Photobucket

Zikrayaat

Showing posts with label palestin. Show all posts
Showing posts with label palestin. Show all posts

Sunday, January 18, 2009

TAHNIAH!!! INI HASIL BOIKOT ANDA SEMUA.. TERUSKAN BOIKOT....

0 comments

Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri? Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain.


Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi. Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4 milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola.


Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar.


Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald’s dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan. Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin?
Apakah usaha ini akan berjaya? Mengapa tidak? Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot - McDonald’s. McDonald’s merupakan “rakan korporat utama” kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai “bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel.”
Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald’s adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry. Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta. Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald’s boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini.
Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin. Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi “Buy Amazon.com & Support Israel” dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin. Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel.
Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel. Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel, sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.

Antara kekejaman Yahudi dan pengkhianatan pemimpin Arab

0 comments

Biasanya apabila berlaku kekejaman Yahudi ke atas umat Islam Palestin, seluruh dunia akan berdemonstrasi di hadapan kedutaan Israel, Amerika Syarikat dan negara-negara kuasa besar dunia yang lain. Berbeza dalam isu terkini yang berlaku di Gaza. Sebagai membantah kekejaman ini, umat Islam di negara-negara Arab bukan sahaja berdemonstrasi di hadapan kedutaan Israel dan Amerika Syarikat, tetapi mereka berhimpun di hadapan kedutaan Mesir dengan melaungkan slogan yang mengecam pemimpin Mesir, Jordan, Arab Saudi dan lain-lain.

Kalau dahulu, mereka melaungkan slogan, "Khaibar, khaibar ya yahud, jaisyu Muhammad saufa ya'ud," kini mereka menukarkannya kepada slogan baru, "Khaibar, khaibar ya yahud, Mubarak 'aduwwullah! ". Kenapa marah sangat umat Arab kepada pemimpin-pemimpin Arab? Kalaupun pemimpin Arab itu jahat, bukankah Yahudi lebih jahat. Yahudi yang bunuh umat Islam Palestin. Yahudi yang rampas tanah orang Islam Palestin. Yahudi yang tabur bom ke atas bumi Gaza.

Orang-orang Arab kata, "Ya, memang Yahudi yang bunuh umat Islam. Memang Yahudi yang hancurkan bumi Gaza. Tetapi mereka tidak akan berani berbuat demikian jika tidak mendapat isyarat daripada pemimpin-pemimpin Arab."

"Ini bukan kali pertama. Dahulu ketika tentera Mesir hampir menang menentang tentera Yahudi (1938) selepas dibantu oleh ahli-ahli gerakan Ikhwanul Muslimin, pemimpin Mesir merasa bimbang. Mereka bimbang kemenangan ini akan membuatkan gerakan Islam jadi kuat dan mengancam kedudukan mereka di tampuk kuasa." "Tentera Mesir dikerah pulang. Orang Ikhwan juga diperintah balik. Bila sampai di Kaherah, mereka ditangkap beramai-ramai dan disiksa di dalam penjara Mesir (bukan penjara Israel). Hasan Al Bana yang mengepalai mujahidin Mesir dibunuh di Syari' Ramsis."

"Hari ini peristiwa yang sama berulang. Hamas mendapat sokongan majoriti rakyat. Pemimpin Mesir dan pemimpin-pemimpin sekular negara-negara Arab sedar bahawa Hamas adalah gerakan Islam. Sedangkan Fatah sekular. Kalau dibiarkan Hamas menang di Palestin, bermakna ideologi sekular pemimpin Arab juga bakal menemui kehancuran. Maka mereka cuba memberi jalan seluasnya kepada Israel untuk menghancurkan Hamas.

" Soviet Union 'balik kampung'
"Biar bumi Palestin hancur. Biar umat Islam habis terbunuh. Demi untuk melihat Hamas tidak lagi berkuasa di Palestin. Inilah pegangan pemimpin-pemimpin Arab." Pandangan majoriti rakyat Arab ini ada benarnya. Umat Islam Palestin tidak mendapat bekalan senjata mahupun makanan dan perubatan dari negara-negara sebangsa dan seagama dengan mereka. Pintu sempadan di tutup. Pada tahun 2002, empat orang pejuang Palestin ditembak mati oleh tentera Jordan (Arab/Islam) di sempadan Palestin-Jordan kerana cuba membawa masuk bantuan dari Jordan ke Palestin. Bukan tentera Israel yang tembak mereka. Tetapi tentera Jordan! Tentera Israel yang berada di sebelah sana hanya memerhatikan dari jauh sambil tersenyum.

Begitu juga dengan sempadan Palestin-Mesir. Ia ditutup rapat sejak sekian lama. Apabila tentera Yahudi undur dari Rafah/Gaza dua tiga tahun lalu, rakyat Palestin cuba meruntuhkan tembuk sempadan. Namun kemudiannya dibina kembali oleh Mesir. Seolah-olah Mesir sengaja mengurung rakyat Palestin untuk diratah oleh Yahudi. Tidak ada apa yang boleh disalurkan ke Palestin menerusi sempadan negara-negara Arab.

Justeru, tidak hairanlah kita melihat di dalam TV bagaimana umat Islam Palestin terpaksa menghadapi serangan kereta kebal Israel dengan hanya melontar batu ke arah mereka. Pejuang-pejuang dari negara umat Islam juga tidak dapat masuk ke Palestin untuk sama-sama berjuang membantu saudara seagama mereka di Palestin. Mereka hanya mampu berdoa dari jauh.

Ingatkah saudara kepada peristiwa di Afghanistan pada tahun 1979. Apabila Soviet Union menceroboh bumi Afghan, umat Islam bangun menentang. Cantiknya, beberapa tahun kemudian, Pakistan yang dipimpin oleh Jeneral Zia ul Haq membuka pintu sempadan. Peluang ini lantas direbut oleh umat Islam dari pelbagai negara untuk pergi ke Afghanistan, dengan membawa bantuan kewangan, senjata, makanan dan sebagainya bagi membantu umat islam Afghan. Muncullah nama-nama pejuang seperti Dr Abdullah Azam (dari Palestin), Syeikh Tamim Al Adnani, Syeikh Usamah bin Laden (dari Arab Saudi), Dr Abd Majid Zandani (dari Yaman), Aiman Az Zawahiri (dari Mesir) dan lain-lain pejuang yang sangat dikagumi oleh rakyat Afghan. Hasilnya, Soviet Union bukan sahaja terpaksa balik kampung dengan sungguh menghinakan, bahkan kerajaan negara berkenaan tumbang tanpa perlu mujahidin menyerang. Mereka kalah di Kabul, mereka tumbang di Moskow. Dengan kemenangan itu juga, satu demi satu negara jajahan mengisytiharkan diri keluar dari kesatuan USSR. Yang tinggal hanya Russia sahaja.

Penulis berpandangan, andai kata sempadan Palestin dengan negara-negara Arab (Mesir, Jordan, Lubnan dan Syria) dibuka, insya Allah bukan sahaja Israel yang akan kalah. Bahkan Amerika Syarikat juga akan hancur. Barak Obama akan menjadi presiden terakhir Amerika, atau mungkin tidak sempat ditabalkan menjadi presiden. - azm _

Tuesday, January 06, 2009

QUNUT NAZILAH

0 comments
Kita hanya mampu berdoa, dan terus berdoa utk sahabat2 Palestin dan HAMAS... mg2 Allah menerima doa2 kita.. Hancurkan tentera2 Yahudi yang memerangi umat Islam Palestin dan pejuang2nya.. mg2 Allah menghancurkan mereka sehancur2nya dan menurunkan bantuanNya dari langit..ameen..
Berikut pula adalah kupasan berkaitan dalil Doa Qunut (Nazilah),Hadis daripada Ibnu Abbas RA:
Ertinya: Rasulullah berqunut sebulan terus menerus dalam solat zuhur, asar, magrib, isyak dan subuh di akhir tiap-tiap kali solat apabila ia berkata "sami'allahu liman hamidah" dari rakaat akhir, beliau mendoakan kehancuran ke atas penduduk kabilah bani salim, kabilah ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah dan orang-orang yg dibelakang mengaminkannya.(Diriwayatkan oleh Abu Daud & Imam Ahmad)
Rasulullah berbuat demikian kerana kabilah-kabilah tersebut mengaku memeluk islam dan meminta kpd Rasul SAW supaya menghantar kepada mereka guru-guru yang akan mengajar mereka. Rasulullah SAW lalu menghantar 70 orang guru tetapi mereka membunuhnya maka oleh kerana itulah Rasulullah SAW berqunut nazilah. Abu hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah apabila hendak berdoa untuk kehancuran seseorang atau untuk kebaikan seseorang, beliau akan berqunut selepas rukuk.Daripada hadis di atas juga bacaan doa Qunut sebenarnya tidak dihadkan kepada ketika solat subuh sahaja, sebagaimana hadis yang berikut:Ertinya: "Bahawasanya Nabi SAW tidak berqunut di dalam solat subuh melainkan apabila ia mendoakan kebaikan kpd satu kaum ataupun kehancuran satu kaum. (Diriwayatkan oleh Ibnu hibban, dan Ibnu Khuzaimah)
Imam asy-Syaukani pula mengatakan supaya jangan dikhususkan qunut itu di dalam satu solat sahaja tanpa dilakukan di dalam solat-solat (fardhu) yang lain."Adalah Rasulullah SAW tidak berqunut melainkan apabila beliau berdoa untukk kebaikan seseorangg atau mendoakan kehancuran seseorang.(Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban daripada Abu Hurairah)
sumber : fiqh-sunnah.blogspot

QUNUT NAZILAH
Qunut is a recitation of doa in facing difficult times and situation and to ask Allah's protection from any peril.

WAYS TO PERFORM QUNUT NAZILAH
Qunut Nazilah can be done in every obligatory solat: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak and Subuh. It is recited after ruku' while in the position of I'tidal after reciting:
سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ، رَبَّناَ وَلَكَ الْحَمْدُ
There are 3 ways that an Imam can recite this doa

1. Recite the Qunut for Subuh prayers only.

2. Recite the Qunut Nazilah only. (see attachment)

3. Recite the qunut for Subuh first and continue with the qunut nazilah.

Important Reminder:
· Imam who does not memorized the nazilah prayers, they can recite the qunut as in Subuh prayers and the nazilah prayers can be read after solat.

· Imam should remind his jemaah that qunut nazilah will be recited during the prayers and the ways of performing it.
Prepared by
Office Of the Mufti
Majlis Ugama Islam Singapura


Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam.
Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin.
Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.
Ya Allah ! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam).
Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq,
Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka.
Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.
Wahai Tuhan yang maha gagah,
Wahai Tuhan yang maha keras,
Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!
Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran),
tuhan yang menggerakan langit,
tuhan yang mengalahkan tentera ahzab,
kalahkan kuffar, kalahkan yahudi,
kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka,
dan tolonglah kami atas mereka.
Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah,
kami mengadu kelemahan kami.
Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.
Ya Allah! Rezkikan kepada kami Syahid di jalan kamu.
Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik,
dan selamatkan kami dari Azab neraka.

JOM KITA BOIKOTT!!!!!

0 comments
BOIKOT !!!
PPIM keluarkan 150 senarai produk ‘boikot’

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersetuju dengan cadangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar memboikot produk keluaran Amerika Syarikat (AS) dan syarikat Yahudi yang mendalangi kekejaman rejim Israel ke atas rakyat Palestin.
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Ma’amor Osman berkata, langkah tersebut wajar memandangkan kita telah berkali-kali mendesak supaya Israel menghormati prinsip dan kedaulatan sesebuah negara dengan tidak bersikap primitif dan kebinatangan. http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html
Mengikut maklumat produk-produk ini adalah milik/penyokong Yahudi.
Jika anda ada sebarang maklumat atau pertanyaan sila hubungi PPIM di Hotline :
019- 3591000

Murottal al-Quran