Photobucket

Zikrayaat

Wednesday, February 18, 2009

Mantap Al-Qur'an Mudah Belajar Bahasa Arab..

2 comments

Penggunaan Al-Quran sebenarnya adalah bertujuan untuk mengajar ilmu Bahasa Arab terutamanya dari sudut nahu (grammar) itu sendiri yang mana telah mendapat perhatian yang utama oleh para nuhat (ahli-ahli nahu) sejak zaman-berzaman di samping ianya merupakan mukjizat yang agung dan hidayah buat sekelian umat Nabi Muhammad S.A.W.
Bermula daripada Abu Aswad ad-Duali yang telah menyahut seruan Saidina Ali Karramallahu Wajhah dalam meletakkan asas ilmu nahu setelah beliau mendengar adanya lahn (kesalahan daripada segi nahu) dalam pembacaan Al-Quran.
Sibawaih (180H) dalam bukunya ‘al-Kitab’ juga menggunakan dalil ayat-ayat Al-Quran sebagai bukti kepada kaedah-kaedah nahu. Penggunaan dalil daripada ayat-ayat Al-Quran untuk membuktikan ketepatan kaedah nahu dipanggil dengan istilah “syahid Al-Quran”. Syahid Al-Quran yang pertama digunakan oleh Sibawaih di dalam kitabnya adalah ketika membincangkan tentang kalimah iaitu tajuk pertama tentang ilmu nahu.
Sekiranya dilihat pula Ibnu Hisham (761H) maka beliau juga menggunakan syahid Al-Quran di dalam menghuraikan kaedah-kaedah nahu Bahasa Arab. Di dalam bukunya “syarh qatr an-nada wa bal as-sada” penggunaanya (syahid Al-Quran) yang pertama adalah dalam bab al-kalimah apabila beliau membawa ayat Al-Quran sebagai dalil kepada jumlah mufidah.
Begitu juga Ibnu ‘Aqil (769H) yang juga tidak ketinggalan dalam menggunakan syahid Al-Quran ini di dalam menghuraikan kaedah-kaedah nahu. Syahid Al-Quran yang pertama di dalam kitabnya “syarh ibnu ‘Aqil” ialah apabila beliau memperkatakan juga tentang al-kalam (iaitu al-kalimah).
Jikalau ada pihak yang mengatakan Ibnu Hisham dan Ibnu ‘Aqil kedua-duanya adalah “syaarih” (orang yang melakukan huraian) kepada matan Ibnu Malik (al-fiah) yang bersifat “nazam atau syair” maka memang sepatutnyalah mereka menggunakan Al-Quran, maka kita lihat pula kepada ulama'-ulama' nahu yang melakukan huraian kepada matan al-ajrumiyah (bukan syair) yang juga menggunakan syahid Al-Quran di dalam menghuraikan kaedah-kaedah nahu.
Kita ambil contoh As-Syeikh Muhammad Abd al-Bariy (1298H) yang telah menulis nota tentang matan berkenaan menggunakan syahid Al-Quran pada permulaan bab nahu lagi iaitu bab al-ikrab dan al-bina’ manakala as-syaarih bagi matan al-ajrumiyyah pula iaitu As-Syiekh Muhammad Ar-Ra’aini menggunakan syahid Al-Quran, dan syahidnya yang pertama datang dari bab al-kalam.
Sekiranya kita perhatikan ulama'-ulama' nahu terdahulu, mereka sangat berpegang teguh dengan Al-Quran di dalam pengajaran mereka tentang kaedah-kaedah nahu. Sehinggakan pada permulaan bab lagi mereka telah menggunakan Al-Quran sebagai bukti atau dalil ketepatan kaedah yang dibawa.
Tetapi apabila kita merujuk kepada kitab-kitab pengajaran nahu yang ditulis oleh ulama'-ulama' kini, maka kita dapati sebahagian daripada mereka menggunakan Al-Quran dan sebahagian yang lain pula tidak menggunakan Al-Quran langsung di dalam menerangkan kaedah-kaedah nahu.
Di antara kitab-kitab nahu yang masih menggunakan Al-Quran sebagai bukti ketepatan kaedah nahu adalah seperti kitab ‘jami' ad-durus’ yang dikarang oleh Al-Ghalayini (1912), kitab ‘at-tathbiq an-nahwi’ karangan Dr. Abduh Ar-Rajihi (1988), dan juga kitab terbaru yang mengemukakan huraian (syarh) kepada matan al-ajrumiyyah yang telah dilakukan oleh Muhammad Mahyuddin Abd Hamid yang dinamakan dengan ‘at-tuhfatu as-saniyyah’ juga tidak ketinggalan menggunakan syahid Al-Quran sebagai hujjah membuktikan ketepatan nahu Bahasa Arab.
Manakala kitab-kitab yang tidak menggunakan syahid Al-Quran di dalam menghuraikan kaedah-kaedah nahu adalah seperti kitab ‘an-nahwu al-waadhih’ tidak menggunakan syahid Al-Quran pada kedua-dua jilid (untuk marhalah ibtidaaiyyah dan thanawiyyah). Begitu juga buku-buku ringkasan nahu Bahasa Arab yang digunakan di sekolah-sekolah juga tidak menggunakan syahid Al-Quran ini.
Kesimpulan daripada kajian yang sedikit ini (jika boleh dikatakan) bahawa terdapat kaitan yang jelas di antara menggunakan syahid Al-Quran dalam kaedah pengajaran Bahasa Arab dengan penguasaan ilmu Bahasa Arab itu sendiri di kalangan para pelajar.
Maksudnya, kemungkinan kesukaran para pelajar dan kelemahan mereka menguasai ilmu Bahasa Arab kerana mereka kini telah jauh daripada Al-Quran itu sendiri yang mana suatu ketika dahulu telah didekatkan oleh guru mereka melalui kaedah penggunaan syahid Al-Quran.
Hal ini demikian adalah kerana terdapatnya kaitan rapat Al-Quran itu dengan Bahasa Arab yang diibaratkan seperti isi dengan kuku. Tidak sempurnalah jari yang berada di tangan jika tidak mempunyai kuku dihujungnya tetapi hanya ada isinya sahaja dan begitu jugalah sebaliknya.
Jadi usaha untuk memantapkan kembali penguasaan Bahasa Arab di kalangan para pelajar adalah dengan kita di kalangan para pendidik mengembalikan mereka kepada kaedah sebagaimana yang telah diasaskan oleh ulama'-ulama' terdahulu, di antaranya adalah menggunakan Al-Quran di dalam pengajaran dan pembelajaran nahu Bahasa Arab itu sendiri.
Sesungguhnya mukjizat Al-Quran yang maha suci itu memungkinkan para pelajar mudah untuk memahami tentang kaedah-kaedah nahu yang nampak seakan-akan terlalu susah kini. Mudah-mudahan usaha mengembalikan kehebatan Al-Quran di dalam hati anak-anak muda atau anak-anak didik bersama kaedah pengajaran nahu akan memantapkan kembali penguasaan nahu dan Bahasa Arab itu sendiri. Malah memberi impak yang baik untuk ISLAM pada masa hadapan dan generasi akan datang..khasnya buat anak-anak sahabat-sahabatku yang bakal lahir nanti dan anak-anakku jua malah buat seluruh anak-anak kaum muslimin amnya...
Saya fikir..anda fikir..kita sama-sama fikir...jadi fikir-fikirkanlah!!!!

Kenyataan MB Perak perihal tanah kekal

0 comments
Kenyataan dari MB Perak perihal tanah Kekal untuk RAKYAT PERAK.. bukan Rakyat kroni!

Dato' Seri Ir.. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin said...

Assalamualaikum Kepada semua yang telah memberi komen tak kira manis ke pedas, kutuk ke puji ke, dsbnya, saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kerana sudi kunjung dan beri komen serta kritikan. Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio.Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri. Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.

Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.

Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah DuliYang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda, Raja DrNazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.Tohmahan sahabat mengenai "gadai tanah" kpda Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaansemua institusi kerajaan yang terlibat.

Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih,Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.

Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:
22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas
1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor
Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.
200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! )

Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekatHiway!Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan dibeberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta,dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PRambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay-towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepasPRU- 12).

Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru(kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli),adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12. Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.

Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar.Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya..Kerajaan akan memperolehi tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya.Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang.Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun!

Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta- juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat"kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.

Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu..Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).

Tuesday, February 17, 2009

TANGGUNGJAWAB BERUMAH TANGGA

0 comments
Rumah tangga yang harmoni dan sejahtera memerlukan satu rasa tanggungjawab yang begitu berat yang harus dipikul oleh kedua-dua ibu bapa. Ia memerlukan satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan jayanya

Tanggungjawab Ibu Bapa dalam rumah tangga
1. ibu hendaklah memilih calon bapa yang baik dan serasi. Begitu juga sebaliknya.
2. membentuk anak sebagai pewaris bangsa yang akan membentuk generasi akan datang yang gemilang.
3. berdoa dan mengikut adab semasa 'berjimak' supaya anak yang dilahirkan berlandas kepada kehendak agama.
4. bersikap positif terhadap kelahiran anak samada lelaki atau perempuan.
5. memberikan nama yang indah dan mempunyai maksud yang baik supaya mereka tidak dihina dan dicela apabila besar kelak.
6. mengakikahkan anak.
7. menyusui anak sendiri.
8. mengkhatankan anak.
9. memberikan nafkah yang secukupnya untuk anak-anak.
10. menepati segala janji dengan anak-anak.
11. memupuk rasa kasih sayang di kalangan anak-anak.
12. menepati segala janji dengan anak-anak.
13. menghormati hak anak-anak dengan tidak membatasi hak ibu bapa sendiri.
14. mendidik akhlak anak-anak ke arah kecemerlangan.
15. menanam akidah tauhid dalam diri anak-anak. Tanamkan kecintaan kepada Allah S.W.T., Rasullullah S.A.W. dan keluarga baginda.
16. melatih dan membimbing anak-anak menunaikan solat dan tuntutan agama yang lainnya.
17. bertindak adil terhadap sesama anak-anak.
18. mengasingkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan.
19. memastikan anak-anak bergaul dengan orang yang baik-baik.
20. mengajar anak membaca al-Quran, berzikir dan cintakan ilmu.
21. menerangkan kepada anak-anak tentang halal haram dan baik buruk sesuatu perkara.
22. tidak memewahkan anak-anak supaya mereka belajar erti kehidupan yang sebenar.
23. mendidik anak supaya mereka tidak mengganggu di waktu aurat iaitu subuh, tengahari dan selepas Isyak melainkan untuk tujuan kecemasan dan penting.
24. melatih dan menggalakkan anak-anak beriadah untuk kesihatan fizikal dan mental.
25. menghormati anak-anak seperti mana kita mahu mereka menghormati kita.
26. menghiburkan keluarga.
27. mencegah pergaulan bebas supaya mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
28. membimbing anak-anak bertakwa.
29. memastikan anak-anak tidak terdedah kepada perkara-perkara lucah.
30. memastikan keselamatan anak-anak setiap masa dan di mana jua.
31. memperkenalkan anak-anak kepada sanak saudara samada yang jauh mahupun yang dekat.
32. mendidik anak tentang etika sosial.
33. mengahwinkan mereka dengan pasangan yang baik agamanya.
34. bersabar dan menerima ketika kematian anak.
35. mendidik anak sayangkan binatang dan makhluk Allah S.W.T. yang lainnya.
36. menegakkan amal makruf dan nahi mungkar dalam rumah tangga.
37. mewasiatkan iman dan takwa kepada anak-anak.
38. sentiasa mendoakan anak-anak khususnya di saat-saat mustajab.
39. sentiasa bertawakal kepada Allah S.W.T.

Doa Ibu untuk kesejahteraan anak dalam kandungan
"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan
sihatkanlah ia.
Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain
penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa
yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada
Rasul-Mu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.
Ya Allah, jadikanlah dia sihat dan sempurna berakal dan pandai, alim dan
beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah
akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan
hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W. dan segala puji bagi Allah Tuhan
Semesta Alam."


RUMUSAN
1. Ibu bapa yang berkesan memerlukan personaliti yang profesional dan praktikal untuk dicontohi oleh anak-anak.
2. Nilai diri yang positif akan membawa kepada keyakinan diri yang mantap, penghormatan daripada orang lain dan membentuk persekitaran yang kondusif. memahami dan memberi ganjaran kepada anak-anak secara psikologikal dan material akan memperkukuhkan institusi rumah tangga

PERSONALITI IBU BAPA YANG CEMERLANG

0 comments
Mempunyai matlamat yang jelas
Ibu bapa yang cemerlang mestilah mempunyai matlamat hidup berkeluarga yang jelas. Matlamat yang menjamin keutuhan rumah tangga dan kesinambungan generasi yang berkekalan dan berilmu. Jika sesuatu perkahwinan dilakukan kerana mengikut kebiasaan dan adat semata-mata, ia kana menjadikan rumah tangga hambar dan tidak berhaluan. Matlamat yang jelas akan menyebabkan ibu bapa membuat perancangan yang teratur untuk masa depan anak-anak dan dapat menjalani kehidupan di dunia dan akhirat dengan lebih cemerlang. Sebenarnya apa yang kita minta, itulah yang akan kita dapat.

Tegas
Ketegasan dalam segala tindakan ibu bapa akan dapat mendisplinkan anak dengan lebih cemerlang. Ketegasan yang positif akan menyebabkan anak-anak lebih menghormati kedua-dua orang tuanya dan memahami kehendak ibu bapanya.

Berakhlak mulia
Ibu bapa yang cemerlang mestilah mempunyai akhlak yang mulia untuk membimbing anak-anak supaya mereka juga mempunyai akhlak yang mulia. Sebagaimana hadis Rasullullah S.A.W. yang bermaksud : "Paling sempurna seorang mukmin imannya adalah yang paling luhur akhlaknya."(Hadith Riwayat Tirmidzi)Pepatah Melayu juga pernah menyebut :"Bapa borek anak rintik". Kita tidak mahu menjadi seperti "Ketam yang mengajar anaknya berjalan betul".

Mengambil berat terhadap keluarga
Suka sifat mengambil berat terhadap keluarga akan menyebabkan anak-anak rasa disayangi dan diambil perhatian. Sifat ini dengan secara tidak langsung akan menanamkan rasa kasih sayang di jiwa anak-anak

Komitmen yang tinggi
Apabila pasangan suami isteri bersedia untuk mempunyai keluarga, sudah tentulah komitmen yang tinggi diperlukan untuk menjamin keharmonian rumah tangga. Sekiranya pasangan suami isteri hanya menganggap bahawa berkeluarga hanyalah kitaran hidup yang biasa bagi seorang manusia, maka janganlah hairan kalau rumah tangga tersebut hanya berada di tahap yang sederhana sahaja

Berketrampilan dalam pelbagai bidang
Ibu bapa yang cemerlang harus mempunyai pengetahuan yang agak luas dalam pelbagai bidang. Ini akan dapat mengukuhkan kefahaman mereka dalam mendidik anak-anak mengenai bidang-bidang yang berkenaan

Yakin terhadap diri sendiri
Keyakinan yang tinggi menjadi pemimpin dalam rumah tangga adalah tunggak kepada kekuatan seseorang suami dan keyakinan yang jitu dalam mendidik anak-anak adalah tunggak kepada isteri yang solehah. Tanpa keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri, kedua-dua ibu bapa tidak dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan. Ingat "bagaimana acuan, begitulah kuihnya".

Konsisten dalam melakukan sesuatu (Istiqomah)
Sesuatu amalan yang dilakukan secara konsisten oleh kedua-dua ibu bapa seperti sembahyang jemaah, melakukan aktiviti-aktiviti yang mulia, memberi arahan dan mengenakan hukuman akan dapat menanamkan rasa hormat dalam diri anak-anak terhadap kedua-dua orang tuanya

Pemikiran yang kreatif dan positif
Ibu bapa yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan positif akan dapat mewujudkan suasana yang ceria dalam rumah tangga. Kreatif dalam mengemas rumah, memilih makanan, beriadah dan sebagainya akan dapat mengubah selera dan suasana dalam rumah tangga

Boleh diharap
Ibu bapa adalah tempat bergantung oleh anak-anak. Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah sentiasa bersedia untuk melayani dan melindungi ahli-ahli keluarga apabila diperlukan

Sentiasa bertenaga
Anak-anak memerlukan kemanjaan, kasih sayang dan perhatian pada bila-bila masa. Oleh yang demikian ibu bapa harus sentiasa mempunyai tenaga yang banyak untuk melayani kerenah anak-anak. Pastikan kesihatan diri sentiasa berada dalam keadaan terbaik

Sentiasa bersemangat
Ibu bapa tidak seharusnya berasa jemu untuk menjalankan aktiviti harian. Mereka harus sentiasa bersemangat untuk mewujudkan suasana rumah tangga yang bahagia. Semangat ini hanya datang dari komitmen yang tinggi dan pemikiran yang positif

Mudah mesra dan penyayang
Senyuman yang sentiasa terukir di wajah ibu bapa menjadi penawar kepada segala penyakit dalam rumah tangga

Pandai mendengar dengan berkesan
Ibu bapa yang boleh mendengar dengan berkesan rintihan anak-anak akan dapat menyelesaikan segala masalah anak-anak. Mendengar merupakan satu kemahiran yang harus dipelajari untuk memahami dan mendidik dengan lebih berkesan

Sentiasa bekerja kuat dan smart
Sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan akan membuahkan hasil yang lumayan. Pekerjaan seumpama ini akan menjadi ikutan kepada anak-anak

Kejujuran dan keikhlasan
Ibu bapa yang cemerlang sentiasa menanamkan sifat kejujuran dan keikhlasan dalam segala tindak-tanduk. Kejujuran dan keikhlasan dalam menghukum anak misalnya akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri anak berbanding dengan perasaan marah dan benci

Merendah diri
Sifat merendah diri ini bukanlah bermaksud sehingga anak-anak boleh memijak kepala kita. Sekiranya ibu bapa merendah diri terhadap kedua-dua ibu bapanya, maka sudah tentulah anak akan mengikuti jejak langkah tersebut

Sentiasa menjaga harga diri / maruah
Ibu bapa yang sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga akan meningkatkan lagi maruah keseluruhan keluarga tersebut. Dengan ini keluarga tersebut akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat

Bijaksana
Ibu bapa seharusnya mempunyai kebijaksanaan yang melebihi anak-anak. Ini sudah tentunya melalui pengalaman dan pembacaan yang luas. Pergaulan yang luas juga menjadikan ibu bapa lebih berpengetahuan

Pengasih dan penyayang
Anak-anak memerlukan ibu bapa yang pengasih dan penyayang. Semua anak tidak meminta untuk dilahirkan ke dunia ini. Oleh itu setiap kelahiran anak patutlah dibajai dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi

Bermotivasi tinggi
Ibu bapa harus sentiasa memupuk semangat motivasi yang tinggi dalam diri masing-masing. Ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Motivasi hendaklah dipupuk dan dibaja setiap masa dan ketika

Optimistik
Persediaan untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang sebelum berkahwin lagi akan menjadikan seseorang itu bersifat optimistik terhadap membina rumah tangga yang diidamkan

Mempunyai perancangan yang rapi
Merancang kehidupan harian adalah satu langkah yang paling baik untuk kesejahteraan semua ahli keluarga. Perancangan yang teratur akan melicinkan perjalanan harian keluarga dan dapat memastikan semua ahli dalam keadaan selesa

Gigih
Kesejahteraan sesebuah keluarga tidak dapat dibentuk dalam sekelip mata sahaja. Ia memerlukan kegigihan dan kesabaran yang tinggi. Mereka yang berasa kecewa akan gagal. Jadikan kegagalan sebagai kawan yang paling karib untuk mencapai kejayaan

Sikap mental yang positif dan kreatif
Bagi mengelakkan kebosanan dalam rumah tangga, ibu bapa hendaklah sentiasa mempunyai sikap mental yang positif dan kreatif dalam menangani segala masalah dalam rumah tangga

Kepantasan bertindak
Membuat Keputusan yang adil dan bertindak cepat akan dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku

Imej diri yang cemerlang
Imej diri yang cemerlang akan menambahkan keyakinan dalam diri ibu bapa. Imej diri bukan sahaja dilihat dari perspektif luaran malah ia juga harus dilihat dari perspektif dalaman

Mempunyai kemahiran berkomunikasi
Ibu bapa yang mempunyai kemahiran komunikasi akan disukai oleh semua ahli keluarga. Teknik menegur ahli keluarga yang berhemah akan menjadikan mereka orang yang disanjungi dan dihormati

Pandai bergurau
Bergurau senda dalam rumah tangga akan menceriakan persekitaran sesebuah keluarga

Berdoa dan mendoakan
Ibu bapa yang cemerlang sentiasa berdoa untuk kecemerlangan diri dan ahli keluarga yang lainnya.

Sifat personaliti yang tersemai di hati boleh dipelajari dan ia bukan sesuatu yang semula jadi atau tumbuh dengan sendirinya dalam diri setiap individu

Monday, February 16, 2009

very good service from eoe.com.my.. thank you so much

5 comments











Assalamualaikum...

ingat lagi tak tentang free printing gambar dari eoe.com hari tu.... tengoklah gambar2 kat atas ni... bagus sungguh kualitinya.. terima kasih eoe.com.my...
Oleh yang demikian... marilah semua kita print gambar yang dah lama kita simpan... eoe ni bagus sungguh perkhidmatannya... dah terbukti... ingat kita boleh print gambar saiz 4R hanya dengan harga RM0.30 sekeping...selain tu.. penghantaran percuma untuk tempahan RM35 ke atas..berbaloi sungguh...
just download gambar online.. bayar online.. pastu tunggu je kat rumah 3-4 hari lepas tu gambar tu sampai depan rumah kita.. kan mudah kan... tak perlu lah nak keluar... membazirkan minyak dan tenaga... just tunggu jer kat rumah...
promosi ni sampai 31 mac 2009 jer... ingat...

Sunday, February 15, 2009

8G pada lelaki yang dibenci wanita

0 comments

1. Garang ( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah tak bertempat, silap sikit tak boleh... macam ler dia betul semua, dsb). Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.



2. Ganas (kaki pukul,dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.


3. Gementar (takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain,dsb) Contohnya,depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafazkan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.


4. Gabrah (tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.


5. Gentleman tiada (langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman,inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.


6. Gerumal (bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita.Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.


7. Ganggo (keterlaluan- lembut sangat,pemalu sangat,pendiam sangat, macho sangat, dll). Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal.Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.


8. Gatal (miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri). Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura-pura melayan anda kerana ada udang sebalik batu.Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja.


Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda. amacam??ader ciri2 ni??kalo ader ubah la sifat tu.oklah, sampei sini jer

A GOOD FRIEND TEST!

0 comments
A simple friend,
when visiting, acts like a guest.
A real friend
opens your refrigerator and helps himself
and doesn't feel even the least bit weird shutting your 'beer/Pepsi drawer' with her foot!

A simple friend has never seen you cry.
A real friend shoulder is soggy from your tears..

A simple friend doesn't know your parents' first names.
A real friend has their phone numbers in his address book.

A simple friend brings a bottle of drink to your party.
A real friend comes early to help you cook and stays late to help you clean.

A simple friend hates it when you call after they've gone to bed.
A real friend asks you why you took so long to call.

A simple friend seeks to talk with you about your problems.
A real friend seeks to help you with your problems.

A simple friend wonders about your romantic history.
A real friend could blackmail you with it!

A simple friend thinks the friendship is over when you have an argument.
A real friend calls you after you had a fight.

A simple friend expects you to always be there for them.
A real friend expects to always be there for you!

Friday, February 13, 2009

Seminar Pendidikan Tinggi Islam ke-6

0 comments
Seminar Pendidikan Tinggi Islam Ke-6
"Budaya Ilmu : Ke Arah Pemerkasaan Umat"
Anjuran Kolej Dar al-Hikmah,
dengan kerjasama
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.
Tarikh : 14 Mac 2009

LATAR BELAKANG

"Sejarah manusia menyaksikan hakikat bahawa kebangkitan dan kejatuhan bangsa-bangsa dan tamadun-tamadun berkait rapat dengan pemerolehan, pengeluaran dan penggunaan ilmu yang hebat. Mereka yang cemerlang dalam hal ini memegang kepimpinan negara-negara dan mereka yang mundur akhirnya meminta-minta kepada orang lain untuk menjamin kelangsungannya (terj.)"

Kenyataan di atas yang diungkapkan oleh M.Wasiullah Khan dalam karya berjudul 'Education and Society in the Muslim World' menegaskan tentang hakikat sejarah dan hakikat sejagat. Tamadun Yunani yang menekankan tentang paediea atau pendidikan ialah tamadun ilmu. Tamadun Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang dirumuskan oleh Franz Rosenthal dengan ungkapan Knowledge Triumphant atau Kemenangan/Keagungan Ilmu. Tamadun semasa yang dipimpin oleh Barat semenjak Renaissance di abad ke-15 bertitik tolak dan bertunjangkan kepada ilmu.

Justeru 'ilmu ialah kuasa' (knowloedge is power), maka sesiapa atau mana-mana bangsa atau negara yang menguasai ilmu, ia memegang kuasa dan menguasai dunia. Dewasa ini ternyata yang menguasai ilmu, dan sekaligus memimpin dunia ialah Barat.Maka tidak ada jalan rentas dan jalan mudah untuk memulih dan mengembalikan kegemilangan umat, melainkan dengan mencetuskan dan memupuk semula sikap, nilai dan keghairahan terhadap ilmu (the passion of knowledge). Bermula dengan Iqra' dan diikuti dengan 750 kali sebutan bersabit dengan kata akar 'ilm dalam al-Qur'an dan demikian juga hadith-hadith Rasulullah S.A.W., membuka seluas-luasnya ruang jihad dan ibadat di bidang ilmu. Justeru apabila jihad dan ibadat ilmu ini menyatu, maka mengakar dan merimbun apa yang dikatakan budaya ilmu dalam kehidupan masyarakat dan umat.

Masyarakat dan umat perlu memperkasa diri dengan ilmu, dan ini hanya dapat dijayakan melalui pemupukan budaya ilmu. Antara lain yang perlu digalakkan ialah budaya membaca, budaya berfikir, budaya berwacana, budaya menulis dan berkarya, dan budaya belajar.Dalam konteks masyarakat kita, persiapan dan prasarana asasnya telahpun tersedia; hardware seperti institusi pendidikan, software seperti buku dan pelbagai bahan bacaan, dan humanware seperti guru dan pensyarah. Yang belum ketara dan merata ialah keghairahan terhadap ilmu; yang masih rendah ialah minat membaca, menulis dan belajar; dan kedudukan ilmu yang masih belum dimartabatkan di mercu sistem nilai dalam kehidupan umat.

Cabaran kepada kita semua ialah untuk menghidupkan dalam minda dan jiwa bangsa serta umat cinta kasih yang mendalam kepada ilmu pengetahuan dan kebenaran. Justeru itu kita perlu nyalakan semula jihad dan api perjuangan di medan ilmu dan pendidikan. Pendek kata kita perlu tanam dan pupuk semula budaya ilmu dalam diri setiap anak bangsa, masyarakat dan umat.

OBJEKTIF
#Mencetus dan meningkatkan kefahaman serta kesedaran masyarakat mengenai budaya ilmu dan kepentingannya dalam konteks pembangunan ummah.
#Menganalisis pelbagai cabaran dalam usaha membudayakan ilmu dalam masyarakat.
#Merumuskan kaedah-kaedah pembudayaan ilmu melalui pendidikan.

PESERTA

Dianggarkan sekitar 200 orang akan menghadiri seminar ini yang terdiri dari:
Wakil IPTI, IPTA, IPTS dan ahli-ahli akademik
Wakil Institusi Perguruan
Wakil Jabatan Kerajaan dan Swasta
Wakil Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO)
Wakil PPD dan Sekolah
Para pelajar dan orang perseorangan yang berminat

ATUCARA

8.30 pagi - 9.00 pagi Pendaftaran Peserta

9.00 pagi - 9.15 pagi Ucapan alu-aluan

9.15 pagi - 10.15 pagi Ucaptama :

"Budaya Ilmu : Ke Arah Pemerkasaan Umat"Prof. Dr. Mat Rofa Ismail (Fakulti Sains, UPM)

10.15 pagi - 10.30 pagi Minum Pagi

10.30 pagi - 12.30 tengahari

Slot 1 : Pemerkasaan Ilmu Dalam Pendidikan

1. Tn. Hj. Ahmad Mohamad Said (KDH)

2. Prof. Madya Dr. Tajul Ariffin Nordin (Fakulti Pendidikan, UKM)

Sesi Soal Jawab

1.00 tengahari - 2.00 petang Makan tengahari dan Solat

2.00 petang - 4.00 petang

Slot 2 : Pembudayaan Ilmu Dalam Masyarakat

1. Dr. Khalif Muammar A. Harris (ATMA, UKM)

2.Dr. Adi Setia Mohd. Dom (Pusat Pengajian Umum, UIAM)

Sesi Soal Jawab

4.15 petang - 4.30 petang Resolusi & Penutup

YURAN PENYERTAAN

Agensi Kerajaan dan Petubuhan : RM100 seorang

Individu : RM50 seorang

Pelajar : RM30 seorang

Alamat Perhubungan Seketariat

Kolej Dar al-Hikmah, Sg Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor.

Tel : 0389252392 (Cik Nur 'Iffah/Pn Azanah)Faks : 0389252477

Email : seminar@hikmah.edu.my

Untuk penyertaan boleh terus hubungi Seketariat.

Thursday, February 12, 2009

ISLAM DIHINA DI MALAYSIA

0 comments
Baca sama-sama...Dunia akhir zaman semakin menakutkan bilaberkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini denganmembuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal. Datuk Harussani jugaminta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajarkuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan denganmana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak bolehdididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam katanak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nakjadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dahdigazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depaminta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam , dia tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam ,mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumahibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la nibukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agamakita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalahnikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?... Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanyadikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hakpenjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentangajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu jugaajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang..

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim. Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri , so manasensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?... Datuk Harussani tegur PMdan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'.. .Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim', katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!'. .. Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawanafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anakcucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangisehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukumselain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsiral-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m..s. 70. Cetakan Beirut)

Rahsia jari yang lima

0 comments



Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.




Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.




Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukallaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??




Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.




Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.




Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.




Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang!!!!

Tabiat Hisap Jari

0 comments

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah Ammar semakin membesar... makin banyak ragamnya... makin banyak benda yang dicakapnya... Terjumpa ahli keluarga dan kawan2... diorang cakap ammar punya sebutan jelas.. tak pelat.. sebenarnya kekadang tu pelat gak.. lagi2 klu word tu dia baru nak belajar... contohnya time dia nak belajar sebut "lori".. tak tau macammana boleh jadi "lo ali"... byk kali dibetulkan baru ok.. sekarang ni klu nampak lori sokmo dia menjerit... lori... good job sayang... selain tu Alhamdulillah.. dah pandai mengira 1-10.. kekadang tu time dia main2... dia mula sebut satu.. dua.. tiga..... sampai sembilan pastu sepuuuuuuuu luh..... mengaji pun ok gak laa.. kita baru sebut alif.. dia dag sebut ba ta tha... ABC pun ok gak... ni sebab setiap hari ummi hantar ammar ke rumah pengasuh.. lepas hantar abi ke KUIS.. ummi dah tak der kawan nak borak.. jadi ummi ajaklah ammar borak2...belajar ABC, 123, alif ba ta, belajar doa... yang seronoknya dia baca doa tidur.. ada sekali tu,.. dia baru terlelap.. tetiba terjaga... dia sebut "bismika...allahuma ahya amuut... amin.. tidur balik pastu.. kelakar je rasanya..
satu lagi kalau bunyi azan.... sibuk dia suruh semua orang tadah tangan... amiin katanya... kalau tv3 tu tak der doa selepas azan.. mula dia jerit2 amiinn.. terpaksa le alih azan tv1... sibuk pulak dgn kapal terbang n kereta apinya... pastu baru amiin...
Cuma ada satu masalah ammar ni yang tak boleh ditinggalkan dari bayi sampailah umur nak dekat 2 thn ni... hisap jari... ummi risau gak.. camnalah yer... sibuk ummi search kat internet ni, apa kaedah yang kawan2 lain guna untuk elakkan anak hisap jari... dah tu terjumpa plak artikel ni.... moga ada manfaatnya...
Tabiat hisap jari jejas susunan gigi

MENGHISAP jari memang tabiat yang biasa ditemui di kalangan kanak-kanak dan bayi. Lazimnya, tabiat itu bermula beberapa bulan selepas lahir malah ada yang sudah bermula sejak dalam kandungan.

Sebenarnya secara statistik, antara 70 hingga 90 peratus kanak-kanak menghisap jari. Kerap kali kanak-kanak menghisap jari kerana takut, bosan, letih atau memerlukan belaian. Kebiasaannya, kanak-kanak yang menghisap jari mudah tertidur atau kembali tidur jika terjaga di tengah malam. Malah, mereka juga akan tidur lebih awal berbanding kanak-kanak seusia yang tidak menghisap jari.Sebagai ibu bapa, tidak dinafikan anda akan resah jika tabiat itu berlanjutan hingga usianya mencecah empat atau lima tahun.

Justeru, untuk memberhentikan tabiat itu anda harus lebih bijak dan jangan bersikap terlalu memaksa.Anda juga perlu tahu, kanak-kanak memiliki kawalan sepenuhnya terhadap tabiat mereka apabila anda tidak melihat. Memaksanya berhenti tidak membawa kesan yang berpanjangan. Sepatutnya dia perlu berhenti menghisap jari atas kesedarannya sendiri. Lakukan dengan ingatkan dia jangan menghisap jari setiap kali dia meletakkan jari dalam mulut.

Adakah tabiat ini boleh memberi kesan kepada gigi?
Menurut Persatuan Pergigian Amerika, menghisap jari tidak menyebabkan masalah kekal terhadap gigi atau garisan rahang kecuali tabiat itu berlanjutan hingga anak berusia empat atau lima tahun.Apa yang perlu anda tahu, kebiasaannya antara 85 hingga 99 peratus kanak-kanak akan berhenti menghisap jari secara semula jadi sebelum usia itu.

Bagaimanapun, jika tabiat berkenaan berpanjangan, melebihi usia lima tahun, susunan gigi anak mungkin tidak cantik dan tidak teratur. Misalnya barisan gigi atas akan ke hadapan.Begitupun, susunan gigi boleh diperbaiki apabila dia berhenti menghisap jari. Bagaimanapun, jika dia lambat meninggalkan tabiat itu, anak anda mungkin memerlukan bantuan pakar pergigian.Malah, menghisap jari melebihi lima tahun menyebabkan dia berisiko berhadapan dengan masalah pertuturan seperti membunyikan huruf t dan s atau d dan s.

Kebanyakan ibu bapa juga bimbang anak yang menghisap jari selepas lima tahun sebenarnya berhadapan dengan ketidakmatangan emosi atau kurang keyakinan diri. Bagaimanapun, ada teori mengatakan, kanak-kanak yang lewat menamatkan tabiat berkenaan kerana ia kurang mendapat galakan ibu bapa untuk tidak menghisap jari sejak awal lagi.

Bila mereka memerlukan rawatan?
# Ketika menghisap jari dia akan juga menarik rambut terutama pada kanak-kanak berusia antara setahun hingga dua tahun.
# Terus menghisap jari dengan kerap pada usia lima tahun.
# Berhadapan dengan masalah gigi atau pertuturan.
# Rasa malu atau dibuli oleh kawan sebaya kerana sikap itu.

Rawatan
Rawatan bermula dengan disiplin ibu bapa. Misalnya, hadkan masa dan tempat anak anda boleh menghisap jari. Selain itu, jauhkan dia daripada benda-benda lain yang boleh dikaitkan dengan tabiat menghisap jari seperti selimut atau bantal.

Anda juga boleh memuji atau memberinya galakan untuk membuang tabiat itu. Kalau anak berusia lima tahun, dia lebih mudah memahami mengapa tabiat itu patut dihentikan. Beritahunya mengapa dia perlu berhenti menghisap jari dan kesannya.

Monday, February 09, 2009

Perutusan MB Perak

0 comments
Perutusan MB Perak, YAB Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin
BismilahirRahmanir Rahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negerisecara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan.

Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri BesarBerhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :
Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.
Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.
Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah.

Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di PejabatHari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak
Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN
Menteri Besar Perak

JANGAN...

0 comments
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar
yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan..

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa..

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf
pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik
dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "
Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Wednesday, February 04, 2009

0 comments
Itulah Politik Tiada Malu
Oleh Zaharuddin Abd Rahman

Macam-macamboleh jadi dalam politik. Itulah kata-kata yang sering kita dengar
apabila berlaku sesuatu yang pelik dalam perkembangan politik, sama ada politik di dalam Malaysia, mahupun di peringkat antarabangsa.

ITULAH POLITIK
Kelmarin diberitakan Iran melancarkan satelit mereka yang pertama, tujuannya adalah semata-mata untuk perkembangan komunikasi. Namun berita-beritadi UK sudah bersangka buruk dengannya, dengan memberikan gambaran Iran akan menggunakannya untuk tujuan ketenteraan. Isu tenaga nuklear sudahlama dibincangkan. Peliknya, mengapa Israel dibenarkan menggunakan danmenyimpan senjata nuklear, demikian Amerika, dan lain-lain Negara besar dibenarkan tanpa banyak soal boleh menyekat kebebasan sebuah Negara lain seperti Iran dan Korea. Mudah jawapannya, ITULAH POLITIK!. Peduli apa orang kata ‘double standard', orang kata ‘tidak adil' dan lain-lain.

Apabila
terang-terang, Yahudi Zionis melakukan jenayah kemanusiaan apabila membunuh begitu ramai orang awam di Palestin. Mereka tidak dikutuk teruk, Presiden Obama dan sekutunya seolah-olah BUTA, dan terus mengemukan hujjah-hujjah yang kelihatan ‘amat kurang aqal' dan melucukan. Orang akan kata, ITULAH POLITIK!. Peduli apa orang kata ‘double standard', ‘tidak adil' dan lain-lain.

Apabila
beberapa pemimpin dan ahli sebuah parti Islam yang menentang habis-habisan sebuah parti kebangsaan yang disebutnya kafir dan munafik. Tiba-tiba melompat ke parti yang dikatakan munafiq. Juga dengan ‘hujah tahap tadika'. Orang kata ..ITULAH POLITIK!. Peduli apa orang kata ‘double standard', ‘tidak adil' dan ‘jilat ludah sendiri' dan lain-lain.

Apabila
seorang bekas ketua gerakan orang muda sebuah parti yang mendokong‘perubahan' dan anti rasuah, dahulunya HEBAT ya AMAT HEBAT membantai beserta sumpah dan kotak-kotak bukti rasuah orang daripada parti yang ditentangnya. Tiba-tiba tidak semena-mena membawakan hujjah ‘tadika lalu melompat kepada parti lawannya. Orang kata..ITULAH POLITIK!. Peduli apa orang kata ‘double standard', ‘tidak adil', ‘jilat ludah sendiri', ‘tiada maruah' dan lain-lain. Pedulilah apa orang nak kata.

Seorangwakil rakyat melompat parti dari A kepada parti B, dalam tempohbeberapa hari, apabila dirasakan keadaan tidak selamat bagi dirinya,melompat semula kepada parti A. Dikemukan beberapa hujjah ‘tadika' juga. Lalu dirasakan dirinya telah berjaya menjustifikasikan tindakan ‘beraqal tadikanya'. Orang kata, ITULAH POLITIK!

Beberapa orang lagi, tidak melompat ke parti lain, tetapi melompat juga,melompat ke parti tiada cap. Diri sedang diteliti akibat kes-kesrasuah, termasuk rasuah seks. Tetapi seolah gentleman yang bijakpandai, menjustifikasikan tindakannya dengan hujah ‘tadika'. Tidaksegankah mereka? Orang kata, ITULAH POLITIK! Tiada yang malu dalam politik? Semua boleh buat asalkan boleh manfaat untuk diri,peduli orang lain.? BODOH SANGAT RAKYAT DI MATA AHLI POLITIK?

Tidak sedarkah
individu-individu seperti yang disebut di atas, betapa hina mereka di sisi mata orang ramai?. Atau terlalu bodohkah orang ramai dimata mereka.? sehingga boleh didatangkan dengan hujjah-hujjah versi ‘tiada aqal', lalu tersenyum lebar menyangka semua orang masih menghormatinya luar dalam.

Sedangkan manusia yang reti, faham dan ‘ada aqal', memandangkan dengan pandangan busuk. Orang busuk sedang berjalan, orang busuk sedang bercakap, sedang menghadiri mesyuarat. Kita kerap mengganggap POLITIK sebagai tiket atas segala kepelikan hasil perlakuan orang politik.

Seeloknya,jangan lagi diletakkan beban dan sebab kepada POLITIK apabila ingin melakukan sesuatu yang TIDAK BERMORAL, TIADA MARUAH dalam industri politik. Beritahu sahaja sedemikian. "Saya rasuah sana sini, tipu sana tipu sini, buat ini, buat itu, lompat sana,lompat sini sebenarnya KERANA SAYA INI TIADA MARUAH, TIADA MALU DAN TAMAKKAN DUNIA "

Amati sekali lagi bagaimana politik Khalifah Umar al-Khattab r.a dalam tulisan saya sebelum ini.Betul, banyak dilakukan atas dasar politik, tetapi politik yang didasari malu terhadap Allah swt dan sedar rakyatnya punyai hak besaruntuk meneliti dirinya. Adakah ahli politik tidak perasan bahawa seribu satu macam jenayah mereka sebenarnya adalah 'open secret' di kalangan rakyat.? Cuma gagal dibuktikan di mahkamah dunia sahaja, kerana itu masih bebas.

Lihat sahaja rumah ahli politik sebelum dan selepas, padahal gaji dan elaun sebagai ahli parlimen Malaysia hanya sekitar RM 10,000 dan ADUN sekitar RM8,000. Lihat pula rumah dan harta pegawai atasan kerajaan termasuk Polis. Cubalah jengukdan tinjau rumah mereka dan lihat gaya hidupnya.Jika ada Umar al-Khattab, pastinya tercabut semuanya.

KERAJAAN NEGERI PERAK
Semasa saya menulis artikel ini, belum ada keputusan dari pihak Sultan samaada untuk memperkenankan pembubaran DUN atau tidak. Namun, adalah sangat bijak jika diperkenankan pembubaran bagi menyapu bersihmuka-muka yang tiada ‘malu' DENGAN PERLAKUAN SALAH MEREKA atau yang juga sedang merendahkan minda dan hak rakyat di negeri mereka.

Sangat elok kiranya, rakyat diberi peluang semula untuk memilih pemimpinmereka agar individu tiada parti diganti dengan yang ada parti. Yang melompat-lompat diganti dengan yang tidak melompat. Amat diharap DUN boleh dibubarkan. Ia saya kira keputusan yang terbaik di mata pemerhatiawam khususnya saya.

Bagi saya, kes di Perak sebenarnya membuktikan betapa ‘TIDAK TAHU MALUNYA'sebahagian orang-orang politik di Malaysia. Seolah tidak lagi merekamengendahkan perasaan, kebencian dan minda rakyat. Tiada lagi malu untuk berbuat apa sahaja atas nama politik. Yang pentingboleh dijustifikasikan walaupun dengan hujjah tidak beraqal.

INILAHPOLITIK TIDAK TAHU MALU namanya dan politik hina dan membawa kepada kehinaan dan tiada maruah. Nabi s.a.w pernah menyebut kita PERLU MALU,kerana malu adalah agama, dengan terang lagi jelas baginda menyebut :-

إن مما أدرك الناس من كلام النبوة الأولى إذا لم تستح فاصنع ما شئت
Erti: Sesungguhnya, perkara yang telah diketahui ramai dari perkataannabi-nabi awal dahulu adalah : Apabila kamu tidak lagi mempunyaiperasaan malu, kamu buatlah ( akan berbuat) apa sahaja ( Riwayat Al-Bukhari)

Dan satu lagi :
الحياء خير كله
: Perasaan malu itu semuanya (membawa) kebaikan (riwayat Muslim)

dan sebuah lagi hadis menjelaskan :-

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( استحيوا من الله حق الحياء ) ، قلنا :يا رسول الله إنا نستحيي والحمد لله ، قال : ( ليس ذاك ، ولكن الاستحياءمن الله حق الحياء أن تحفظ الرأس وما وعى ، والبطن وما حوى ، ولتذكر الموتوالبلى ، ومن أراد الآخرة ترك زينة الدنيا ، فمن فعل ذلك فقد استحيا منالله حق الحياء )
Ertinya: Ibn Mas'ud menceritakan : Rasul bersabda : berasa malulah denganAllah SWT DENGAN sebenar-benar erti malu, sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah pun berasa malu itu Alhamdulillah, Baginda menjawab : Bukan demikian, tetapi malu kepada Allah swt yang sebenar-benarnya adalahdengan menjaga kepalamu dan setiap apa yang di dalam pemikiranmu,menjaga perutmu dan setiap apa yang diingininya, dan perbanyakkan ingatan kepada mati dan kehancuran, barangsiapa yang inginkan Akhirat,bakal meninggalkan perhiasan dunia (tidak ditipu dengan kepentingandunia), seseiapa yang berbuat demikian seperti disebut di atas, merekatelah malu kepada Allah swt dan melaksanakan hak ‘malu' ( Riwayat At-Tirmidzi )

AKHIRNYA
Akhirnya,buat diri saya dan semua warga Malaysia di mana jua kita berada,berperanan dalam apa jua jawatan dan kapasiti. Malulah dengan Allahswt, diri sendiri, orang ramai. malu dalam kejahatan, bukan malu untukmelakukan kebaikan. Janganlahbermain dengan POLITIK TAK TAHUN MALU!! Janganlah menjadikan tindakanTIDAK TAHU MALU sebagai strategi politik. Kerana ia memalukan kami untuk mempunyai pemimpin yang TIDAK TAHU MALU. Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharudd in.net/
4 Feb 2009 ( 6.58 malam waktu UK)

Sanah Helwa ya zauji Habibi...

1 comments


tanggal 4 Februari.. genaplah setahun lagi peningkatan umur suami saya....

Abang.. mudah2an dengan peningkatan usiamu ini kan meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaanmu padaNYA Rabbul Izzati... dan moga dengan peningkatan usiamu ini kan meningkatkan lagi kematangan dirimu dalam mengemudi bahtera keluarga kita.. moga keluarga kita kan menjadi keluarga yang bahagia di dunia dan di akhirat sana nanti.. insyaAllah...
Terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan buat kami...

Sunnah Rasulullah

0 comments
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(kelingking), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.


Mengapa?

Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.


Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.


Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia. .


2- Cara Rasulullah mengunyah -

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.


3. Membaca Basmalah.

Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.

Tuesday, February 03, 2009

RINDU

0 comments


Sayup-sayup terdengar alunan syahdu bacaan ayat-ayat suci Al Quran dendangan ibu. Dengan mata yang baru terbuka separuh, aku menoleh ke arah jam di dinding. Dalam samar-samar cahaya lampu tidur aku mengagak… baru pukul empat lebih. Apahal pula ibu bangun membaca surat-surat Allah di kala orang lain dibuai mimpi? Belum pernah aku mendengar ibu membaca Al Quran walaupun pada siang hari. Apatah lagi pada pagi-pagi buta begini. Aku juga tidak pasti sama ada ibu mampu bertilawah dengan baik atau tidak. Aku bingkas bangun lalu membetulkan urat-urat badan.

Sebaik-baik sahaja pintu bilik dibuka, aku ternampak Hafiz, adik bongsuku sedang mengulangkaji pelajaran agaknya di meja tulis comel diterangi lampu kecil. Rasa hairan bermain dalam dada… tak pernah si Hafiz ni “study” sebelum subuh. Selalunya dia berjaga sampai pukul dua baru masuk tidur. Apakah dia mendapat petua baru? Atau… adakah Ustaz Azman berpesan apa-apa?
Teringat aku sewaktu di tingkatan tiga dulu. Dalam satu perkhemahan pengakap, Ustaz Azman dijemput memberikan tazkirah selepas solat fardhu Maghrib berjemaah. Ada dia menyentuh tentang “study”. Dari situlah aku baru mengetahui masa terbaik untuk “study”, yang akan memudahkan hafalan, menyihatkan tubuh badan, mendatangkan hidayah dan barakah, mengilhamkan pemahaman serta lebih mendekatkan diri kepada Allah- pada dua pertiga malam iaitu antara pukul dua pagi hinggalah ke waktu subuh. Boleh jadi… Hafiz pun dah tahu.


Aku mengintai ke bilik ibu yang sememangnya tidak berpintu, hanya dihijab sehelai kain pintu berwarna hijau berbunga biru muda dan merah jambu. Ibu masih melagukan ayat-ayat Allah dengan nada suara sederhana. Ibu bertelekung! Sudah tentu ibu bangun solat malam. Peliknya! Sebelum ini ibu hanya solat Maghrib dan Isya’ saja, waktu-waktu lain tak berapa ambil berat.
Lebih pelik lagi… kulihat ayah dengan berketayap putih duduk bersila di tepi katil. Keadaannya seolah-olah orang sedang bertafakur. Mulutnya kumat-kamit. Kupasang telinga baik-baik, apalah agaknya yang ayah baca tu. Sesekali agak keras suaranya. Subhanallah… ayah sedang mengkhatamkan zikir persediaan Naqsyabandiah. Selama inipun memang aku ada mengamalkannya sendiri-sendiri.


Zikir itu kuperolehi sewaktu mempelajari ilmu perubatan Islam daripada Darus Syifa’ kelolaan Dr. Haron Din di universiti dulu. Daripada mana pula ayah memperolehinya? Setahu aku… ayah jarang-jarang solat. Berjemaah ke surau teramatlah jauhnya kecuali sewaktu Kak Ngah nak kahwin-sebab takut orang kampung tak datang gotong-royong masak. Lepas tu haram tak jejak kaki ke surau.


Aku beredar ke ruang tamu. Keriut bunyi lantai papan yang kupijak telah menyedarkan Shahrul, seorang lagi adik lelakiku. Lampu ruang tamu tak bertutup rupanya.


“Dah pukul berapa kak?”

“Emmm… dah empat lebih,”sahutku sambil melabuhkan punggung di atas kusyen.

Shahrul bangun dan terus ke bilik air. Tak lama kemudian dia masuk ke biliknya. Aku pasti dia sembahyang.

Apa dah jadi dengan rumah ni? Naik bingung seketika…

Aku rasa Shahrul terlena sewaktu membaca kerana ada sebuah buku di kusyen panjang tempat tidurnya tadi. Masih cantik sifat-sifat buku itu, mungkin baru dibeli. Kucuba membaca tajuknya… Perjuangan Wali Songo di Indonesia. Masyaallah, Shahrul boleh tertidur membaca buku tersebut? Aku yakin si Shahrul ni tak pernah baca buku-buku agama pun. Yang diminatinya tak lain itulah… majalah sukan, komik dan hiburan. Seribu satu macam pertanyaan berlegar dalam kepalaku.


Memang pernah ayah dan adik-adik bangun atau berjaga malam… untuk menonton perlawanan bola sepak. Tetapi kali ini mereka bangun untuk beribadah!

Sudah lebih lima tahun aku berusaha untuk menghidupkan roh Islam di rumah ini namun kejayaannya cuma secubit. Keluargaku tidak menunjukkan minat untuk membudayakan Islam dalam rumah kami. Kalau ayah dan ibu sendiri menentang, bagaimana dengan adik-adik? Kak Long Tikah dan Kak Ngah Ilah masing-masing telah berumahtangga, jadi… tak kisahlah. Namun ada keganjilan yang sukar kutafsir tika ini sedang berlaku di dalam rumah.


Selepas solat tahajjud aku terus berbaring. Lesu akibat perjalanan jauh masih terasa. Maklumlah, baru tengah malam semalam tiba dari Kota Jakarta, tempat kubekerja sebaik-baik sahaja lulus dari universiti.


Aku terjaga sekali lagi apabila deruman enjin motosikal menerjah gegendang telingaku. Kalau tak silap itu bunyi motosikal ayah. Motosikal mula bergerak lalu menuju ke jalan besar. Menurut di belakang adalah bunyi kayuhan basikal. Makin lama makin jauh.


“Ada… ooo Ada,” laung ibu sambil mengetuk pintu bilik.

“Ya mak,” sahut ku lemah.

“Bangun solat Subuh ye nak.”

“Ha’ah,” aku patuh.

“Mak… ayah pergi mana?” soalku ingin tahu.

“Ke surau dengan adik-adik… berjemaah.”
Alangkah indahnya suasana fajar kali ini. Inilah suasana waktu fajar yang telah lama kuimpikan. Selama beberapa tahun aku merindukan suasana ini… rindu pada kedamaian, rindu pada ketenangan, rindukan kesejahteraan dan juga kebahagiaan hidup berbudayakan roh Islam. Dulu, subuh-subuh begini hanya ada aku seorang… bersama Kekasih, kini sudah ramai… juga bersama Kekasih. Terasa rumahku yang selama ini suram mula bercahaya… telah ada jiwa…

@@@
Aku menolong ibu menyediakan sarapan di dapur. Rezeki kami pada hari itu adalah cempedak goreng. Ayah masih di bilik. Menurut ibu, ayah akan terus berzikir sehingga terbit matahari pada hari-hari cuti. Tidak ada seorangpun ahli keluarga yang berbaring atau tidur. Semua ada aktiviti masing-masing selepas solat Subuh. Bukankah tidur selepas Subuh itu membawa kemiskinan, penyakit, malas dan lain-lain kesan negatif?

Shahrul dan Hafiz berada di bahagian belakang rumah yang sememangnya agak luas. Pada mulanya aku berasa janggal melihat mereka bersiap-siap. Apabila kutanya jawab mereka “nak riadah, ayah suruh”. Bukankah sebelum ini mereka kaki tidur nombor satu? Kalau hari cuti, dah tentu pukul sepuluh ke atas baru bangun. Lepas bangun menonton televisyen. Tengah hari baru mandi. Sekarang sudah berbeza benar.

Sesekali aku menjenguk mereka melalui tingkap dapur. Kalau tadinya mereka terkejar-kejar berlari anak keliling rumah, kini mereka berkuntau pula. Memang budak-budak berdua ni aktif dalam persatuan silat di sekolah, tapi tak pernah pula mereka berlatih pada waktu pagi. Bergomol dan berkunci-kuncian sampai basah kena air embun di rumput. Ini rupanya riadah mereka. Eloklah… memang digalakkan Islam.


Pagi itu kami menghadap sarapan secara berjemaah, semua ada. Ayah sendiri yang membaca doa beserta maksudnya sekali. Amboi, hebat juga ayah kami ni! Aku mengingatkan adik-adik supaya selalu menyebut nama Allah di dalam hati sepanjang masa makan. Mak dan ayah mengiyakan kata-kataku itu. Seronok rasanya mendapat sokongan mak dan ayah. Sebelum ini kalau aku menegur adik-adik tentang agama, cepat benar muka mereka berubah. Namun Allah Yang Maha Merancang bisa mengubah segalanya. Syukur.


Ayah ke pasar bersama Shahrul sementara Hafiz pergi ke rumah kawannya Imran untuk meminjam kaset kumpulan nasyid Raihan dan Diwani. Peluang ini kuambil untuk mengorek cerita daripada ibu.


“Mak, Ada rasa seronok balik kali ini.”

“Iyelah, dah dekat setahun Ada tak balik… tentulah seronok,” balas ibu sambil tersenyum.


“Ada rasa kan mak, rumah kita ni dah ada roh… tak macam dulu…”


Ibu tidak terus menjawab apa-apa. Dia menarik nafas panjang. Kepalanya didongakkan ke dinding, menatap sebuah lukisan pemandangan yang cantik hadiah daripada menantunya Zamri, suami Kak Long. Lukisan itu adalah hasil tangan Abang Zamri sendiri


“Ini semua kerja Allah Ada. Mak sedar Ada sentiasa cuba merubah cara hidup keluarga kita… supaya kita berpegang dengan budaya Islam. Kami pandang remeh aje segala saranan dan teguran Ada.”


Ibu mengalihkan pandangannya ke arahku. “Itulah… kalau Allah nak ubah, siapapun tak sangka.”


“Apa dah jadi Mak?” soalku lebih serius.


“Abang Zamri Ada tu le… bukan sebarangan orang. Dalam diam-diam dia mendakwahkan budaya hidup Islam kat kita. Memanglah mulanya tu kami buat tak tahu... dia berjemaah ke surau ke, dia baca Quran ke, berzikir ke, cara dia berpakaian ke, apa ke di rumah kita ni.”


Memang kuakui Abang Zamri lain daripada yang lain. Sejak mula berkahwin dengan Kak Long lagi jelas perawakannya yang mulia. Gerak lakunya sopan. Tidak pernah meninggi diri.Tidak bergurau berlebih-lebihan. Hormat kepada orang tua. Mengasihi adik-adik. Kalau berbicara dengannya, dia tidak pernah lari daripada berbicara tentang Islam. Dia seolah-olah tidak terpengaruh dengan keseronokan dunia. Tidak ada perkara lain yang dicintainya selain daripada berjuang untuk Islam.


Abang Zamri jarang sangat pernah bercerita tentang kereta mewah, rumah besar, duit banyak, pangkat tinggi, perempuan cantik, muzik, filem, bolasepak, para artis, pakaian cantik dan lain-lain sedangkan semua itu diperkatakan sehari-hari dalam keluarga kami. Sememangnya dia ada kelebihan yang dikurniakan Allah SWT. Entahlah apa yang telah dibuatnya hingga keluarga kami berubah. Ingin kutanya pada ibu tapi… tunggulah nanti, apabila ada masa yang sesuai, insyaAllah.
@@@

“Mak, Ayah, Shahrul dan Hafiz pergi ke rumah mak mertua Kak Long Ada… rumah keluarga Abang Zamri…”

“Mak ke Terengganu?” soalku.
“Iye, cuti penggal sekolah hari tukan Ada tak balik… kami pergi le ziarah besan kami.”

“Habis tu… apa yang jadi?”


Ibu terus bercerita dengan anjang lebar sambil kami melipat kain baju. Menurut ibu, keluarga Abang Zamri bukanlah orang senang. Adik-beradiknya seramai sembilan orang. Namun corak kehidupan mereka sungguh aman bahagia dan tenang Banyak perkara baru yang ibu dan ayah pelajari selama lima hari berada di sana.


Waktu tiba di kampung halaman Abang Zamri, keluarga kami disambut meriah dan penuh hormat. Gembira sungguh mereka menerima tetamu. Masing-masing dengan wajah ceria dan menampakkan ketenangan. Adik-adik Abang Zamri semua mencium tangan ibu dan ayah sementara Shahrul dan Hafiz dipeluk seolah-olah kawan lama. Ayah dan ibu agak terkejut dengan situasi tersebut kerana sebelum ini anak-anak sendiri pun susah nak cium tangan. Rumah mereka bersih walaupun tidak mewah. Begitu juga dengan halamannya yang terjaga. Irama nasyid, bacaan al Quran, zikir munajat dan ceramah agama silih berganti kedengaran daripada radio kaset mereka. kalau di rumah kami tu, dari padi sampai ke malam dipenuhi dengan lagu-lagu artis tempatan dan luar negara.


Waktu Subuh sangat indah di sana. Sejak jam empat pagi lagi rumah itu telah dipenuhi dengan ibadah-ibadah sunat. Ada yang bertilawah, ada yang berzikir, ada yang solat dan sebagainya. Kemudian, yang lelakinya beramai-ramai solat fardhu Subh berjemaah ke masjid. Oleh kerana malu-malu alah, Ayah pun terpaksalah bangun dan pergi ke masjid sekali. Dari awal pagi lagi keluarga Abang Zamri yang lelakinya turun ke pantai yang nampak dari rumah mereka. Mereka duduk mengelilingi Pak Luqman, bapa kepada Abang Zamri untuk mendengar tazkirah pendek. Kemudian adik-adik Abang Zamri yang kecil berlari-lari anak dalam satu barisan sepanjang pantai. Abang Zamri dan bapanya pula membasahkan tubuh dengan air embun yang diambil daripada pokok-pokok kayu. Tujuannya untuk menjaga kekuatan badan. Ayah hanya tersengih apabila dipelawa oleh Pakcik Luqman. Begitulah rutinnya setiap pagi selama ayah dan ibu berada di sana.


Waktu bersarapan tiba. Semua isi rumah ada, tidaklah seperti rumah kami- sarapan sendiri-sendiri. Mereka menghadap makanan dengan wajah yang manis, dimulakan dengan doa. Alangkah mesranya hubungan sesama mereka. Terasa suatu perasaan tenang yang sukar digambarkan. Sepanjnag masa makan, mereka banyak berbucara tentang kebesaran Allah dan nikmat-nikmat-Nya. Ayah dan ibu terpaksa bermuka-muka kerana tak tahu apa yang nak dicakapkan. Nak menyampuk… takut tak kena pula jalannya.

Selepas mengemaskan rumah secara bergotong-royong, adik-adik Abang Zamri berkumpul di serambi rumah. Mereka disertai oleh dua tiga orang anak-anak jiran. Rupanya mereka berlatih nasyid, siap dengan genderangnya sekali. Mereka mendendangkan lagu-lagu nasyid popular dan juga lagu ciptaan mereka sendiri. Suara mereka yang berharmoni indah bergema sampailah ke tengah hari. Kata emak Abang Zamri, kumpulan nasyid budak-budak itu sering menerima jemputan di sekitar daerah. Selama lima hari di sana, ibu sudah jatuh cinta dengan irama nasyid. Boleh dikatakan setiap album nasyid terbaru mesti dibelinya selepas itu. Dulu, ibu bukan main lagi… dengan karaoke dangdutnya yang terdengar sampai ke tengah jalan. Tentu ibu malu kalau terkenangkannya.


Kononnya hubungan Pakcik Luqman dengan isterinya sangat baik… macam baru berkahwin. Mereka selalu tersenyum dan bergurau, malah nampak malu-malu walaupun sudah tua. Kalau duduk tu… mesti nak rapat-rapat. Isterinya pun bukan main taat lagi kepada suami. Mungkin inilah yang membuatkan ibu dan ayah terasa sangat. Al maklumlah, mereka di rumah memang tak nampak mesra. Bergurau jarang, bertegang leher selalu. Benda kecil pun nak bertekak. Ayah balik dari luar pun tak pernah ibu sambut. Masing-masing dengan hal sendiri. Berbincang hal agama… jauh sekali.


Pelbagai pengalaman baru yang ibu dan ayah dapat di Terengganu. Agaknya mereka telah menemui formula keluarga bahagia… dan mahu mempraktikkannya dalam keluarga kami. Alangkah indahnya keluargaku kini…alangkah sayangnya Allah kepada keluargaku…aku bersyukur kepada-Mu ya Allah.

“Eh, Ada dengar ke apa yang Mak ceritakan ni?” soal ibu apabila melihat aku tersenyum mengelamun.

“Eh… mmm…dengar Mak”, jawabku serba salah.

“Mak sebenarnya berkenan pulak dengan sepupu Abang Zamri di terengganu yang ama Shahrul tu…”
“Alah mak ni… nak cerita pasal kahwin le tu”, cetusku lalu segera beredar ke dapur.

Sunday, February 01, 2009

Awak bercuti ke Iman???

0 comments
Iman : Assalamualaikum, bos
Diri : Waalaikumussalam wbt. lama tak nampak awak.Awak cuti ker?
Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi?
Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri aku berterabur sekarang bila
jabatan awak takde..
Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS,TV..jadi kami rasa
terpinggir
Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu
rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit aku habis...entah ar
Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, ma'thurat, solat
Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan
mereka..
Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti
Iman : bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya
lihat mereka buat tuan gembira..
Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!tolonglah, bekerjalah dengan saya
kembali
Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan
lagi. Tapi, tuan kadang2 mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja
tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga
Diri : maafkan saya. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya
jaga,En Iman.
Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak
takut menabur janji tapi melupakannya?
Diri : janganlah menyalahkan saya.
Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..
Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka
cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami
Diri : Dah awak tak melawan?
Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami
langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami
minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami
meminta yg sedikit?
Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya
Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu
memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..
Diri : Ehh, janganlah begitu..Bekerjalah dengan saya
Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan.Tuan perlu berhabis jutaan
ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami
Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan aku.Memang kamu percuma, tapi kamu
kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..Aku rimas
Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat
dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan
risau, kami maafkan tuan..
Diri : jangan pergi..aku sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang
melalaikan, dan sebagainya
Iman : Tuan betul-betul sanggup?
Diri : ya, aku kelam kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur..
Iman : Alhamdulillah..kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung
besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi
Diri : Terima kasih..=)Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En ma'thurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan akamu ya?
Iman : Alhamdulillah.Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya
Diri : Terima kasih pegawai kewanganku ..

******Sekadar analogi mudah..Begitulah diri kita..Kitalah bos dalam syarikat kita.Jabatan dalam diri kita hanya ada dua. Jabatan Iman dan jabatan dosa.Kitalah yang perlu mengurus sebaik mungkin pekerja-pekerja kita. Memang susah untuk kita memenuhi setiap kehendak pekerja kita, memang susah untuk memastikan pekerja kita berbaik..Kerana antara iman dan dosa tidak mungkin akan bercampur.Bagai air sungai yang jernih, dimasukkan ke dalam gelas, segar dan nyaman air itu..Namun apabila bercampur dengan lumut, selut dan kekotoran lain, maka begitu sukarlah untuk mebersihkan kembali.Begitu juga dengan pekerja kita, andai terlalu 'diternak' satu jabatan, maka jabatan lain akan terpinggir

*****Oooh, iman kembalilah kepadaku, hadirmu sekejap cuma,
Aku terlalu merinduimu...

Murottal al-Quran