Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " -Imam Umar bin Abdul Aziz
IBU MITHALI
PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Mithali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi."Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir.
Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan.
"Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya.
Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.
'Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak. Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.
Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.
"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Mithali" tahun ini."Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.
"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang , disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"
"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak.
Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Mithali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi." Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran."Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.
"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah.Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."
"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abang-abang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun." Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.
"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."
"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak.Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."
"Mirah dah besar, kan? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya.
Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"
"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."
"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"
"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.
"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.
Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."
"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun."Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."
"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.
"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."
"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka
Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu."Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja.Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.Penat saya membersihkannya. "
"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."
"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."
"Mirah!" Ibu merangkul saya. " Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."
"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."
"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."
"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"
"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."
"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.
"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."
"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu.""Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."
"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."
"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."
"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."
"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru."
"Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "
"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."
"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."
"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah
"Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.
"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak.
"Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.
"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. .."
"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.
Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima, saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.
"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"
"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"
"Betul tu, Mirah. Di sanananti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "
"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.
"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.
"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "
"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.
"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.
Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.
Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat."Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia . Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "
"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."
"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."
"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"
"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah.
"Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya. "
"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak.
"Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.Gadis itu menyambung bicaranya.
Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Mithali" yang lain.
"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."
"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga.
Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."
"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang comel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."
"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."
"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah.
"Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.
Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.
'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.
'Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.
"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Mithali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Mithali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid.
Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan.
"Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.
Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.
Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Mithali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah.Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir itu.Renung-renungkan dan Selamat beramal.
Wednesday, March 04, 2009
Car seat safety: The biggest mistakes parents make, and how to avoid them

1. Not using a safety seat consistently"We were only going to the grocery store ..." "He hates to ride in his car seat, so just this once I didn't make him ..." "She was having a meltdown, so I took her out of her seat for a minute to calm her down." Safety experts hear these words all too often from distraught parents after tragedy has struck. Remember, a one-time lapse can result in a lifetime of regret.In any case, using a safety seat consistently and correctly is the law. All 50 states require that children up to 3 years of age (or 40 inches tall in Kentucky) ride in car seats in private vehicles, and many have laws requiring car seats or booster seats until a child is considerably older.There's good reason for that. Every year, more than 90,000 children under age 8 are injured in car crashes, and more than 1,000 are killed. In fact, auto accidents are by far the leading cause of death for American children.Safety seats dramatically reduce the risk of death or serious injury in a collision. Stephanie Tombrello, executive director of the nonprofit passenger-safety organization SafetyBeltSafe U.S.A., urges all parents to get a safety seat that's convenient to use, and to make buckling your child into it such a habit that you don't even have to think about it.
2.Using an old or secondhand seat
That safety seat you scored at a garage sale for a fraction of its original price may seem like a bargain, but it could cost your child his life. The same goes for that older-model seat your sister gave you after her child outgrew it.Not only are used seats unlikely to come with the manufacturer's instructions (vital for correct installation), but they could be missing important parts, have been involved in an accident (even unseen damage can affect the seat's functioning), fall short of current safety standards, or have been recalled due to faulty design. Moreover, plastic gets brittle as it gets older, so a seat that's too old could break in a crash.If you must use a secondhand seat, make sure it has the original instructions (or contact the manufacturer for a replacement copy), has all its parts (check the manual), has never been involved in a serious accident, and hasn't been recalled. (Check your seat's recall status here.)In addition, to avoid the dangers of aging plastic, SafetyBeltSafe U.S.A. recommends sticking with car seats that are ideally less than five years old and definitely less than ten years old. You can usually find an expiration date stamped somewhere on the seat.
3. Turning your child to face forward too soon
Children have large heads and comparatively weak necks, so in a head-on collision (the most common type of crash) a child's head can jerk forward suddenly and violently, resulting in spinal injuries. For this reason, keep your child rear-facing position as long as possible.The "12-months-and-20-pounds" rule that many parents cite when turning their child forward in the car is actually the minimum size and age requirement. If your child can still ride comfortably facing backward at more than 12 months and 20 pounds, leave him that way. Just be sure the seat is designed to hold children of his weight.
4. Moving your child out of his car seat or booster too soon
Though safety-seat laws vary from state to state, all require that children under age 3 ride in a safety seat. Experts are unequivocal in their recommendations for safe riding beyond that age:• Your child should ride in a safety seat with a five-point harness until he weighs at least 40 pounds, or until his shoulders no longer fit under the harness straps. You can use a convertible rear- and forward-facing car seat until your child hits 40 pounds, or the harness system of a car-and-booster-seat combo from as little as 20 pounds up to 40 pounds.• Your child should ride in a booster seat from the time he weighs 40 pounds and is at least 3 years old until he's 4 feet 9 inches tall and at least 8 years old.
5. Not installing a safety seat correctly
A safety seat won't do its job if it's not installed correctly. Among the most common mistakes: Not buckling the car seat in tightly enough, and not using the right type of seat belt to secure your child in his booster seat. Check to be sure that car seats don't tip forward or slide from side to side more than an inch, and that boosters are secured with a lap-and-shoulder belt.Better yet, use an anchoring system if you can. By law, all car seats and vehicles manufactured since September 2002 must be compatible with the LATCH system — or "lower anchors and tethers for children."This system combines the previously existing top tethers with lower anchors, built into the rear of the car. Some cars built between 1999 and 2002 also have the system. Toddler/booster combo seats are required to have both the upper and lower attachments; booster seats are not required to work with LATCH.Owners of earlier model cars may want to consider having their car retrofitted with the LATCH system. Check with your local auto dealership for information on cost and feasibility.You can also have your seat installation checked by a professional. Find a child seat safety inspection station near you.
6. Not using a locking clip or using it incorrectly
If your car is a pre-1996 model, chances are the lap-and-shoulder belts don't lock unless you come to a sudden stop. This means you need a locking clip — a small metal device that looks like an oversize paper clip or capital I — to hold the seat belt (and thus your child's car seat) tight in the event of a crash.After you buckle your child's seat tightly in place, see if you can move it more than an inch toward the front or sides of the car. If you can, install the locking clip about half an inch above the buckle — not on the other side of your child's car seat, which pinches the shoulder and lap belts together before they're threaded through the appropriate slot in the car seat.If you've misplaced the locking clip that came with your car seat, get in touch with the manufacturer to order a replacement or buy a new one at a store that carries car seats and other safety supplies.
7. Not securing your child in the seat
To make sure the car seat harness straps are snug enough to hold your child firmly in the event of an accident:• Buckle your child in, making sure the harness straps aren't twisted, and then use the mechanism on the front of the car seat to pull the harness tight. You shouldn't be able to pinch any harness fabric between your fingers.• Slide the plastic retainer clip that holds the two straps together up to armpit level before securing it. If the clip is too low, your child could be ejected from his seat in a crash.
8. Not buckling a car seat into the car
Believe it or not, many parents who are cited for car seat violations have their child buckled into a car seat — but have not buckled the car seat to the car. This may be the result of confusion about how the seats work or just of switching a seat from one car to another on a hectic morning.To avoid this mistake, when you're putting your child in his seat, double-check to be sure that the seat is buckled tightly to the car.
9. Holding your child on your lap
It's tempting to lift your child out of the car seat and hold him in your arms when he's having a tantrum after hours on the road, or when you're making a quick dash from one place to another with a gaggle of friends and it's easier for everyone to pile into the same vehicle than to take separate cars.This might seem safe enough. After all, you'd hold your child tight if anything happened, right? But the truth is that even if you're belted in, your child could be ripped from your arms by the force of a collision. And if you manage to get the seat belt around both of you, your weight could actually crush your child to death.So as much as your child may scream — and as inconvenient as taking your own car is when the two of you could just hop into someone else's — never let your child ride in a moving car unless he's safely strapped into an age-appropriate, correctly installed car seat or booster.
10. Letting two kids share one seat belt
Don't do it. Crash tests have shown that when two children ride buckled into one seat belt, in an accident their heads can knock together with potentially fatal force.
11. Letting your child ride in the front seat
Although your child may whine and plead to ride in the front seat with you, the backseat is by far the safest place for him. The National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) recommends that all children under age 13 ride in the backseat every time they get in the car.Other tips on safe riding positions:• If possible, buckle your child into the middle of the backseat, where he's best protected from side-impact collisions. (Of course, if you have more than one child only one can ride in the middle!) If your child rides in a booster seat and your car has only a lap belt in the center back (which is fine for car seats but should never be used on its own with a booster seat), position your child's booster on either the right or left side of the backseat and buckle him in with the car's lap and shoulder belts.• If you have a passenger-side air bag in your car, that's all the more reason to keep your child in the back. Air bags are designed to reduce injuries in adults, but they can cause serious head and neck injuries to children when they inflate, especially if the child is in a rear-facing car seat. To find out whether your car has air bags, look for a warning label on the sun visor or the letters SRS or SIR embossed on the dashboard, or check your vehicle owner's manual.• If putting your child in the front seat is your only option (for example, if the backseat is full or your car is a two-seater), check to see whether your car's air bag has an on-off switch. If so, turn it off. If not, have one installed. The NHTSA maintains a list of companies that install air bag on-off switches.If you can't turn your passenger-side air bag off and you need to transport a child in the front seat, put your biggest or tallest passenger in the front, in an appropriate safety seat, and move the seat as far back from the dashboard as possible.
Puisi Ulu'l Albab
Salam... hari ni saja surf internet... terjumpa sajak @puisi tentang ulu'l Albab... memandangkan tema blog ni ma'rifah ulu'l Albab... cuma mungkin pada penulisan perkataan Albab itu perlu diperbetulkan.. kerana sekiranya kita tersilap tulis.. akan berubahlah maknanya nanti... kalimah ulu'l albab = orang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam... manakala ulul al-Bab= orang yang mempunyai pintu... perkataan ni selalu menjadi tajuk perbahasan kami... sama- kita ingat mengingatkan yer...mari kita kongsikan...
Ulu'l Albab
Mengisi diri dengan pelbagai bentuk ilmu
Ilmu itu kan nur
nur yang hakiki dan tulen
mulai dari bentuk mesinnya
hinggalah ketulenan segalanya
dari yang tersurat juga tersirat
Nur yang hebat disisiNya..
wasilah jalan keamanan,
keikhlasan berkat serta kesan yang mendalam pada qolbi
membuahkan hasil umat bahgia,
aman dan sejahtera serta punyai hikmah
tanpa bingung lagi pening kepala…
generasi hamba yang punyai kekuatan
pada tiga aspek ‘alamiyah
sentiasa menjadi penyampai yang hebat
demi nawaitu padaNya semata-mata
takut pada kifarahNya disana
yang kekal selamanya
mahukan imbalan redhaNya
bukan mahukan nikmat SyurgaNya
Itulah hakikat sebenar Ulu'l Albab
tidak mengejar populariti,
populariti menghancurkan generasi
tidak tamak mencari publisiti,
publisiti mengamcam kebobrokan bersiri
bukan kerana ta'subnya
pada ulama’ pilihan dan juga ikutan hati..
kan ijtihadi masih tidak tertutup lagi
Ulu'l Albab generasi modal insan cemerlang,
bijak bistari menangani konflik terkini
dengan berkat Robbi
tidak takut pada masyarakat
sama ada mengerti atau pun tidak mengerti
hakikatnya kelanggengan mardhotilLah Itu yang dinanti…

AMS J Shila Jamal
10 Zulkaedah 1429/8hb November 2008
http://chivalry-tranquility.blogspot.com/
Tuesday, March 03, 2009
Al-Tabarani meriwayatkan dalam al-Mukjam al-Awsat dari Ibn Umar r.a bahawa beliau berkata : Aku pernah hidup pada zaman sebelum ini bahawa seseorang di kalangan kami dikurniakan keimanan sebelum al-Quran.Turunnya al-Quran kepada Nabi Muhammad saw lalu dipelajari halal dan haramnya dan apa yang perlu diberhenti mengkajinya dari hukum-hukum sebagaimana kamu belajar tentang al-Quran itu.Kemudian selepas itu aku memerhatikan lahir di kalangan umat ini golongan yang dikurniakan al-Quran sebelum iman lantas dia membacanya dari al-Fatihah hingga ke penutupnya dia tidak mengetahui suruhannya dan larangannya dan apa yang perlu diperhatikan olehnya dalam ayat-ayat itu, menaburkannya sebagaimana menabur buah kurma yang sudah rosak .
Bait-bait pantun untuk dijadikan renungan...
Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.
Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun ‘make up’.
Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.
Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.
Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.
Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat…
-

Monday, March 02, 2009
15 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. :
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)
Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.
1. Kurang Berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali `Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali `Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
1.2. Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya
2. Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur
3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
*tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka
4. Menegur anak secara negative
*mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain
5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual).
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani
6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata :
7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
*ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak
8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh
9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi
10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam
12. Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya
13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar
14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak
15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata :
“Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.” (Maksud Al-Hadith).
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.
1. Kurang Berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali `Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali `Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
1.2. Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya
2. Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur
3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
*tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka
4. Menegur anak secara negative
*mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain
5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual).
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani
6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a.
Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata
Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum
pernah mencium seorang pun dari mereka.”
Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata :
“Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”(Maksud Al-Hadith Riwayat
Bukhari dan Muslim).
7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
*ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak
8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh
9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi
10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam
12. Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya
13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar
14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak
15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
Alhamdulillah
Alhamdulillah, seinfinitinya syukur ini dirafa'kan kehadrat Allah S.W.T di atas Ihsan, Rahmat dan Kasih sayangNYA...memberikan nikmatNYA kepada kami sekeluarga...
1 Mac 2009 tanggal penghijrahan kami sekeluarga ke syurga dunia kami yang baru... baiti jannati.. mudah2an itulah yang kami impikan.. moga Allah terus memayungi kami dengan payungan rahmat dan InayahNYA.. insyaAllah.. serta dihiasi mawaddah, mahabbah, sakinah wa rahmah yang terus mewarnai hidup kami..
Letih juga pindah ni yer.. rasa2 brg macam sikit jer.. maklumlah dah 3 thn lebih juga kami duduk menyewa.. dalam diam tak sedar byk juga barang.. bila pindah ni.. baru nampak semuanya.. kesian gak kat abi.. letih abi tidak terkira.. mana taknya... kami angkut sekali brg2 kat kampung.. spt set bilik tidur pengantin.. rak2 buku ummi... satu lori 3 tan jugalah nak angkutnya... dari rumah sewa pulak 2 trip.. itu pun coz abi dah angkut brg2 yg kecil, kotak2, buku2, rak2... 2 trip tu untuk angkat brgan elektrik, katil2, almari2 besar... pasu2 bunga dan nanas ummi ... :) :) tapi.. malangnya ummi tak dapat nak tolong.. ummi kena attend kursus sembelihan kat kolej pula...
Oleh itu.. ucapan syukur dan jazakumullahu khairal jaza' buat tenaga2 kerja yang membantu kami dalam kerja2 perpindahan ni.. antaranya... yg bekerja sebelum perpindahan ni adalah kak ita, kak ros sekeluarga, yop dan yong ana sekeluarga, nyah amat sekeluarga, alang e, aziz sekeluarga... semasa hari perpindahan pula 6 org student2 KUIS... terima kasih banyak2 yer.. atuk dan opah ammar pun datang dari kampar... moga Allah membantu dan memudahkan perjalanan hidup kalian... terima kasih atas segala bantuan yer..
Alhamdulillah, sampai juga hajat kami nak kosongkan rumah sewa tu pada awal bulan mac... cuma ummi terkilan sikit coz tak sempat lagi nak jumpa jiran2 lama.. nak mohon ampun dan maaf andai ada silap dan salah tingkahlaku dan perkataan... insyaAllah 2-3 hari ni.. akan ummi usahakan juga untuk bertandang ke rumah jiran2 dan kawan2 ammar..
Nampaknya di rumah baru ni.. ammar makin pandai mengira lah.. mana taknya.. setiap kali nak naik dan turun tangga.. dia mengira satu dua tiga sampai sebelas... seronok betul dia.. cuma sekarang ni tak tersusun lagi.. setiap sudut penuh dgn buku2 dan barang2... brg perabot semua dah susun kat bilik dan dapur.. tinggal nak kemas baju2 buku2 je.. ummi pela sibuk dgn kelas.. minggu ni minggu terakir kelas untuk student.. ummi pun kelam kabut nak buat soalan lah.. nak buat muraja'ah dgn student lah... insyaAllah rabu ni ingat nak ambil cuti juga... khusus untuk mengemas rumah.... so.. permintaan ummu uwais nak tengok snap gambar rumah tu.. tak dapat dilaksanakan lagi.. tunggu yer.. dah siap kemas dan tersusun baru boleh tengok gambar... :) :) :)
Apa pun doa dan harapan kami.. mudah2an dgn penghijrahan ini dapat meningkatkan lagi syukur dan redha kami pada Ilahi Rabbul Izzati... terima kasih ya Allah atas kurniaanMU.. semoga keluarga kami ini kan terus berada dalam sakinah, mahabbah dan mawaddah yang berpanjangan.. insyaAllah...

Friday, February 27, 2009
Majlis Kesyukuran buat Sir Sahel dan Azeda
sahel dan azeda.
Sahel dan Azeda... moga berbahagian dan dirahmati selalu.. insyaAllah.
Alhamdulillah.. kelab staff KDH telah berjaya menganjurkan sedikit majlis buat sahabat kami iaitu sir sahel dan isterinya Azeda... mereka baru sahaja melangsungkan majlis pernikahan di seri kembangan.. simpati kerana kedua2nya org jauh kan.. tak dapat nak buat majlis... jadi kami merancang sedikit jamuan makan khas utk sir sahel dan isterinya... sir sahel dari jordan, manakala azeda dari iran... ibu azeda juga turut hadir... kami ni siap beli bunga telur utk meraikan mempelai ni.. terkejut juga sahel dibuatnya.. bila ditanya apa signifikannya telur dgn majlis ni.. hmm :) :) :) terkedu juga teacher nafrul nak menjawabnya.. ianya sekadar budaya org melayu...
tetiba teringat pesan dato' siddiq.. pernah beliau sebutkan signifikan antara keduanya... katanya ia bermakna permulaan sesuatu.. sepertimana telur.. masih jauh lagi perjalanannya untuk membesar menjadi ayam... perlu dieramkan dgn ibunya.. perlu disuap dgn ibunya... kemudian mengekori ke mana saja ibunya pergi.. akhir sekali bila membesar.. barulah bebas hendak ke mana2... mungkin ada betulnya kata2 dato' tu.. fikir-fikirkanlah...
perjalanan menuju proses kematangan ni kadang2 mengambil masa... terpulanglah pada individu tersebut... apa yang penting kerjasama ( ikut rentak wonderpet yer) :) :) :)
ya kerjasama.. lagi2 dalam kehidupan rumahtangga.. perlu banyak bersabar dan berserah pada Allah... kita yang akan menentukan halatuju keluarga kita.. jangan sampai anak2 dan keluarga kita mengikut arus kemodenan yang melampau hingga hilang adab, budaya dan sopan santun.. lagi2 dlm era globalisasi ni.. dunia di hujung jari sahaja... kekadang kita terpaksa menongkah arus.. perlu ada pegangan hidup yang mantap dan kukuh untuk kita jadikan pedoman menuju negeri abadi.. insyaAllah...
Apa pun buat sir sahel.. semoga rumahtangga yang dibina kan sentiasa berada dalam keadaan sakinah, mahabbah dan mawaddah.. " baarakallahu lakuma wa 'alaikuma.. wa jama'a bainakuma bilkhair... tahniah yer.. amiin...
Siapakah yang paling?????
Siapakah orang yang paling sibuk??
Orang yang paling sibuk adalah orang yang suka menundakan waktu solatnya, seolah-olah ia harus mengurus kerajaan sebesar kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabb, Aku rieha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada, selalu menompok-nompokkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadah dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan sejauh mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Thursday, February 26, 2009
Kisah perempuan miskin, lembu tua dan Gaza
Salam...
Hari ni s
aya terbaca artikel ini di dalam email... amat menyentuh hati... terasa kerdilnya saya... orang yang serba kekurangan masih mahu berkorban satu2nya harta yang dimilikinya... ini kan pula kita.. sama2 kita muhasabah... moga Allah curahkan rasa belas kasihan dan kasih sayangNYA pada kita nanti.. insyaAllah...
Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu.
Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.
Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.
Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.
Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu.
Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut.
Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.
Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah.
Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.
Sebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.
Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :" Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana."
Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga.
"Tolonglah.. bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka," ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan.Masing- masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu.
Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi seketika suasana.
Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:" Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.
Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.
Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?"
Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan.
Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah.
Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00) !
Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu.
"Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu.
"Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata...gembira.
Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta' yang ada. Subhanallah.
Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan.- azm
Sekiranya anda bersimpati, sudilah hulurkan sumbangan,demi insan-insan yang sedang dizalimi di Palestin melalui Tabung Kemanusiaan Harakah di akaun BIMB: 14069010021298
(Kisah ini telah disusun semula daripada cerita Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din kepada Harakahdaily melalui kisah benar yang dipaparkan di sebuah majalah Arab)
Hari ni s
aya terbaca artikel ini di dalam email... amat menyentuh hati... terasa kerdilnya saya... orang yang serba kekurangan masih mahu berkorban satu2nya harta yang dimilikinya... ini kan pula kita.. sama2 kita muhasabah... moga Allah curahkan rasa belas kasihan dan kasih sayangNYA pada kita nanti.. insyaAllah...Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu.

Khilaf tentang Tarikh lahir Rasulullah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya. Di antara cuti umum yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Malaysia ialah pada12hb. Rabiul Awwal kerana ia dianggap sebagai hari kelahiran Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul).Pihak Darul Quraan Was Sunnah berasa bertanggungjawab untuk membincangkan persoalan ini demi memperbetulkan tarikh lahir Baginda SAW yang ditetapkan sebagai cuti umum itu kerana tidak ada ertinya kita merayakan sesuatu hari jika ia tidak menepati hari yang dimaksudkan itu dengan tepatnya. Apalagi kalau diterima juga tarikh wafat Nabi SAW sebagaimana dipercayai umum pada 12hb. Rabiul Awwal.
Keadaan ini tentunya menimbulkan satu konflik di dalam jiwa masyarakat yangmana di satu pihak mereka merayakan kelahiran Nabi SAW dan bergembira kerananya sedangkan di pihak lain pula pada hari yang sama sepatutnya mereka bersedih dan tidak boleh merayakan hari tersebut kerana ia juga merupakan hari kewafatan Nabi SAW. Jadi di manakah adanya kewajaran masyarakat merayakan Maulidur Rasul yang juga merupakan hari perkabungan- nya? (Tanpa mengambil kira perayaan Maulidur Rasul itu sendiri adakah bersesuaian dengan sunnah atau ia satu bida'ah)
Di samping itu angka 12 yang dipilih untuk hari lahir dan hari wafat Nabi SAWberkemungkinan besar berpunca daripada Syiah Imam Dua Belas. Justeru angka 12 ini bagi mereka merupakan angka sakti yang mereka kaitkan sekian banyak keistimewaan dengannya. Apalagi jika orang yang mula-mula mempopularkan tarikh ini adalah Ibnu Ishaq yang juga seorang Syiah. (Taqribut Tahdzib, AlHafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, jld. 2, hal. 144)
Pendapat yang menyatakan bahawa Nabi SAW dilahirkan pada 12hb. Rabiul Awwal itu walaupun masyhur tetapi ia berasaskan riwayat yang lemah kerana ia berpunca daripada Ibnu Ishaq seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam di dalam kitab sirahnya.Menurut ulama-ulama rijal hadis, Ibnu Ishaq selain dianggap sebagai seorang syiah, dia juga seorang yang lemah dalam riwayat-riwayatnya. Imam Nasa'i mengatakan bahawa dia tidak kuat. Daraqutni mengatakan hadisnya tidak boleh menjadi hujjah. Imam Abu Daud ada berkata, "Dia adalah seorang yangberfahaman Qadariah dan Mu'tazilah."Imam Sulaiman At-Taimy, Hisyam bin Urwah, Yahya bin Sa'id Al-Qatthan dan Imam Malik mengatakan dia seorang pendusta besar. Malah Imam Malik pernah berkata, "Dia seorang dajjal". (Mizanul I'tidal, Imam Zahabi, jld. 3, hal.468-475).
Ibnu Ishaq sendiri tidak menyebutkan sanad-sanad tempat ambilannya.Pendapat yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran Baginda ialah pada hari Isnin, 9hb. Rabiul Awwal Tahun Gajah. Di antara ulama yang berpendapat sedemikian ialah Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam,Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abul Khattab Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah,Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin 'Aini. (Al Bidayah wa AnNihayah, jld. 2, hal. 260-261).
Pendapat ini juga disokong oleh penyelidikan yang dibuat oleh seorang ahli falak yangterkenal iaitu Mahmud Pasya yang cuba menentukan tarikh gerhana matahari dan gerhana bulan yang berlaku semenjak zaman Nabi SAW hingga ke zaman beliau.Berdasarkan kajian beliau, hari Isnin tidak mungkin bertepatan dengan 12hb.Rabiul Awwal mengikut perkiraan bagaimana sekalipun bahkan hari Isnin padabulan berkenaan Rabiul Awwal) jatuh pada 9 haribulan. Beliau mengemukakan beberapa alasan untuk menyokong hasil kajiannya.Antara alasan-alasan yang dikemukakan oleh Mahmud Pasya ialah:·
Dalam Sahih Bukhari disebut ketika anak Rasulullah SAW iaitu Ibrahim wafat, telah berlaku gerhana matahari iaitu pada tahun ke 10 Hijrah dan Nabi Muhammad SAW ketika itu berusia 63 tahun.· Berdasarkan kaedah kiraan falak, diketahui bahawa gerhana matahari yangberlaku pada tahun 10H itu adalah bertepatan dengan 7hb. Januari 632M pukul 8.30 pagi.· Berdasarkan kepada kiraan ini, sekiranya kita undurkan 63 tahun kebelakang mengikut tahun qamariah, maka kelahiran Nabi SAW jatuh pada tahun571M. Berdasarkan kira-kira yang telah dibuat beliau, 1hb. Rabiul Awwal menepati 12hb. April 571M.
· Perselisihan pendapat berlaku tentang tarikh kelahiran Nabi SAW,walau-bagaimanapun semua pihak telah sepakat mengatakan ia berlaku pada hari Isnin bulan Rabiul Awwal. Mereka hanya berselisih tentang tarikh di antara 8 hingga 12 haribulan dalam bulan Rabiul Awwal tersebut. Tetapi Mahmud Pasya mendapati hari Isnin jatuh pada 9hb. Rabiul Awwal bersamaan 20hb. April 571M.
Ini menguatkan lagi pendapat ulama-ulama muktabar yang telah disebutkan di atas. Di antara penulis sirah mutaakhir yang menyokong pendapat ini ialah Syeikh Muhammad AlKhudhori Bik di dalam Nurul Yaqin (hal. 6), Safiyyul Rahman Al Mubarakpuridi dalam Ar Rahiqul Makhtum (hal. 54), 'Allamah Sibli Nu'mani di dalam Siratun Nabi (jld. 1, hal. 176), Maulana Abul Kalam Azad di dalam Rasul Rahmat (hal. 37) dan lain-lain.
Berhubung dengan tarikh wafat Nabi Muhammad SAW pula, beberapa perkara yang telah diterima oleh ulama hadis dan sirah perlu diletakkan dihadapan untuk menentukan tarikhnya iaitu:·
Tahun kewafatan Baginda SAW ialah 11H.
· Dalam bulan Rabiul Awwal.
· Antara 1hb. hingga 12hb.
· Hari Isnin. (Sahih Muslim, jld. 8, hal. 51-52).
· Hari wuquf di Arafah dalam Haji Wada' pada 9 Zulhijjah tahun ke 10H jatuhpada hari Jumaat. (Tafsir Al Quraanul 'Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15,Sahih Al Bukhari, Sahih Muslim, dll).
· Daripada hari itu (wuquf) sampai kepada hari wafatnya Nabi Muhammad SAWadalah 81 hari. (Tafsir Al Quraanul 'Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15, AtTafsir Al Kabir, Fakhrul Razi, j. 11 hal. 139, Tafsir Baghawi, Fathul Bari).
Berdasarkan kepada beberapa perkara yang telah diterima oleh para ulama tadi, maka boleh diandaikan tarikh kewafatan Baginda SAW seperti berikut:1. Diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 30hari (walaupun tidak pernah berlaku begitu tetapi diandaikan mungkin juga berlaku) maka hari Isnin menepati 6 atau 13hb. Rabiul Awwal.
Jika diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 29 hari (walaupun ini juga tidak pernah berlaku) maka hari Isnin menepati 2,9 atau 16hb. Rabiul Awwal.Daripada kenyataan-kenyataan yang disebut di atas, tarikh yang lebih tepat bagi kewafatan Nabi SAW ialah pada hari Isnin 1hb. Rabiul Awwal tahun 11H bersamaan dengan 25hb. Mei 632M> Berdasarkan fakta-fakta yang telah kami kemukakan, pihak kami berharap agar ketetapan hari lahir Nabi Muhammad SAW yang ditentukan sebagai hari cuti umum itu dikaji dan diubah kepada tarikhnya yang sebenar kerana amatlah malang dan memalukan sekali kita orang-orang Islam jika kita merayakan suatu hari yang kononnya hari kelahiran Nabi SAW padahal ia bukanlah harinya yang sebenar.
Darul Quraan Was Sunnah
Ahlan Ya Rabi' al-awwal
Pengertian Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman..
Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.
Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.
Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal
Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah.
2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Di bulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika itu Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
3. Hijrah Nabi saw
Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
Fadhilat
Bulan Rabiulawal adalah seperti bulan-bulan Islam yang lain maka amalan sunat di bulan Rabiulawal adalah sama seperti amalan sunat di bulan-bulan yang lain. Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan fardu dan sunat tanpa mengira di bulan manapun di sepanjang tahun. Amalan-amalan kita itu akan menjadi bekalan untuk kita meneruskan perjalanan ke padang mahsyar esok.
Selain dari itu, kualiti ibadah juga adalah diambil kira. Niat dan keikhlasan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam menentukan nilai ibadah kita. Diantara syarat sesuatu ibadah itu diterima ialah niat.Niat itu akan menggambarkan keikhlasan kita.Kerja yang ikhlas akan membawa kepada kesempurnaan dan kesempurnaan akan membawa kepada kepuasan dan kepuasan akan membawa kepada ketenangan. Moga kita sama-sama dapat meningkatkan amalan ibadat kita agar kita mempunyai bekalan untuk dibawa ke kampung Akhirat esok, InsyaAllah.
Apasal Malas Sembahyang
Tuhan kasi engkau jasad siap-siap dengan bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh siang malam.......
Apasal kau malas sembahyang,
Hidup dah best hatipun senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit kau tak boleh luang??....
Apasal kau malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya kau tak bengang,
Tuhan bagi akal bokeh fikir susah dan senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa engkau tidak kenang????
Apasal la kau malas sembahyang,
Main bola kau sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert kau sanggup sampai petang,
Apa kau ingat masuk syurga boleh berhutang...???
Apasal la kau malas sembahyang,
Kau kena ingat umur kita bukan panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.....(nauzubillah)
Apasal la kau malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah kau bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tiada siapa boleh halang!!!!!
Ingatlah wahai rakan dan taulan,
Sematkanlah di hati wahai kawan-kawan,
Fikirkanlah sejenak pada orang tua pesan,
SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN....
Wednesday, February 25, 2009
Penyakit kritikal boleh dirawat dengan SOLAT

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.
Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.
Hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.
Ng Siew Chok - Isyarat Otak
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.
Ketika itu, isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
“Ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah. Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.
Dalam kajian ini, kata beliau model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik. Kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif. Ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.”
Solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.
Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
“Hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.
Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.
Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.
“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.
Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.
Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.
Thursday, February 19, 2009
Ammar nak kawan...
Petang tadi bawa ammar jalan2 kat giant nilai... ammar ni tahu je.. kalau pergi giant.. bukannya dia nak masuk terus... mesti kena singgah dulu kat playgroud dlm giant tu...oo.. lepas penat dia main dgn kereta tu... tetiba melintas ler seorang budak naik kuda..hmm.. apa lagi.. nak juga ler dia... hmm.. sib baik RM2 jer.. naik lah ammar.. tp sombong plak.. tak nak bg abi pegang langsung.. seronoknya dia... habis benda2 kat tepi tu dilanggarnya... kejap jer tengok dia seronok.. after 3-5 minit.. tetiba benda tu berhenti.. apa lagi bising ler dia menjerit... nak naik.. nak naik katanya.. hmm.. tak boleh jadi ni.. ummi n abi kena beredar dulu.. tebalkan je lah mka ni.. bawa jer ammar walaupun dah menangis.. kalau layan sungguh2.. hmm.. alamatnya... sampai malam ler kat situ.. ummi minta maaf banyak2 yer ammar... terpaksa buat gitu... ammar kan dah puas main kan... huhuhu.... Informal Learning
- Lots of learning occurs outside any kind of formal study environment
- Learning does not begin and end inside the classroom
- Turn everyday activities into opportunities for learning
- Look at situations where your child is bored or restless as being a perfect opportunity for learning
- When your child is bored, look for things to intrigue him and get him thinking
- Encourage your child to engage his mind in real-life situations
- Use your understanding of your child’s personality and interests to determine what might pique his curiosity
- Don’t try to get your child started on something in which he obviously has no interest
- Most young children already learn informally through play
- Virtually every learning activity for a young child should incorporate an element of play
- If you have a young child, make sure he usually has something to do, so that he keeps himself mentally and/or physically active
- Put your young child in a position where he can easily see the world around him
- Get older children involved in your own activities
- If you have an older child, talk to him frequently about the things you’re doing and encourage him to contribute his own thoughts
- Older children can learn a vast amount by reading for pleasure
Learning from informal activities
baked. Of course, there is no need for him to learn all or even some of these things, as long as he is enjoying himself!
For a bit of additional fun, you can let him taste the cake mixture or ingredients if they are edible.
2. Show your child how you do your grocery shopping: he can help you make a shopping list, learn how to navigate the supermarket to find what he wants, compare prices, weigh items, remind you of what to buy, etc. You can even give him a small budget to buy whatever he wants, so that he can see for himself how money is used in practice.
3. Let your child help you plan a holiday. He can learn about his destination from books, brochures, and the Internet; he might also find out where he is going on a map, plan routes, calculate expenditures, choose what he wants to take with him, and so on.
4. Your child might like to observe how animals behave in different situations and how they react to different stimuli. For example, he can wiggle a string in front of a cat to see how it reacts, make a habitat for earthworms, learn how to communicate with various animals, or try to teach a pet new tricks.
5. Let your child see how far he can throw different objects. Encourage him to measure distances and angles, and let him experiment with various angles and objects of different shapes, materials, and sizes to see how the trajectories are affected.
Wednesday, February 18, 2009
Indahnya malam pertama kita
Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa
Justru malam pertama perkahwinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu.........mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu
Setelah dimandikan.. ,
Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wewangian ditaburkan kebaju Kita...
Bagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..
itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian
sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah gontai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan.. . yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya....
tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah telah pergi....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu
apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...
Dan tak seorangpun yang tahu....

Kejutan dari Ammar
Alhamdulillah.. permata hati ummi ni dah semakin membesar dan banyak juga yang di explore nya.. malam ni abi pergi usrah.. jadi ammar kena tinggal dengan ummi je lah malam ni.. macam biasa lah... setiap kali abinya keluar dari rumah.. sudah pasti satu deret rumah ni boleh dengar suara ammar menangis...
Tapi malam ni sekejap je dia menangis... sebabnya.. tiba2 kat tv tu keluar iklan pampers drypers tu.. ada baby.. baby katanya sambil sentuh perut saya.. sayu ada.. kelakar pun ada... ammar ni memang nak kawan... sabarlah sayang... sama2 kita doa moga Allah kurniakan kita adik secepat mungkin.. insyaAllah...
Yang membuatkan saya teruja ialah.... apabila dia duduk dan memegang tangan saya... sambil tapak tangannya melekap di tapak tangan saya (ala-ala bertepuk tangan) sambil menyebut "sep sep sep tom tom tom"... terkejut saya.. berkali2 saya ulang perkataan tu.. ooo ni mesti baru dapat ilmu dari rumah ibu.. samada dari amna n auni atau ibu(pengasuh) sendiri.. sebenarnya nak ucap berbanyak2 terima kasih pada ibu.. coz jaga ammar dengan baik hingga ammar jadi anak soleh kesayangan abi dan ummi.. teringat pula msa kecik2 dulu main sep sep tom tom dgn kawan2...cepat sungguh anak ummi ni ingat permainan barunya..
Sekarang ni masa ammar meniru semua gaya orang di sekelilingnya... apa yg kita buat semua ditirunya.. sebab tu.. abi dan ummi berusaha untuk mengelakkan sebarang perlakuan yang kurang sesuai berlaku di hadapan ammar..
Tak pelah sayang.. moga Allah terus memayungimu dengan payungan Rahman dan RahimNYA.. abi dan ummi kan sentiasa menyayangimu... sayang ummi.. sayang abi...
Subscribe to:
Posts (Atom)