsa Kurdi dan berkedudukan di Mosul. Baginda yang diputerakan tahun 1118 Masihi dan wafat 1174 Masihi, adalah seorang raja yang terkenal taqwa, wara’ dan adil. Kerana keadilannya pula hingga digelari Malikul Adil (Raja yang adil).


Pada waktu malam baginda bangun untuk solat tahajjud dan berdoa agar rakyatnya hidup bahagia dalam keredhaan Allah dan terselamat di akhirat nanti. Pada sebelah siang beliau banyak berpuasa dan selepas solat, wiridnya sentiasa panjang. Seluruh kekuatan yang dimilikinya adalah untuk menentang serangan tentera Salib agar tidak dapat menjajah negara Islam. Beliaulah yang membentangkan jalan kepada Shalahuddin Al-Ayyubi, panglima perang Salib di pihak Islam yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin dari cengkaman kaum Salib.


Baginda sentiasa tenang dan gembira melayan semua rakyat dan menteri-menterinya, sekalipun negara dalam keadaan darurat perang, kerana beliau sudah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW pada suatu malam. Dalam mimpi itu Sultan Nuruddin melihat Rasulullah dalam keadaan gembira, menandakan perjuangan kaum Muslimin yang dipimpinnya dalam berjihad akan berhasil.


Selanjutnya, suatu hari Malikul Adil kelihatan tidak seperti biasanya, kali ini baginda nampak sangat risau, seolah-olah ada yang tidak kena pada dirinya. Menteri-menterinya menyedari hal ini, namun mereka tidak berani bertanya. Kerisauan dan kegelisahan tersebut berpunca daripada mimpinya beberapa malam yang lalu. Mimpi itu sangat mengerikan dan sukar ditafsirkan. Dalam mimpi itu, baginda memakai baju yang cantik gemerlapan dan berada di hadapan Rasulullah. Rasulullah memegang tangan Nuruddin dan menunjuk kepada dua orang lelaki yang berada di hadapannya dan bersabda: “Kenalilah aku. Bebaskan aku dari dua orang itu!” Nuruddin terbangun, namun wajah Rasulullah dan dua orang lelaki itu kelihatan jelas di hadapannya seperti bukan mimpi. Wajah kedua lelaki itu kelihatan kemerah-merahan.


Tidak seorang pun yang diberitahu tentang mimpi itu, dan beliau yakin bahawa yang datang itu benar-benar Rasulullah SAW. Kerana beliau sendiri telah bersabda: “Siapa yang melihat aku dalam mimpi, samalah ertinya dengan melihat aku di waktu bangun, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai aku.”


Keyakinan Raja Nuruddin akan kesahihan mimpinya itu dikuatkan lagi oleh mimpinya yang dahulu sehubungan dengan peperangan. “Ketika itu Rasulullah kelihatan sangat gembira sekali. Tapi mengapa kali ini baginda kelihatan amat sedih? Dan siapakah gerangan dua lelaki yang ditunjuk oleh Rasulullah itu?” Nuruddin tidak habis-habis merenung dan berfikir: “Ah, ini tentu ada yang tidak mengena pada keperibadian Baginda yang mulia atau akan ada sesuatu yang mengancam maruah umat Islam,” kata Nuruddin dalam hatinya.


Dekat seminggu lamanya Raja adil itu memikirkan dengan risau. Tiba-tiba mimpi itu berulang lagi, peristiwa seperti mimpi yang pertama dan Rasulullah memanggil-manggil Nuruddin lagi: “Kenalilah aku dan bebaskan aku dari dua orang itu!” Baginda terkejut dan bangun kemudian langsung berwudhu’, terus bersolat tahajjud dan berzikir sebanyak-banyaknya di malam sunyi itu. Kerana terlalu lama berzikir, baginda tertidur dalam duduk dan wajah Rasulullah menjelma lagi. Dalam masa yang tidak seberapa lama, sudah tiga kali beliau berjumpa Rasulullah dalam keadaan muram. “Perkara ini benar-benar serius agaknya dan tidak boleh ku simpan seorang sahaja,” kata Nuruddin pada dirinya sendiri.


Apabila baginda tergerak hatinya untuk memanggil orang kepercayaannya, baginda teringat akan sabda Rasulullah: “Bahawa apabila seseorang bermimpi buruk, hendaklah jangan diceritakan kepada sesiapa pun. Insya Allah tidak akan terjadi apa-apa.” Nuruddin berfikir sekejap. Sanggupkah dia menyimpan mimpi itu seorang diri? Tidak, mimpi itu sudah tiga kali datang, dan yang datang adalah manusia termulia.


Selepas solat Subuh di pagi hari Raja Nuruddin memanggil seorang menteri kepercayaannya, Jamaluddin Al-Mushly. Lelaki itu sangat wara’, taqwa dan amanah seperti Rajanya juga. Oleh kerana itu, dialah satu-satunya orang yang dipanggil oleh Nuruddin sehubungan dengan mimpinya. Kerana Nuruddin yakin, bahawa walau bagaimanapun Jamaluddin tidak akan membocorkan rahsia negara dan raja. Hari masih terlalu pagi, suasana masih gelap, di sana sini kedengaran kokok ayam silih berganti dan waktu kerja pun masih lama lagi akan bermula. Namun menteri Jamaluddin Al-Mushly sudah berangkat ke istana negara kerana menjunjung titah baginda.


“Engkau adalah orang yang paling ku percaya untuk menyimpan rahsia negara selama ini. Oleh kerana itu aku tidak merasa ragu lagi menceritakan mimpiku padamu,” kata Raja kepada Jamaluddin dan menceritakan mimpi yang dialaminya. Jamaluddin mendengarkan dengan serius. Ia sendiri turut merasa gerun mendengarkan cerita Rajanya. Kemudian Jamaluddin berkata: “Ini memang betul-betul mimpi yang benar wahai tuanku, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai Rasulullah.” “Betul itu. Aku pun ingat demikian,” kata Nuruddin menyokong pendapat Jamaluddin. Nuruddin bertanya: “Jadi, agak-agak apakah pendapatmu tentang mimpiku itu.” Jamaluddin menjawab: “Menurut pendapat hamba, ada rancangan jahat dari orang tertentu yang ditujukan kepada Rasulullah, dan Rasulullah tidak menyenanginya. Tuanku diberi tugas untuk menggagalkan rancangan jahat tersebut.”


Nuruddin seolah-olah dikeluarkan dari kebuntuannya setelah mendengar tafsiran daripada Jamaluddin. Baginda percaya bahawa pendapat menterinya itu benar belaka. Berkata Nuruddin: “Pendapatmu betul, sekarang ke mana dan bagaimana kita mesti mencari dua lelaki yang ditunjuk oleh Rasulullah itu?” Jamaluddin mengajukan usul: “Bagaimana kalau sekiranya baginda raja yang pergi ke Madinah Al-Munawwarah terlebih dahulu. Di sanalah tuanku dapat berdoa di makam Rasulullah yang mulia, memohon petunjuk kepada Allah di sisi kubur kekasihNya. Mudah-mudahan, di sana tersingkap rahsia mimpi paduka itu.”


Semua persediaan dan perbekalan segera dipersiapkan. Maka pada hari yang telah ditetapkan, beribu-ribu rakyat ibu kota berpusu-pusu di hadapan istana negara untuk mengucapkan selamat jalan kepada Raja yang mereka hormati. Berangkatlah Raja yang adil bersama beberapa pegawai tinggi negara menuju Madinah.


Di setiap kampung yang dilaluinya, baginda disambut mesra oleh rakyatnya. Baginda merasa puas dapat berjumpa dengan berbagai rakyatnya. Rakyat pun berasa gembira melihat Raja yang berjiwa rakyat dan tidak putus-putusnya tersenyum kepada semua rakyat. Namun, di sebalik senyuman raja yang dilepaskan kepada rakyatnya, ada perasaan risau dan ngeri yang menghantui baginda secara berterusan. Yakni wajah kedua lelaki yang dilihat dalam mimpinya selalu membayangi kemana sahaja baginda pergi. Tidak sesaat pun wajah itu hilang dari pandangan baginda. Baginda juga dapat menggambarkan dengan jelas tentang perwatakan kedua lelaki itu baik dari bentuk wajahnya, matanya, susunan giginya, mulutnya, janggutnya bahkan kesemua seluruh tubuh kedua mereka itu. Kalau, kedua lelaki itu melintas di hadapan baginda maka sudah pasti, baginda akan menangkapnya. Disebabkan baginda sentiasa asyik memikirkan tentang kedua lelaki itu, kadang-kadang baginda terpisah dari rombongannya. Baginda tidak putus asa untuk mencari kedua lelaki itu, baginda pergi secara persendirian mengembara antara bukit-bukit.


Para pengawal tidak berani menegur apa-apa sebaliknya mereka hanya memerhatikan Raja mereka dari jauh. Hanya menteri Jamaluddin sahaja yang sesekali mengingatkannya apabila beliau terpisah jauh dari rombongan. Setelah beberapa hari perjalanan, rombongan baginda sampai di sempadan Madinah. Jamaluddin memberitahu baginda: “Tuanku, sekejap lagi kita akan memasuki ke kota Rasulullah SAW, oleh itu bersiap sedialah tuanku.” Berkata Raja: “Apakah cara yang harus aku lakukan untuk memasuki kota yang mulia itu?” Berkata Jamaluddin: “Pertama hendaklah tuanku mandi dan bersuci, kemudian masuklah ke masjid Quba’ dan bersolat tahiyyatul masjid, ini adalah untuk menghormati masjid yang dibina dengan tangan Rasulullah SAW sendiri.” Kemudian Raja dan rombongannya mengikut arahan Jamaluddin, setelah selesai mengerjakan solat di masjid Quba’, rombongan diraja menuju ke taman Raudhah. Di taman yang mulia inilah jenazah yang teramat mulia Rasulullah SAW bersemadi.


Perasaan mereka yang berada di hadapan tempat jenazah baginda Rasulullah SAW disemadikan adalah amat berlainan sekali, mereka berasa seolah-olah berada di satu alam yang lain. Lalu Raja mengangkat tangannya tinggi-tinggi dan memohon kepada Allah SWT supaya rahsia di sebalik mimpinya itu di perlihatkan kepadanya sebelum kedua manusia jahat melaksanakan niat jahat mereka. Degupan hati Raja yang begitu khusyuk dalam doanya menyebabkan air mata mengalir tanpa disedarinya. Memang di sinilah salah satu tempat diperkenankan doa. Wajah Rasulullah SAW semakin jelas di mata Raja seolah-olah Rasulullah SAW menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Raja. Baginda terdengar suara dekat telinganya yang berbunyi:


“Kenalilah aku, dan bebaskanlah aku dari kedua lelaki ini.”

Setelah baginda raja berdoa dengan penuh khusyuk di taman Raudhah, kemudian datang petunjuk dari Allah seolah-olah beliau dapat menyingkap tafsir mimpinya itu di kota mulia tempat bersemayamnya Rasulullah SAW. Oleh kerana Raja Nuruddin ingin segera mengetahui makna mimpinya yang menakutkan itu, lalu beliau memanggil gabenor Madinah dengan berkata: “Saya mahu kamu kumpulkan kesemua penduduk Madinah tanpa ada sesiapa pun yang dikecualikan, saya ingin bersalaman dengan mereka.” Berkata gabenor Madinah: “Baik tuanku, segala titah raja akan dijalankan.” Gabenor Madinah pun segera menyampaikan pesanan raja kepada penduduk Madinah dan penduduk yang berhampiran dengan kota Madinah.


Berkata gabenor Madinah kepada penduduk kota Madinah dan sekitarnya: “Atas perintah Raja Nuruddin, semua rakyat Madinah dan kawasan yang berhampiran denganya, sama ada lelaki atau wanita, tua atau muda dari berbagai jenis agama dikehendaki hadir di dewan orang ramai, kerana baginda Raja Nuruddin hendak bertemu dengan semua penduduk di sini.” Setelah berita disebarkan maka orang ramai bersama seisi keluarga segera pergi ke dewan orang ramai dengan perasaan gembira, tidak seorang pun yang tertinggal. Mereka yang tua dan uzur diusung sehingga banyak sekali usungan yang kelihatan dalam perjalanan menuju ke dewan orang ramai. Apabila seluruh penduduk kota Madinah telah berkumpul, gabenor Madinah pun melapurkan kepada Raja: “Tuanku, semua rakyat telah berkumpul dan mereka sedang menunggu kehadiran tuanku.” Berkata Raja Nuruddin: “Apakah kamu yakin bahawa semua rakyat telah datang untuk bersalaman dengan saya?” Berkata gabenor Madinah. “Insya Allah.” Setelah Raja mendengar penjelasan dari gabenor, Madinah, maka Raja pun segera pergi ke tempat orang ramai yang sedang menunggunya. Wajah kedua lelaki yang datang dalam mimpinya semakin mencabar di hadapannya.


Setelah baginda Raja sampai di tempat dewan orang ramai, maka baginda pun memandang kepada rakyat sebagai penghormatan. Mata Raja Nuruddin sentiasa mencari-cari wajah yang menjadi buruannya, tetapi tidak juga kelihatan. Raja Nuruddin semakin risau, beliau duduk sekejap dan berbincang dengan pegawai-pegawai dari Madinah. Berkata Raja, Nuruddin: “Apakah masih ada rakyat yang melepaskan peluang untuk bertemu dengan saya? Cuba siasat sekali lagi.” Kemudian para pegawai dari kota Madinah berbincang sesama mereka, mereka cuba mengingati wajah-wajah yang tidak hadir. Tiba-tiba seorang pegawai berkata dengan serius dan bersemangat: “Betul tuanku, hamba ingat masih ada dua orang kenamaan di Madinah yang tidak hadir di sini, mungkin kedua mereka tidak mendengar berita tentang ketibaan baginda tuanku ke sini.”


Raja Nuruddin berkata: “Di mana mereka berada, dan siapakah mereka itu?” Denyutan jantung Raja Nuruddin semakin cepat, tetapi beliau menahan perasaannya. Orang yang mengenali kedua lelaki itu berkata: “Mereka berdua adalah ahli tasawwuf dan ahli hikmah, sangat wara’ dan sangat banyak ibadahnya, sesiapa sahaja yang pergi kepada mereka akan menerima fatwa-fatwa yang menyejukkan dan menerima sedekah. Dan kedua mereka juga adalah dermawan dan telah banyak sekali membantu fakir miskin.” Raja Nuruddin sangat tertarik dengan huraian pegawainya dan beliau berkata: “Saya ingin sangat untuk bertemu dengan kedua mereka, jemputlah mereka sekarang juga.”


Tidak berapa lama kemudian kedua mereka itu pun datang ke dewan orang ramai setelah diundang. Kedua mereka berjalan dengan tunduk dan tawadhu’, sementara mulut mereka tidak berhenti-henti berzikir kepada Allah SWT. Apabila kedua mereka berdiri di hadapan Raja Nuruddin, Raja Nuruddin terperanjat kerana kedua mereka itulah yang muncul dalam mimpinya. Dalam hati Raja Nuruddin berkata: “Demi Allah orang inilah yang datang dalam mimpiku.” Walaupun kedua mereka itu berada di hadapan beliau, beliau belum pasti sama ada beliau bermimpi atau tidak, lalu beliau menggosok kedua biji mata beliau dan dibukanya mata beliau terang-terang. Ternyata kali ini beliau tidak mimpi, beliau kini berada betul-betul di hadapan orang yang menjadi buruan beliau. Raja Nuruddin memandang mereka dari semua segi, dari segi bentuk muka mereka, susunan gigi, mata dan lain-lain. Akhirnya beliau meyakini dengan seratus peratus bahawa memang sah kedua lelaki itulah yang muncul dalam mimpinya. Kalau ikutkan hati Raja Nuruddin hendak ditanya sahaja: “Siapakah kamu berdua ini.” Raja Nuruddin bertambah hairan melihat kedua mereka, ini adalah kerana kedua mereka itu begitu khusyuk dan tawadhu’, gerak-geri mereka tidak sedikit pun mencurigakan.


Segi rambut pula ikut sunnah, serban pula ikut cara Rasulullah. Sewaktu bersalaman menunjukkan adab seorang alim dan ahli tasawwuf, tutur katanya pula penuh hikmah dan selalu berasaskan Al-Quran dan Al-Hadith. “Tetapi mengapa Rasulullah minta dibebaskan dari dua orang itu? Apakah dosa yang telah diperbuat oeh keduanya? Begitulah pertanyaan yang keluar dari hati Raja Nuruddin. Beliau hairan dan tidak tahu apa yang hendak dibuat, namun demikian tidak seorang pun yang dapat membaca perasaan Raja Nuruddin. Raja Nuruddin serba salah kerana orang ramai mengenali kedua mereka sebagai orang yang alim dan menunjukkan sikap yang penuh tasawwuf, baginda Raja juga menghormati kealiman dan ketasawwufan mereka. Oleh kerana Raja Nuruddin tidak dapat membuat apa-apa keputusan maka majlis pada hari itu bersurai setelah baginda Raja bersalam dengan semua rakyatnya seperti yang dijanjikan. Setelah majlis perhimpunan yang pertama selesai, orang ramai pun bersurai dan mereka merasa puas hati kerana dapat bersalam dengan Raja mereka. Gebenor Madinah merasa sangat gembira kerana majlis itu mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Satu-satunya orang yang tidak puas hati ialah Raja Nuruddin, kerana teka-teki yang menghantuinya belum terjawab.


Selepas menunaikan solat Raja Nuruddin beristighfar dan berzikir banyak-banyak, kemudian beliau berdoa dengan doa yang amat panjang, dalam doa tersebut beliau meminta petunjuk yang lebih jelas dari Allah SWT. Ketika Raja Nuruddin duduk bersendirian, lalu datang menterinya Jamaluddin dengan berkata: “Wahai tuanku, sudahkah tuanku jumpa dengan dua lelaki yang tuanku cari itu?” Berkata raja Nuruddin: “Ya, sudah.” Jamaluddin bertanya: “Yang mana satu tuanku?” Berkata Raja Nuruddin: “Jemputan yang terakhir sekali, saya pasti itulah orang yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW dalam mimpiku.” Jamaluddin diam sambil mengangguk-anggukkan kepalanya, pertanda dia sedang memikirkan sesuatu. Berkata Raja Nuruddin: “Tapi yang peliknya saya tidak dapat sesuatu yang mencurigakan pada diri mereka itu, keadaan keduanya memang seperti yang diceritakan oleh orang. Akhlaknya, gerak-gerinya dan tutur katanya semuanya menggambarkan keperibadian Rasulullah SAW. Inilah yang membuat saya rasa pelik sangat, entah dosa apa yang telah mereka lakukan?”


Setelah Jamaluddin mendengar kata-kata Rajanya maka dia pun berkata: “Tuanku, ketahuilah bahawa seseorang yang pada zahirnya menunjukkan baik, segalanya mengikut cara Rasulullah SAW belum tentu hatinya baik. Boleh jadi ia hanya berpura-pura supaya orang ramai tidak mencurigainya, padahal dia adalah musuh yang jahat.”


Berkata Raja Nuruddin: “Betul katamu itu, kerana memang ramai orang-orang kafir berpura-

pura Islam, sedangkan tujuannya untuk menghancurkan Islam dari dalam. Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang ucapannya tentang kehidupan dunia, sangat menarik perhatianmu, dan di persaksikannya Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia sebenarnya adalah musuh yang jahat.”


Raja Nuruddin memang tahu tentang tipu helah orang-orang kafir yang sentiasa hendak merosakkan Islam dengan berbagai cara. Berkata Raja Nuruddin lagi: “Apakah yang harus kita lakukan?” Berkata Jamaluddin: “Tuanku mestilah mengadakan perisikan ke rumah orang itu secara sulit.” Raja Nuruddin dan menterinya Jamaluddin mengadakan perbincangan secara rahsia tentang cara yang terbaik untuk mendapatkan maklumat tentang pergerakan kedua lelaki yang disyaki. Setelah sekian lama mereka berbincang akhirnya mereka mendapat satu cadangan yang baik, yakni orang ramai dijemput untuk menghadiri rumah terbuka atas arahan Raja Nuruddin.


Kedua orang yang disyaki juga diundang sebagai tetamu kehormat. Rahsia ini tetap menjadi rahsia antara Raja dengan menterinya. Gabenor Madinah diberikan tugas untuk menjayakan majlis tersebut. Setelah saat yang dinantikan telah tiba, maka ramailah orang yang datang menghadiri majlis tersebut. Kedua lelaki yang disyaki juga awal-awal lagi telah berangkat menuju ke majlis diraja. Apabila Raja Nuruddin dan Jamaluddin melihat kedua lelaki alim itu telah keluar dari rumah mereka, kemudian Raja Nuruddin, Jamaluddin dan beberapa pengawal pergi ke rumah orang alim itu. Kesemua bahagian dalam rumah itu di periksa oleh Raja Nuruddin, malangnya tidak satu pun benda yang mencurigakan. Sebaliknya dalam rumah tersebut terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang digantung dan juga hadith nabi. Dalam almari orang alim itu dipenuhi dengan kitab-kitab agama feqah dan juga tasawwuf, keadaan rumah itu menggambarkan seolah-olah pewaris Nabi SAW. Hati kecil Raja Nuruddin masih bertanya: “Apalagi yang harus aku syaki? Kenapa Baginda Rasulullah SAW minta pertolongan dariku supaya dibebaskan dari kedua lelaki ini?”


Setelah merasa puas dengan selidikan di rumah tersebut Raja Nuruddin mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut, tetapi apabila baginda Raja hendak melangkah keluar dari rumah tersebut, datang ilham yang membuat beliau teringin benar untuk melihat sebuah permaidani yang sangat indah terbentang di sudut rumah. Raja Nuruddin merasa sangat kagum dengan keindahan dan kehalusan permaidani yang di anggap cukup mahal itu.


Raja Nuruddin tidak puas dengan melihat sahaja kecantikan permaidani tersebut, tetapi beliau membelek-belek permaidani tersebut. Sewaktu membelek permaidani itu Raja Nuruddin terlihat di bawah permaidani itu terdapat papan dan beliau berkata: “Eh, ada papan.” Raja Nuruddin mulai curiga tentang papan itu, lalu baginda mengangkat papan itu perlahan-lahan, ternyata di bawah papan itu mempunyai sebuah terowong yang mempunyai tangga. Raja Nuruddin meneliti arah perginya terowong tersebut, akhinya beliau terkejut dan berkata: “Maasya Allah, terowong ini menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.” Kemudian Raja Nuruddin mengeluarkan arahan: “Tangkap kedua orang itu.” Dengan terbongkarnya rahsia itu maka yakinlah Raja Nuruddin akan makna mimpinya itu, kedua lelaki yang menyamar sebagai alim itu adalah musuh yang hendak mencuri jasad Rasulullah SAW. Dengan terbongkarnya rahsia kedua orang itu, maka orang ramai pun datang untuk menyaksikan peristiwa di rumah orang alim itu.
Beberapa orang telah turun ke dalam terowong yang sangat jauh itu dan akhirnya mereka mendapati bahawa terowong yang digali oleh kedua orang itu sudah hampir benar dekat pada jasad Rasulullah SAW. Setelah mendapat kepastian dari orang yang masuk ke dalam terowong itu, orang ramai tidak tahan sabar lagi. Lalu kedua-dua mereka dipukul dengan teruk sekali, kemudian kedua mereka dibawa ke pengadilan. Dalam mahkamah keduanya berterus terang dengan berkata bahawa kedua-dua mereka telah tinggal di Madinah lebih dari setahun sebagai agen Yahudi. Orang-orang Yahudi memberi perbelanjaan yang cukup banyak pada keduanya untuk tujuan mencuri jasad Rasulullah dari kuburnya, tujuannya ialah apabila jasad Rasulullah berada di tangan Yahudi mereka dengan mudah dapat merendahkan martabat Kekasih Allah dan seterusnya menghina umat Islam. Umat Islam di Madinah rasa tertipu oleh kedua orang

Yahudi itu, akhirnya kedua orang Yahudi itu dijatuhi hukuman mati.


Raja Nuruddin sujud syukur kepada Allah SWT kerana tugas yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepadanya telah berjaya diselesaikan dengan berkat hidayah dan pertolongan-Nya. Untuk mengelakkan supaya kejadian seperti itu tidak berulang lagi, Raja Nuruddin memerintahkan supaya ke empat penjuru sekeliling kubur Rasulullah dipagar dengan kongkrit sampai ke bawah tanah. Sebelum Raja Nuruddin berlepas dari Madinah sekali lagi beliau bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW, kali ini Rasulullah merangkul dan memeluk leher beliau. Apabila telah tiba masanya Raja Nuruddin hendak meninggalkan kota Madinah, beliau memberi taklimat terakhir kepada penduduk Madinah akan kejahatan dan dendam orang Yahudi terhadap Islam, dendam orang Yahudi terhadap Islam akan berterusan. Raja Nuruddin pun kembali ke Mosul dengan diiringi doa dan air mata oleh sekalian rakyat yang mencintainya.

Allahu a’lam..

Thursday, May 07, 2009

7 golongan penuntut ilmu

0 comments
*Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya

* *" Sesiapa yang menuntut ilmu dengan maksud untuk bersaing dengan para ulama atau untuk mujadalah dengan orang-orang yang jahil atau untuk mengambil perhatian manusia, ia akan masuk neraka.

**Dan barang siapa yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah amalannya dia akan bertambah jauh dari Allah."

**Salaam sahabat sahabat muslimin dan muslimat sekalian.Saya baru dapat satu ilmu dari seorang guru dan ingin berkongsi bersama.

Kata nya dalam masyarakat Islam ada 7 golongan manusia dalam menuntut ilmu.

1. Orang yang menuntut dan mencari ilmu kerana ilmu semata mata.
Dia seronok, mabuk dan asyik dengan ilmu.Mabuk ilmu hingga yang ada tidak mahu kahwin kahwin, kerana katanya belum puas belajar.
*Ini adalah golonganyang mabuk ilmu*.

2. Orang yang mencari ilmu kerana bercita-cita hendak dapat jawatan tinggi seperti mufti dan bergaji besar.Dengan ilmu juga dia boleh berniaga dan jadi kaya dan mendapat banyak harta.
*Ini lah golongan yang menggunakan ilmu untuk meraih kekayaan*.

3. Ada orang mencari ilmu kerana bercita cita menjadi pemimpin.
Seorang yang menjadi pemimpin mesti berilmu.
*Ini adalah golongan yang menggunakan ilmu untuk menjadi pemimpin.*

4. Ada juga orang yang mencari ilmu kerana hendak kan glamour.
Agar orang kata dia intelek.
*Inilah golongan ahli ilmu yang tujuan nya hendak mendapat nama.*

5. Ada orang belajar ilmu kerana hendak keluar daripada kejahilan dan kebodohan.
Agar dia tidak di pandang hina.
*Inilah golongan yang mendapatkan ilmu supaya diri tidak terhina*.

6. Ada orang menuntut ilmu kerana ingin membangun dan maju demi kedaulatan dan kemegahan bangsa dan negara.Agar jangan bangsa nya mundur dan terhina.
*Ini lah golongan ilmuan yang berfahaman nasionalisme. *

7. Ada orang yang menuntut ilmu kerana perintah Allah. Juga dengan tujuan agar dapat mengamalkan ilmu supaya boleh mengabdikan dan mendekatkan diri kepada Allah.Golongan ini menggunakan ilmu untuk membangunkan Islam dalam berbagai-bagai aspek seperti ekonomi, pertanian, bangunan, sekolah, jalan raya,pembangunan insan dan lain lain.Ini adalah dengan tujuan agar dapat melindungi iman, memperkuatkan syariat, membesarkan syiar Islam dan mendaulatkan hukum hukum Tuhan.
*Ini lah dia golongan ilmuwan yang bertaqwa*.

Kita umat Islam dalam menuntut Ilmu biarlah menjadi golongan yang ke 7 yaitu mencari ilmu kerana Allah Taala.Kalau belajar bukan kerana Allah maka rugi lah, kerana mungkin untung di dunia tetapi rugi di akhirat saperti yang dinyatakan dalam Hadis yang di tulis di awal tulisan tadi.Wal'iyazubillah!

Murottal al-Quran