Wednesday, September 02, 2009
Ziarah ke Kubur Abah
Oh Ya.. bercerita ttg balik kampar minggu lepas... sampai kampar hr sabtu.. ahad tu kononnya nak shopping sikit kat kuala kangsar... tiba2 masa sahur tu abah cakap ada saudaranya di sabak bernam meninggal... jadi, rasa2nya kena cancel ler niat tu.. pg tu buat biasa je la... basuh baju dan sbgnya... jam 9 mak abah dah siap.. ingatkan tak perlu ikut... coz risau.. ammar ni nampaknya mudah saja demam... sejak ammar demam lama sewaktu atuknya meninggal hari tu.. saya tak berapa berani sangat nak bawa ammar... kata orang semangatnya lemah.. malah 2 kali saya bawa dia menziarah kubur atuknya.. 2 kali juga dia demam.. sejak itu, setiap kali saya hendak ke kubur.. pasti saya akan tinggalkan ammar di rumah nenek bermain bersama aiman...
saya masih teringat jawapan ammar sewaktu kami bawa dia ke kubur atuknya.. katanya.. atuk tidur... ye lah sayang tidur untuk sementara waktu....
Jadi dipendekkan cerita... saya yang mulanya tidak berhajat untuk pergi... diajak juga oleh ayah mertua saya... tak sangka pula saya yang suami ada saudara di sabak bernam.. sebab tak pernah pergi sebelum ni... sampai di sana.. jenazah sudah dibawa ke perkuburan... maklumlah arwah meninggal ketika maghrib.. katanya sewaktu hendak duduk dimasjid untuk berbuka puasa... masya Allah.. alangkah bagusnya... meninggal di bulan yang penuh barakah ini... tapi.. sebenarnya tahun ini adalah tahun yang paling banyak saya menghadiri majlis pengebumian jenazah... bermula dr bln 3 2009 hinggalah minggu lepas... tak henti2.. ada saja... mmg janji Allah itu benar.. yang hidup pasti kan mati... cuma kita tak tahu bilakah saatnya... setiap kita akan merasainya... apa yg penting persediaan menghadapinya... sepertimana kata2 hukama' "hiduplah di dunia ini umpama seorang yang asing atau seorang yang menyeberang jalan..." ambillah apa yg perlu saja untuk bekalanmu ke akhirat sana... jgn sampai tergoda dgn dunia hingga melupakan akhirat...
Jadi.. minggu ni di banting.. memang saya berhajat untuk menziarah kubur ayah saya... rindu menggamit2 saya utk segera ke sana... cadangnya pagi ahad tu nk pergi... tp kita merancang, Allah saja yang menentukan segalanya... pd ahad tu hujan dgn selebat2nya.. tak dptlah saya meneruskan hajat saya... sedikit kecewa terasa di hati kerana hajat tak kesampaian... saya janji lagi pada diri hr isnin nnt nak pergi juga... mlm tu selepas mengaji, saya tertidur di katil... tiba2 saya terasa abah memanggil2 saya... saya tersedar dan terus pakai tudung.. lagaknya seperti nak keluar rumah...tiba2 saya tersedar... ya Allah nak ke mana pulak ni???... saya baring semula di sebelah ammar...
Pagi tu selepas sahur saya bercerita dgn emak saya akan mimpi saya mlm tadi... emak kata.. shila ni mmg rindu sgt dengan abah.. sebab tu sampai termimpi2... lepas solat subuh dan tadarus.. saya segera keluar rumah.. mencari daun pandan dan bunga di sekitar rumah... Alhamdulillah berhasil... saya potong kecil2 dan isi air dalam botol... segera saya mengajak emak dan suami saya ke kubur... Alhamdulillah kakak dan abang ipar saya juga ikut serta... tak lama di kubur adik saya juga datang sama... kami beramai2 membaca yasiin dan tahlil untuk arwah... rupanya ramai juga saudara seislam yang lain datang ke perkuburan untuk menziarahi kubur saudara mara mereka... jadi meriah juga suasana di perkuburan... biarlah.. sekurang2nya dapat menghilangkan kesunyian yang melanda... saya teringat lirik nasyid:"bulan ramadhan akan tergendala segala azab kubur"
Alhamdulillah kehadiran Ramadhan memberi seribu barakah... bukan sahaja kepada makhluk yang masih hidup.. malah kepada yang telah kembali kerahmatullah juga...
Alfatihah buat arwah ayah Hj. Ramlan bin Kadekan dan seluruh umat Islam...
Wednesday, August 05, 2009
Kisah 1 Ogos

Thursday, July 09, 2009
Peluang dan Pengalaman

Tuesday, July 07, 2009
Tahniah buat k.ita n Ilham
tanggal 3/7/09.. selamatlah satu2nya kakak saya yang masih belum berkahwin... dinikahkan oleh abang saya sendiri (a.jamal) yg menjadi wali setelah ketiadaan abah... a. jamal pun nervous gak coz first time jadi wali... katanya bila selesai akad tu.. rasa dah terkurang beban di bahu..
Alhamdulillah k.ita akhirnya dapat juga disatukan dgn Ilham.. mmg dah lama hajat itu diluahkan.. namun, atas kesibukan dan keadaan yg tidak mengizinkan.. persoalan nikah kahwin itu dipendamkan sahaja.. masa tu memandangkan abah yg tak berapa sihat.. tak lama lepas tu pergi meninggalkan kami semua.. jadi perkara itu tertangguh.. hinggalah akhirnya a.jamal bertanya.. barulah k.ita kelam-kabut memikirkannya... akhirnya kata sepakat dibuat majlis nikah diadakan pada 3/7/09. majlisnya ditangguhkan dulu... memandangkan banyak sgt kenduri-kendara saudara-mara... tersusun setiap minggu sehingga menjelang ramadhan nanti.. jadi cadangnya buat lepas raya atau awal thn depan.. yg penting apa yg wajib dah terlaksana..
Tahniah ye buat k.ita dan Ilham.. moga berbahagia hingga ke akhirnya.. insyaAllah...
: "Baarakallahu lakuma wa 'alaikuma wa jama'a bainakuma fil khair"
Sunday, May 31, 2009
Atuk Tidurr...
Friday, May 22, 2009
Airmata Kerinduan..

jadi buat yang masih punya ibu dan ayah luahkanlah kasih sayang kita padanya... sebelum ianya menjadi lafaz yg tersimpan dan terpendam... sentiasalah buat baik pada keduanya... dan mendoakannya...
Saya teringat pesan ustazah saya.. jika kita hendak menjadi anak yg soleh kita perlu sentiasa mendoakan keduanya... antara waktu terbaik utk doa ialah selepas fatihah... ketika menyebut amiin sambil di dalam hati kita mengucapkan ya Allah ampunkan dosaku dan kedua ibubapaku... Robbighfirli wa liwalidayya... sekiranya kita amalkan di dalam solat berjemaah lagi2 di tempat yg ramai solehin, ulama' yang mana doa mereka ini makbul.. maka doa kita tadi diaminkan juga oleh mereka dan malaikat... mudah2an InsyaAllah....
Monday, March 02, 2009
15 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)
Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata :
“Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.” (Maksud Al-Hadith).
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.
1. Kurang Berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali `Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali `Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
1.2. Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya
2. Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur
3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
*tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka
4. Menegur anak secara negative
*mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain
5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual).
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani
6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a.
Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata
Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum
pernah mencium seorang pun dari mereka.”
Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata :
“Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”(Maksud Al-Hadith Riwayat
Bukhari dan Muslim).
7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
*ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak
8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh
9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi
10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam
12. Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya
13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar
14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak
15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
Alhamdulillah
1 Mac 2009 tanggal penghijrahan kami sekeluarga ke syurga dunia kami yang baru... baiti jannati.. mudah2an itulah yang kami impikan.. moga Allah terus memayungi kami dengan payungan rahmat dan InayahNYA.. insyaAllah.. serta dihiasi mawaddah, mahabbah, sakinah wa rahmah yang terus mewarnai hidup kami..
Letih juga pindah ni yer.. rasa2 brg macam sikit jer.. maklumlah dah 3 thn lebih juga kami duduk menyewa.. dalam diam tak sedar byk juga barang.. bila pindah ni.. baru nampak semuanya.. kesian gak kat abi.. letih abi tidak terkira.. mana taknya... kami angkut sekali brg2 kat kampung.. spt set bilik tidur pengantin.. rak2 buku ummi... satu lori 3 tan jugalah nak angkutnya... dari rumah sewa pulak 2 trip.. itu pun coz abi dah angkut brg2 yg kecil, kotak2, buku2, rak2... 2 trip tu untuk angkat brgan elektrik, katil2, almari2 besar... pasu2 bunga dan nanas ummi ... :) :) tapi.. malangnya ummi tak dapat nak tolong.. ummi kena attend kursus sembelihan kat kolej pula...
Oleh itu.. ucapan syukur dan jazakumullahu khairal jaza' buat tenaga2 kerja yang membantu kami dalam kerja2 perpindahan ni.. antaranya... yg bekerja sebelum perpindahan ni adalah kak ita, kak ros sekeluarga, yop dan yong ana sekeluarga, nyah amat sekeluarga, alang e, aziz sekeluarga... semasa hari perpindahan pula 6 org student2 KUIS... terima kasih banyak2 yer.. atuk dan opah ammar pun datang dari kampar... moga Allah membantu dan memudahkan perjalanan hidup kalian... terima kasih atas segala bantuan yer..
Alhamdulillah, sampai juga hajat kami nak kosongkan rumah sewa tu pada awal bulan mac... cuma ummi terkilan sikit coz tak sempat lagi nak jumpa jiran2 lama.. nak mohon ampun dan maaf andai ada silap dan salah tingkahlaku dan perkataan... insyaAllah 2-3 hari ni.. akan ummi usahakan juga untuk bertandang ke rumah jiran2 dan kawan2 ammar..
Nampaknya di rumah baru ni.. ammar makin pandai mengira lah.. mana taknya.. setiap kali nak naik dan turun tangga.. dia mengira satu dua tiga sampai sebelas... seronok betul dia.. cuma sekarang ni tak tersusun lagi.. setiap sudut penuh dgn buku2 dan barang2... brg perabot semua dah susun kat bilik dan dapur.. tinggal nak kemas baju2 buku2 je.. ummi pela sibuk dgn kelas.. minggu ni minggu terakir kelas untuk student.. ummi pun kelam kabut nak buat soalan lah.. nak buat muraja'ah dgn student lah... insyaAllah rabu ni ingat nak ambil cuti juga... khusus untuk mengemas rumah.... so.. permintaan ummu uwais nak tengok snap gambar rumah tu.. tak dapat dilaksanakan lagi.. tunggu yer.. dah siap kemas dan tersusun baru boleh tengok gambar... :) :) :)
Apa pun doa dan harapan kami.. mudah2an dgn penghijrahan ini dapat meningkatkan lagi syukur dan redha kami pada Ilahi Rabbul Izzati... terima kasih ya Allah atas kurniaanMU.. semoga keluarga kami ini kan terus berada dalam sakinah, mahabbah dan mawaddah yang berpanjangan.. insyaAllah...
Tuesday, February 17, 2009
TANGGUNGJAWAB BERUMAH TANGGA
Tanggungjawab Ibu Bapa dalam rumah tangga
1. ibu hendaklah memilih calon bapa yang baik dan serasi. Begitu juga sebaliknya.
2. membentuk anak sebagai pewaris bangsa yang akan membentuk generasi akan datang yang gemilang.
3. berdoa dan mengikut adab semasa 'berjimak' supaya anak yang dilahirkan berlandas kepada kehendak agama.
4. bersikap positif terhadap kelahiran anak samada lelaki atau perempuan.
5. memberikan nama yang indah dan mempunyai maksud yang baik supaya mereka tidak dihina dan dicela apabila besar kelak.
6. mengakikahkan anak.
7. menyusui anak sendiri.
8. mengkhatankan anak.
9. memberikan nafkah yang secukupnya untuk anak-anak.
10. menepati segala janji dengan anak-anak.
11. memupuk rasa kasih sayang di kalangan anak-anak.
12. menepati segala janji dengan anak-anak.
13. menghormati hak anak-anak dengan tidak membatasi hak ibu bapa sendiri.
14. mendidik akhlak anak-anak ke arah kecemerlangan.
15. menanam akidah tauhid dalam diri anak-anak. Tanamkan kecintaan kepada Allah S.W.T., Rasullullah S.A.W. dan keluarga baginda.
16. melatih dan membimbing anak-anak menunaikan solat dan tuntutan agama yang lainnya.
17. bertindak adil terhadap sesama anak-anak.
18. mengasingkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan.
19. memastikan anak-anak bergaul dengan orang yang baik-baik.
20. mengajar anak membaca al-Quran, berzikir dan cintakan ilmu.
21. menerangkan kepada anak-anak tentang halal haram dan baik buruk sesuatu perkara.
22. tidak memewahkan anak-anak supaya mereka belajar erti kehidupan yang sebenar.
23. mendidik anak supaya mereka tidak mengganggu di waktu aurat iaitu subuh, tengahari dan selepas Isyak melainkan untuk tujuan kecemasan dan penting.
24. melatih dan menggalakkan anak-anak beriadah untuk kesihatan fizikal dan mental.
25. menghormati anak-anak seperti mana kita mahu mereka menghormati kita.
26. menghiburkan keluarga.
27. mencegah pergaulan bebas supaya mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
28. membimbing anak-anak bertakwa.
29. memastikan anak-anak tidak terdedah kepada perkara-perkara lucah.
30. memastikan keselamatan anak-anak setiap masa dan di mana jua.
31. memperkenalkan anak-anak kepada sanak saudara samada yang jauh mahupun yang dekat.
32. mendidik anak tentang etika sosial.
33. mengahwinkan mereka dengan pasangan yang baik agamanya.
34. bersabar dan menerima ketika kematian anak.
35. mendidik anak sayangkan binatang dan makhluk Allah S.W.T. yang lainnya.
36. menegakkan amal makruf dan nahi mungkar dalam rumah tangga.
37. mewasiatkan iman dan takwa kepada anak-anak.
38. sentiasa mendoakan anak-anak khususnya di saat-saat mustajab.
39. sentiasa bertawakal kepada Allah S.W.T.
Doa Ibu untuk kesejahteraan anak dalam kandungan
"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan
sihatkanlah ia.
Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa
yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada
Rasul-Mu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.
Ya Allah, jadikanlah dia sihat dan sempurna berakal dan pandai, alim dan
beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah
akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan
hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W. dan segala puji bagi Allah Tuhan
Semesta Alam."
RUMUSAN
1. Ibu bapa yang berkesan memerlukan personaliti yang profesional dan praktikal untuk dicontohi oleh anak-anak.
2. Nilai diri yang positif akan membawa kepada keyakinan diri yang mantap, penghormatan daripada orang lain dan membentuk persekitaran yang kondusif. memahami dan memberi ganjaran kepada anak-anak secara psikologikal dan material akan memperkukuhkan institusi rumah tangga
PERSONALITI IBU BAPA YANG CEMERLANG
Ibu bapa yang cemerlang mestilah mempunyai matlamat hidup berkeluarga yang jelas. Matlamat yang menjamin keutuhan rumah tangga dan kesinambungan generasi yang berkekalan dan berilmu. Jika sesuatu perkahwinan dilakukan kerana mengikut kebiasaan dan adat semata-mata, ia kana menjadikan rumah tangga hambar dan tidak berhaluan. Matlamat yang jelas akan menyebabkan ibu bapa membuat perancangan yang teratur untuk masa depan anak-anak dan dapat menjalani kehidupan di dunia dan akhirat dengan lebih cemerlang. Sebenarnya apa yang kita minta, itulah yang akan kita dapat.
Tegas
Ketegasan dalam segala tindakan ibu bapa akan dapat mendisplinkan anak dengan lebih cemerlang. Ketegasan yang positif akan menyebabkan anak-anak lebih menghormati kedua-dua orang tuanya dan memahami kehendak ibu bapanya.
Berakhlak mulia
Ibu bapa yang cemerlang mestilah mempunyai akhlak yang mulia untuk membimbing anak-anak supaya mereka juga mempunyai akhlak yang mulia. Sebagaimana hadis Rasullullah S.A.W. yang bermaksud : "Paling sempurna seorang mukmin imannya adalah yang paling luhur akhlaknya."(Hadith Riwayat Tirmidzi)Pepatah Melayu juga pernah menyebut :"Bapa borek anak rintik". Kita tidak mahu menjadi seperti "Ketam yang mengajar anaknya berjalan betul".
Mengambil berat terhadap keluarga
Suka sifat mengambil berat terhadap keluarga akan menyebabkan anak-anak rasa disayangi dan diambil perhatian. Sifat ini dengan secara tidak langsung akan menanamkan rasa kasih sayang di jiwa anak-anak
Komitmen yang tinggi
Apabila pasangan suami isteri bersedia untuk mempunyai keluarga, sudah tentulah komitmen yang tinggi diperlukan untuk menjamin keharmonian rumah tangga. Sekiranya pasangan suami isteri hanya menganggap bahawa berkeluarga hanyalah kitaran hidup yang biasa bagi seorang manusia, maka janganlah hairan kalau rumah tangga tersebut hanya berada di tahap yang sederhana sahaja
Berketrampilan dalam pelbagai bidang
Ibu bapa yang cemerlang harus mempunyai pengetahuan yang agak luas dalam pelbagai bidang. Ini akan dapat mengukuhkan kefahaman mereka dalam mendidik anak-anak mengenai bidang-bidang yang berkenaan
Yakin terhadap diri sendiri
Keyakinan yang tinggi menjadi pemimpin dalam rumah tangga adalah tunggak kepada kekuatan seseorang suami dan keyakinan yang jitu dalam mendidik anak-anak adalah tunggak kepada isteri yang solehah. Tanpa keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri, kedua-dua ibu bapa tidak dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan. Ingat "bagaimana acuan, begitulah kuihnya".
Konsisten dalam melakukan sesuatu (Istiqomah)
Sesuatu amalan yang dilakukan secara konsisten oleh kedua-dua ibu bapa seperti sembahyang jemaah, melakukan aktiviti-aktiviti yang mulia, memberi arahan dan mengenakan hukuman akan dapat menanamkan rasa hormat dalam diri anak-anak terhadap kedua-dua orang tuanya
Pemikiran yang kreatif dan positif
Ibu bapa yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan positif akan dapat mewujudkan suasana yang ceria dalam rumah tangga. Kreatif dalam mengemas rumah, memilih makanan, beriadah dan sebagainya akan dapat mengubah selera dan suasana dalam rumah tangga
Boleh diharap
Ibu bapa adalah tempat bergantung oleh anak-anak. Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah sentiasa bersedia untuk melayani dan melindungi ahli-ahli keluarga apabila diperlukan
Sentiasa bertenaga
Anak-anak memerlukan kemanjaan, kasih sayang dan perhatian pada bila-bila masa. Oleh yang demikian ibu bapa harus sentiasa mempunyai tenaga yang banyak untuk melayani kerenah anak-anak. Pastikan kesihatan diri sentiasa berada dalam keadaan terbaik
Sentiasa bersemangat
Ibu bapa tidak seharusnya berasa jemu untuk menjalankan aktiviti harian. Mereka harus sentiasa bersemangat untuk mewujudkan suasana rumah tangga yang bahagia. Semangat ini hanya datang dari komitmen yang tinggi dan pemikiran yang positif
Mudah mesra dan penyayang
Senyuman yang sentiasa terukir di wajah ibu bapa menjadi penawar kepada segala penyakit dalam rumah tangga
Pandai mendengar dengan berkesan
Ibu bapa yang boleh mendengar dengan berkesan rintihan anak-anak akan dapat menyelesaikan segala masalah anak-anak. Mendengar merupakan satu kemahiran yang harus dipelajari untuk memahami dan mendidik dengan lebih berkesan
Sentiasa bekerja kuat dan smart
Sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan akan membuahkan hasil yang lumayan. Pekerjaan seumpama ini akan menjadi ikutan kepada anak-anak
Kejujuran dan keikhlasan
Ibu bapa yang cemerlang sentiasa menanamkan sifat kejujuran dan keikhlasan dalam segala tindak-tanduk. Kejujuran dan keikhlasan dalam menghukum anak misalnya akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri anak berbanding dengan perasaan marah dan benci
Merendah diri
Sifat merendah diri ini bukanlah bermaksud sehingga anak-anak boleh memijak kepala kita. Sekiranya ibu bapa merendah diri terhadap kedua-dua ibu bapanya, maka sudah tentulah anak akan mengikuti jejak langkah tersebut
Sentiasa menjaga harga diri / maruah
Ibu bapa yang sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga akan meningkatkan lagi maruah keseluruhan keluarga tersebut. Dengan ini keluarga tersebut akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat
Bijaksana
Ibu bapa seharusnya mempunyai kebijaksanaan yang melebihi anak-anak. Ini sudah tentunya melalui pengalaman dan pembacaan yang luas. Pergaulan yang luas juga menjadikan ibu bapa lebih berpengetahuan
Pengasih dan penyayang
Anak-anak memerlukan ibu bapa yang pengasih dan penyayang. Semua anak tidak meminta untuk dilahirkan ke dunia ini. Oleh itu setiap kelahiran anak patutlah dibajai dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi
Bermotivasi tinggi
Ibu bapa harus sentiasa memupuk semangat motivasi yang tinggi dalam diri masing-masing. Ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Motivasi hendaklah dipupuk dan dibaja setiap masa dan ketika
Optimistik
Persediaan untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang sebelum berkahwin lagi akan menjadikan seseorang itu bersifat optimistik terhadap membina rumah tangga yang diidamkan
Mempunyai perancangan yang rapi
Merancang kehidupan harian adalah satu langkah yang paling baik untuk kesejahteraan semua ahli keluarga. Perancangan yang teratur akan melicinkan perjalanan harian keluarga dan dapat memastikan semua ahli dalam keadaan selesa
Gigih
Kesejahteraan sesebuah keluarga tidak dapat dibentuk dalam sekelip mata sahaja. Ia memerlukan kegigihan dan kesabaran yang tinggi. Mereka yang berasa kecewa akan gagal. Jadikan kegagalan sebagai kawan yang paling karib untuk mencapai kejayaan
Sikap mental yang positif dan kreatif
Bagi mengelakkan kebosanan dalam rumah tangga, ibu bapa hendaklah sentiasa mempunyai sikap mental yang positif dan kreatif dalam menangani segala masalah dalam rumah tangga
Kepantasan bertindak
Membuat Keputusan yang adil dan bertindak cepat akan dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku
Imej diri yang cemerlang
Imej diri yang cemerlang akan menambahkan keyakinan dalam diri ibu bapa. Imej diri bukan sahaja dilihat dari perspektif luaran malah ia juga harus dilihat dari perspektif dalaman
Mempunyai kemahiran berkomunikasi
Ibu bapa yang mempunyai kemahiran komunikasi akan disukai oleh semua ahli keluarga. Teknik menegur ahli keluarga yang berhemah akan menjadikan mereka orang yang disanjungi dan dihormati
Pandai bergurau
Bergurau senda dalam rumah tangga akan menceriakan persekitaran sesebuah keluarga
Berdoa dan mendoakan
Ibu bapa yang cemerlang sentiasa berdoa untuk kecemerlangan diri dan ahli keluarga yang lainnya.
Sifat personaliti yang tersemai di hati boleh dipelajari dan ia bukan sesuatu yang semula jadi atau tumbuh dengan sendirinya dalam diri setiap individu
Wednesday, February 04, 2009
Sanah Helwa ya zauji Habibi...
Sunday, January 25, 2009
I Love Free
Seronok agaknya hidup ni kalau semua benda yang kita gunakan adalah percuma... teringat pulak saya iklan digi i love free tu...
Mana taknya.. bulan ni.. dapat bil air free... bil elektrik free... cuci gambar 50 keping free... seronoknya.,.. tentang gambar dah janji eoe.com nak buat review balik bila dapat gambar yg dah dicuci tu.. tapi masih belum ada kesempatan.. insyaAllah dalam masa terdekat... bil air tu sejak jun 2008 lagi dah free... sementara bil elektrik pulak.. sebelum ni tengok and dengar bil rumah kawan2 free coz bawah RM20... biasanya bil rumah saya RM22.. tp bulan ni RM19.65... jadi dia kata bil dibiayai oleh kerajaan malaysia... terima kasih banyak2...
tapi... sebenarnya.. hidup ni tiada yang percuma... semuanya mesti berbalas.. give and take orang kata...
Thursday, January 08, 2009
Birthday Amirah anisah...
Minggu lepas balik kampung.. menyambut ulangtahun kelahiran yang pertama buat amirah anisah.. sepupu ammar... dah setahun anis yer... dah lama tak jumpa.. besar dah yer..tengoklah gambar tu ammar pun sibuk nak tiup lilin.. berapa kali snap gambar coz anis tak sempat nak tiup lilin tu... ammar tiup dulu..hmm... ammar ni memang anak ummi yang soleh dan baik.. selalu sangat nak tolong orang yer...
Thursday, December 11, 2008
Berbudi pada tanah
hati gajah sama dilapah".. moga berkat...
Tuesday, December 09, 2008
Doa untuk ayah..
Saturday, November 29, 2008
Terima kasih yang tidak terhingga buat suami tercinta
Pagi-pagi lagi... abang dah kejutkan saya... untuk bermunajat padaNYA... bersyukur atas kurniaan sebuah keluarga yang dipenuhi dengan mahabbah, mawaddah dan rahmah ini.... InsyaAllah abang... mudah2an bahtera kita ini akan terus kukuh dan kuat... bersama kita menongkah arus membelah badai... kita harungi semuanya bersama... satu kucupan hinggap di dahi saya... syahdunya rasa... "Terima kasih sayang"...ya Allah.. bantulah kami.. peliharalah ikatan kami ini... agar ianya berkekalan..
Sudah menjadi rutin kami... hari Khamis.. hari utk mengadap advisor tesis kami... dalam kesibukan menyiapkan tesis.. sempat lagi saya mengingatkan abang hari ulangtahun pernikahan kami ini... semalam katanya ada surprise untuk saya... hmmm.. selepas ambil ammar di rumah pengasuh... singgah sebentar menjamu selera di restoran kegemaran keluarga kami.... biasanya kami ke sini kalau ada apa2 event je... usai sudah menjamu selera... Alhamdulillah...
sebelum bertolak balik... abang menyerahkan kotak kecil sebagai hadiah anniversary kami... isinya... biarlah rahsia kam isekeluarga... yang penting ianya amat bermakna buat saya.... Alhamdulillah... kejutan itu tidak habis di situ saja... di dalam kereta abang mendeklamasikan sebuah puisi untuk saya... MasyaAllah...
abang ni memang terkenal dengan sajaknya.. tak sangka.. sempat lagi abang mendeklamasikan sajak.... saya tahu sajak itu spontan keluar dari lubuk hatinya... selesai abang bersajak... saya request untuk abang menulis sajak itu dan bolehlah di nukilkan di dalam blog ini... segan pula katanya... insyaAllah.. kalau ada masa nanti.. saya cuba pujuk abang untuk nukilkan sajak itu... yang seronoknya sewaktu abang deklamasikan sajak tu.. ammar tengok saja sambil tersenyum... tak lama lepas tu ammar pun ikut sekali nak bersajak... puas dia menggayakan tangannya.. ikut gaya abinya... ammar.. ammar..
Terima kasih ya Allah atas pemberian MU yang tidak ternilai ini... terima kasih...
Alhamdulillah.....
Alhamdulillah.. syukur ini seiinfinitinya kami rafa'kan buatMU Allah Rabbul Jalil... Ya Allah dgn sifat Rahman dan RahimMU... restuilah ikatan ini... jadikanlah kami ini kuat untuk menghadapi segala mehnah dan tribulasi drMU... janganlah kami ini diuji dengan ujian yang tidak mampu kami hadapi.... jadikanlah kebahagiaan ini berpanjangan di dunia berterusan hingga ke negeri abadi... Ya Allah sujud syukur kami rafa'kan... tiada lafaz seindah KALAM-MU.. yang bisa kami ungkapkan demi menunjukkan syukur kami ini... bantulah kami ya Allah...
Alhamdulillah.. ya Allah.. sepanjang 3 thn usia ikatan ini... kami Kau kurniakan seorang mutiara hati... bantulah ya Allah.. bantulah kami dalam mendidik dan mentarbiyah cahaya mata kami ini.. agar besarnya menjadi jundullah, ahlullah yang menjunjung tinggi kalamMU dan memelihara sunnah RasulMU... munajat hambaMU ini pada Mu ya Allah.. moga diberkati dan dimakbulkan segalanya.. insyaAllah ...Amiin.. ya Rabbal 'alamiin...
Friday, October 24, 2008
Sifat Keibuan Sejati: Apakah Sudah Luntur?
Dari tinjauan rambang ANIS ke atas mereka yang bergelar ibu, ramai yang merasakan pentingnya sifat keibuan ini dipupuk sejak awal untuk mengelakkan gejala lunturnya sifat berkenaan. “Sifat-sifat keibuan sejati mestilah dipupuk sejak awal, barulah akan timbul dalam diri,” ungkap Aslinda Abu Samah, 32.
Tidak dinafikan, ada di kalangan kaum wanita yang seolah-olah berasa kekok menjadi seorang ibu. Padahal menjadi ibu adalah peranan asas wanita apabila telah berkeluarga. Namun ini tidak bermakna sifat-sifat keibuan itu langsung tidak ada pada diri mereka. Kerana secara fitrah, setiap wanita yang melahirkan anak pasti dianugerahkan sifat keibuan oleh Allah. “Bila lahir saja anak, naluri keibuan memang ada di dalam jiwa seorang ibu,” ujar Siti Zaine Zainal Abidin, 26.
“Ini adalah fitrah (nature) bagi seorang yang menjadi ibu,” sokong Norhazlina Zainol, 25, seorang juruhebah. Norhazlina menambah, “Ibu yang bersikap kejam pada anak-anak adalah ibu yang mungkin mengalami masalah dalaman ataupun mendapat anak dengan cara yang tidak halal. Sedangkan kucing pun sangat menyayangi anak-anaknya, apatah lagi manusia yang dianugerahi akal fikiran.”Beliau percaya, walaupun kita hidup di zaman moden, tidak ada wanita yang tidak memiliki langsung sifat-sifat keibuan.
Rahayu Md Rashid, 26, tidak setuju jika dikatakan pemudi sekarang tidak boleh menjadi ibu yang baik, kerana berdasarkan pengalamannya sendiri berkahwin dalam usia muda (awal 20-an), dia tidak menghadapi masalah. “Cuma perlukan bantuan daripada ibu,” katanya. Seperti Rahayu, beberapa orang ibu mengakui mendapat sokongan dari ibu sendiri untuk memupuk dan menyuburkan sifat keibuan di dalam diri. “Mak banyak membentuk peribadi saya untuk menjadi seorang ibu yang sejati,” luah Noraidillah Zakaria, 28, ibu kepada dua orang cahaya mata.
Faridah Muhammad, 31, mempunyai pandangan yang sama. “Sukar pada mulanya berkahwin awal (pada usia 15 tahun) tapi berkat sokongan ibu, saya dapat menjaga anak-anak dengan baik,” kata Faridah yang memiliki dua orang anak remaja berusia 12 dan 16
Namun begitu, inisiatif sendiri juga perlu ada dalam menyuburkan sifat-sifat keibuan ini. Di sini perlunya ilmu berumah tangga. “Cara nak meningkatkan ilmu adalah terpulang pada diri sendiri. Bagi saya, ia ibarat makanan, kalau sudah selalu dimasak, kita sudah tahu apa rencah yang perlu dimasukkan,” Asana Evilianty Hassan, 40, memberi pandangan. Beliau yang berasal dari Medan, Indonesia, seorang tukang masak restoran.
Sifat-sifat keibuan sejati begitu penting kerana ia mempengaruhi pembentukan sahsiah generasi akan datang. Tetapi apakah yang dikatakan sifat-sifat keibuan yang sejati itu? Mungkin terlalu panjang jika hendak disenaraikan. “Ibu sejati adalah ibu yang sedia berkorban walau apa pun yang berlaku pada anak-anak dan dirinya. Yang sentiasa mendahulukan keperluan anak-anak daripada dirinya sendiri,” celah Rahayu.Pengorbanan adalah salah satu ciri seorang ibu sejati.
Pengorbanan yang ibu berikan itu tentunya lahir dari kasih sayang yang mendalam terhadap anaknya. “Bagi saya, kasih ibu sejati itu, tidak kira di mana dia berada, walaupun berjauhan dari anak-anak, dia tetap menjalankan tugasnya sebagai ibu,” ungkap Syazrah Ilyana Abdullah, 25, seorang ibu berkerjaya yang terpaksa berjauhan daripada anak dan suami demi memenuhi tuntutan tugas.
“Kasih ibu sejati itu berpanjangan, dan ia dapat dilihat dengan sangat jelas. Walaupun bukan pada anak sendiri, namun sifat-sifat itu tetap kelihatan,” kata seorang guru, Zarina Mohd Ali, 34. Kasih sayang adalah anugerah Allah yang amat bernilai.
Selagi tidak luntur kasih sayang di dalam hati, selagi itulah seorang ibu mampu menjadi seorang ibu yang sejati. Tetapi jika kasih sayang sudah luntur dan tidak cuba digilap kembali, akan lunturlah juga sifat-sifat keibuan sejati pada diri seorang ibu.
