Photobucket

Zikrayaat

Showing posts with label nasihat rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label nasihat rumahtangga. Show all posts

Tuesday, June 22, 2010

Cinta Ranting dan Pohon

0 comments
Cinta dalam setangkai ranting & Cinta dalam sebatang pohon




Suatu ketika plato berbicara dengan gurunya...


Plato bertanya makna cinta dan gurunya pun menjawab: "masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu batang ranting yg menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut".


Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang rantingpun. Gurunya bertanya, maka jawab Plato:


"Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yg bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yg sudah saya tinggalkan tadilah yg terbaik. Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa."


Guru itupun berkata:"itulah cinta"

Lalu Plato pun bertanya apa makna perkahwinan


Guru pun menjawab:"Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan."



Maka masuklah Plato ke dalam hutan & keluarlah Plato dengan membawa pohon yg tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:

"Saya dapati pohon yang indah daunnya, besar batangnya...tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan...akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya temukan pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya pikir mampu membawanya karena mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini karena saya yakin boleh merawatnya & menjadikannya indah."


Lalu sang guru berkata:"Itulah makna perkahwinan."


Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon beserta rantingnya didalam hutan, tapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih...tidak satupun akan kita dapati, karena kesempatan itu hanya sekali & kita harus terus maju sperti waktu yg bergulir ke depan yg tidak pernah tersimpan pada hari kemaren & bersemayam pada masa lalu kita.

Friday, December 18, 2009

Sayangi Dan Bersyukurlah Dengan Kehadiran Seorang Yang Bergelar Suami

0 comments
Alhamdulillah... Hari ni 1 Muharram 1431h... Alhammdulillah dan syukur kehadrat Ilahi kerana dgn izin, Rahmat dan RahimNya masih lagi memberi kesempatan kepada saya dan keluarga utk terus menghirup udara segar 1 Muharram... dan meneruskan legasi perjuangan Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan ilmu dan dakwah kepada anak bangsa... 

Kebetulan 1 Muharram kali ini jatuh pada hari Jumaat 'saiyyidul ayyam'.. sebaik2 hari untuk kita memulakan perubahan dan menanam azam baru.. semoga segala yg kita azamkan kan dimakbulkan Allah.. insyaAllah..

Cuti2 begini.. memberi peluang kepada ummi dan keluarga utk menghabiskan masa di rumah... maklumlah selalunya kalau cuti saja mmg jadual kami penuh dgn kelas2 pelajar separuh masa di kolj masing2... jadi dgn adanya cuti ini... kami manfaatkan sebaiknya... bangun seawal pagi.... membasuh dan sebagainya... sarapan.. masak bihun goreng, keropok dan nugget... abi pula sempat keluar belakang rumah.. memotong rumput mana yg patut... memetik cili2 dan lada2 yg dah tua... banyak juga hasil tuaiannya... menanam pokok pegaga yg diberi oleh seorg sahabat... mengemas stor di belakang rumah... mmg kalau tak de abi.. tak tahu siapa yg nak buat semua tu... saya sendiri... dengan perut yg semakin membesar ni... tak terdaya utk melakukan itu... syukurlah... abi tahu utk menghulurkan bantuan mana yg patut bg meringankan tugas harian isterinya...   

Tika ini sedang berehat sementara menanti abi pulang dari menunaikan solat jumaat...sambil2 chek email... ada satu email yg menyentap hati ummi... hiba ummi membacanya... mmg tidak dinafikan abi selalu berusaha untuk memahami ummi... begitu juga ummi... dalam 4 thn kami malayari bahtera rumahtangga... memang tidak dinafikan amat banyak mehnah dan tribulasi yg dilalui... dgn kesabaran abi yg tidak terhingga, mampu menyelesaikan segala permasalahan yg dihadapi... kami sama2 membuat keputusan, sama2 menghadapi saat suka duka, marah, gembira, cemas dan sebagainya... ummi selalu berdoa semoga bahtera yg dibina ini kan berkekalan hingga ke syurga firdausi dan sentiasa mendapat redha, rahmat dan keberkatanNYA... semoga mahabbah dan mawaddah di antara kami kan berkekalan hingga ke akhirnya.. insyaAllah... tatapilah email ini... ummi suka nak kongsikan dgn semua.... moga bermanfaat... 

SUATU PERJALANAN

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan."


Teringat pesan ayah di suatu petang...

"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.


Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh  dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya.


Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja.
Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:

"Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?" Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu
kedalam neraka:


1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."


Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.



YANG LEBIH, YANG KURANG
"Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa," luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.


"Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap," jawab saya supaya dia buka mata.


"Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi.


Moga-moga dia berubah hati. Kembali 'memandang tinggi' kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

"Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh
peribadi."


Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya
bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.


Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf  tiada serinya lagi.


Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, "Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini."


Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

"The only real mistake is the one from which we learn nothing..."


dipetik dari:. http://sitihaslizaa .blogspot. com/


------------ --------

Monday, June 29, 2009

0 comments
63 petua bahagia
TANPA sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan..Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan bercinta atau mereka yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan menyalahkan pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49.. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi
a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Semoga kita semua dapat mengamalkan tips ini... dan seterusnya mencari titik persamaan antara pasangan dan menjaga kebahagiaan rumahtangga kita agar berkekalan dari dunia hingga ke akhirat sana.. insyaAllah...

Murottal al-Quran