Photobucket

Zikrayaat

Monday, September 26, 2011

Kecil Hati

4 comments
Salam...

Hari ini, saya berasa agak sedikit kecil hati... hingga mengalir sedikit air mata saya.. tapi, sepanjang perjalanan saya fikir Allah nak uji saya.. sabar dan redha.. mujur Allah uji saya dgn kepahitan yg sedikit... namun, sgt byk nikmat yg diberikanNYA pada saya... mana tidaknya.. tidak sampai 2 jam Allah sudah beri jawapan kepada rasa kecil hati saya tadi... masyaAllah tabarakallah.. Alhamdulillah ys Allah.. ampunkan dosaku ya Allah... fitrah hambaMU yg dhaif ini... peliharalah diriku ya Allah agar sentiasa bersyukur atas segala nikmat yg diberikan.. susah mahupun senang.. suka mahupun duka... bantulah ya Allah...

ini teks yg saya baca di FB yg menyentuh hati serta mengembalikan dan menguatkan hati saya pd cintaNYA... terima kasih ya Allah..



Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”

I’m so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak: *blur

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

Anak: Ooooooo... Ook...

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.

Anak: *termakan cili

So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati...Maknanya kita tak redha dengan Allah...Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na’uzubillah.

P/s: "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu... Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."

Monday, September 19, 2011

Rumah terbuka....

1 comments


Salam Isnin yang ceria...

Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran saya rafa'kan kehadrat Ilahi kerana dgn izin dan inayahNya terlaksana sudah majlis rumah terbuka keluarga saya pd 17/9/2011. Seingat saya acara ini sudah menjadi acara tahunan sejak kami berpindah ke rumah di seksyen 5.

Namun, acara thn ini sgt meriah. Kedengaran juga org yg bertanya ingatkan buat kenduri potong jambul td... ehem.. bila pula saya pregnant lagi ni.. apa pun doa tu.. mudah2an ada rezeki drNYA lagi... ammar lg best.. katanya kenduri kahwin ke ni ummi... huhuhu.. bukan ammar, ini open house.. rumah terbuka.. nak tahu kenapa org bertanya begitu... ini gara2 khemah yg dipasang cantik siap dgn scallop kuning keemasannya... sewaktu pihak yg memasang khemah datang memasang khemah tersebut.. kami tiada di rumah.. apabila pulang.. masyaAllah jamil... bila kami call, katanya sama je harga yg ada scallop dgn yg tiada scallop.. ok.. terima kasih byk2 pd k.ina.. dapat juga khemah saat2 akhir...

Saya dan suami pada mulanya agak gusar juga... boleh ke nak buat open house thn ni.. kira punya kira.. kita tawakal je lah abang.. insyaAllah Allah akan permudahkan... klu niat kita nk sedeqah.. insyaAllah Allah akan bukakan jalan utk kita... selain open house majlis ini dimulakan dgn bacaan tahlil dan doa selamat serta kesyukuran oleh ahli qaryah surah seksyen 5, tahlil utk arwah ayah saya yg telah 2 thn kembali ke rahmatullah. manakala doa selamat dan kesyukuran pula untuk keluarga dan empunya diri kerana perpindahan ke USIM.

Seterusnya, jutaan terima kasih buat kakak kesayangan saya kak ros yang menjayakan majlis rumah terbuka saya setiap thn.. pasti chef ini yg saya jemput acapkali mengadakan majlis ini di rumah saya.. nak harap tuan blog ni.. huhuhu.. tak tahu apa rasa nanti... mmg saya akui kelemahan saya.. namun, saya masih belajar dan terus belajar... menjadi yg terbaik.. lagi sorg chef yg saya jemput khas utk menyediakan spagheti yg sedap yg perencahnya diimport dr jordan.. tak lain tak bukan ummu uwais akrabnya kami ni.. hingga tetamu yg datang tak habis2 mengatakan ummu uwais tu adik saya... sebenarnya bukan hari itu saja kami dikatakan sebegitu... sudah banyak kali kata2 begitu dilontarkan pd kami.. dgn tersenyum kami menjawab kawan baik dan mantoppp... hehehe..

terima kasih buat bonda tercinta yg datang, adik beradik yg susah payah dtg dr kampung... sahabat handai dr UIA, KUIS, KDH dan USIM serta pelajar2 kami, termasuk juga pelajar2 Kelas pengajian al-quran dewasa di masjid putrajaya... ...sahabat2 dan adik2 junior MARTAH lil-banat, Bukit Naga, serta tidak dilupakan jiran tetangga yg baik hati...kehadiran kalian semua memeriahkan lagi majlis kami...jgn serik utk dtg ke rumah saya lagi lain kali...setiap kali majlis sebegini saya akan berkenalan dgn jiran saya.. padahal setiap hari lalu lalang depan rumah...huhuhu.. Maaf juga kerana tidak dapat melayan tetamu yg hadir dgn sepenuhnya... mudah2an diberi rezeki lagi akan datang dan kita dpt berjumpa lagi.. insyaAllah..

Sepanjang hari.. dgn kehadiran tetamu lbh 200 orang...biarpun letih melanda.. namun dgn eratnya ukhuwah yg tersimpul ini terus menghilangkan segala keletihan, digantikan Allah dgn keindahan ukhuwah yg berpanjangan...Subhanallah... Alhamdulillah.. Allahu Akbar... Andai umur panjang thn hadapan rasanya nak buat lagi tp nak tambah 1 lg undangan kepada mana2 asnaf... pasti lebih meriah.. ya Allah semua ini berkat rezeki yg telah dicurahkan kepada kami.. kami bersyukur ya Allah..

Thursday, September 15, 2011

Layar kehidupan

0 comments





Hayatilah lakon layar tuhan yg dipaparkan setiap saat, setiap hembusan nafas pada kita.... maka akan terasa dekatnya Dia...hampirnya Dia... nescaya akan terjagalah diri kita...kalau gini keadaaan kita... buat amalan baik pun akan meningkatkan
kesyukuran kita, kerana ini anugerahNya semata... kalau terbuat silap, diri
akan tersedar... hina jua hakikat diri kita... tak alpa dari nista & durhaka..."

Hijrah dan kenangan

0 comments

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur atas segala nikmat dan inayahNya...
baiklah antara cerita yg ingin saya kongsikan bersama sahabat2 sekalian ialah penghijrahan saya ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)



bermula 6 september 2011 yg lepas, bermulah perkhidmatan sebagai seorang penjawat awam di USIM... pelbagai perkara baru yg saya pelajari di sini.. pelbagai benda baru juga yg saya buat di sini... huhuhu.. kekadang fikir balik.. ya Allah hambaMu ini hanya seorang hamba yg lemah lagi dhaif.. bantulah diriku ya Allah dalam mentaati perintahMU dan istiqomah dalam apa jua mehnah yg mendatang... huhuhu.. sebut istiqomah tu yg sedih.. ada beberapa perkara yg saya tak dapat nak istiqomah lg... apa pun.. saya selalu mohon ampun dan maaf dr Allah atas keterlanjuran saya...

Bila sebut pasal hijrah ni.. teringat kisah hijrah Rasulullah dan para muhajirin.. walaupun telah mendapat kehidupan yg lebih baik di Madinah, namun Rasulullah dan para muhajirin sangat rindu untuk kembali ke Kota Mekah... begitu juga saya, namun siapalah saya jika dibandingkan dgn para muhajirin... terlalu jauh bezanya... saya sgt rindukan ketenangan di kdh.. rindukan ukhuwah saya bersama sahabat2 seperjuangan, ukhuwah bersama anak2 didik saya... rindu sangat... namun apakan daya, saya perlu teruskan perjuangan ini...

Teringat saya pada pesan ayahanda presiden tercinta Dato' Dr. Siddiq Fadzil, saat saya berjumpa beliau (ketika itu beliau baru sembuh sedikit dr sakitnya)rasa terharu dan sedih utk menatap wajah beliau demi menyatakan hajat saya untuk berhijrah ke USIM... dgn tenang beliau berkata lebih kurang begini: ini berita sedih untuk kami dan mungkin berita gembira utk ustazah.. kami akan kehilangan seorang ahli keluarga yg berkongsi misi dan visi, berkongsi susah sanang bersama2... apa pun pastikan di mana saja kita berada pasakkan niat kita untuk berbakti pada ummat... di luar sana masih ramai yg memerlukan kita...

saya simpan kata2 itu... insyaAllah saya akan sentiasa berbakti untuk ummat... membantu apa yg terdaya... ohhh... saya rindu KDH..memang Kolej Di Hati....


tercari2 gambar2 di Dar al-Hikmah melalui sang google.. tiba2 terjumpa coretan suami kepada bekas pelajar KDH yg mana saya menjadi penyemak untuk projek akhirnya thn lepas.. sungguh mendalam coretan ini.. ada saya copykan di sini sebahagiannya...
Sejarah itu pergi. Nanti berulang jika ingin diulang. Jika tidak ia menjadi satu titik masa dalam hidup. Bagi yang mengetahui, titik dan sejarah itu ingin selalu diulang-ulang. Ada keindahannya yang tersendiri.

Bagi sebuah kolej swasta, yang paling sukar adalah sumber dananya. Sejak sedari asal tertegaknya sebuah cita-cita unggul untuk membangun ummah dengan dana ikhlas dari mereka yang dermawan. Tidak ada sumber dari penguasa. Tidak ada keterikatan kepada siasah. Tidak ada sumber kapitalis yang nanti menagih untung. Laba yang menjerut segala kudrat dan keupayaan untuk bergerak bebas. Maka dengan kemampuan yang sedikit itulah kolej ini bergerak. Bernadi. Bernafas. Suatu keikhlasan yang tiada tolok bandingnya. Berdiri sendiri lebih gah dari dibantu oleh orang lain. Ketakutan sentiasa ada. Gergasi yang membantu ditakuti akhirnya membaham yang dibantu. Situasai malang yang selalu berlaku. Berulang-ulang. Dan berulang. Memanjang tanpa hilang. Manusia mencipta sejarahnya sendiri. Itulah yang diulang-ulang.

Siswanya bersilih ganti. Tidak juga dari mereka yang datangnya setempat sahaja. Ada yang dari Brunei. Ada yang dari seluruh tanah air. Ramai juga yang dari Indonesia. Mereka yang bekerja di sekitar Lembah Klang datang saban minggu untuk mengangkat diri mereka ke persada ilmu. Anak-anak muda dari berbagai pesantren di Indonesia itu tekad datang ke Malaysia untuk mencari rezeki. Bukan untuk perut semata-mata. Bukan untuk keluarga di kampung sahaja. Nilai tambah pada diri difikirkan untuk masa depan yang mencerahkan. Sedikit-sedikit mereka mengumpul wang. Berdikit-dikit menggunakan wang. Jerit perih yang mesti dialami. Ditanggung secara peribadi untuk membaiki diri.

Saya teringat sewaktu di US dahulu bilangan pelajar Malaysia dikatakan seramai melebihi 16,000 orang. Yang ditaja oleh kerajaan hanya segelintir kecil sahaja. Yang lainnya tentulah dengan tajaan FAMA – father and mother. Kebanyakan mereka orang Cina. Orang Melayu ada juga yang ditaja FAMA. Namun begitu tidak ramai bilangannya berbandaing dengan anak orang Cina. Lagi-lagi kita kembali kepada keupayaan ekonomi masing-masing. Orang Cina memiliki kekuatan ekonomi. Orang Melayu pula terpilih-pilih. Ada di sana sini. Sukar mencarinya. Adakah ini disengajakan? Orang Melayu perlu ditolong supaya mereka terikat dengan tongkat. Supaya mereka terikat dengan budi. Dengan sejumlah wang jaminan – guarantee –anak-anak Cina berduyun-duyun ke luar negara. Wang itu dimasukkan ke dalam bank. Digunakan yang seperlunya sahaja. Anak-anak itu pula mencari kerja sambilan.

Bagi yang rajin kerja ada di mana-mana. Mencuci pinggan mangkuk di restoran cukup untuk membayar rumah sewa dan belanja makan. Lumayan. Sehari mungkin sekitar tiga jam sahaja. Ini bermakna wang yang dibawa dari Malaysia tidak perlu digunakan. Cukup masa pulang ke Malaysia, wang itu dibawa balik. Jika dipinjam dari bank, boleh dibayar kembali sekaligus. Masih berbaki lagi kerana pihak bank di US membayar faedah. Jika empat tahun wang itu tidak dikeluarkan, bayangkan jumlahnya. Bawa balik lebihan yang banyak. Bagi orang Islam tentulah tidak boleh. Bukan cara Islam. Mungkin ada alternatif yang boleh difikirkan. Mengharapkan biasiswa sahaja tentulah tidak mungkin. Bajet untuk itu semakin berkurangan.

Bagi kolej kecil seperti Dar Al-Hikmah, yang terletak di tapak seluas lebih sedikit dua hektar tentu tidak banyak yang termampu. Ala kadar yang dapat dipersembahkan. Prasarana yang sehabis dasar. Tetapi seperti kata Dato’ Dr. Siddiq Fadhil, presiden kolej, darinya dilahirkan mereka yang luhur baik. Yang digiring keluar untuk menabur bakti. Yang memberi manfaat kepada manusia sejagat. Yang mendakwah kepada semangat Islami yang tinggi. Dalam kezuhudannya itu ditapak perjalanan masa lalu merentas segala kepayahan untuk membangun insan-insan gemilang dengan ilmu yang bersarang di dada kuat untuk menerjahkan kehebatan umat. Yang menyumbang kepada keutuhan agama, iman, amal dan kesejahteraan beragama. Sempena majlis konvokesyennya yang ke29 pada hari Sabtu 30 April 2011, majlis makan malam diadakan. Mudah-mudahan ada lebihan yang menyumbang untuk menambah dana. Banyak lagi yang perlu diusahakan untuk menegakkan cita-cita murni bagi melahirkan umat bestari. Umat ulul al-bab. Cendekiawan yng tersohor membelah alam raya dengan ilmu-ilmu yang menunjang jauh ke dasar. Yang menancap jauh memuncak tinggi.

Datuk Dr Siddiq Fadhil tidak pernah lekang dari mengisi minda. Orangnya bersahaja. Cakapnya banyak memanifestasikan leluhur seorang pemikir. Dalam santai banyak ceritanya. I’tibar yang mesti diambil. Pengajaran yang memberi keinsafan. Dalam belajar manusia belajar. Tentu ada yang belajar tetapi tidak belajar. Ramai orang mengimpikan segala keindahan untuk masa hadapan yang indah-indah belaka. Dalam pada itu ada orang yang tidak bermimpi. Untuk bermimpi sangat menakutkan. Takut mimpi ngeri menjadi realiti. Lain yang dihajat lain pula yang diterima. Walau bagaimanapun bagi mereka yang boleh belajar, mereka mendapat sesuatu yang besar manfaatnya. Sebagai kiasan benarkah setiap murid harus memuntahkan kembali apa yang diperolehi dari gurunya? Serba serbinya sama? Atau dikitar dahulu semua yang diterima? Diolah menjadi sesuatu yang berbeza? Akhirnya diperlihatkan kepada khalayak sesuatu yang memperkasa minda. Menambahkan ilmu. Meningkatkan tahap kompeten yang diwajarkan.

Mereka yang bijak bestari tidak inginkan sesuatu yang sama atau serupa dengan apa yang dilihat dan didengar. Dibaca dan dipelajari. Dia harus melahirkan sesuatu yang berbeza dengan yang sedia ada. Melihat sesuatu dengan pandangan yang berbeza. Memberi erti yang berbeza. Mengaplikasikan untuk sesuatu yang berbeza. Wataknya menjadi berbeza. Perawakannya berbeza. Cara berfikirnya berbeza. Mereka bukan melawan arus. Bukan menyongsang. Mereka telah benar-benar belajar. Mengolah yang diterima untuk menjadikan sesuatu yang berbeza dari norm. Jika input dan output adalah sama tentulah dilihat pembelajarna tidak berlaku. Walaupun menghafal adalah satu kaedah pembelajaran tetapi jika tidak ada nilai tambah kepada apa yang dipelajari tentu tidak banyak belajar namanya.

Kita belajar bukan sahaja untuk mengetahui bahkan juga untuk pandai. Pandai sahaja tidak signifikan jika tidak menampakkan keistimewaan. Menjadi orang biasa kadang-kadang susah juga. Menjadi orang yang luar biasa tentulah lebih susah lagi. Selalunya yang menonjol ialah orang yang luar biasa. Orang yang bertubuh kecil tetapi gah namanya. Kelihatan lebih besar berbanding dengan orang yang paling besar di sekelilingnya. Tidak pernah dilihat tetapi namanya dikenal orang. Dilihat normal tetapi bila bercakap menusuk jiwa raga. Kulitna bukan putih kuning tetapi kehadirannya menyilaukan mata. Semua orang belajar. Yang paling baik ialah akhirnya dapat mengajar. Memindahkan apa yang ada kepada orang lain. Memandaikan orang lain. Menghebatkan orang lain. Meramaikan lagi orang-orang yang hebat-hebat di sekelilingnya. Penyampaiannya pula bukan cara biasa-biasa. Ada falsafah dan kebijaksanaan.

Begitulah kata Dato’ Siddiq Fadhil. Sekadar mengungkapkan, “Banyaklah berbuat baik dan jangan pula berbuat jahat” tidak mencukupi. Ungkapan begitu terlalu lumrah. Terlalu biasa. Terlalu murah. Tetapi jika dikatakan, “Buat baik jangan sekali, berbuat jahat baik sekali” memberikan impak yang kuat. Tidak boleh dibaca secara tersurat sahaja. Perlu diteliti apa yang tersirat. Read between the lines. Perlu keluar untuk menjangkau pemikiran peringkat tinggi. Sekilas pandang tulisan begitu nampak negatif. Di luar kebiasaan. Tetapi jika diperhalusi tentulah maksudnya sangat cantik. Bukankah yang baik itu budi, yang indah itu bahasa? Oleh itu mereka yang benar-benar belajar dapat memberi erti yang lebih meninggi nilainya. Lebih besar impaknya. Lebih bermanfaat kepada lebih ramai khalayak.

Wednesday, September 14, 2011

Blog dah bersawang

0 comments


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

setelah berhari2 buka tutup buka tutup blog... hari ni baru terasa nak update blog... macam2 yg nak diceritakan...kesian blog ni dah bersawang.. kesian gak pembaca blog ni.. dah lama tak update.. byk sgt kerja.. tak sempat je nk update blog... nanti saya akan ceritakan sikit2 perkembangan terkini...

Sebelum tu rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan syabas kepada semua di atas kesungguhan kita menyahut perintah Ilahi.. iaitu perintah untuk berpuasa sebulan.. dan merebut segala hikmah dan pahala serta ganjaran yg melimpah ruah di dalamnya.. diberikan lagi pelbagai bonus sepanjang Ramadhan ini dgn adanya lailatul qadar.. segala amalan digandakan berkali-kali ganda... masyaAllah penyayangnya Allah pd kita... cuma tinggal kita nak menggapainya atau tidak.. tp mmg fitrah manusia materialistik... nak semua yg disebut tadi ada di depan mata... barulah nak berebut2.. kalau sekadar hadith dan kata2 ulama' serta kata2 hikmah masih belum mampu untuk menyedarkan kita.... ayuh sahabat2 kita sambung lagi kemeriahan ganjaran pahala Ramadhan dgn puasa 6 hari di bulan syawal... cepat habiskan.. barulah seronok nak attend open house...


Setakat ini dulu...

wassalam...

Wednesday, December 08, 2010

Bila ibu hilang sabar

0 comments
Kehidupan bersama si manja biasanya dipenuhi dengan pelbagai “peristiwa”. Baik peristiwa yang mengembirakan, mencuit hati, bahagia, mahupun peristiwa yang menyebabkan kita “terlepas” segala-galanya.

Semua ibubapa akan merasai satu ketika mereka “hilang sabar” dengan anak-anak. Sekiranya tidak pernah, mungkin anda masih kurang bersama mereka.



Bagi saya sendiri, ianya adalah suatu perkara yang berulang kali, mungkin beberapa kali dalam sehari, atau setiap beberapa hari sekali, atau mungkin beberapa minggu sekali. Keadaan “hilang sabar” memang meresahkan para ibubapa dan turut memberikan kesan negative kepada anak.

Seorang ibu atau bapa yang sepatutnya menjadi contoh kepada anak, apabila berada di dalam situasi “hilang sabar” itu terkadang secara tak sengaja akan bertindak “tidak bijak” seperti marah yang terlampau, memukul anak lebih dari sepatutnya, memarahi anak dengan suara yang kuat, malah ada yang sehingga menghukum anak dengan keterlaluan.
Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua mengenai beberapa tips mudah untuk mengelakkan, mengurangkan, atau paling tidak sekiranya berlaku, bagaimana untuk menenangkan diri kembali dengan cepat.

1. Ikhlaskan niat
Segalanya kembali kepada niat dan kebergantungan diri kita kepada Allah SWT. Anak adalah anugerah dari Allah SWT buat kita. Kita cuma dipertanggung jawabkan untuk mendidik mereka dengan baik. Adapun apa hasilnya kita kembalikan kepada Allah SWT.

Bahkan anak seorang nabi pun belum tentu terjamin keimanan mereka, apatah lagi anak kita, seorang manusia yang serba kekurangan dan banyak dosa. Kembalikan semuanya kepada Allah. Cuma pastikan dihadapan Allah nanti kita boleh menjawab, “Ya Allah, aku telah melakukan semampu aku, adapun sesuatu yang aku tidak mampu, maafkanlah aku ya Allah.”

Apabila kita mempunyai minda seperti ini, maka apapun cubaan dan dugaan yang datang menimpa, kita akan tabah menghadapinya. Seperti sabda Nabi Muhammad SAW, “Aku hairan melihat seorang yang beriman, sekiranya dia ditimpa kesenangan dia bersyukur dan merasakan ianya adalah kebaikan. Akan tetapi apabila dia ditimpa musibah dia bersabar, dan baginya musibah itu juga adalah sesuatu yang baik.”

2. Rancang Pendidikan Anak

“If you fail to plan, you’re plan to fail”.

Perasaan “hilang sabar” biasanya berlaku apa bila kita buntu menghadapi masalah anak-anak. Pelbagai usaha dah dilakukan namun masih tidak berjaya merubah apa-apa. Mereka tetap berperangai sebegitu. Lama kelamaan ibu pun makin tertekan dengan perangai anak-anak sehingga melabelkan diri sebagai seorang yang gagal.

Di dalam keadaan tersebut, ibu bapa yang sudah tidak tahu bagaimana mahu bertindak, akan lebih mudah menggunakan kekerasan, suatu jalan “short-cut” dalam mendidik anak. Kerana ianya kelihatan “berkesan” dengan serta-merta.

Berlainan dengan ibu bapa yang sudah pun mempersiapkan diri mereka dengan ilmu keibubapaan, mereka lebih kebal terhadap tindakan anak-anak. Mereka sudah mengenai tabiat seorang kanak-kanak dan di dalam minda mereka sudah ada Perancangan, bagaimana menangani setiap satu masalah yang menimpa.

Mereka lebih tenang, lebih bersabar dan lebih bertindak rasional. Akhirnya anak pun turut belajar bagaimana mempunyai sikap yang sama. Suatu pepatah mengatakan,

“Memanah tanpa sasaran, takkan pernah tepat”

Sekiranya kita tiada tempat tujuan, perjalanan kita tak akan pernah tamat. Satu perjalanan yang cantik adalah perjalanan yang dilalui dengan peta yang sudahpun di hadam baik oleh pemandu. Mereka yang menghabiskan sedikit masa memerhatikan peta sebelum mula berjalan dapat menjimatkan banyak masa, berbanding orang yang tidak menggunakan peta kemudian tersesat jalan.

Bina peta tersebut untuk pendidikan anak anda. Dalami ilmu sebelum tersilap langkah. Pesan nabi, “Sekiranya kamu menginginkan dunia maka cari lah ilmu, sekiranya kamu menginginkan akhirat maka carilah ilmu. Dan sekiranya kamu menginginkan keduanya juga, maka carilah ilmu.”

3. Ingat yang mereka adalah kanak-kanak

“Hilang sabar” biasanya berlaku apabila anak tidak bertindak sebagaimana yang kita harapkan. Kita mengharapkan mereka membesar dalam suasana yang baik, dipenuhi keperluannya, didberi pendidikan dan suasana yang baik, lalu mereka akan membesar menjadi anak yang baik dan mendengar kata. Kemudiannya anak nantilah yang boleh diharap menjaga adik-adiknya, membantu kerja-kerja rumah, dan menghiburkan kita.

Namun yang terjadi sebaliknya, anak kuat mengamuk, selalu meminta-minta sesuatu yang tidak baik untuk dirinya, liar, buas dan sukar dikawal. Keadaan rumah yang tenang tatkala kita masih cuma berdua, kini sudah lama tak dirasai.
Perumpamaannya adalah seperti dialog ini,

“Kenapalah kamu ni selalu berperangai macam budak-budak! Langsung tak boleh diharap!” Marah ibu.

“Sebab saya memang budak-budak!”dijawab kembali oleh anak.

“oh ye ke…”

Mungkin sudah masanya kita kembali meneliti harapan kita terhadap anak-anak. Ibubapa memang biasanya menaruh harapan yang tinggi terhadap anak-anak mereka. Mengharap anak kita adalah anak istimewa yang mampu buat apa sahaja dan menjadi orang yang apling sempurna.

Sedangkan kanak-kanak adalah kanak-kanak. Untuk mengawal saraf dan otot mereka sendiri pun masih belum mahir, apatah lagi mengawal emosi dan keinginan, suatu yang kebanyakan orang dewasa pun masih tak mampu kawal dengan baik.

Mereka baru hidup beberapa tahun, dengan ilmu dan pengalaman yang begitu cetek, bagaimana mungkin mereka dapat menjadi seorang yang matang? Mereka cuma seorang kanak-kanak. Hadapilah mereka dengan sikap memaafkan dan berlemah lembut.

Insya’allah dengan 3 petua tadi, kita akan lebih mudah mengurangkan atau menjarangkan keadaan “hilang sabar” berlaku, dan seterusnya keadaan rumah tangga lebih harmoni dan bahagia.

dipetik dari blog : http://anakkusayang.com

Wednesday, October 06, 2010

10 Tips how to be a successful wife

0 comments

Here is short and sweet piece for the wife completes the picture

10. Use your ‘Fitnah’ to win the heart of your husband
All women have the ornaments that Allah blessed them with. Use the beauty Allah has bestowed on you to win the heart of your husband.

9. When your husband comes home, greet him with a wonderful greeting
Imagine your husband coming home to a clean house, an exquisitely dressed wife, a dinner prepared with care, children clean and sweet smelling, a clean bedroom – what would this do to his love for you? Now imagine what the opposite does to him.

8. Review the characteristics of the Hoor Al-Ayn and try to imitate them
The Qur’an and Sunnah describe the women in Jannah with certain characteristics. Such as the silk they wear, their large dark eyes, their singing to their husband, etc. Try it, wear silk for your husband, put Kohl
in your eyes to ‘enlarge’ them, and sing to your husband.

7. Always wear jewelry and dress up in the house
From the early years, little girls have adorned themselves with earrings and bracelets and worn pretty dresses – as described in the Qur’an. As a wife, continue to use the jewelry that you have and the pretty dresses for your husband.

6. Joke and play games with your husband
A man’s secret: they seek women who are light-hearted and have a sense of humor. As the Prophet (peace be upon him) told Jabir to marry someone who would make him laugh and he would make her laugh.


5. Thank your husband constantly for the nice things he does
Then thank him again. This is one of the most important techniques, as the opposite (ungratefulness) is a characteristic of the women of hellfire.

4. An argument is a fire in the house
Extinguish it with a simple ‘I’m sorry’ even if it is not your fault. When you fight back, you are only adding wood to the fire. Watch how sweetly an argument will end when you just say sincerely, “Look, I’m sorry. Let’s be friends.”

3. Always seek to please your husband, for he is your key to Jannah
Prophet Muhammad (peace be upon him) taught us that any woman who dies in a state that her husband is pleased with her, shall enter Paradise. So, please him.

2. Listen and obey!
Obeying your husband is obligatory! Your husband is the Ameer (head) of the household. Give him that right and respect.

1. Make Du’a to Allah to make your marriage and relationship successful
All good things are from Allah. Never forget to ask Allah for the blessing of having a successful marriage that begins in this world and continues on – by the Mercy of Allah – into Paradise.

Tuesday, June 22, 2010

Cinta Ranting dan Pohon

0 comments
Cinta dalam setangkai ranting & Cinta dalam sebatang pohon




Suatu ketika plato berbicara dengan gurunya...


Plato bertanya makna cinta dan gurunya pun menjawab: "masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu batang ranting yg menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut".


Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang rantingpun. Gurunya bertanya, maka jawab Plato:


"Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yg bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yg sudah saya tinggalkan tadilah yg terbaik. Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa."


Guru itupun berkata:"itulah cinta"

Lalu Plato pun bertanya apa makna perkahwinan


Guru pun menjawab:"Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan."



Maka masuklah Plato ke dalam hutan & keluarlah Plato dengan membawa pohon yg tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:

"Saya dapati pohon yang indah daunnya, besar batangnya...tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan...akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya temukan pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya pikir mampu membawanya karena mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini karena saya yakin boleh merawatnya & menjadikannya indah."


Lalu sang guru berkata:"Itulah makna perkahwinan."


Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon beserta rantingnya didalam hutan, tapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih...tidak satupun akan kita dapati, karena kesempatan itu hanya sekali & kita harus terus maju sperti waktu yg bergulir ke depan yg tidak pernah tersimpan pada hari kemaren & bersemayam pada masa lalu kita.

Petua awet muda

0 comments
Petua awet muda dari Ustaz Ismail Kamus " untuk kita sentiasa'muda' ".


1. Melambatkan minum air setelah makan.....
- minum sedikit (lebih kurang seteguk sahaja). Minum setelah setengah jam selepas makan.

2. Rajin-rajin baca Al-quran.....
 - niat ikhlas kerana Allah.....bukan kerana nak muda semata-mata.

3. Menanam kuku / rambut yang dipotong atau gugur.

4. Rajin-rajin bangun sembahyang tahajjud ditengah malam
- sesungguhnya sekuat-kuat iman itu umpama seorang yang menyempurnakan wudhunya di waktu
   musim sejuk.

5. Sentiasa tenang dan tak marah-marah.....
- kerana setiap ahli syurga itu lembut, mudah dan mesra, manakala setiap ahli neraka itu keras dan yang kasar kepada keluarganya.....

Mulakannya dengan 'nawaitu'..... amalkan sekerap termampu..... InsyaAllah mujarab.

Sudahkah anda menunaikan SOLAT ? Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Thursday, June 10, 2010

Rehlah di Langkawi...

1 comments
Salam buat semua sahabat yg dikasihi....

Alhamdulillah.. setelah berminggu2 bercadang utk upload gambar di langkawi hari tu.. akhirnya ada juga kesempatan ni... sebenarnya plan nak gi langkawi ni dah berapa kali tertangguh... disebabkan masalah2 yg tidak dpt dielakkan... jadi, akhirnya tetapkan juga masa... kesian pd student abi yg sedang praktikal di sana.. di Arabian Inter Travel & Tours (M) Sdn. Bhd... bagus mereka ni.. tambah pengalaman berkomunikasi sendiri dgn org2 Arab... ownernya Us. Emran al-makki... muwallad Thailand...katanya sudah menetap di langkawi sejak 1995... 
Inilah student abi.. student Bachelor of Arabic Language di KUIS... jauh perjalanan luas pengalaman.. mabruk adik2... terima kasih juga atas buah mangga yg dihadiahkan kpd kami sekeluarga...serta tiket diskaun utk naik cable car...

abi, student nya dan ustaz emran al-makki... mabruk alaika ya ustaz emran...

hari terakhir di langkawi... naik kereta kabel di kampung oriental... letih, tp sgt seronok...


teringin gak n ak ambik gambar kat dataran lang ni...gambar diambil sebelum  balik... kelam kabut sgt coz nak kejar2 pulangkan kereta sewa dan check in flight... hari sebelumnya nak gi sini anak2 tidur dan hari dah ptg... so, tak kira nak gak amik gambar kat sini sebelum balik bangi... Alhamdulillah dpt pun...

kabus tebal sgt... waktu ni dah ptg sgt.. dekat pukul 7... anak2 semua dah letih.. dah tidur dlm kereta.. ummi n abinya kononnya nak gi tengok dataran lang... rupa2nya sgt jauh... tak blh lah tinggalkan anak2...

Beras Terbakar.. tak perasan rumah n tempat beras terbakar ni.. di hadapannya dipenuhi dgn gerai2 pakaian dan brg2 perhiasan... sgt byk... shopping kat sini je.. beli kain batik, minyak gamat.. n sedikit souvenier...

beras terbakar...


Ammar n umar yg setia tunggu abinya yg sedang bekerja supervise student yg praktikal.. tak sabar nak berjalan2... sabar yer sayang...

anak ummi... dah makin besar dan tembam...


ini penguin comel dan kawannya ammar...

penguin pun nak kawan dgn abi juga...

ummi pun nak tumpang sekaki gak....

Monday, May 17, 2010

Cerita tentang bonggol vs sanggul

0 comments


Awas, "bonggol"!!!

Hei! (monolog hati (nafsu) dgn kepala)
Kau suke la tengok aku kene bakar?
Ape pasal pulak? Aku kan dah tutup kau, aku dah bagi kau pakai yang cantik-cantik lagi!
Kau ingat aku suka yang cantik-cantik je ke? Kalau cantik je, tapi terdedah! Jarang! Nak buat apa? Aku jugak yang kene bakar, yang kene gantung kat sanananti!
Ala, aku kan dah tutup, jadila…
Kau bukan tutup, kau hanya bungkus aku je! Dahla kau biarkan aku bersanggul tinggi macam BONGGOL UNTA! Kau mesti BERTANGGUNGJAWAB!

***

Kamu jage apa yang kamu sayang, kamu sorok ape yang kamu suke, kamu simpan apa yang kamu idam. Pandainye kamu menjage barang… Kalaulah ade laptop, PDA, mahupun MP5, pandai pula kamu simpan didalam beg ataupun kamu tutup rapi didalam almari. Kenapa pula RAMBUT yang berada di atas kepala kamu itu kamu tidak tutup dengan rapi, tidak simpan dengan kemas, tidak sorok dengan selamat? Adakah kamu tidak sayang pada rambut kamu? kamu tahu kamu dah libatkan ramai orang? Silap-silap boleh berjemaah masuk ke N****A! nauzubillah…

Kamu tak kesiankan kaum adam yang berhari-hari beristighfar bile Nampak ikal mayang nye rambut kamu?
Kamu tak kesiankan ke kaum kamu sendiri yang tiada daya menegur kamu secara berdepan?
Kamu. kamu. kamu. kamu.

***

Bonggol di atas kepala kamu tu saya tengok makin hari makin tinggi, makin lama makin nak tunjuk. Saya tak nak samekan bonggol itu dengan bonggol unta, tapi kamu yang buat saya rasa macam nak menyamakannya… [apa-apalah]

Kenapa pulak nak sama macam bonggol unta? Kau mengeji aku ye? Aku ni pun makhluk tuhan!

Kamu cakap kamu makhluk ALLAH? Tapi kamu tak ikut pun apa yang ALLAH suruh? Saya bukan nak mengeji kamu, saya Cuma bercakap pasal bonggol yang ade di sebalik rambut kamu tu…kamu rase di keji?

Apa masalahnye dengan rambut aku kalau aku sanggul tinggi-tinggi? Rambut aku, aku punye pasal lah!

Oh, rambut kamu ke? Bila masa pula kamu tanam sampai tumbuh begitu panjang?

Mana ade aku tanam la, ni tuhan bagi, natural la…

ALLAH bagi? Kalau ALLAH bagi Kenapa kamu cakap itu rambut kamu?

Dah ade atas kepala aku, rambut aku la!

Kamu tak malu ke? ALLAH Cuma pinjamkan saja, kenapa kamu tak jage elok-elok, tak tutup dengan betul, tu bukan kamu punya. Kamu tak malu ke bile nak berhadapan dengan ALLAH nanti?

Senyap…

Same juga bila saya nak pinjam laptop kamu, tibe-tibe saya tercalarkan skrin laptop kamu? apa kamu akan buat?

Ai, marahla! Suka-suka hati calarkan laptop orang…

Oh, yang kamu tu suka-suka hati mendedahkan rambut yang ALLAH bagi pinjam tu?

Diam…

***

Kamu sedar tak ada sebuah hadith berkatakan tentang segolongan wanita yang dari kaum kita…?

“Sabda Rasulullah s.a.w. : Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun” (riwayat Muslim)

Dan diiriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya; akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian.Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta(bonggol).Kutuklah mereka,sesungguhnya mereka itu terkutuk (dikutuk oleh Allah).

MAHUKAH KITA TERMASUK DLM GOLONGAN TERKUTUK INI???

***

RASULULLAH s.a.w. sewaktu Israk dan Mikraj telah diberi kesempatan oleh ALLAH SWT melihat ke dalam neraka. Ternyata kebanyakan penghuninya terdiri daripada wanita. Mereka menerima azab dan seksa yang amat menggerunkan.

Jika diteliti beberapa perkara yang dikaitkan dengan wanita, amat jelas masalah AURAT adalah masalah utama yang menyebabkan sebilangan besar golongan wanita diazab oleh Allah di dalam neraka, tetapi masalah ini jugalah yang paling susah hendak diterima oleh wanita.

Saya tak nak mengulas panjang sebab saya TAHU kamu sudah TAHU!

***

Bukankah perempuan itu adalah hiasan dunia, tetapi mereka juga adalah fitnah terbesar dunia…

Saturday, May 08, 2010

Selamat hari Ibu...

0 comments

Salam..

mak... terima kasih kerana telah melahirkan dan membesarkan anakmu ini...kini anakmu ini sudah pun dewasa.. sudah merasa menjadi seorg ibu pula... sudah dua kali ayang rasa melahirkan anak.. setiap kali itu juga ayang akan merasa begitulah pengalaman yg emak tanggung demi melahirkan 9 org anakmu... mungkin lebih seksa lagi.. kerana di awal2 zamn 70-an dulu.. emak melahirkan anak2 mak hanya di rumah, disambut oleh mak bidan... tiada pilihan... sekarang anakmu ini kalau boleh memilih untuk mencari tempat yg lebih selesa... apa pun mak... jasa dan bakti mak dan abah mendidik ayang selama ni takkan ayang lupakan... sentiasa dihati... terima kasih mak... sayang mak....   

ayang tahu.. ucapan ini tidak sepatutnya diucapkan kitika ini saja.. atau pd hari ibu saja.. ini semua idea barat saja.. bagi kita orang Islam... setiap hari adalah ibu...kerana itu.. setiap hari tidakku lupa utk mendoakan emak selalu.. begitu almarhum abah supaya dia tenang "di sana".. dan ditempatkan bersama para solehin dan muttaqin... insyaAllah.,.

Aurat : Apa Sudah Jadi ?

0 comments
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman



www.zaharuddin.net





Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-





"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"





Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.





" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.





Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"





"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.





"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.





" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.





"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.





" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.





"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"





"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.





"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"





"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.





Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.







BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?





Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.





Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-



"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)





Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.







Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)







Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.









BANTAHAN KAUM WANITA





"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.





"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.





"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.





"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"





"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.





"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.





"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya





"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur"









PENGALAMAN MENUMPANG KE MASJID



Saya masih ingat, dalam perjalanan ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah Masjid di Ibu Negara. Pejabat saya di Jalan Sultan Ismail dan pada hari tersebut saya menumpang kereta seorang rakan. Bersama kami beberapa rakan sekerja yang lain. Tiba-tiba semasa berada di lampu trafik, tiba-tiba suasana dalam kereta agak bising dengan bunyi..uiiiii..oii...peh..mengancam...dan sebagainya, diikuti dengan kata-kata :





"Astaghfirullah..korang ini teruk betul la, kan ustaz ada dengan kita ini.." Kemudian "disambut dengan kata rakan di belakang, ye la..ini la yang bagus kita pergi masjid dengan ustaz, terjaga sikit"





Anda tentu dapat menggagak apa yang dilihatnya? Alhamdulilllah saya tidak sempat melihat apa-apa kerana sedang membelek pelbagai mesej soalan hukum hakam tertunda yang memenuhi telefon bimbit saya. Bila saya tanya, kenapa? dengan malu-malu mereka menyalahkan sesama sendiri akibat ‘gatal mata' melihat skirt-skirt pendek wanita KL, samada wanita Melayu mahupun Cina disekitar kawasan segitiga emas itu.





Cuba bayangkan, perasaan lelaki-lelaki ini. Mereka dalam perjalanan ke masjid, semuanya juga telah berumah tangga, tapi nafsu masih teransang apabila didedahkan kepada permandangan seperti itu. Jahatkah mereka?





"Gatal dan dah miang sangat kot orang lelaki ni, memang teruk mereka ni, tak sangka, harap suami kita tak macam ni" mungkin itulah yang akan dikatakan oleh sebahagian besar pembaca wanita sekarang ini.





Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :



زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..



"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."





Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :



ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء



Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )









ANTARA LAWAK & HUKUM



Saya juga masih ingat, sewaktu di tempat lama, rakan-rakan sepejabat sering kali apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.





Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.





Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-





ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب





Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)









KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT





Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-



KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.



KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.



KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.



KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.



KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.



KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.



KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.



KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.



Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :



"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)





Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.





Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.





Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.





Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.





Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.





Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.





Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.





Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.





Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.



"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)







Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.





Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.





Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:



"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)





Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)





‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.





Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini





Larangan Nipis





Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:



"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)





Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.



Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)



KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.



Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-



يرحم الله المتسرولات



Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .





Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)





Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.





KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.





Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)







TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT



Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-



" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)





Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-



a) Perbezaan dengan binatang.



Allah SWT berfirman :



" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)



Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.



b) Agar kaum wanita tidak disakiti



Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.



c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.



Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »



Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »





d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.



Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.





e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.



Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)





DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER



Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.



"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.



"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.



Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :



"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)



Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.



"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"



Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"



Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?



Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :



"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)





Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.





Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.





Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :



إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار



Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )





Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.





Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW



من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً



Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )





Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.





Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?





Sekian



Zaharuddin Abd Rahman



www.zaharuddin.net





Kuala Lumpur



23 Muharram 1428H



11 Feb 2007



Last update: 10-10-2008 17:03

Thursday, March 18, 2010

sayang adik....

1 comments

Putraku yg suka tidur....

0 comments

Ummi ni kan sedang bercuti... kurang kerja sikit kan... jadi sempat juga ummi snap gambar anak ummi ni masa tidur.. dari baru lahir hinggalah sekarang ni.. usianya hampir 2 bln... Umar mmg anak yg baik dan bagus... tidak meragam dan amat manja dgn ummi.. hinggakan bila ummi lari ke dapur sekejap pun dia boleh sedar dan menangis...abang ammarlah sebagai penyelamat yg datang mententeramkan umar... cuma masalahnya bila abg ammar datang, adiknya makin menangis bukannya diam.. satu hari ummi intai apa abg ammar buat.. ooo rupanya dia cium adiknya sekuat hati... tak pun dia selak baju nak bg adik dia susu.. bila ummi tanya ammar buat apa tu.. nak bg adik susu macam ummi... macam2lah sayang ummi ni...terima kasih sayang kerana sayang pada adik umar....moga jadi abang contoh buat adik dan adik2nya.. insyaAllah... 

Umar Haris sayang....

1 comments
Alhamdulillah... anak ummi yg sorang ni makin membesar...ummi dah nak start kerja ni... seronok pulak cuti 2 bln jaga anak ummi ni... abang ammar pun sayang sangat kat dia... doa ummi moga Umar Haris ni menjadi anak yg soleh, tabah dan tegas seperti Umar al-Khattab, adil, saksama dan penyayang seperti Umar abdul Aziz... berani seperti Umar Mukhtar... insyaAllah...

Friday, March 12, 2010

Anak-anak Ummi dan abi...

1 comments
Salam...

Dah lama rasanya blog ni terbiar.. tiap2 hari buka.. tp tak sempat langsung nak posting... sekarang ni dah terasa sibuknya.. bila jaga 2 anak.. sorang tidur sorg terjaga... ajak main.. tak dilayan nanti kesian pulak... Ammar plak kan dah besar.. bila tak layan dia.. nanti dia akan cakap.. "ummi, ammar panggil ni".. sedih plak klu tak layan dia...

Sekarang ni bila dah ada adik lgi lah.... sokmo dia jeles dgn adiknya.. masa mula2 dulu tak  bg pun ummi pandang kat adik angah... klu blh suruh pandang dia je...so, ummi amik keputusan tidur tgh2 diorg.. so, confirm tak jeles.. ooo.. tak leh gak.. bila ummi pandang angah.. ammar tarik ummi.. ummi peluklah ammar.. hmm.. manja lagi anakku ini yer.. semakin lama.. dia dpt memahami.. adiknya kecil lg.. perlukan ummi selalu... abilah yg kena seimbangkan ini.. abi bawa ammar gi surau.. bw jalan2 waktu ptg.. biar ammar tak boring.. sekarang ni dah pandai call abinya.. coz kat handphone ummi, nama abi nama no.1.. jd tekan je terus call abi.. kekadang abi tgh meeting terpaksa layan anak dia sat... macam2.. byk nak kena ajar ammar sekarang ni.. nak ajar dia tak payah pakai pampers... tp kena ingatkan setiap setengah jam.. ajak dia gi toilet... ajar dia cebok..tp lepas bg minum susu botol terpaksa gak pakai pampers... klu tak confirm terlepas di mana2.. percubaan ni masih belum berjaya lg.. ummi selalu berdoa moga ammar cepat berdikari.. selalu ckp dgn ammar.. klu nak sekolah kena belajar tak pakai pampers.. belajar cebok sendiri... yg plg kelakar bila pakai seluar je.. mesti dia kata: "ummi... gelilah.. nak pampers" hehehe..kelakarlah ammar ni.. 
   

ni lah dia abang yang sayang sgt kat adik dia...
kurniaan Allah yg tidak terhingga... cahaya mata kedua ummi dan abi.. MUHAMMAD UMAR HARIS..

lagu kegemaran ammar...
satu.. satu.. ammar sayang Allah
dua.. dua.. sayang Rasulullah
tiga.. tiga.. sayang ummi abi
satu.. dua.. tiga.. ammar sayang semua..

tetiba sekarang ni dia nyanyi....
 tiga...tiga sayang ummi abi angah
satu dua tiga ammar sayang semua angah...

Murottal al-Quran