Photobucket

Zikrayaat

Tuesday, August 26, 2008

Doa Ramadha Malaikit Jibril. Benarkah ia wujud?

0 comments

Setiap kali Ramadhan semakin menjelang, pastinya saya akan menerima mesej yang difowardkan melalui yahoo mesengger tentang sebuah hadis berkaitan doa Jibril dan diaminkan oleh Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam serta para Sahabat. Hadis tersebut berbunyi:
Malaikat jibril Menjelang Ramadhan “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.” Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak3 kali.

Saya sudah berusaha sedaya mampu saya mencarinya di dalam kitab-kitab hadis namun tidak saya temui. Malah kitab-kitab fiqh juga tidak membahaskan mengenai perlunya meminta maaf sebelum masuknya bulan Ramadhan bagi mengelakkan diabaikan puasa kita oleh Allah Subhana wa Ta’ala. Kebanyakkan yang menyebarkan hadis itu sendiri tidak sedar bahawa tidak semua hadis itu sahih (authentic) hanya sekiranya ia menyatakan “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda” atau “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan itu dan ini”.
Untuk lebih memahami hal berkaitan hadis dan larangan menyebarkan hadis yang tidak sahih atau diragui kesahihannya oleh penyebar, sila rujuk tulisan saya yang bertajuk Berdusta Ke Atas Rasulullah.

Saya tidak berani meletakkan darjat hadis tersebut (samada sahih, hasan, dhaif atau palsu) kerana biarlah mereka yang lebih alim dalam bidang hadis melakukannya. Cuma yang boleh saya katakan, saya (dan beberapa orang yang turut pernah menyemaknya) tidak menemui sebarang tanda yang boleh membawa kita menilai darjatnya. Sesiapa yang menyatakan ia sahih, sila kemukakan hujah dan bukti dan sampaikan pada saya agar saya boleh mendapat manfaat ilmu itu.
قُلْ هَاتُواْ بُرْهَانَكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
Katakanlah: Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar.
[al-Baqarah 2:111]
Adapun terdapat hadis yang mirip dengan hadis yang difowardkan itu. Hadisnya adalah seperti berikut. Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu’anhuma:
أن النبي صلى الله عليه وسلم رَقَى المِنبر فَلما رَقَى الدَّرجة الأُولى قال : ( آمِين ) ثُم رَقى الثَانية فَقال : ( آمِينَ ) ثُم رَقى الثَالثة فَقال : ( آمِينَ ) فقالوا : يا رسول الله سَمعنَاك تَقولُ : ( آمينَ ) ثَلاث مَرات ؟ قال : ( لَما رَقيتُ الدَّرجةَ الأُولى جَاءِني جِبريلُ صلى الله عليه وسلم فَقال : شَقي عَبدٌ أَدركَ رمضانَ فانسَلخَ مِنهُ ولَم يُغفَر لَه فَقلتُ : آمِينَ ، ثُم قَال شَقي عَبدٌ أَدرك والدَيهِ أَو أَحدَهُما فَلم يُدخِلاهُ الجنَّةَ . فَقلتُ : آمينَ . ثُم قَال شَقي عَبدٌ ذُكرتَ عِندهُ ولَم يُصلِ عَليك . فَقلتُ : آمينَ )
Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”.
Para sahabat bertanya.”Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’ “. Kemudian Jibril berkata lagi.’Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’.” [Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad dan dinilai Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad – no: 644]

Ianya seakan-akan sama tetapi matan (isi kandungan) hadis tersebut nyata berbeza dan hadis ini sememangnya masyhur di dalam kitab-kitab yang membicarakan tentang Ramadhan. Namun kini nampaknya hadis yang tidak diketahui sahih ataupun tidak itu pula telah menjadi lebih terkenal. Saya menulis bukan untuk membahaskan darjat hadis tersebut di sini tetapi fokus saya adalah berharap agar pembaca dalam membetulkan sikap dalam berinteraksi dengan hadis terutama yang kita tidak tahu sumbernya.


SIKAP KITA VS SIKAP PARA SAHABAT BERINTERAKSI DENGAN HADIS
Para Sahabat sekalipun pernah hidup di zaman Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam, mereka tidak mengamalkan sikap bermudah-mudahan dalam mennyampaikan hadis selepas kewafatan baginda. Mereka sangat teliti dan berhati-hati. Berbeza sekali dengan kita pada hari ini, dengar sahaja “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda” atau “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan itu dan ini” terus kita sebarkan siap berserta emoticon senyuman tanpa teliti dan berhati-hati. Mari kita lihat satu contoh sikap berhati-hati para Sahabat apabila berinteraksi dengan hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.

Daripada Abu Sa’id al-Khudri, dia berkata: Aku (Sa’id al-Khudri) sedang menghadiri majlis yang diadakan oleh kaum Ansar, kemudian Abu Musa datang mendekatiku, dia berkata:
Aku (Abu Musa) telah mengucapkan salam tiga kali di hadapan pintu rumah Umar namun tidak mendapati jawapan, lalu aku pun pulang, kemudian aku ditanya orang: “Mengapa engkau pulang?” Aku telah mengucapkan salam tiga kali namun tidak mendapati jawapan, oleh sebab itu aku harus pulang, sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
إذا استأذن أحدكم ثلاثاً فلم يؤذن له فليرجع
“Apabila kamu mengucapkan salam sebanyak tiga kali dan tidak mendapat jawapan maka hendaklah kamu pulang”

Abu Sa’id berkata: Demi Allah engkau telah mengeluarkan satu penjelasan, adakah diantara kamu sekalian yang pernah mendengarkan apa yang telah didengar oleh Abu Musa daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam? Lalu Ubay bin Ka’ab berkata: Demi Allah tidak ada yang turut mendengarnya melainkan orang yang lebih muda diantara kami dan aku adalah orangnya, aku bersamanya semasa itu dan aku juga telah mengkhabarkan kepada Umar bahawa bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda sedemikian. [Sahih al-Bukhari – no: 5891]

Para Sahabat takut menjadi orang yang banyak meriwayatkan hadis dikhuatiri mereka terjerumus ke dalam kesilapan dan kesalahan, hingga akhirnya membawa mereka untuk berdusta ke atas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, suatu perbuatan yang amat tercela dan mendapat ancaman yang sangat buruk daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. [Manna’ Khalil al-Qathan, Mabahats Ulumul Hadis (Cara Mudah Memahami Ilmu-Ilmu Hadis), ms. 66]
Ancaman yang dimaksudkan itu adalah sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار
Barang siapa yang berdusta atasku (yakni atas namaku) dengan sengaja, maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya (yakni tempat tinggalnya) di neraka. [Sahih Muslim – no: 3]
BERDIAM DIRI LEBIH BAIK
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
كفى بالمرء كذبا أن يحدث بكل ما سمع
Cukup bagi seseorang itu sebagai pendusta dengan menceritakan apa sahaja yang dia dengar. [Sahih Muslim - hadis no: 5]

Sekiranya kita tidak pasti apabila menerima suatu hadis, kita ada tiga pilihan:
[1] Menyelidik dan menyemaknya bagi yang berkemampuan.
[2] Bertanya kepada yang lebih mengetahui terutama mengenai ilmu hadis .
[3] Berdiam diri daripada menyebarkannya sekiranya tidak mampu melakukan kedua-dua perkara diatas sehinggalah telah jelas hujah bahawa ianya sahih dan selamat disebarkan.
Contohilah sahabat yang begitu berhati-hati dalam meriwayatkan hadis kerana khuatir terjerumus dalam ancaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.Ingatlah Firman Allah Subhana wa Ta’ala:
َولاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُول
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. [al-Isra’ 17:36]

Setianya sampai ke mati

0 comments

KALAU hidup nak tidur sebantal, kalau mati nak sekubur berdua. Inilah mungkin harapan yang menjadi taruhan pasangan suami isteri yang tidak pernah jemu menganyam cinta mereka sehingga ke akhir usia.
Begitulah juga luahan hati seorang anak yang begitu prihatin kepada masa depan ayahnya setelah ibu tersayang pergi menghadap Ilahi. Faizi (bukan nama sebenar) saya temui ketika menghadiri satu majlis doa selamat di rumah seorang teman. Dia hadir bersama isterinya, Maria (bukan nama sebenar). Pertemuan saya dengan Faizi diatur oleh tuan rumah yang juga kenalan lama saya. “Saya ingin berkongsi kisah ayah saya bersama pembaca,’’ kata Faizi tenang apabila kami diperkenalkan. Salamnya saya sambut sambil tersenyum.
Setelah bertanya khabar kami memilih untuk berbual di laman rumah yang diterangi lampu neon dan cahaya bulan. Suasana tenang dan nyaman memberi keselesaan kepada Faizi untuk bercerita tanpa gangguan. Sejam saya menjadi pendengar setia tanpa mencelah walau sepatah. Suara, nada dan ekspresi wajah Faizi teramat menyentuh hati. Seketika saya nampak air mata Faizi bergenang, sesekali dia tersenyum dan ada kala termenung panjang sambil mengeluh.
Rumusan yang saya dapat, kisah ayahnya cukup menarik untuk dijadikan contoh kepada pasangan suami isteri dalam menghadapi saat kehilangan pasangan mereka yang pergi tidak akan kembali. Kepada pembaca budiman, inilah kisah yang Faizi ceritakan kepada saya. Semoga kita semua mendapat iktibar daripadanya.
“Ibu saya meninggal dunia dua tahun lalu kerana kanser payu dara setelah setahun menderita. Sejak itu ayah tinggal seorang diri kerana kami tiga beradik menetap di Kuala Lumpur.
“Ketika hayat ibu, ayah menjadi kekuatannya. Siang malam, tidak kira waktu ayah menjadi teman setia ibu, ke mana pergi pasti berdua dalam susah atau senang.
“Sehinggalah ibu terlantar dan tidak boleh berjalan. Makan minum, ganti pakaian dan mandi bedak ibu, ayah yang uruskan.
“Ketika ibu menghembuskan nafas terakhir dia berada dalam pangkuan ayah. Hibanya saat itu! Tiada air mata ayah yang mengalir tetapi saya dan adik-adik dapat melihat rasa sedih yang terpancar pada wajahnya.
“Seminggu ayah termenung, tidak makan dan tidak bertegur sapa dengan kami kecuali perlu. Saya sendiri menjadi takut bimbang ayah akan merana.
“Namun keimanan ayah menebus semua itu. Dalam seminggu ayah kembali pulih. Namun rutin hidup ayah berubah. Sejak hari pertama ibu meninggal setiap pagi selepas subuh ayah akan ke kubur, begitulah seterusnya sehingga genap 100 hari.
“Pada malam kami membuat kenduri arwah 100 hari, saya melihat ayah menangis... berlinangan air matanya mengalir ke pipi. Mungkin arwah ibu makin lama makin jauh. Saya tahu ayah rindukan ibu.
“Sejak itu, setiap Jumaat ayah ke kubur ibu. Di situ dia menghabiskan masa bersedekah Yasin dan al-Fatihah. Kehidupan ayah merunsingkan kami tiga beradik. Pujukan kami supaya ayah bergilir-gilir tinggal di rumah kami ditolaknya.
“Januari lalu, ketika kami bertiga bercuti untuk pulang ke kampung mengadakan kenduri arwah ibu, kami lihat perubahan pada wajah ayah.
Nampak ceria dan gembira.
“Saya mula syak sesuatu.... dan yang bermain di fikiran saya ketika itu adalah ayah akan bernikah lagi. Lalu saya bisikkan kepada isteri, dia menafikannya. Dua adik saya juga tidak percaya apa yang bermain di fikiran saya.
Saya tahu mereka tidak mahu ada orang lain mengganti tempat ibu.
“Selesai kenduri, kami duduk berbual dengan ayah. Harapan saya dan adik-adik, biar ayah berterus terang jika benar dia ingin kahwin lagi. Tapi hampa. Kami pulang tanpa sebarang kejutan daripada ayah.
“Dua minggu kemudian abang ayah, pak long menelefon suruh kami bertiga pulang, ada kenduri katanya. Kami tidak syak apa-apa dan akur dengan permintaan pak long. Tapi hati saya berdebar-debar macam ada yang tidak kena.
“Sampai di kampung kendurinya di rumah kami, bukan rumah pak long. Pada malam itu, barulah terungkai segala perkara, ayah jadi pengantin buat kali kedua dan selamat diijabkabulkan. Dia sengaja tidak mahu beritahu sebab calon ibu kami yang baru sangat kami kenal, kawan baik arwah ibu ketika sama-sama menjadi guru dulu. Tidak sangka pula jodoh ayah ke situ.
“Kami tiga beradik tidak membantah, tidak juga kecil hati sebab kami yakin ayah tahu apa yang terbaik untuk dirinya.
“Pernikahan ayah berjalan lancar dalam suasana sederhana. Kami semua menangis dan memeluk ayah sebaik dia selamat diijabkabulkan dengan Makcik Zu.
“Sungguh sayu hati saya. Ayah tidak berkata walau sepatah.
Ketika kami bersalaman dengan Makcik Zu terasa macam bersalam dengan arwah
ibu...
“Begitu juga dengan anak-anaknya. Kami berpelukan tanda menjadi sebuah keluarga yang inginkan kebahagiaan buat ibu bapa masing-masing sehingga ke akhir hayat.
“Malam itu saya melihat ayah tersenyum manis. Sudah hampir setahun saya tidak melihat ayah tersenyum. Esoknya jika sebelum ini, saya melihat ayah bersama arwah ibu di meja makan, kali ini Makcik Zu yang menemaninya. Mereka kelihatan gembira menjamah kuih dan kopi O kegemaran ayah.
“Sebaik selesai minum ayah mengajak kami semua ke kubur. Di sana, keluarga Makcik Zu juga ada. Ayah membaca doa dan bersedekah yasin dalam suasana cukup syahdu. Saya menangis, begitu juga adik-adik.. terasa rindu yang amat sangat pada ibu. Tapi ayah nampak tenang. “Selesai bersedekah al-Fatihah dan berdoa, ayah mengajak kami ke satu pusara lebih kurang 50 meter daripada kubur ibu. Kami mengikut, begitu juga Makcik Zu dan anak-anaknya.
Kerana tidak tahu kubur siapa, saya bertanya ayah, “ini kubur arwah suami Makcik
Zu, sahabat baik ayah” ringkas jawapan ayah.
“Hati saya semakin sebak. Betapa dua insan yang telah dipertemukan jodoh ini menyimpan kisah yang cukup unik dalam hidup mereka.
“Tidak seorang pun di antara kami tahu kisah ini. Kali ini saya lihat anak-anak Makcik Zu pula menangis.
“Saat itu saya dan adik-adik tidak dapat mengawal perasaan apabila ayah berkata inilah tempat yang menemukan jodohnya dengan Makcik Zu. Dan kata ayah, inilah juga tempat yang akan menjadi kunjungan tetap mereka sehingga maut datang menjemput.
“Rupanya, di situlah ayah sering berjumpa Makcik Zu setiap hari Jumaat sebab Makcik Zu juga datang menziarah kubur arwah suaminya yang juga kawan baik baik ayah.
“Sejak hari itu saya dan adik-adik tidak lagi bimbang tentang ayah. Tuhan telah menemukan dia dengan seorang wanita yang memahami jiwanya.
“Saya seronok melihat mereka saling mengambil berat antara satu sama lain, ke masjid bersama, ke pasar, kenduri kendara malah kedua-duanya sangat peramah, sayangkan anak cucu dan amat penyayang.
“Dan yang paling saya kagum, kesetiaan kedua-duanya menziarah pusara arwah pasangan hidup masing-masing yang telah kembali ke rahmatullah setiap hari Jumaat tanpa jemu.
“Setiap kali melihat ayah dan Makcik Zu saya sebak. Sedih, sayu, hiba bertukar ganti. Saya merasakan Makcik Zu seperti ibu kandung saya sendiri.
“Terima kasih Ya Allah...kerana memberi kebahagiaan ini untuk ayah dan kami semua. Terima kasih kerana menggantikan seorang wanita yang begitu tinggi martabatnya kepada ayah kami. Berilah mereka berdua kesejahteraan hidup didunia dan akhirat,’’ doa Faizi dengan air mata bergenang sambil menamatkan ceritanya.
Sejam berlalu begitu cepat. Terlalu pantas kisah yang Faizi cerita ditamatkan. Saya amat kagum dengan kesetiaan yang ditunjukkan ayah Faizi dan ibu barunya Makcik Zu. Berapa kerat di antara pasangan yang kehilangan teman hidup yang bercerai mati sanggup berbuat demikian? Mengenangkan ini saya tersenyum. Agaknya boleh dikira dengan jari. Tapi tidak dinafi ada yang bertahan sehingga ke hujung nyawa malah ada yang tanah kubur masih merah sudah merisik mencari pengganti. Apa pun itu hak peribadi seseorang.
Bagi saya kisah ini perlu dijadikan teladan oleh masyarakat sekarang dalam memperkatakan tentang ketelusan cinta dan kasih sayang dalam sebuah ikatan perkahwinan. Berjanji, berikrar tapi tidak menunaikannya tidak membawa apa-apa makna melainkan jika diselitkan dengan rasa tanggungjawab untuk saling bertolak ansur dan bersusah payah bersama dalam apa juga keadaan selagi ada ikatan suami isteri.
Saya percaya ayah Faizi dan ibu barunya mempunyai pemikiran yang sama - menerima takdir yang menemukan jodoh mereka tanpa melupakan kenangan silam yang kekal terpahat dalam minda. Sesungguhnya itu semua kerja Tuhan - ikatan persahabatan yang terjalin antara mereka semasa pasangan masing-masing masih hidup menjadi tonggak kepada pertemuan dan jodoh yang Allah tentukan. Semoga Allah panjangkan usia, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik untuk mereka menjalani kehidupan bahagia ini hingga ke akhir hayat. Insya-Allah. Istimewa buat kaum wanita khasnya isteri, pesanan telus daripada saya: jadilah wanita yang lebih lembut daripada angin yang berhembus. Salam

Monday, August 25, 2008

Apakah Aku Layak Jadi Isteri Solehah?

0 comments




Dia seorang wanita yang dikenali seorang yang kuat kuat ibadah, malah hati dan cintanya hanya untuk Allah S.W.T. pun masih meragui apakah dia mampu menjalankan tugas sebagai isteri yang beriman dan taat.
Kisah ini dinukilkan untuk bahan renungan kita bersama.
Mudah-mudahan ianya menjadi pengajaran dan keinsafan kepada kita semua.
Diceritakan ketika matinya suami seorang waliyah bernama Al Bashriyyah, maka Hassan Al Basri serta teman-temannya minta izin untuk masuk ke rumahnya. Beliau mengizinkan mereka masuk dan beliau menjatuhkan tabir rumahnya lalu duduk di belakang tabir.
Kemudian Hassan Basri dan teman-temannya berkata ; “Sesungguhnya suamimu telah meninggal dunia, maka pilihlah dari para zahid ini (pembenci dunia) siapa yang kamu kehendaki.”
Rabiah berkata ; “Ya, aku terima dengan senang hati dan penuh pernghargaan, tapi aku mahu bertanya kepada kamu sekalian, siapakah yang paling pandai di antara sekalian hingga aku akan mengahwininya?” Mereka berkata ; “Hassan Basri.” Kemudian Rabiah ; “Kalau engkau dapat memberi jawapan kepadaku mengenai empat pertanyaan, maka aku bersedia menjadi isterimu.”
Hassan Basri berkata ; “Tanyalah kepadaku, kalau Allah memberi pertolongan kepadaku untuk boleh menjawabnya, aku berikan jawapan pada pertanyaanmua.”
Kemudian Rabiah berkata ; “Bagaimana jawapanmu kalau aku mati, aku keluar dari alam dunia dalam keadaan Muslim atau kafir?” Hassan Basri menjawab ; “Ini adalah barang yang samar (tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah).”
Rabiah berkata lagi ; “Bagaimana jawapanmu ketika aku diletakkan di tempat perkuburanku dan aku ditanya oleh malaikat Munkar dan Nakir apakah aku boleh menjawab pertanyaan mereka berdua atau tidak?” Hassan Basri menjawab ; “Ini juga barang samar.” Kemudian Rabiah berkata lagi ; “Tatkala manusia dibangkitkan pada Hari Qiamat dan bertebaran catatan-catatan amala manusia, lantassebahagian mereka diberikan catatan amal dengan tangan kanannya dan sebahagian mereka diberi catatan amal dengan tangan kirinya. Apakah aku diberi catatan amalku dengan tangan kananku atau tangan kiriku?”
Lalu Hassan Basri menjawab ; “Ini juga barang samar.”
Kemudian Rabiah bertanya lagi ; “Tatkala diundang pada Hari Qiamat, sebahagian masuk ke Syurga dan sebahagian masuk ke Nereka, apakah aku termasuk ahli Syurga atau ahli Neraka?”
Hassan Basri menjawab ; “Ini juga barang samar.”
Lalu Rabiah berkata ; “Apakah seorang yang khuatir memikirkan tentang empat perkara ini (lebih baik) mempunyai suami atau mengosongkan diri dari suami?”
Lihatlah kepada wanita ini, ia seorang ahli ibadah serta pembenci dunia. Bagaimana beliau khuatir akan akhir hidupnya. Tidak ada kekhuatiran ini, kecuali kerana kejernihan hatinya dari kekotoran dan meresap ilmunya.
Seorang isteri yang solehah ialah jika melakukan satu dosa kepada suaminya, maka ia akan menyesal ketika itu juga. Dan demi mengharapkan keredhaan suaminya, dia menangis sampai beberapa hari kerana takutkan seksaan Allah dan dia berkata kepada suaminya, jika dia melihat suaminya bersedih hati : “Kalau kesedihanmu kerana urusan Akhirat, maka berbahagialah bagimu, dan kalau kesedihanmu kerana urusan dunia, maka sesungguhnya aku tidak memaksamu untuk melakukan apa yang kamu tidak mampu.”

Saturday, August 23, 2008

Nasihat Kehidupan

0 comments

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita.
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.


2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf
apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.


5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.


7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%


9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.


10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup
yang setia mendampingi kita semasa menderita


12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri
tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab
apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut,
tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik
adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,
kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....


15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun
yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua,
yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.


16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum,
cukuplah suami, isteri sebagai ubat.


17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Majlis Perpisahan... mengimbau kenangan bersama.. part 1

0 comments
Semalam 20/8/08.. genaplah 3 thn 6 bln pelajar2 Kemboja meneruskan kembara ilmu di bumi Dar al-Hikmah ini... apabila dikenang semula sejarahnya... ya Allah.. menitis juga air mata ini.. mana taknya mengenangkan susah payah yang dihadapi oleh mereka demi meneruskan perjuangan menuntut ilmu .... biarpun terpisah beribu batu.. namun misi melahirkan ilmuwan ulu'l Albab tetap diteruskan jua...

mereka pada awalnya seramai 17 org... cuba revise semula nama2 pelajar2 terebut... hafiz,ash'ari,muaz,rasat,salim,mat zein,ali,faizin,razak,khairiah,salima, aishah,mary,maryam,sry ah,ummi,shakira... hmm.. sewaktu mendapat amanah dr CEO kolej dar al-Hikmah untuk mendidik dan mentarbiyah pelajar2 ini... Ya Allah mampukah saya??? seawal menyambut ketibaan mereka di KLIA... Aduh.. besar2 dah budak2 ni... tapi.. bila saya sapa... Allahu akbar... tak faham cakap Melayu... Alhamdulillah sebahagian pelajar lelaki boleh bercakap arab... jadi setiap arahan saya sampaikan pada pelajar lelaki.. kemudian diterjemahkan ke bahasa khmer.. hinggalah mereka faham... ketika itu saya belum berumahtangga lagi...belum lagi menyambung pengajian master.. jadi banyak masa diluangkan bersama mereka... bersambung episod akan datang..

Friday, August 15, 2008

KURMA YAHUDI

0 comments



Berhati-hati : Kurma madu Jordan - "Jordan River"




Assalamu'alaikum wbt semua ...Berhati-hati jika membeli buah kurma dari Jordan....
buah kurma madu yang bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordantetapi dihasilkan dari negara Israel..dan diimpot serta dikotakkan di Singapura tapi diedarkan di Malaysia.Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yangbersempadan dengan negara Palestin. Ia dimiliki oleh seorang Yahudiyang kaya... dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi dalam memperkukuhkan bangsa mereka dari segi ekonomi dan ketenteraan.Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura tetapi tidak disiarkan di Malaysia. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini... kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi laknatullah ini. Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun,walaupun dari segi ekonominya!

Wednesday, August 13, 2008

Penanda Aras Amalan terbaik Pendidika ABIM

0 comments

Ulasan ucaptama Dato Dr.Siddiq Fadzil di Seminar Pakar Ke Arah Penanda Aras Amalan Terbaik Pendidikan ABIM

Dato Dr.Siddiq fadzil menyentuh berkenaan konsep pendidikan alternatif justifikasi dan aplikasi.Saya agak tertarik dengan kupasannya berkenaan pendidikan alternatif ini.’Sekali pendidik, pendidiklah selamanya’ itulah ungkapannya yang memberi maksud secara mudah tiada istilah‘ bekas atau mantan pendidik’.Beliau menyentuh peranan pendidik dalam ‘operasi penyedaran masyarakat’.Selain itu beliau berbicara tentang tokoh-tokoh yang banyak menekankan soal pendidikan seperti Syed Mohamad naquib Al-Attas,Mohamad Qutb,Kurshid Ahmad,Syed Hussein Nasr,Ismail Faruqi dan tokoh-tokoh Barat.Masyarakat menurut beliau ghairah mencari alternatif dan apa yang penting dan perlu diberi perhatian oleh gerakan Islam ialah penawaran formula alternatif terutamanya berkenaan persoalan keilmuan,keintelektualan juga pembukuan.Beliau menyelar dan mengkritik sistem pendidikan hari ini merujuk kepada apa yang berlaku di Malaysia dan Indonesia yang diungkapkan beliau sebagai ‘pendidikan yang dimiskinkan’,dan tidak melahirkan pelajar yang berjiwa merdeka bahkan menghadapi pembelengguan jiwa.Sistem pendidikan hari ini mengikut beliau banyak bersifat brainwashing daripada tujuan sebenar iaitu educating.Kuliah mengikut beliau sudah menjadi kuli-ah!(kuli).’Industri ‘pendidikan akhirnya melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran yang seragam@pemikiran di’pabrik’kan(pabrik=kilang) umpama ‘produk kilang’.Beliau juga menekankan persoalan penting ‘memanusiakan manusia’Dato Dr.Siddiq fadzil juga menyentuh isu sastera dan kecewa dengan sikap sesetengah pihak atasan yang tidak mengambil berat persoalan sastera dan bagi beliau ‘dengan sastera menjadi manusia’.‘Generasi yang cemas dan tegang memanjang’.Inilah yang disifatkan beliau tentang kebanyakan manusia generasi kini .’Meninggalnya tenang hidupnya tegang’.Beliau juga menekankan persoalan betapa pentingnya sistem pendidikan hari ini bukan sahaja membina semangat daya saing dikalangan pelajar tetapi membina semangat berkerjasama dan bagi beliau tidak semua keadaan kita perlu bersaing kerana adakalanya kita juga perlu bekerjasama.Analogi yang beliau bawa cukup tepat bagaimana 5 jari yang tidak berebut fungsi masing-masing.Cuba bayangkan kalau kelima-lima jari saling bersaing berebut fungsi?Beliau juga menyentuh ‘budaya bisu’ yang sebenarnya mampu merencatkan usaha dakwah ‘amar makruf nahi mungkar’.Mencintai ilmu menghargai kebenaran dan berbahagia apabila memiliki kebenaran.Inilah sifat yang perlu ada dalam diri pelajar.Dato Dr.Siddiq fadzil membawa contoh dari al-Quran tentang tukang sihir Firaun yang akhirnya tunduk kepada kebenaran.Beliau juga mengupas dengan baik surah Luqman yang bagi beliau merupakan satu khazanah yang perlu diolah dalam merangka sesuatu modul pendidikan.Antara intipati penting surah Luqman(yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu-nasihat Luqman kepada anaknya)ialah persoalam tauhid dan implikasinya yang menurut Dato Dr.Siddiq fadzil melahirkan ‘jiwa merdeka pengabdi Ilahi’,kebaktian kepada orang tua,penghayatan ibadah dan hidup positif,pendirian berasaskan ilmu,dan pendidikan berasaskan kasih sayang.Bagi beliau ‘tiada ampun buat guru yang tidak mengasihi anak muridnya.Selain itu beliau turut berbicara tentang rendahnya semangat infaq dikalangan generasi kini yang lebih gemar budaya ‘claim’.Pada pandangan beliau semangat infaq itu sendiri melambangkan komitmen seseorang dalam berjuang.Beliau juga menyentuh tentang pemerkasaan institusi kerakyatan.Bicara beliau berakhir dengan menekankan tentang pentingnya membangunkan apa yang dipanggil ‘sistem pendidikan al-hikmah’ dan beliau mengakhiri ucaptama beliau dengan kalimah ‘jujurlah kepada istilah’.

Melahirkan golongan ilmuwan ulu'l albab

0 comments
Persoalan utama ialah kenapa baru-baru ini timbul perbincangan ini? Banyak isu yang telah meletihkan tetapi diperlukan untuk pembangunan negara.

Malaysia, sebuah negara yang baru merdeka 50 tahun, sama seperti Ghana, banyak perkara yang perlu dilakukan untuk melihat sebuah negara yang gemilang. Pelbagai dasar diperkenalkan sejak 31 Ogos 1957 sehingga kini seperti Dasar Ekonomi Baru dan Wawasan 2020 melonjakkan negara ke tahap mengecapi nikmat kemerdekaan pada hari ini.Merdeka, saat lonjakan terbaik telah memberikan kesempatan untuk bangsa Malaysia bergerak ke hadapan.

Melihat sirah Rasulullah saw ketika berusia 25 tahun, baginda berkahwin dengan Khadirah r.a, seorang janda yang kaya dan telah berkahwin sebanyak dua kali. Beliau tertarik dengan keperibadian Rasulullah saw yang sangat jujur dan amanah. Tugas menjadi peniaga yang berulang-alik dari Mekah dan Syam memberi ruang kepada Khadijah r.a melihat dan menilai peribadi baginda saw sebagai seorang yang matang walaupun berusia 25 tahun. Kematangan usia tidak dapat dibandingkan dengan kematangan akal kerana terdapat juga datuk yang berusia 70 tahun masih cuba merogol cucu yang berusia 8 tahun. Justeru, tahap kematangan boleh dianggap sebagai satu anugerah dan boleh juga dianggap bala.Seorang pemimpin, walaupun umurnya 60 tahun tetapi perancangannya menjangkau 100 tahun. Oleh itu, Wawasan 2020 adalah perancangan masa depan kerana kematangan seorang pemimpin.

Slogan cemerlang, gemilang dan terbilang adalah nilai ketinggian perancangan masa depan.Pemimpin perlu berfikir apa yang hendak dilakukan dalam jangka masa panjang dan kebaikannya kepada masyarakat dan negara. Contohnya, pembukaan jalan raya yang berkualiti dapat membantu meningkatkan pergerakan kenderaan. Lebuhraya Utara-Selatan telah menggerakkan ekonomi Malaysia dalam masa 20 tahun sahaja hasil kematangan berfikir pemimpin. Malah kematangan pemimpin tidak perlu banyak soal kerana orang yang matang adalah tegas, bijak dan berbeza.

Proses membentuk kelompok ulul albab bukannya singkat malah mengambil masa. Mewujudkan ulul albab berhadapan dengan pelbagai cabaran kerana terlalu banyak isu yang perlu dirungkai khususnya umat Islam di Malaysia. Halangan terbesar ialah kejahilan dan kemiskinan kerana dua unsur ini menyebabkan negara mundur 20 atau 30 tahun ke belakang.Survival bangsa perlu juga difikirkan selain daripada Islam. Disebabkan Islam terletak pada bangsa Melayu, kekuatan Islam terletak pada kekuatan bangsa Melayu. Kuat Melayu, kuatlah Islam. Begitu juga Arab. Lemah Arab, lemahlah Islam. Kalau Melayu tidak dibangunkan, Islam juga akan jauh ditinggalkan. Ambil contoh mudah iaitu ekonomi. Pada tahun 60-an hingga 70-an, ramai orang Melayu telah pergi melanjutkan pelajaran di luar negara kerana dihantar oleh kerajaan, jarang benar ada yang boleh pergi sendiri. Semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.Apabila ditanya kenapa masyarakat Malaysia disediakan kouta untuk belajar, kita harus melihat daripada sudut yang positif. Malaysia tidak dapat menghapuskan sistem ini kerana orang Melayu masih jauh ketinggalan.

Nilai yang ada pada bangsa yang survival adalah melaksanakan semua aspek positif. Pelaksanaan nilai-nilai melalui penerapan nilai-nilai Islam memudahkan urusan masyarakat Melayu untuk membangun.Prasayarat menjadi umat yang dihormati ialah menghapuskan tiga perkara iaitu hapuskan kejahilan, hapuskan kemiskinan dan hapuskan penyakit. Ketiga-tiga perkara ini memerlukan metodologi yang pelbagai dan perlu difikirkan sebaik-baiknya. Dalam usaha ini, banyak pulalah halangan yang bakal dihadapi.Bagaimana pula hendak menghapuskan secara langsung dan berkekalan halangan-halangan ini? Lihat pada semua aspek. Bina kekuatan. Tinggi ilmu, pendapatan akan meningkat, pengeluaran akan bertambah. Kesihatan bertambah baik kerana kesedaran masyarakat semakin tinggi. Perubahan hanya akan boleh berlaku jika ada pendidikan. Ketika Baghdad menjadi kota ilmu dan pusat rujukan kepada seluruh dunia, khalifah telah membina perpustakaan yang menjadi rujukan dalam pelbagai bidang ilmu. Kota Baghdad dikenali kerana kehebatan ilmunya.

Finland menjadi negara pengeluar telefon bimbit terkenal di dunia kerana disiplin ilmu yang diperkenalkan di sekolah. Umat Islam tidak pernah berbangga dengan pencapaian mereka dalam era moden kerana jahil dan bergaduh sesama sendiri. Apakah kita masih boleh mengharapkan negara-negara Arab yang kaya-raya untuk menyatupadukan umat Islam di seluruh dunia?Malaysia yang dipimpin dan digerakkan oleh kematangan berfikir, mesti melahirkan lebih ramai teknokrat, korporat dan saintis supaya sumpahan kemunduran tidak akan menjadi kenyataan. Panduan untuk mencapai kejayaan, kecemerlangan dan kegemilangan bukannya metafora dan fatamorgana, sebaliknya adalah sains yang boleh dibuktikan. Justeru, ulul albab adalah matlamat penting yang mesti dicapai oleh setiap orang daripada kita.

Pesan ayahanda presiden Kolej Dar al-Hikmah

0 comments
Sepetang di KDH.. teringat pesan ayahanda presiden Dato' Dr. Siddiq Fadzil... yang mana pesanan beliau ini sering saja saya jadikan bekalan untuk menongkah kehidupan yang penuh mehnah dan tribulasi ini..

Petang ini, sempena perhimpunan bulanan... pesannya pada semua anak didik saya menjelang peperiksaan akhir semester minggu hadapan... berkenaan ciri-ciri pemimpin... ayahanda berpesan... pemimpin mestilah seorang yang cintakan ilmu (محبا للعلم)... Kerana seorang pencinta itu akan dapat kekuatan untuk buat segalanya... kerana dirinya dipenuhi dgn apa yg dicintai... seperti org yang bercinta... siang malam pasti terkenangkan yang dicintainya... hinggakan tidak dapat tidur siang dan malam...

pencinta ilmu juga akan ada dedikasi yang tinggi.. hingga sanggup setia sehidup semati...
pencinta ilmu juga punya darjah dan tingkat ketekunan yang luar biasa.... dengan ketekunan inilah Allah bukakan pintu-pintu ilmu, ma'rifah dan RahmatNya... Allah akan bukakan juga pintu-pintu rahsia padanya... Rahsia keilmuan yang selama ini tertutup.. yang Allah berikan hanya pada orang yang membaca... jika tidak masakan perintah pertamaNYA اقرأ....

Apakah rahsia اقرأ.... hinggakan perintah ini merupakan perintah terawal yg diturunkan oleh Allah berbanding perintah2NYA yg lain.. berbanding perintah solat.. puasa.. haji .. zakat dan sebagainya... Apakah rahsianya Allah perintahkan اقرأ وربك الأكرم ... اقرأ باسم ريك الذي خلق..mengapa yang disebut dengan nama Tuhanmu... mengapa tidak dgn بسم الله الرحمن الرحيم... mengapa tidak dgn Allah... kerana ketika itu Allah belum difahami konsepNya....apa yang diyakini ketika itu adalah Tuhan... Jadi, semua itu adalah rahsiaNYA... Rahsia Yang Maha Agung.. Hanya Allah yang mengetahuinya... hanya orang yang membaca yang dapat membongkar rahsiaNYA..

Sebelum mengakhiri bicara, ayahanda sempat menyimpulkan:
Pembacaan ---> Rahsia Ketuhanan + Hakikat Penciptaan + Pengabdian Hamba....

Moga kita semua menjadi pencinta ilmu yang sejati.... yang bakal melahirkan ilmuwan da'ie dan murabbi yang unik,cemerlang dan terbilang.. insyaAllah...

Sunday, August 10, 2008

Antara Ilmu dan Harta

0 comments

Hari ini bermula jadual baru untuk semester ogos 2008 bagi pelajar-pelajar modular... kalau sebelum ini mengajar hari sabtu 11.30 - 1.30, tp semester ni kena mengajar hari ahad 8-30 - 10-30pg.. begitulah jadual.. sentiasa berputar2... semua orang merasa... merasa bekerja pada hari sabtu atau ahad... bekerja di kolej Dar al-hikmah... sebuah kolej rakyat untuk rakyat... dengan misi melahirkan generasi ilmuwan ulul albab... demi menyebarkan ilmu kepada para penuntut yang dahagakan ilmu dan ma'rifah...ya... cabaranya hebat sedikit.. tidak seperti mengajar pelajar2 fulltime... pelajar modular ni merupakan individu2 yang bekerja atau para pesara,dan sebagainya...mereka berpegang dgn slogan pendidikan tidak mengenal usia.. mana taknya semester lepas sahaja ada student saya bergraduasi pada usianya 65 tahun... jadi sudah tentu hujung minggu bagi mereka ini amat berharga nilainya... mujur sahaja kelas hanya diadakan setiap 2 minggu sekali... minggu pertama dan ketiga sahaja... sebagai tenaga pendidik saya kagum dengan semangat para pelajar ini... ada yang datang dari trengganu,johor,pulau pinang,kelantan,kedah dan sebagainya.. semata-mata untuk menuntut ilmu... jika dinilai berapa banyak harga yang perlu dibayar untuk melangsaikan kesemuanya... yuran pengajian, tambang kenderaan, tak kira minyak dan tol lagi...ada juga antara para pelajar saya ini yang datang dgn menunggang motosikal dari johor bahru... jadi penat lelah mereka ini kami hargai dengan mencurahkan seberapa banyak ilmu di dada.. moga2 ada manfaatnya...
jadi dalam perbincangan di dalam kelas tadi... saya berbincang dgn student ttg matlamat mereka menuntut ilmu... dan saya nyatakan kelebihan ilmu dr harta yg saya ambil dr pembacaan saya.... seterusnya dinyatakan di di bawah ini...
Ilmu adalah lebih penting dan patut diberikan keutamaan daripada harta kerana 9 sebab;
1- Ilmu adalah warisan nabi dan rasul, sedang harta warisan Qarun dan Fir’aun
2- Ilmu adalah penjaga kepada pemiliknya, sedang harta perlu dijaga oleh pemiliknya
3- Ilmu dapat banyakkan kawan, tetapi harta banyakkan lawan dan musuh
4- Ilmu bila diberikan (ajarkan) akan bertambah, tetapi harta bila dibelanjakan akan makin berkurangan
5- Orang berilmu akan mendapat penghormatan, sedang orang berharta mendapat panggilan yang merendahkan
6- Ilmu tidak dapat dicuri daripada pemiliknya; tetapi harta boleh hilang atau dicuri
7- Ilmu tidak akan habis sekalipun tidak ditambah, tetapi harta pasti akan habis
8- Ilmu dapat memberi syafaat di dalam kubur dan akhirat, tetapi harta akan menyusahkan pemiliknya bila dihisab nanti
9- Ilmu dapat menerangkan hati, sedangkan harta selalu membuatkan pemiliknya jadi bingung..
(Saidina Ali bin Abi Talib Karamallahu Wajhah)

Thursday, August 07, 2008

Syukur

0 comments
Alhamdulillah... cik arin bgtahu atuk dah keluar hospital... mesti atuk seronok sebab dapat balik.. dari hari tu atuk nak balik... Akhirnya Alhamdulillah.... moga Allah beri kesihatan yg baik untuk atuk insyaAllah...

InsyaAllah hujung minggu ni kita balik kampung yer... tu pun lepas ummi n abi habis mengajar...

Perjuangan menuntut ilmu

0 comments
Terkenang kelas Nizam Qadha' yang diambil semester lepas... di bawah tenaga pengajarnya Us. Khairul anwar khalid... antara persoalan pertama yg diajukan pd kami... kenapa menuntut ilmu??
jawapannya. kerana 3 perkara:
(1) untuk menghilangkan kejahilan
(2) untuk mengamalkan ilmu
(3) untuk menyampaikan ilmu tersebut...

Memang benar... antara niat ummi menyambung diploma syariah ni adalah kerana ketiga2 faktor ini... ummi sering mengajar dan sering ditanya tentang hukum-hukum amalan seharian.. jadi... dengan mengikuti kelas diploma syariah ni at least ianya menjadi value added buat ummi dan ummi rasa agak yakin dgn jawapan ummi... insyaAllah..

Cabarannya ada juga... dalam masa yg sama ummi kena mengajar dan siapkan juga thesis master... oohhh... insyaAllah akan ku teruskan kembara menuntut ilmu.. Ya Allah Ya Tuhanku jauhkan aku dari sifat malas..... kuatkan tekad dan azamku.. bantulah hambaMU ini.. amiinn...ya Rabbal 'alamin..

Wednesday, August 06, 2008

Mehnah dan tribulasi untuk tarbiyah kekuatan ukhuwah

0 comments





Hari Selasa lepas... 29/7/08... rutin harian seperti biasa... mengajar syamil n syahida... sampai di rumah lebih kurang jam 10 mlm... malam ni abi agak bersemangat menaip tesisnya... menyebabkan ummi juga hilang mengantuk.. terus juga ummi gagahi untuk meneruskan tesis ummi... inilah dia kalau dua-dua (suami isteri) sambung belajar.. pabila sorang bersemangat.. yang satu lagi akan turut bersemangat... bersemangat untuk meneruskan perjuangan ini... dalam hati selalu berdoa moga Allah permudahkan kami dan sentiasa memberi ilham kepada kami supaya dapat segera menyiapkan tugasan kami ini... namun rutin harian yang menuntut komitmen dan perhatian yang tinggi menyebabkan terabai juga tesis kami ini... hanyalah disiplin dan kecekalan suami menjadi api pemakar semangat untuk sama-sama menyiapkannya...

jam 12 malam.. tiba-tiba telefon berdering... dalam keadaan sibuk menyelak buku2 ni... terdengar suara abi.. "abah tenat??? .." ya Allah abah mana pulak ni?? Ya Allah selamatkan kedua ibubapa kami... tanpa berlengah lagi abi menyimpan datanya dan berkemas.. ummi yang terpinga-pinga... abah mana ni bang?? almaklumlah kami kan punya 2 abah... abah kampar ke abah banting.... "abah banting" Subhanallah.... ummi jadi tak keruan... sambil tu fikiran melayang memikirkan kesihatan abah.. baru 2 hari lepas.. kami pulang ke banting.. abah seperti biasa... memang abah ada athma @ semput... malahan sibuk abah meminta kami memetik buah rambutan yang berjuntaian di pokok di hadapan biliknya... ummi pesan pada atuk..."abah jangan makan rambutan byk sgt nnt semput" atuk memang terkenal dgn sikapnya yang tak suka pergi ke hospital.. kalau semputnya sampai.. atuk hanya guna healer untuk melegakannya... puas dipujuk oleh ummi, nenek dan ahli keluarga yang lain.. hanya pabila atuk dah tak tahan sangat barulah atuk sendiri yang meminta untuk dihantar ke hospital... jadi dalam tergesa-gesa menyiapkan pakaian untuk dibawa ke kampung.. capai mana yang sempat je... ummi mencapai handphone... ada sms.. "abah tenat di hospital banting sekarang" masyaAllah... lagi tak tenteram jiwa ummi... rasanya mahu saja ummi terbang ke banting biar sampai cepat... apa lagi ummi angkat ammar yang sedang nyenyak tidur...bawa ke kereta...kalau boleh nak suruh abi bawa laju2.. apa lagi jam menunjukkan pukul 12.30 mlm ketika itu...

sampai di hospital banting jam 1.15 pg... ummi tengok semua adik-beradik ummi dah ada di perkarangan bhgn kecemasan... Ya Allah.... berilah kesempatan kepada kami untuk melihat atuk dulu.... ummi jumpa pak lang... "cepat masuk... abah dah tak sedarkan diri" Ya Allah.... ummi dah tak terkata.... pabila masuk ke wad kecemasan.. ummi tengok atuk dah terbaring.. pejam mata... sambil badan dipenuhi wayar-wayar yang berselirat yang bersambung dgn mesin yg pelbagai... ada titisan air mata dihujung kelopak matanya.... perlahan-lahan ummi kesat air mata itu.. ummi tahu pasti sakit atuk menanggungnya... ya Allah selamatkan ayahku.. berilah kesihatan kepadanya... melihat degupan jantung atuk yg lemah.. ummi yang takut... ummi tahu hakikat kehidupan... ajal tidak mengira usia... tidak boleh ditangguh atau dipercepatkan... ya Allah ummi belum bersedia lagi....

Keadaan atuk makin lemah... atuk akan segera dihantar ke hospital klang... mulanya salah seorang dr kami adik beradik.... menawarkan diri untuk bersama atuk di dalam ambulans.. namun larangan dr atendan hospital tu.. bawa 2 pesakit dan doktor katanya.. dalam hati terdetik nanti kalau berlaku apa2 dlm ambulans macammana... Masya Allah ummi jauhkan prasangka buruk tu... mudah2an atuk selamat...dalam kesejukan pagi.. jam 4.30 pg ketika itu... kami 4 kereta meredah hening pagi mengekori ambulans... lampu isyarat sudah tidak kami hiraukan... apa yang terbayang di ingatan hanyalah keadaan atuk... jam 5.15 pg sampai di hospital klang... "ICU penuh" kata seorang pembantu hospital... Ya Rabbi.. macammana ni... abah ditempatkan di CCU dgn bantuan mesin di situ... tak lama kemudian doktor datang... kami terpaksa tempatkan ayah encik di wad kerana ICU penuh... sampai di wad 8B.. ummi tengok keadaannya amat dahsyat sekali... macam baru berlaku gempa bumi.. pesakit memenuhi wad tu.. ummi rasa lebih dr 40 pesakit dlm wad tu.. hinggakan katil memenuhi ruang tengah wad tersebut... katil yang selalunya di susun 2 katil 1 baris menjadi 4 katil 1 baris... mujur atuk ditempatkan di bilik khas di wad tersebut... rupa2nya bilik tu utk kes2 yg kritikal.. lagi tak sedap hati ummi... kami hanya dibenarkan bergilir2 masuk ke wad tu.... itu pun 2 org shj sekali masuk... time ummi masuk wad tu... tengok atuk.. ya Allah makin banyak pula mesin pada atuk...

tetiba doktor keluar dr bilik tu... panggil ummi dan pak lang... ummi tanya keadaan atuk.. doktor kata " paru2 dia lemah,sudah ada jangkitan, boleh katakan kritikal, harapan hanya 50-50" Subhanallah... ummi bertahan lagi.. walaupun rasanya dah berkaca2 mata ummi ni... ummi tanya lagi bila dia boleh sedar... doktor kata "kita tak jamin n tak tahu dia boleh sedar ke tidak"... ummi tabahkan hati... tak lama lepas tu ummi pun turun berikan laluan pada adik beradik yg lain utk tengok atuk.. memandangkan hanya 2 org shj dibenarkan masuk pada satu2 waktu...

keadaan itu berterusan hingga hari jumaat.. atuk tak sedarkan diri lagi... ini bermakna dah 3 hari atuk tak sedarkan diri... 3 hari jugalah kami semua bercuti... cuti kecemasan... hari sabtu giliran ummi jaga atuk... pg tadi atuk dah dimasukkan ke ICU... kali ni lagi rapi... waris tak boleh menunggu di dalam... tunggu di luar hingga waktu melawat tiba... tepat jam 12.30tgh hari pintu dibuka.. barulah kami boleh masuk... ummi bg laluan pd nenek n makcik ita dulu... setelah 30 minit... nenek keluar dlm keadaan ceria... "abah dah sedar" katanya... Alhamdulillah...tak sabar ummi nak masuk...

bila ummi masuk... tengok atuk senyum... ayat atuk... "mlm tadi abah pergi hospital banting, tp kenapa sekarang kat klang pulak ni??" ummi pujuk atuk.. "abah dah 3 hari tak sedar..." sabar dan banyakkan berehat...

hari ini dah seminggu atuk di hospital..Alhamdulillah... semuanya selamat... apa yang ummi suka ketika ini.. semangat ukhuwah adik beradik ummi... nak bahagikan masa utk menjaga atuk di wad... dan pastikan sentiasa ada org bersama atuk siang dan malam... walaupun ketika atuk di icu... syabas kepada pak lang yg dah beberapa hari tak buka kedainya... buat cik shahrin yang dah kena potong 25% drpd bonusnya, cik eta yang tak dpt pergi dinner... dan macam2 lg.. Alhamdulillah pagi tadi cik eta kata.. atuk dah boleh berjalan... cuma perlukan sedikit saja lagi rawatan.. mungkin atuk masih fobia semalam... petang semalam... pesakit sebelah katil atuk tu sudah menghembuskan nafasnya yg terakhir dlm usia 53 thn... esak tangis sanak saudara pesakit itu, menyebabkan kami anak beranak insaf.... Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia atuk....

apa pun... marilah kita doakan... moga kesihatan atuk bertambah baik dan boleh segera balik ke kampung... insyaAllah...

Thursday, July 17, 2008

Bahasa Arab - Bahasa Syurga yang mempengaruhi dunia

1 comments
Oleh Zamri Mohamad

HASSAN AL-BANNA di dalam wasiat sepuluhnya pernah menyebutkan: ``Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.''

Ramai yang mempersoalkan dan bertanya mengapa bahasa Arab begitu penting untuk dipelajari dan dihayati. Bukankah situasi hari ini memerlukan kita mempelajari bahasa negara-negara maju untuk terus berkembang?

Kita mengetahui, pengetahuan adalah kunci kepada penguasaan dalam pelbagai bidang. Maka pengetahuan bahasa Arab sebagai salah satu cabang ilmu yang sangat penting dalam memberi sumbangan yang sama, lebih-lebih lagi untuk lebih mendalami pemahaman ajaran Islam dan mengembangkan pemikiran-pemikiran keagamaan pada umumnya serta memenuhi keperluan-keperluan dalam bidang-bidang yang berkaitan.

Situasi tempatan memperlihatkan usaha Kementerian Pendidikan untuk melatih 500 orang guru Bahasa dan Kesusasteraan Arab bagi memantapkan pengajaran Bahasa Arab di semua sekolah kebangsaan di seluruh negara. Malah Timbalan Perdana Menteri pernah menyuarakan, sukatan bahasa Arab perlu diperkenalkan secara khusus kepada semua pelajar yang mengambil Pendidikan Islam kerana ia mampu membentuk perkembangan pelajar-pelajar Islam sejajar dengan kehendak semasa yang mahukan pelajar menguasai lebih daripada satu bahasa.

Al-Quran secara jelas meletakkan keutamaan terhadap bahasa Arab melalui firman Allah, Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai al-Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya. (Yusuf:2).

Bahasa Arab adalah bahasa pilihan Allah dalam menyampaikan mesej kehidupan di dunia dan akhirat kepada manusia. Ini digambarkan di dalam surah Yusuf ayat 28: Iaitu al-Quran yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong; supaya mereka bertakwa.

Apakah sebenarnya keistimewaan bahasa Arab? Keistimewaan bahasa Arab lama diperakui dan di dibuktikan oleh pakar-pakar ilmu bahasa (linguisticans), pengkaji bahasa (philogist) dan perkamusan (lexicographers). Bahasa Arab mempunyai kecantikan yang tersendiri dengan susunan irama, urutan kata dan irama kata yang cukup menyentuh jiwa para pendengarnya.

Gabungan ketiga-tiga unsur ini, maka lahirlah rentak dan rima vokal dan konsonan muzik sealunan meliputi penggunaan bibir (labial), gigi (dental), lidah, (lingual), lelangit (palatal) dan kerongkong (guttural).

Ini dapat dibuktikan melalui penggunaan ilmu tajwid seperti yang dipraktiKkan dalam membaca al-Quran. (Islam dan al Hadith: Abdul Halim el Muhammady). Pencinta bahasa Arab akan mendapati bahasa ini turut kaya dengan makna dalam setiap kalimah dan keutuhannya tetap jelas sehingga ke hari ini, meskipun kemunculan slanga, bahasa pasar dan dialek-dialek daerah atau loghat-loghat tertentu yang begitu luas diguna pakai oleh generasi hari ini.

Para ulama bersepakat meletakkan pengetahuan bahasa Arab penting untuk mempelajari, memberi fatwa dan mengajar pengajian Islam. Bahasa Arab turut digelar sebagai lisan al Malaikah (bahasa para malaikat) atau kalam al Jannah (Bahasa ahli syurga).

Rasa cemburu orientalis terhadap bahasa Arab telah membawa kepada usaha-usaha untuk memperkembangkan dialek-dialek daerah bagi menggantikan bahasa Arab klasik, namun hanya menemui kegagalan.

Ini dapat dilihat melalui peristiwa yang berlaku pada tahun 1912 ketika Kongress Orientalis Antarabangsa berlangsung di Athens. Seorang sarjana Mesir yang menghadiri kongres tersebut menolak teori bantuan daripada bahasa tambahan ke dalam bahasa-bahasa lain seperti berlakunya penerimaan dialek Volapuk, Esperant dan Ido ke dalam bahasa Eropah. (Sh Inayatullah, K. Hitti: America and Arab Heritage 1946)

Bahasa Arab memberi satu corak pengaruh cukup besar terhadap perkembangan tamadun manusia sehingga ke hari ini. Sebagaimana diutarakan oleh Prof. Dr. Ayatrohaedi dari Jabatan Arkeologi, Fakulti Ilmu Pengetahuan Budaya, Universiti Indonesia bahawa bahasa Arab telah dijadikan salah satu sumber istilah baru. (Harian Pikiran Rakyat : 30 September 2002)

Kesan pembudayaan Islam di antaranya melalui bahasa Arab meliputi hampir keseluruhan nusantara, salah satunya di semenanjung Tanah Melayu sendiri ketika di bawah pengaruh dan kekuasaan sultan-sultan. Bahasa Melayu telah mengalami perubahan yang besar. Selain diperkaya dengan istilah dan perkataan Arab dan Parsi, bahasa Melayu turut dijadikan bahasa penghantar utama Islam di seluruh Kepulauan Melayu-Indonesia.

Memahami

Dianggarkan lebih 1000 kata Arab telah dipinjam oleh bahasa Melayu, khususnya kata yang berkaitan dengan cabang ilmu Islam. Bagi Munif Zarirruddin Fikri Nordin, bahasa Arab turut membantu dalam memperkembangkan bahasa Melayu dan pemikiran orang-orang Melayu dalam era globalisasi.

Bagi beliau, penggunanya dalam memahami al-Quran dan hadis turut memberi kesan besar kepada seluruh aspek pembangunan lahiriah dan rohaniah tamadun Islam, termasuk bahasa dan pemikiran Melayu. Ia menyerlahkan keupayaan bahasa Arab sebagai bahasa agama yang saintifik, rasional, bersifat ilmu pengetahuan, tepat dan jitu.

Bagi Yusuf al-Qardhawi, fungsi bahasa Arab dan hubungannya dengan maju mundurnya agama Islam, merupakan satu hubungan yang saling melengkapi dan tidak dapat dipisahkan sama sekali. Hubungan ini seperti hubungan jasad dengan roh.

Negara-negara maju hari ini amat terhutang budi dengan kedatangan Islam yang pertama kali menjalinkan hubungan dengan dunia Eropah sekitar kurun ke lapan dan sembilan. Ini dapat dilihat melalui kemasukan bahasa Arab dalam memperkembangkan bahasa Inggeris yang diguna pakai hari ini.

Misalnya, perkataan-perkataan seperti admiral, hazard, alcohol, safari, algebra, saffron, azure, sandal, calendar, sugar, cotton, tambourine, crimson, tariff, gazelle, traffic, giraffe dan zero (Brian Whitaker: the Guardian).

Menarik untuk diperkatakan, bangsa Melayu telah lama dekat dengan bahasa Arab sejak dari kecil sehinggalah dewasa. Perkataan pertama yang diperdengarkan di telinga ketika masih bayi ialah azan dan iqamat yang di susun indah dalam bahasa Arab.

Suasana selepas tragedi 11 September turut menarik bukan Islam mempelajari bahasa ini dengan pelbagai tujuan. Di California, ribuan pelajar di sebuah universiti mendesak pihak pentadbiran agar menyediakan kemudahan bagi mereka mempelajari al-Quran dan bahasa Arab sebagai satu cara memahami cara hidup dan ajaran mereka yang sebenar.

Di Malaysia, kemasukan para pelancong Arab membawa kepada perubahan strategi kepada pengusaha-pengusaha hotel untuk melatih kakitangan mereka mempelajari bahasa Arab.

Kesungguhan mereka khususnya kakitangan berbangsa Cina dapat dilihat melalui kemampuan untuk bertutur bahasa Arab mudah dalam masa beberapa bulan sebagai usaha memperkembangkan perniagaan masing-masing.

Hari ini kita wajar mengambil peluang mengambil manfaat meskipun hanya sedikit untuk membiasakan diri dalam bahasa Arab ke arah mendalami keupayaan bahasa dan mengangkatnya sebagai salah satu syiar Islam.

Thursday, July 10, 2008

Fadhilat Rejab : Antara Realiti dan Fantasi

0 comments
Bulan Rejab : apakah fadilatnya melebihi dari bulan-bulan yg lain?
Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam.
Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan mi'raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.

Tarikan dan seruan yg ditiup kedalam jiwa umat Islam Nusantara terutamanya untuk melakukan ibadat kebanyakkannya dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis-hadis yg mengandungi Fadilat-Fad! ! ! ilat beribadat didalam bulan ini. Jelas terlihat dari segi jualan buku-buku kecil yg mengandungi fadilat-fadilat bulan Islam begitu laris dipasaran menjelang bulan Rejab. Begitu juga dizaman era Internet ini (ICT), e-mail dan maling list yg di forwardkan mengandungi 'cut & paste' dari fadilat-fadilat Rejab yg terkandung didalamnya. Rata-rata tarikan fada'il (fadilat-fadilat) inilah merupakan faktor penarik kepada kebiasaan orang awam untuk melakukan ibadat sunat. Injeksi faktor ini dapat kita lihat dengan jelas penerapannya didalam budaya Melayu-Islam seperti rangkap-rangkap sya'ir dibawah ini:

[1]Rejab bulan menabur benih
Sya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai

Rejab menyuci badannya
Sya'ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohnya

Rejab bulan marghfirah
Sya'ban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat
Sya'ban bulan muhibbah
Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala

Mungkin timbul beberapa persoalan yg tersimpan didalam lubuk hati kita:
-mengapa bulan Rejab sahaja yg dipilih mempunyai kelebihannya? Pernah atau tidak kita terfikir yg mungkin berita-berita ini ditokok tambah (exaggerate) oleh manusia biasa yg bercakap atas nama Nabi saw? Mengapa didalam bulan ini terdapat solat-solat khas, zikir-zikir khas dan juga waktu-waktu khas untuk melakukan peribadatan? Disini kita ingin membawa beberapa penjelasan dari ulama'-ulama' muktabar dan kontemporari mengenai kesahihan fadilat yg terdapat didalam bulan itu sendiri, dan apakah sebenarnya fadilat yg terkandung didalam Rejab.Bulan Rejab merupakan satu bulan dari bulan-bulan Haram

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan 'Haram' didalam Islam. Dalilnya terdapat didalam Firmah Allah swt didalam Surah Al-Taubah ayat 9:
"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa."

Menurut Tafsir Jalalain, yg dimaksudkan dengan "diantaranya empat bulan yg di hormati" ialah:"Empat bulan Haram - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab"[2]

Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura' (10 hb Muharam).

Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan Rejab?

Disini nyatakan pandangan para ulama' mengenai kesahihan fadilat Rejab.

1. Sheikh Atiyah Al-Saqr.

a. Kebanyakan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yg sangat Lemah dan Palsu.

Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:[3]"Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yg qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha'if dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)."

Menurut Al-Saqr lagi bahawa:"Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan didalam risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yg datang didalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu"

b. Fadilat Rejab berada bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yg lain.

Fadilat Rejab secara umumnya berada didalam Fadilat bulan-bulan Haram sebagaimana Firman Allah didalam surah Taubah:36 dan terdapat juga Hadis Sahihin mengenai Hijatul Wada', didalamnya dinyatakan nama bulan bulan tersebut, iaitu : Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan yg tunggal ialah Rejab. Dimasa itu orang Islam ditegah melakukan kezaliman, peperangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada Allah swt.

c. Berpuasa hari pertama atau yg lain sama sahaja fadilatnya.

Berkata Al-Saqr lagi bahawa:"Amalan Saleh didalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya didalam bulan-bulan Haram, yg didalamnya terdapat puasa, SAMA sahaja [berpuasa] hari pertama atau pun hari akhir. Berkata Ibnu Hajar : 'Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadis mengenai fadilat khas berpuasa, tidak terdapat yg Sahih atau Hasan'.

"Beliau memetik beberapa hadis da'if dan palsu, diantaranya ialah:
i."Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa sati hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu" - hadis ini Dha'if.

ii."Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu bulan, dan siapa yg berpuasa didalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan" - hadis ini Dha'if.

iii. Terdapat sebuah hadis yg panjang mengandungi fadilat berpuasa rejab menurut hari, dan didalamnya terkandung matan ::"Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" - Hadis ini palsu.

d. Tidak ada solat khas didalam Rejab.

Daripada Hadis yg tidak diterima (ghair maqbulah) mengenai solat :
"Barangsiapa yg solat Maghrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian diikuti oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap rakaat Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam kepadanya 10 kali salam, Allah akan menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan akan diselamatkan dari azab kubur, dan perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab." - Itu adalah hadis Mawdhu'e.

Menziarah kubur pada bulan Rejab tiada nasnya:
Mengenai fadilat menziarah kubur pada bulan Rejab, Sheikh Atiyah Al-Saqr mengatakan bahawa perbuatan ini tidak ada dalilnya didalam Islam. Beliau menyarankan agar lebih elok melihat mengenai sejarah-sejarah yg berlaku dibulan Rejab dan mengambil tauladan daripadanya."Ini adalah manusia yg prihatin, dan wanita dari kumpulan tertentu, mereka menziarahi kubur pada hari Jumaat pertama didalam bulan Rejab, tidaklah ada asalnya didalam agama, dan ganjaran yg besar daripada ziarah tersebut, dan bukanlah hari ini. Adalah lebih aula di dalam bulan Rejab ini kita mengingati kembali sejarah yg berlaku kepadanya seperti penaklukan Tabuk, mngingati Salahuddin Al-Ayobi menyelamatkan Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab 583H, 1187M). Orang Arab dan Islam menyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan Pakatan. Kita mengingatkan kembali peristiwa Isra' dan Mi'raj iaitu pengajaran darinya, dimana orang Islam menganggapnya berlaku didalam bulan Rejab. Allah yg Maha Mengetahui."2] Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawia. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lainDr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti yg terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya [4]:"tidaklah ada kesahihan didalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut didalam kitabnya - didalamnya ada 4 bulan haram - Al-Taubah:36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram.... Itulah bulan-bulan yg mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa didalam Sya'ban.."b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan palsu.Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat khas Rejab kebanyakkan merupakan Hadis Palsu atau pun yg sangat Lemah tarafnya:"Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadilat Rejab - "Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku"..... Hadis in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama' mengatakan hadis ini Palsu! .... yakni penipu..Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai agama. Disitu ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini.... Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration) , dan semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan didalam Hadis yg memasukkan pe! ! ! rkara yg berlebih-lebihan. ..."c. Ganjaran yg dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya.Pada beliau ganjaran-ganjaran yg dinyatakan didalam Hadis Palsu itu adalah sesuatu yg berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yg amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri. Katanya :"Berkata ulama' : Janji untuk mendapatkan ganjaran yg besar diatas perkara yg biasa, atau ugutan kepada azab yg pedih keatas dosa kecil? Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yg bohong."d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yg PalsuDr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui mengenai hadis yg diberikan kepada kita. Tidak ada alasan yg boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yg banyak dipasaran mengenai taraf sesuatu hadis. Kata beliau :"Ulama' telah memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong ini, dan melarang manusia terhadapnya. ..sesungguhnya telah datang hadis :"Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia menipu, maka dia adalah pembohong... .."(Riwayat Muslim didalam muqadimahnya yg Sahih), tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya .... maka disana ada Kitab Hadis yg Muktamad, di sana ada kitab khas untuk mengetahui Hadis Palsu, contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dsb......... ."3. Ibnu Hajar Al-AsqalaniIbnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu hari atau bulan itu khas untuk melakukan amalan. Kenyataan ini dapat di lihat didalam fatwa Shiekh Al-Saqr[5] mengenai fadilat Rejab dengan memetik kata-kata Ibnu Hajar:"Ibnu Hajar didalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat hadis-hadis yg melarang berpuasa Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata : Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yg berpuasa memuliakan Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad(niat) yg bukan menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yg dia berpuasa, atau pada malan tertentu dia berqiamullail, maka beliau percaya yg dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yg baik atas apa yg diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika ianya di khaskan atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH (Mahzhur), dan makna penegahan itu dialam hadis Nabi saw bersabda :"Jangan mengkhaskan hari Jumaat untuk berpuasa dan jangan [mengkhaskan] malamnya berqiamullail" . ! ! ! - riwayat Muslim. Jika mempercayai puasanya atau puasa ini lebih baik dari puasa lainya yg didalamnya terkandung puasa nazar, Ibnu hajar lebih cederung menegahnya, dan sebagaimana yg dinaqalkan oleh Abi Bakar Al-Thorthorshi didalam bukunya "Bid'ah wa hawadith" bahawa bulan Rejab dibenci olehnya kerana 3 jenis:1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari kemuliaan awam secara tahunan.2. Menjadikan ia seperti kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia sunat sebagai sunat yg kekal.3. Kerana puasa ini mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa yg lainnyakalau dengan itu apa yg dijelaskan oleh Rasulullah saw, : berkata Ibnu Dihya : "Puasa adalah amalan kebajikan"., Tidak terdapat fadilat berpuasa didalam Rejab maka perkara itu ditegah darinya. Tamat apa yg dinaqalkan oleh Ibnu Hajar."4] Dr. Sayid SaabiqMenurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq didalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan bahawa :"Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yg berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram".Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat yg sama. Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalah makruh[6].Hadis-hadis fadilat Rejab yg palsu atau dhaifDibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat Rejab:[7]a. Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salampada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya?-Hadis ini Mawdhu' (palsu)*Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A'uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A'uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat.-Hadis ini Mawdhu' (palsu)*Dalam ! ! ! sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul.c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan.-Hadis sangat Dhaif.*Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar.*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk.*Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpu! ! ! asa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah.-Hadis ini Mawdhu' (palsu)*Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk.*Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis.e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir.-Hadis ini Mawdhu' (palsu)*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga.-Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu'.Bagaimana beramal didalam bulan ini?a. Shiekh Mahmud Al-Sya'rawi[ 8] didalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakan bulan dari bulan-bulan 'am yg afdal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadis berikut diriwayatkan oleh Musnad Ahmad :"Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yg lain"Jelas disini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan juga terdapatnya keampunan Allah swt didalam bulan-bulan ini.b. Bekas Mufti besar Arab Saudi, Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz apabila ditanya berpuasa pada bulan-bulan haram, Beliau menjawab [9]:"Bulan Muharam dari segi syara' dibolehkan berpuasa dengannya dan begitu juga Sya'ban, disana terdapatnya 10 Zulhijjah, bukanlah ada dalil disan keatasnya, akan tetapi berpuasa dengannya TANPA ber'itiqad yg khusus (khas) atau pribadi, maka tidaklah menjadi masalah."Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah saw pernah bersabda : ((Seafdal-adfal berpuasa selepas ramadan ialah dibulan Allah Al-Haram)). Maka adalah baik bagi berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan 11, itulah yg baik, begitu juga dengan Sya'ban dimana Nabi saw berpuasa dengannya"c. Seorang Ulama' Islam dari negara Syria yg terkenal pada masa kini, Dr Wahbah Zuhaily mengatakan bahawa, kebanyakkan iman empat mazhab (Syafiie, Hanbali, Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai ! ! ! terdapatnya amalan berpuasa sunat didalam bulan-bulan haram ini, cuma ia berbeza pendapat mengenai cara implementasinya. kata Dr Wahbah Zuhaily[10] :"Keutamaan berpuasa pada bulan-bulan ini terdapat disisi Mazhab Maliki dan Syafiie, dan mazhab Hanbali berpuas hati dengan keputusan sendirinya memberi keutamaan berpuasa dibulan Haram, pada mereka itulah puasa yg afdal selepas Ramadan, telah bersabda Rasulullah saw : ((Seafdal solat ialah pertengahan malam, dan seafdal puasa selepas bulan Ramadan ialah di bulan Allah Al-Haram)). Seadal puada dibulan haram ialah Hari Al-Asyura', sebagaimana diantaranya. Dan berkata mazhab Hanafiah : Sunat berpuasa didalam bulan-bulan Haram, iaitu berpuasa 3 hari dari semuanya iaitu :- Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu."d. Shiekh Abdul Rahman Al-Jaziry didalam buku Kitab Fikh Empat Mazhab[11] juga memetik persetujuan 4 mazhab ini mengenai puasa dibulan-bulan haram,! ! ! kata nya:"Mengenai sunat berpuasa dibulan Rejab dan Sya'ban, Imam-imam ini telah bersetuju dengannya, cuma terdapat khilaf dengan hanbali..... ....Hanbali : Menetapkan puasa Rejab (secara tunggal) adalah makruh, melainkan jika ia berbuka (tidak berpuasa) secara selang-seli, maka tidaklah Makruh."e. Panelist fatwa IslamOnline, Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai apakah berpuasa didalam bulan Rejab itu sunat atau bid'ah, beliau telah menjawab [12]:"Berpuasa didalam bulan adalah maqbul dan mustahab, keatas semua perkara. Tetapi bukanlah datang dari Rasulullah saw bahawa beliau berpuasa satu bulan penuh, melainkan bulan Ramadhan. Beliau banyak berpuasa didalam bulan Sya'ban, tetapi tidak berpuasa sepenuhnya, dan itulah sunnah nabawiyyah ... Beliau berpuasa dan berbuka disetiap bulan, seperti riwayat mengatakan : ((Beliau berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, Beliau berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa)) (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Maka beberapa golongan manusia berpuasa seluruh bulan Rejab, sebagaimana yg kita lihat sebelum ini, Aku telah lihat beberapa orang berpuasa bulan Rejab, Sya'ban, Ramadhan dan 6 hari didalam bulan Syawal, dan menamakannya "Al-Ayam Al-Baidh", selepas berbuka, mereka a! ! ! kan menjadi perayaan pada hari yg ke 8 dari Syawal....Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling berhubungan, mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari A'id. INI TIDAK DATANG DARI NABI SAW, atau pun dari para sahabat atau pun dari Al-Salaf Al-Saleh.. maka mereka berpuasa sehari dan berbuka sehari. Tidak ada berterusan didalam puasa. Semua kebaikan adalah menurut Salaf dan keburukan adalah dari rekaan para Khalaf. Barangsiapa yg ingin ber'iitiba' dan inginkan ganjaran, maka ia harus mengikur Nabi saw dimana tidak berpuasa sepenuhnya didalam Rejab, dan tidak berpuasa sepenuhnya didalam Sya'ban. Dan ini adalah yg lebih utama. Wa Billahi Tawfiq."Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram, tetapi tidak lah sepenuh bulan Rejab dan Sya'ban, kera! ! ! na ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw, atau sahabat-sahabatnya ataupun para ulama' Salaf.Puasa-Puasa sunat yg lainSyeikh Muhammad Mutawali Al-Sya'rawi didalam fatwanya[13] menjawab persoalan mengenai puasa-puasa sunat, beliau telah menyenaraikan 8 jenis puasa yg beliau sifat sebagai :"Puasa yg orang Islam lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah"Puasa-puasa sunat (suka rela! ! ! ):"1. Hari Arafah (9 Zulhijjah kepada mereka yg tidak menunaikan Haji.2. Hari Asyura', disitu ada hari 9 atau mana-mana hari 9 atau 10 Muharam.3. 6 hari didalam bulan Syawal.4. Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (islam) iaitu :- hari13,14 dan 15.5. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis didalam setiap minggu.6. Berpuasa didalam bulan-bulan haram iaitu :- Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.7. Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Zulhijjah, dari 1 hingga 9 Zulhijjah.8. Berpuasa penuh didalam Sya'ban atau dengan banyaknya. "Para Fuqaha' berpendapat jika seseorang itu ingin melakukan puasa sunat, tetapi dia mas! ! ! ih mempunyai baki puasa wajib, hendaklah ia mengqada'kannya. Bahkan jika ia mempunyai kifarat dan nazar, maka hendaklah dia melakukannya puasa itu dahulu.[14]Kesimpulan :1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus.(Hadis Nabi saw)3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi)4. Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi) .5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi)6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah:- hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muhaaram (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz)- berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (HHanafiah - Al-Zuhaily)- Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)- berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharaam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (MazhabHanbali- Al-Jaziry)9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.10. AWASIlah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min zalik).Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, sering kali kita disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yg kelihatan banyak fadilatnya. Malah ada juga kedapatan beberapa fadilat-fadilat yg sangat rapuh dalilnya, bahkan ia menjadi pegangan sebahagian umat Islam pada hari ini. Bagi persoalan-persoalan seperti fadilat Rejab atau bulan-bulan yg lain, kita mesti kembali kepada 'role model' atau contoh kita, iaitu Rasulullah saw sebagaimana firman Allah swt didalam surah Al-Ahzab ayat 21:"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Al-Ahzab - 21].Akhir kata, Selamat menyambut kedatangan bulan-bulan Haram sebagaimana yg telah diajarkan oleh Rasulullah saw.Rujukan :1] Budiman Radzi. Fazilat bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadzan. Alor Setar : Muzakkir Enterprise, 1990.2] Tafsir Jalalain. Harf.com. URL : http://quran. al! ! ! -islam.com/arb/ Default.asp3] Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab. URL : http://www.islamonl ine.net/complete search/arabic/ FatwaDisplay. asp?hFatwaID= 102494] Shiekh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline - kesahihan fadilat Rejab. URL : http://www.islamonl ine.net/complete search/arabic/ FatwaDisplay. asp?hFatwaID= 13085] Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab. URL : http://www.islamonl ine.net/complete search/arabic/ FatwaDisplay. asp?hFatwaID= 102496] Sayyid Sabiq. Fikh Al-Sunnah. Beirut : Al-Fath Lil'alam Al-Arabi, 1995 (cetakan khas dari manar Al-Dauliyah) . ms 596.:7] Prof. Madya Dr. Farid Ahmad Mohd Isa Jalil. Himpunan hadis-hadis lemah & palsu. Kuala Lumpur : Syarikat Nurulhas.8]. Shiekh Mohammad Mutawali Al-Sya'rawi. Al-Fatawa. Dar Al-Fath Lil-A'lam Al-Arabi, 2000. ms. 371.9] Syiekh Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fatawa. Riyad : Dar Al-Watan, 1996 ms. 269.10] Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu. Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989. ! ! ! ms 591.11] Abdul Rahman Al-Jaziry. Kitaabu Al-Fikhu a'la al-Mazaahibi Al-Arba'ah. Dar Al-Manar, 1999. ms 447-44812] Shiekh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline - Puasa Rejab. URL : http://www.islamonl ine.net/complete search/arabic/ FatwaDisplay. asp?hFatwaID= 131013] Sheikh Mohammad Mutawali Al-Sya'rawi. Al-Fatawa. Dar Al-Fath Lil-A'lam Al-Arabi, 2000. ms 41514] Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu.Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989. ms 595.WALLAHU A'LAM BISSOWABDISUSUN SEMULA OLEH :USTAZ HAJI MOHD KHALID BIN HAJI ISA AN NADWIPEGAWAI AGAMA/KAUNSELORKUB MALAYSIA BERHAD
Soalan : Apakah terdapatnya pada 27 Rejab ganjaran khas orang yang berpuasa? Apakah hukum berpausa pada hari yang berkat ini? Apakah sahih malam 27 Rejab perjalanan (Isra') Rasulullah saw?Tarikh : 22-09-2003Mufti : Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi------------ --Dengan Nama Allah dan segala puji-pujian untuknya, selawat dan salam keatas Rasulullah saw, waba'du:Malam Isra' dan Mi'raj tidak diketahui, dan tidak diketahui bulannnya, bukanlah sah ia berlaku pada 27 Rejab, hatta walaupun hari tersebut merupakan hari Isra' dan Mi'raj maka mengkhususkan puasa pada hari itu dari hari-hari lain merupakan bid'ah yang ditegah, kerana Allah tidak memerintahkan selain apa yang disyara'kan, tidak didatangkan didalam syara' khusus berpuasa pada hari tersebut, keatas mereka yang berpuasa pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu, jika jatuh hari (27) pada hari Isnin atau Khamis, maka tidak ditegah dengan niat (Isnin-Khamis) sedemikian.Kata Dr Yusuf Al-Qardhawi :-Berpuasa pada bulan-bulan haram : Apa yang mereka cipta dengan cinta mereka, tidak disyara'kan oleh Allah dan Rasul, dan tidak pula dilakukan oleh mereka yang diberi petunjuk dari kalangan Khalifah-Khalifah, tidak pula diseru oleh Imam-Imam yang telah diberi hidayah. Dari berpuasa 27 Rejab, dikaitkan dengan dari Isra' dan Mi'raj Nabi saw.Maka bagi mereka, berpuasa hari itu dianggap sebahagian dari hari-hari Islam, bahawa Allah memberi nikmat kepada Nabinya dengan nikmat yang besar, wajiblah ia berzikir dan bersyukur!Nikmat Allah kepada Nabinya yang mulia dan nikmat Allah kepada satu-satu umat, telah Allah perintah kepada semua orang Islam agar mengingati nikmatnya yang banyak diberikan keatas mereka, barangsiapa yang melahirkan rasa syukur dan berpuasa pada hari itu akan membawa ingatan yang banyak!Semua ini tiada dalil didalam syariah puasa, Allah telah memerintahkan kepada orang Islam agar mengingati nikmat banyak yang dikurniakan keatas mereka, sebagai contoh katanya didalam peristiwa perang Ahzab : ( kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya .. - [33:9]).Bersama ini tidak disebut nikmat berpuasa pada hari ini, dimana ia diperingatkan dibulan Syawal...dan selainnya, dan yang lain-lainnya.Berkata Ibn Qayyim (Zaad Al-Ma'ad) mengenai Isra' dan Mi'raj menurut Sheikh Ibn Taimiyah :-"Tidak diketahui satupun diantara orang Islam sesungguhnya menjadikan malam Isra' dan Mi'raj fadhilat keatas yang lain, dan tidak ada dari sahabat dan tabien, kepada mereka elok dilakukan kebajikan yang dikhususkan pada malam Isra' dengan arahan dari perintah-perintah dam peringatannya, dan ini tidak mendefinisikan mana-mana malam dan jika ia malam isra' dari fadhilat yang banyak oleh Nabi saw".Dia berkata : "Tidak terdapat dalil (bukti) mengenai bulannya, dan tidak yang ke 10, atau mana-mana sepuluh yang jatuh pada hari itu - , dan tidak dengan matanya, bahkan riwayatnya terputus dan berbeza-beza, bukanlah didalamnya apa yang putus darinya, dan tidak disyara'kan kepada orang Islam mengkhusukan malam dengan qiam dan selainnya) - Zaad Al-Ma'ad - 1/57-58.Keatas malam 27 Rejab yang mashyur dikalangan orang bahawa ia adalah malam Isra' dan Mi'raj sesungguhnya tidak sahih dalilnya . Allah yang mengetahui sebaik-baiknyasumber : http://www.islamonl ine.net/fatwaapp lication/ arabic/display. asp?hFatwaID= 84163

Friday, July 04, 2008

Kandungan arak pada ribena

0 comments


BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK


Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak. Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah.




Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar yang rendah. Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih.


Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah. Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya. Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.


Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya. Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan citrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi

Wednesday, July 02, 2008

Alhamdulillah

0 comments
Alhamdulillah... segala puji seinfinitinya dirafa'kan kehadrat Ilahi yang Maha Rahman dan Rahim kerana dengan taufiq dan inayahNya memberi bantuan dan keselamatan keada kita semua....
Alhamdulillah... abi dah pulang dr Dubai... janjinya sampai KLIA jam 4.00 pg 29/6/08.. ummi tak dapat nak tidur mlm tu... risau tak terjaga dr tidur.. nnt lambat pula ambil abi kat KLIA... sampai pukul 2... akhirnya ummmi sms abi... Masya Allah... flight delayed rupanya.... cuaca tak elok di Thribuvan, India... ribut... dalam hati ummi berdoa moga selamat semuanya... abi kata insyaAllah sampai jam 6.30 pg... oo okeylah.. lepas subuh masih boleh ambil abi.. tetiba dalam jam 3.30pg abi sms lg... terpaksa delay lagi... jam 9 pg baru bertolak dr sana.. sampai malaysia InsyaAllah jam 3.00 ptg... hmmm.. baru lega ummi nak lelapkan mata...

Tetiba teringat kata kawan ummi, katanya ada satu peribahasa... sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan... hmm... tak tau nak setuju ke tak... tapi.. mungkinlah.. coz bila berjauhan ni... barulah teruji kesetiaan dan kesabaran pasangan kita.. dan setinggi mana kasih sayangnya pada kita...

Alhamdulillah... Ummi bersyukur dikurniakan suami seperti abi... yang amat memahami ummi... sentiasa bersama ummi kala suka dan duka.... betul-betul sahabat seperjuangan kini dan selamanya hingga ke negeri abadi nanti insyaAllah.. Ya Allah ya Tuhan Kami... Berikanlah kebahagiaan kepada keluarga kami... dalam menempuh hidup di dunia ini.. semoga kami semua dilorongkan ke jalanMu... jalan orang-orang yg Engkau redhai... dan bu kan jalan orang yang sesat... amiinn....

Friday, June 27, 2008

Rahmat Untuk Suami Isteri Yang Bangun Malam

7 comments

Kebahagiaan dan kesejahteraan hidup yang merupakan impian setiap insan bukanlah sekadar terletak pada nilaian harta benda dan wang ringgit. Banyak rumah tangga yang hancur kerana mengikut teori kebahagian sendiri. Mereka menyangkakan wang adalah segala-galanya... Namun setelah memperolehi semuanya itu, rumah tangga masih tidak bahagia. Suami isteri tidak mesra. Bahkan sentiasa berkrisis, bermasam muka dan berburuk sangka. Hubungan ibu bapa dan anak-anak renggang. Justeru itu, kebahagiaan bukan terletak kepada material semata-mata, yang paling utama ialah pimpinan suami itu sendiri.Suami perlu mendidik isteri ke arah mencapai cinta Allah, cinta agama dan cinta akhirat. Cinta kepada Tuhan akan mendorong seseorang itu untuk berbuat kebaikan demi mencari redha Allah. Setiap pasangan perlu saling bantu-membantu untuk memajukan diri mencari keredhaan Allah terutama sekali pada waktu keheningan malam.Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:“Dan bantu-membantulah kamu dalam kebaikan dan takwa, janganlah kamu bantu-membantu dalam melakukan dosa dan pelanggaran.” (Al-Maidah: 2)


Malah baginda s.a.w. sangat suka kepada suami isteri yang saling bantu-membantu dalam ketaatan, rukuk dan sujud dalam kegelapan malam ketika semua manusia tidur dengan lenanya. Itulah sebenarnya petua kebahagiaan dunia dan akhirat.Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, katanya:Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mudah-mudahan Allah merahmati seorang suami yang bangun pada tengah malam lalu mengerjakan solat dan membangunkan isterinya sama-sama melakukan solat. Sekiranya dia enggan, maka dipercikkannya ke wajahnya.” “Mudah-mudahan Allah merahmati seorang isteri yang bangun tengah malam untuk mengerjakan solat dan juga membangunkan suaminya, jika dia enggan, maka dipercikkanlah air ke mukanya.” (Riwayat: Abu Daud dan Ibnu Majah)Menerusi hadis di atas jelaslah kepada kita betapa indahnya saat-saat seorang suami membangunkan isterinya dengan lemah-lembut seperti memercikkan air ke mukanya pada tengah malam supaya sama-sama melakukan ibadat kepada Allah s.w.t. apatah lagi jika anak-anak dapat ikut serta.


Betapa sayunya hati ketika ini mengenali dosa-dosa yang telah dilakukan. Air mata menitis tanda keinsafan. Zikir dialunkan tanda kesyukuran. Doa dipanjatkan memohon kesejahteraan keluarga dunia dan akhirat. Kebahagiaan seperti inilah akan melahirkan jiwa yang tenang, aman damai, tiada ketakutan, tiada kebimbangan malah berada di dalam keadaaan redha dan diredhai Allah dunia dan akhirat. Ini jelas dalam firman Allah bermaksud:“Wahai jiwa yang tenang kembalilah kamu kepada Tuhanmu dalam keadaan kamu redha dan diredhai. Masuklah dalam hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Al-Fajr: 27-30)Diriwayatkan daripada Abu Hurairah dan Abu Said r.a. katanya: Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seorang suami membangunkan isterinya pada waktu malam kemudian mereka mengerjakan solat dua rakaat, maka mereka termasuklah atau tergolonglah ke dalam golongan orang-orang yang banyak berzikir kepada Allah.” (Riwayat: Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)


Oleh itu, luangkan masa untuk bermunajat kepada-Nya agar tidak timbul penyesalan pada hari kemudian.

Thursday, June 26, 2008

Nasyid favourite ummi (Keluarga Penyayang)

0 comments

Di kala sepi camni..time ammar nak tidur.. hari ni ammar menangis jer.. may be rindu sangat dgn abi... sambil tepuk2 belakang ammar dan dodoikan ammar... tetiba ummi teringat satu nasyid ni... selalu dlm kereta... ummi pesan kat abi... ni nasyid kegemaran ummi tau..... terimalah KELUARGA PENYAYANG......
Dodoian ibu menidurkan anak,
Sayup terdengar memecah sunyi,
Diam hai anak jangan ditangisi,
Ayahmu pergi berkerja nantikan kembali,

Disini digambarkan keluarga bahagia,
Bermula si suami menyucikan hati,
Dan isteri yang elok pekerti,
Mereka mendoakan anak yang soleh
penyeri kehidupan..

Dodoian ibu menidurkan anak,
Sayup terdengar memecah sunyi
Diam hai anak jangan ditangisi,
Ayahmu pergi berkerja nantikan kembali,

Anak dididik berlandaskan iman,
Sifat mahmudah jadi pegangan,
Sifat buruk sentiasa dihindar,
Rasul mulia dijadikan contoh.
Tauladan sepanjang zaman

Dodoian ibu menidurkan anak,
Sayup terdengar memecah sunyi,
Diam hai anak jangan ditangisi,
Ayahmu pergi berkerja nantikan kembali,

Bila keluarga sudah bahagia,
Sifat kasih sudah tersemat,
Tidak perlu kasih kedua,
Dadah arak dan peleseran,
Menjadi musuh diri,

Memanglah benar kata pujangga,
Tangan yang menghayun buaian,
Bisa menggegar pelusuk dunia,
Diasaskan oleh keluarga bahagia.

artiS : IN-TEAM
lagu : Keluarga Penyayang

Murottal al-Quran