Photobucket

Zikrayaat

Thursday, May 21, 2009

Hidayah Buat Saudara Baru... ahlan wa sahlan ila deen al-Islam

0 comments

Salam buat semua...
Sudah seminggu niat seorang sahabat kami fikirkan... sepanjang itu juga saya berpesan pada suami.. perkara yang baik jangan ditangguh2... takut2 tak sempat, kita juga yg menyesal nanti..

Tetapi, atas keyakinan hidayah itu hadiah pemberian Allah buat hambaNYA yang muslim atau pun bukan... saya gesa juga suami untuk memikirkan apa langkah yang harus dilakukan untuk menyelesaikan masalah sahabat kami itu... Kebetulan suami saya kenal dgn seorang ustaz di PERKIM.. ustaz Sulaiman Ding.... apabila berbincang dengan ustaz.. Alhamdulillah barulah kami jelas apa langkah yg perlu kami lakukan...

Jadi, pagi tadi 21/5/2009 jam 10 pagi kami bersama2 Lawrence Leow memanjat anak2 tangga JAWI satu persatu.. sambil di dalam hati saya berdoa Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMU ini... makin bertambahlah muslim di mukabumi MU ini.. namun, kami sedar juga taklifan yang perlu kami laksanakan dalam mendidik lawrence dan membantunya mengenal Allah S.W.T serta mengamalkan cara hidup Islam yg memang berbeza dgn kehidupannya sebelum ini...

Masuk saja ke dalam jabatan saudara baru di JAWI.. kami disambut dgn salam oleh staf di situ.. kemudian bermulalah proses pengislaman.. dengan mengisi borang.. setelah selesai kami di bawa ke bilik lain untuk Lawrence melafazkan syahadah sebagai baiah dan ikrar untuk diterima sebagai muslim... sebelum itu, kami mengajar Lawrence lafaz syahadah... masuk seorang ustaz... maka, majlis syahadah dimulakan.. sebelum itu byk juga persoalan yg diajukan kepada lawrence.. saya lihat lawrence sudah mula tidak selesa... saya juga sejujurnya kurang bersetuju dengan cara ustaz itu bertanya...namun, mungkin itu prosedur.. kami yg menjadi saksi hanya mampu menyaksikan saja... ada juga penerangan yg diberikan terlalu berat utk seorang saudara baru...

Akhirnya Lawrence diajar satu persatu oleh ustaz untuk melafazkan kalimah syahadah dan pengertiannya hingga selesai.... namun ada satu soalan dr ustaz yang jawapannya menyentuh hati saya... apa perasaan awak selepas melafazkan syahadah ni... terus keluar dari mulutnya perkataan "tenang"... Subahanallah Alhamdulillah Allahu Akbar... itu saja yg mampu saya lafazkan.. sungguh kami tak pernah ajar perkataan tenang tu padanya... ianya lahir ikhlas dari hati nuraninya... Alhamdulillah... seterusnya pemilihan nama Islamnya... dia memilih Muhammad Ilham... jadi sekarang ni hendak menentukan nama Muhammad Ilham Lawrence Leow Abdullah... setelah berbincang dgn ustaz tersebut.. nama itu terlalu panjang... tiba2 saya teringat.. saya pernah terbaca 1 artikel Tn. Guru Nik Aziz menyatakan boleh dibinkan dengan nama bapa... maka, nama tersebut terpaksa ditukar kepada Muhammad Ilham Lawrence bin Yeow... Alhamdulillah... Ilham dikehendaki menghadiri kursus untuk saudara baru pada minggu hadapan 26-28/5/09... InsyaAllah Ilham akan menghadirinya...


Selepas itu, kami dibawa keluar.. ustaz tu terus buat kad saudara baru untuk Ilham, surat pesuruhjaya sumpah kerana menukar nama, dan borang pendaftaran kad pengenalan baru... dan sebelum keluar Ilham diberi cenderahati sebuah beg berisi buku2 panduan solat, mengaji dan asas2 fardhu ain serta sejadah dan kain pelekat... kami berpesan supaya Ilham membaca buku2 tersebut selepas ini...


Usai sahaja prosedur di JAWI... kami menaiki satu kereta menuju ke PERKIM untuk berjumpa dengan Us. Sulaiman Ding. Sampai saja di sana... suami dan Ilham saja berjumpa us. sulaiman... menurut suami.. banyak juga nasihat yg disampaikan oleh ustaz kepada Ilham... semoga Allah permudahkan Ilham untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. us. sulaiman juga sempat berpesan pd Ilham supaya mandi wajib kerana masuk Islam.


Maka, kami membawa Ilham ke Masjid Negara untuk mandi wajib dan mengajar wudhu' dan solat.. peralatan mandi telah dibeli di The Mall ketika berjumpa pesuruhjaya sumpah. Selesai solat, saya keluar untuk menunggu suami.. saya terpandang suami dan Ilham yang solat di dalam masjid... Ya Allah menitis air mata menyaksikannya.. Ya Allah di atas Qudrat dan IradatMU kami membantu sahabat kami ini.. berilah petunjuk dan hidayah pada ILHAM ya Allah.. walaupun Ilham nampaknya kekok ketika duduk tahiyat awal dan akhir.. namun kegigihannya untuk mengikut segala pergerakan suami saya.. berdoa bersama suami... sangat saya kagumi... Ilham, kini dirimu umpama bayi yg baru lahir.. bersih suci tiada dosa... hiasilah hidupmu ini dengan amal dan ilmu... Allah sentiasa bersama kita... tidak pernah leka untuk menunjukkan kita jalan kebenaran... kami juga rasa sudah menjadi tanggungjawab kami untuk membantunya.. insyaAllah Ilham.. akan kami bantu sedaya upaya kami... insyaAllah..

Kemudian, kami menghantar Ilham ke keretanya yang diparking di Muzium Kesenian islam... suami bersalaman dengannya dan menawarkan diri untuk membantunya.. tahniah Ilham kerana memilih yg terbaik dlm hidupmu... pasti kau tidak akan menyesal... Alhamdulillah kami akhiri pertemuan dengan ucapan salam... dan sejurus saja kami meninggalkan Ilham.. hujan lebat membasahi bumi.. suami saya berkata Alhamdulillah hujan rahmat syukur atas kehadiran seorang lagi hamba Allah yang menerima Islam sebagai cara hidup.... Allahu Akbar... Allahu Akbar...Allahu Akbar...

Hikmah menjadi seorang Wanita.

1 comments

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti = membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang = melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh = rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. 13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.


Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?

Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah.

Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc.... Pernah tengok orang eksiden motor sampai kepala bersepai? Bayangkan kamu adalah orang itu.


Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan pada Januari 1992. Hadis nabi mengenai wanita.


Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Wednesday, May 20, 2009

MUKMIN SEJATI

0 comments
1.) Tidak salah mencari kekayaan dan kesenangan yang halal, banyak pun tidak mengapa tetapi hendaklah takut dengan Tuhan kerana ia selalu sahaja menjadikan kita sombong dan melalaikan kita.

(2.) Janganlah kita ghairah sangat hendak merebut jawatan pemimpin kerana ia adalah amanah dan tanggungjawab yang besar. Kalau kita diberikan juga jawatan itu tanpa kita minta, sedangkan kita mampu, tidak salah pula kita terima tetapi kenalah kita takut dengan Tuhan.

(3.) Fitrah yang murni ia tidak membohongi kita. Ia selalu sahaja boleh menerima kebenaran tetapi yang menghalangnya adalah nafsu dan syaitan.

(4.) Hendaklah kita membuang sungguh-sungguh sifat tamak kerana dengan sifat itulah kita cinta dengan dunia. Apabila kita cinta dengan dunia, kita tidak rasa cukup dengan apa yang ada, sifat tamak dan sifat bakhil datang, akhirnya ia menjadi rebutan. Di sinilah rahsia hilangnya ukhuwah dan sebab timbulnya perpecahan. Hendaklah kita buang sungguh-sungguh.

(5.) Orang yang tamak tidak akan terasa lagi besarnya nikmat Tuhan. Yang ada, dia seolah-olah tidak nampak lagi apa yang dia ada. Benda yang tiada itulah yang menjadi fikiran dan ingatannya. Sebab itu orang yang tamak selalu saja susahkan apa yang tiada.

(6.) Orang mukmin yang sejati itu walaupun dia tidak menolak nikmat dunia, tetapi nikmat itu dia tidak jadikan rebutan. Dia boleh bertolak ansur dengan orang lain.

(7.) Salah satu daripada yang boleh membawa pecah belahnya orang Islam kerana cintakan dunia, maka berebutlah mereka untuk mendapatkannya dengan itu terjadilah perbalahan.

(8.) Di akhir zaman ini, orang selalu memperjuangkan haknya. Kalau tidak dapat boleh jadi masaalah dan perbalahan. Jarang sekali di akhir zaman ini orang yang berjuang mengorbankan haknya demi keredhoan Allah dan khidmat untuk masyarakat.

(9.) Anggaplah nikmat dunia yang Allah beri itu kita tidak layak menerimanya tetapi Allah Taala beri untuk menguji kita apakah kita boleh bersyukur padaNya.

(10.) Sepatutnya orang mukmin itu makin bertambah nikmat, makin bertambah risau kerana nikmat yang sedia ada belum boleh bersyukur , kemudian ditambah lagi nikmat. Ini ditakutijuga tidak akan bersyukur.

(11.) Bila rasa bertuhan itu tidak ada, secara automatically , rasa kehambaan tidak ada. Diwaktu itu kalau kita beribadah pun bukan boleh menghilangkan mazmumah tetapi dia menyuburkan mazmumah. Akhirnya ibadahnya itulah yang menghijab diri dengan Allah Taala.

(12.) Kita beribadah dengan tujuan menyembah Allah yang memang patut disembah. Jangan pula kita beribadah itu untuk menyembah nafsu kita dengan cara membina mazmumah.

(13.) Orang mukmin sejati itu kalaulah menasihat itu bukan satu kewajipan, rasanya hendak meninggalkan sahaja kerana sibuk menasihati diri sendiri.

(14.) Kalau seseorang itu ghairah sangat menasihati orang lain dengan melupakan diri sendiri menunjukkan perjuangannya itu ada kepentingan diri yang tersembunyi.

(15.) Orang mukmin yang sejati itu bukan sahaja sangat menjaga mulut, mata, telinga dan lain-lain anggota lahir, tetapi gerakan hati dan fikiran pun sangat-sangat dijaga kerana ia juga terlibat dengan dosa dan pahala.

(16.) Kalau di dalam jemaah sendiri tidak dapat ditegakkan Islam secara syumul sesuai dengan kuasa yang ada, apa jaminan kita boleh tegakkan Islam secara syumul di dalam negara yang lebih susah lagi.

KISAH LUQMANUL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA

0 comments
Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar (kaldai), manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, “Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-samadengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar,adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang,maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang kerumah, Luqman Hakim menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka dengan katanya,"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulahyang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya,katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya),dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Tuesday, May 19, 2009

Bait Saidina Muhammad s.a.w

0 comments
Salam..

Hari ini saya mendapat email dr sahabat saya... email di dalam b.arab..
memberi gambaran kepada kita tentang rumah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
penceramah menyatakan.. bayangkan rumah Rasulullah hanya 1/100 dr rumah yg kita ada sekarang.. Masya Allah.. sungguh tinggi pekerti mu Ya Rasulallah... kami umatmu mmg tidak mampu utk menjadi sehebatmu.. kami dilalaikan dgn nikmat dunia... hingga kami lupa dunia ini hanya sementara.. ada antara kami menjadikan rumahnya syurga dunia.. hingga lupa harta kemewahan semua kan ditinggal pergi... yang mengikut hanyalah amal ibadat dan doa anak yg soleh solehah... berilah petunjuk kepada kami ya Allah... janganlah jadikan kami hamba yg tidak bersyukur... Ya Allah jadikanlah kami dan zuriat kami dari kalangan hamba2MU yg sentiasa mendirikan solat dan bersyukur dgn segala nikmatMU.. amiin.. ya Rabbal 'alamin...


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته اخواني واخواتي .....

هذا هو تصور تقريبي لمنزل الرسول صلى الله عليه وسلم............من منا يستطيع ان يفكر في مثل هذا البيت المتواضع.....

لا تقول هذا كان في ايامه ...وايامنا تختلف عنه ...اخواني واخواتي رسول الله لم يفكر في نفسه ...يريد بيتا كبيرا ...

يوازي مقام طل واحد منا ومقام الضيوف الذين سيأتون عندنا ....لماذا لا نفكر بأن يكون الرسول صلى الله عليه وسلم بيننا هو موجود في بيتنا ...لو كان الحبييب بيننا لو كان بييننا الحبييب لكان افضل من الان ....

نرى مظاهر الترف في بيوتنا وبيوت اهلنا اقاربنا اصدقائنا..جيراننا ....صلى الله عليه وسلم صلى الله عليه وسلم من ذالك البيت نشر الاسلام وتعب من امته ...ولم يفكر في نفسه .....

اين نحن من فكر النبي صلى الله عليه وسلم اين نحن من صفته صلى الله عليه وسلم .....................

فداك ابي وامي يا رسول الله بروحي وبدمي افديك يا رسول الله يا حبيب الله حاول انتشر هذا المقطع لمحبي رسول الله صلى الله عليه وسلم وادعو لك ولغيرك بأن يكون هذا العمل شفيعا لك يوم القيامة ...وان تدعوا بأن تكون مع الرسول صلى اله عليه وسلم في القيامة في جنة الفردوس الاعلى شكرا لكم

Monday, May 18, 2009

HADIAH PALING BEST UTK INSAN YG DIKASIHI...

0 comments

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan : Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa : Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

Saturday, May 16, 2009

ucapan2 selamat hari guru...

0 comments
salam...
Pagi2 lagi sms bertalu2 masuk di handphone saya... rupanya ucapan2 dr anak didik dan sahabat saya.. terima kasih semuanya... terharu saya membacanya... tanda ingatan yg berpanjangan dan mudah2an doanya juga begitu... insyaAllah

namun, saya tertarik dgn beberapa ucapan... dan ingin saya abadikannya di sini...

Guru..
dalam ajarnya ada harapan,
dalam tegurnya ada doa,
dalam marahnya ada sayang,
dalam tawa ada mesranya,
dalam diam ada bijaksana,
dalam tangannya kita terbina,
Tapi,
hatinya tiada siapa pun bertanya,
Berbahagialah menjadi guru,
Moga syurga buatmu...Selamat hari guru..



Ini dr anak didik saya Nazmi....

Hadirnya sebuah kejayaan,
adanya seseorang yang digelar sebagai pendidik
Jasamu tetap dikenang
walau di mana berada
Selamat hari guru
hanya Allah yang mampu membalas jasamu...
terima kasih atas segalanya


ini pula datangnya dr anak didik saya juga GUSTINASARI....
Salam, ustazah SELAMAT HARI GURU ye..
halalkan semua ilmu yang ustazah curahkan pada saya
sepanjang saya bergurudgn ustazah
dan sepanjang saya belajar di KDH
jikalau saya pernah buat silap pada ustazah harap dimaafkan
terima kasih untuk semuanya...


dari sahabat seperjuangan saya sejak di uia lagi...UST SHAKIMA SHUAIB
Ya Allah jadikanlah sahabatku sebagai guru
yang tidak hanya mulia di dunia
tetapi juga agung di syurgaMU
jadikanlah ilmu yang diajar mengalir sejauh2nya
agar mendapat manfaat
dan jadikanlah doa ini
sebagai hadiah buatnya... ameen..
SELAMAT HARI MURABBI 2009.

Terima kasih semua atas ingatan... teringat saya pada motto saifulislam.com...
ERTI HIDUP PADA YANG MEMBERI...

justeru, saya ingin sekali memberi dan mencurahkan amanah ilmu yg dianugerahkan Allah buat saya bagi melihat anak2 didik saya berjaya cemerlang di dunia.. terbilang di akhirat... insyaAllah...

Selamat Hari Guru - GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

0 comments
16 Mei... setiap kali tibanya tarikh ini, sudah pasti kita semua akan terkenangkan guru2 yg pernah berjasa di hati kita... tapi takkan ketika 16 mei ni je kita nk mengingati mereka... selalulah berdoa utk mereka... mudah2an ilmu yg dicurahkan kepada kita semua mendapat keberkatan Ilahi...

Kini, apabila saya sendiri sudah menjadi seorg pendidik... baru terasa bagaimana susahnya utk mendidik anak bangsa supaya dihati dan mindanya terpahat bahawa sesungguhnya menuntut ilmu itu satu ibadat dan kejayaan yg ingin dikecapi bukan terhenti setakat kecemerlangan di dunia sahaja bahkan gemilang juga di akhirat sana... moga ilmu yg diperolehi dapat dimanfaatkan dlm kehidupan seharian...

dan para pendidik juga.. ingatlah ilmu yg bermanfaat merupakan antara amalan yg dpt membantu kita di negeri abadi nanti...insyaAllah

Apabila tiba hari guru ni juga.. saya sangat terkesan dgn satu sajak ni...karya Usman Awang kalau tak silap saya... sajak ini begitu menyentuh hati... manakan tidak.. tanpa guru kita tak mampu mengenali ABC, tak mampu mengira 123, tidak dapat melancarkan alif ba ta... semuanya keranamu guru... terima kasih buat guru2 saya yang mendidik dan memberi tunjuk ajar serta memperbetul kesilapan serta menasihati saya dr dulu hingga dewasa, guru2 di SK Kanchong Darat, SRA Kanchong Darat, SAM Unwanus Saadah Kanchong Darat, Markaz Tahfiz Al-Quran Wal-Qiroat Lil banat Bukit Naga Klang, Darul Quran, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak, dan kini Kolej Dar al-Hikmah...

Sajak ini saya tujukan buat semua guru saya.. Hanya Allah sahaja yg berkuasa memberi ganjaran atas segala jasa baik dan pengorbanan yg dicurahkan... moga kalian menghalalkan ilmu yg telah dicurahkan dan moga ilmu ini bermanfaat utk semua.. insyaAllah..

Sajak ini memang menyentuh perasaan dan penuh makna sekiranya dibaca dengan teliti dan perasaan. Bayangkan jika tidak wujud insan yang bernama guru di dunia ini. Adakah kita akan berdiri megah bersama bagunan pencakar langit, atau mampukah kita membelah ombak ganas dengan bahtera besar atau terbang tinggi menembusi awan biru ke langit hitam. Tentunya sukar untuk kita capai semua itu tanpa guru. Guru umpama mentari yang menyinari, memberi harapan kepada semua hidupan di dunia ini....


GURU OH GURU
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1979



Tema hari guru tahun ini adalah " GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Kisah Hari Ibu

3 comments


Salam...

10 Mei lepas ramai antara kita yang meraikan hari ibu... terharu rasanya mengucapkan terima kasih pada ibu saya kerana telah berkorban jiwa dan raga mengandungkan saya, melahirkan saya seterusnya membesarkan saya hingga saya juga menjadi seorang ummi sekarang...
Saya tahu emak merasa sedikit sunyi sejak pemergian abah tercinta bertemu RABBnya.. kekadang saya melihat emak merenung di atas meja abah... di meja itulah abah menghabiskan masanya mengaji dan membaca... sambil mengintai2 ditingkap menunggu anak2nya dan cucu2nya pulang ke rumah... mungkin emak terkenangkan abah... terkenang suara abah mengalunkan ayat2 suci al-Quran... malah ada juga jiran2 yg biasa melalui tepi rumah saya mengatakan rindu dengan suara abah mengaji...sekarang semuanya tinggal kenangan.. semoga abah mendapat ganjaran yg terbaik dr Allah atas amalannya sebelum ini..doa kami anak2nya sentiasa mengiringimu bah...

Saja naj cerita hr ni.. kisah anak sahabat saya... kebetulan kami meletakkan anak di bawah jagaan pengasuh yg sama.. memang dulu pun sahabat ni yg merekomenkan saya dgn pengasuh ammar yg kami panggil ibu... kebetulan kami berdua membahasakan diri sebagai ummi...

Katanya.. akak ni tadi ambil anak, hari anaknya auni membuat kad ucapan selamat hari ibu.. dengan excitednya auni mengadu pd umminya... auni buat kad hari ibu.. dan umminya yg rasa teruja dan terharu pun menyatakan penghargaan dan mengatakan akan menampal hasil kreativiti anaknya itu di biliknya.. namun, apa jawapan auni... ini kad hari ibu.. jadi auni nak bg pada ibu lah... huhuhuh... sedihnya.. kelakar pun ada..

anak... andainya kau tahu... ummi, ibu, emak, mama, bonda dan sebagainya... sekadar panggilan utk seorg insan yg terlalu dekat dgnmu... selalu saja ingin melihat kau gembira, bahagia, ceria.. kebahagiaanmu adalah kebahagiaannya... selamanya kasih dan sayang ini buatmu biar bagaimanapun situasimu....

sayang ummi dan abi pada ammar...

Friday, May 15, 2009

Influenza A (H1N1 ) @ Selsema Babi : Penyakit Ganjil Akhir Zaman

0 comments

Salam...

Sekarang ni satu dunia dah kecoh dgn virus influenza A (H1N1) atau lebih dikenali selsema babi... hari ni gempar juga.. dikatakan ada seorang pelajar dr sungai buluh yg baru pulang dr australia dijangkiti penyakit ini..dikatakan pelajar ini menaiki kapalterbang pd 13 mei lepas...

Buat masa sekarang sudah 150 jiwa telah menjadi korban akibat selsema babi. Negara-negara yang terjejas ialah Mexico, AS, Kanada, EU, New Zealand dan yang terkini di Thailand. Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah.

Gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain dikesan berlaku di kalangan mereka yang mempunyai kaitan dengan ternakan babi. Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus babi itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya. Saintis mengatakan ia penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia.

Maka benarlah ia merupakan tanda-tanda akhir zaman dan alam ini menghampiri ke penghujungnya. Sesuatu benda akan pasti mati dan musnah dan alam ini pasti juga musnah. Tanda-tanda kiamat kecil sudah ada kesemuanya, yang belum muncul hanyalah tanda-tanda besar. Ini adalah peringatan dan pengiktibaran kepada semua umat manusia supaya kembali kepada Islam yang sebenarnya. Hanya orang yang benar-benar beriman akan memahami isyarat-isyarat ini. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa dunia ini telah hampir akhir zaman bahkan Baginda mengumpamakan seperti seorang yang terlalu bongkok. Tentang fenomena alam yang terjadi dan penyakit-penyakit ganjil (seperti Coxsackie, JE, SARS, Selsema Burung dan kini Selsema Babi pula) disebutkan oleh Rasulullah SAW sebagai tanda-tanda qiamat. Dari Ibnu Umar Rasulullah SAW bersabda;
"Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku
berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan
mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan
penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka
(penyakit ganjil)." (HR: Ibnu Majah)


sedikit info sebagai makluman...


ABSTRAK

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak. Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.

PENGENALAN

Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.

Apakah Virus Influenza A (H1N1)?
Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?
Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati di http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm. Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam menyiasat situasi ini).


Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.


Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?
Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.


Bagaimanakah Selesema Babi Merebak?
Virus jenis A (H1N1) selesema babi ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.


Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?
Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?
Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit..


Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?
CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).


Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?
Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.


Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.


Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?
Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.


Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema.


Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:
• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.

• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.

• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.

• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.


Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?
• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.

• Jangan pergi ke sekolah;

• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;

• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;

• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;

• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.


Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?
Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman.

Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol.

Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun.

Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya.

Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.


Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?
Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.


Jika anda sakit anda perlu:-
• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;

• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;


Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-
Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;

• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;

• Tidak minum air yang secukupnya;

• Tidak bangun dan berinteraksi;

• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;

• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;

• Demam dan beruam.


Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?
Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius.. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian.


Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?
• Tidak.Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.


TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN
• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-

i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.


ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.


iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.


iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.


• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.

• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.

• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.

• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.

• Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh.gov.my/


Sumber : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
• Pusat Pencegahan dan Kawalan Wabak Amerika Syarikat (US Centers of Diseases Control and Prevention) atau CDC
• Akhbar-akhbar Utama Tempatan

Thursday, May 14, 2009

Kepentingan mempelajari pengurusan jenazah

1 comments
Saat kematian itu pasti tiba... tidak boleh ditangguh atau minta disegerakan.. semuanya telah tertulis di dalam Qada' dan QadarNYA... apa yang perlu persediaan amalan kita.. dunia ini ladang untuk menanam, di sana nanti akan dituai... jadi perbanyakkanlah amalan didunia supaya banyak yg kita dapat tuai di akhirat nanti.. insyaAllah... mudah2an...

Teringat pengalaman memandikan jenazah abah sendiri kira-kira 19 hari lalu bersama abang2, kakak dan adik lelaki serta anak buah saya. Teringat saya betapa syahdunya saat itu... kalau dulu mak dan abah yang memandikan saya adik beradik... Tukang mandi jenazah (Hj. Mol)meminta Abang Jamal memulakan dulu.. jasad abah dipangku oleh abg Iwan, adik Izu dan Syafiq (anak buah saya). Disuruh jirus badan, kami jirus. Disuruh sabun kepala, kami sabun. Disuruh miringkan sedikit jasad abah untuk dibersihkan bahagian belakangnya, kami buat. Masih lagi saya ingat bagaimana memandikan jenazah kerana pernah 3-4 kali menghadiri kursus pengurusan jenazah... tapi memang lain teori dan praktikalnya... dengan diselubungi rasa sedih yang memilu, saya gagahkan juga tangan untuk menjirus jasad abah... kami adik beradik bergilir2 memandikannya... Sambil memandikan jasad abah, saya renung tubuh yang pernah berkerja berhempas pulas membanting tulang mencari rezeki untuk membesarkan kami... Saya gosok perlahan bibir yang pernah tersenyum pada saya, yang selalu mengalunkan dan mengaji ayat- ayat al-Quran, menasihati saya dan juga pernah berleter memarahi saya.

Sambil itu, terbayang semua kenangan bersama abah yang dicintai (termasuk sekali sekala 'angin berani mati' saya datang untuk menjawab, bukannya apa kami anak2 dah selalu pesan kat abah jangan @ berhenti saja hisap rokok).Tiba-tiba teringat pula hakikat bahawa sebentar lagi kami benar-benar akan terpisah, dipisahkan oleh bumi, dan dipisahkan oleh dunia masing-masing yang sudah berbeza - saya masih di alam fana, manakala abah sudah dijemput ke alam baqa. Lantas air mata merembes keluar hingga ditegur dan disabarkan oleh Makcik dan jiran2 yg datang memenuhi rumah dengan lembut, "Sabarlah. Semua orang mesti merasai mati. Lambat laun kita mesti berpisah juga dengan orang yang disayangi.Makcik pun pernah rasa hilang abah, hilang emak. Sekarang giliran awak semua. Esok-esok ada lagi orang dapat pula 'gilirannya'. Cuma kita kena banyak-banyak sabar. Banyak-banyak doa pada Allah supaya roh abah awak selamat 'di sana'."

Pengalaman ketika menghadapi kematian abah sendiri menyebabkan saya terfikir sejauh mana pengetahuan kita dalam menghadapi kaum keluarga atau sahabat handai yang sakit atau sedang nazak dan sejauh mana pula pengetahuan kita dalam menguruskan jenazah.Sejauh mana pula kita "menyediakan" anak-anak kita supaya tahu apa yang perlu dilakukan jika ditakdirkan terpaksa menghadap ibu/ayah yang nazak atau terpaksa menguruskan jenazah kita nanti. Beruntunglah kita jika anak-anak kita nanti seperti 10 adik-beradik Datuk Prof Haron Din (mengikut apa yang pernah saya baca) yang mengepalai sendiri segala urusan menyelenggarakan jenazah ibu mereka daripada soal memandikan, mengapankan, menyembahyangkan dan pengkebumian. Dan mereka juga yang bergilir-gilir membaca al-Quran hingga khatam untuk disedekahkan kepada roh ibu bapa mereka. Malam itu juga saya membahagi2kan bacaan mengikut juzu' kepada abang, kakak dan anak buah saya... tetapi, terkilannya kami tak sempat menghabiskan 30 juzu'... disebabkan sebak yg teramat sgt.. saya gagahkan juga utk menghabiskan... dan sepanjang 7 hari kenduri tahlil diadakan selama itu juga saya mengambil cuti... saya berusaha juga menghabiskan 30 juzu' itu... mudah2an pahala bacaan sampai kepada arwah.. insyaAllah...

Amat malang jika anak-anak kita hanya menyerahkan semua urusan itu ke tangan orang lain kerana ketiadaan ilmu sedangkan anak-anaklah yang lebih afdal menyelenggarakan jenazah ayah/ibu mereka.Orang lain sepatutnya hanya membantu sahaja, anak-anak yang harus ke depan. Jika ada anak lelaki, dialah yang sepatutnya mengimamkan solat jenazah ayah/ibu ("sepatutnya" atau "lebih baik lagi", bukan pula maknanya "mesti". Takut nanti ada yang salah tafsir pula!). Kalaupun tidak mengimamkan, sekurang-kurangnya bersama-sama solat jenazah (lelaki dan perempuan boleh solat jenazah) sebagai perkhidmatan terakhir mengiringi ibu/ayah tercinta dalam perjalanan menuju alam yang kekal. Alhamdulillah, kami sempat menyembahyangkan abah bersama2 sekeluarga sebaik sahaja jenazah siap dimandikan dan dikafankan... Apabila orang kampung sudah memenuhi halaman rumah.. jenazah dibawa keluar dan disembahyangkan di luar pula... Alhamdulillah solat jenazah ayah saya dimakmumkan oleh lbh drpd 200 org dan diimamkan oleh abang jamal abang saya sendiri... saya kira pengurusan jenazah kali ini paling cepat.. dari jam 6.45 pagi sudah bermula kerja2 memotong kain kafan, seterusnya memandikan... lbh kurang jam 9 pagi jenazah sudah dibawa ke tanah perkuburan.

Pernah seorang ustaz (saya tidak mahu sebut namanya) menceritakan bagaimana ketika dia diminta menguruskan satu jenazah, anak-anak lelaki si mati seramai enam orang tidak langsung mahu membantu memandikan jenazah bapa mereka. Dan ketika solat jenazah, walaupun sebelum itu sudah diterangkan secara ringkas cara mengerjakan solat itu, tidak seorang pun anak lelaki itu (yang semuanya berkelulusan tinggi dari dalam dan luar negara dan menjawat jawatan tinggi/penting belaka) yang turut sama bersolat. Alangkah sedihnya! Semoga perkara yang sama tidak berlaku kepada kita. Amin!

Untuk itu, mari kita kongsi bersama beberapa point ringkas sebagai asas kepada persediaan menghadapi kematian sama ada untuk pengetahuan diri sendiri atau untuk diajarkan kepada anak-anak kita

Adab menziarahi orang sakit
- Menziarahi orang sakit hukumnya sunat muakkad menurut jumhur ulama sedangkan menurut Imam Bukhari, hukumnya wajib. Rasulullah s. a. w amat menyukai amalan ini dan ini dapat dilihat melalui banyak Hadis. Harus juga menziarahi pesakit tanpa mengira kaum dan agama.
- Disunatkan meletakkan tangan di tempat yang sakit sambil membaca 'Bismillahi arqika wallahu yashfika' dan mendoakan si sakit supaya cepat sembuh dan umurnya panjang.
- Jangan menyebut penyakit orang lain yang sama seperti penyakitnya hingga menyebabkan kematian orang itu kerana ini akan menyakitkan hati pesakit.
- Bawalah buah tangah untuk menghiburkan hati pesakit Sesuaikan waktu berziarah.
- Jangan berziarah setiap hari (kecuali pesakit menghendaki demikian) tetapi seelok-eloknya berselang hari.
- Zahirkan rasa simpati terhadap pesakit dan cuba hiburkan hatinya
- Tidak perlu duduk terlalu lama ketika berziarah kerana ini mungkin menyusahkan pesakit yang ingin berehat
- Nasihatkan dia supaya bersabar


Adab menziarahi orang sakit tenat (Islam)
- Sunat membaca surah Yasin di samping orang yang sedang tenat untuk meringankannya sesuai dengan hadis riwayat Ma'qal bin Yasar, katanya: "Rasulullah s. a. w. bersabda:
"Yasin adalah jantung al-Quran. Seseorang yang membacanya kerana mengharap
rahmat Allah dan ngeri akhirat, maka diampuni dosanya. Oleh itu bacakanlah ia
kepada mayat kamu."

(Yang dimaksudkan dengan 'mayat kamu' di sini ialah orang yang hampir mati kerana hukumnya sudah sama dengan orang yang sudah mati).

-Elakkan daripada berbuat bising
-Waris hendaklah sentiasa berada di sisi pesakit
-Sunat ditalqinkan dengan kalimah "La ila ha illallah" ke telinganya dengan lembut. Jangan terlalu sering diulang-ulang (maksudnya, jangan disebut bertubi-tubi supaya dia tidak menolaknya kerana bosan) selama dia tidak menyebut perkataan lain (jika dia mengucapkan perkataan lain selepas mengucap kalimah syahadah, ajarkan lagi supaya kalimah itu yang terakhir diucapkannya sebelum meninggal dunia, supaya dia lepas daripada neraka. Ini disebut dalam hadis yang diriwayatkan daripada Kasir bin Marrah, daripada Muaz bin Jabal, katanya: Nabi s. a. w. bersabda: "sesiapa yang akhir perkataanya kalimat La ila ha illallah, akan masuk syurga." Tak perlulah memaksa orang yang sedang nazak itu mengucapkan kalimah tersebut secara penuh. Jika dia hanya sekadar menyebut "Allah" pun sudah memadai.

*Disunatkan agar pesakit yang sedang nazak itu dibaringkan dengan memiringkan ke kanan dan menghadapkan mukanya ke arah kiblat. tetapi jika sukar untuk melakukannya, hadapkan sahaja mukanya ke kiblat dengan meninggikan kepalanya dengan bantal.

-Disunatkan agar mengingatkan kepadanya supaya berbaik sangka dengan Allah dan mengharapkan pengampunanNya serta berdoa agar dimatikan dalam keadaan beriman kepada Allah swt.

-Titiskan air ke tekaknya sedikit demi sedikit (jangan sampai tersedak) atau basahkan bibirnya dengan air (kalau dia sudah tidak boleh menelan air lagi). Ini kerana ada riwayat mengatakan bahawa orang yang sedang menghadapi sakaratul maut itu mengalami kehausan yang amat sangat, seolah-olah air satu lautan pun tidak dapat melegakan dahaganya. Dan pada ketika inilah dikatakan iblis datang menggoda si sakit dengan membawa air tetapi mensyaratkan si sakit mengaku sebagai pengikutnya jika berkehendakkan air tersebut.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata: "Hadirlah di tempat orang yang hampir mati, dan ingatkanlah mereka akan kalimah La ila ha illallah kerana mereka nampak apa yang kamu tidak nampak."

Tanda-tanda mati
Riwayat daripada Saidina Uthman bin Affan (r. a.), katanya: Nabi s. a. w bersabda: "Perhatikanlah orang itu menjelang wafatnya. Apabila kedua belah matanya terbeliak, dahinya berpeluh dan membesar dua lubang hidungnya, bererti rahmat Allah telah turun. Tetapi apabila dia mendengkur seperti orang tercekik, tubuhnya pucat, mulutnya bertambah lebar, bererti seksa Allah telah turun kepadanya."

-layu kedua-dua belah telinga dan hidung (sebelum nazak) kedua-dua tumit menjadi lembut, hidung menjadi bengkok, alis mata semakin hilang, kulit muka menjadi tegang tulang pinggang rapat ke lantai keluar peluh dan air mata, menandakan orang Mukmin itu mendapat khabar gembira tetapi berasa malu kerana dia sedar dosa yang dilakukannya. Itu juga satu petanda dia mendapat rahmat Allah.

-seluruh badan kejang kerana roh sedang bergerak keluar daripada jasad mata yang terbuka kerana mengikut roh yang keluar daripada jasad


Selepas kematian
-Kematian perlu disahkan oleh doktor perubatan - jika terdapat keraguan mengenai sebab kematian, jenazah akan diarahkan dihantar ke hospital untuk bedah siasat
-Perlu dilaporkan kepada polis untuk mendapat permit pengkebumian. jangan memandikan jenazah sebelum mendapat permit. Ini adalah untuk mengesahkan kematiannya waris/ahli keluarga perlu berbincang untuk persiapan memandi dan mengapankan jenazah
-dapatkan tukang mandi jenazah tentukan tanah perkuburan dapatkan kenderaan jenazah

Yang perlu dilakukan segera terhadap orang yang baru meninggal dunia
-Tutupkan perlahan-lahan mata dan mulutnya, jika terbuka sapu minyak, usap dan urut seluruh anggota dan sendi-sendi mayat khususnya pergelangan tangan, siku, paha, lutut dan kaki sebelum urat-urat itu menjadi keras. Ini bagi memastikan keseluruhan sendinya lembut dan mudah dimandikan
-Bersihkan mayat daripada najis dan kekotoran terutama jika dia sudah sakit terlantar begitu lama salin semua pakaiannya termasuk pakaian dalam dengan kain yang dapat menutup seluruh anggotanya.
-jaga auratnya kerana dia juga malu.
-Ikat dagu dan pergelangan kakinya.
-Kemudian tutup mayat dengan kain
-Hadapkan mukanya ke arah kiblat (tinggikan kepalanya dengan menggunakan bantal)
-sunat diletakkan sesuatu yang keras di atas perut mayat (tetapi jangan letak al-Quran) supaya perut tidak masuk angin dan membesar (takut menjadi fitnah)

4 perkara wajib dilaksanakan untuk jenazah orang Islam
Dimandikan
Dikapankan
Disembahyangkan
Dikebumikan

Keempat-empat perkara di atas adalah fardu kifayah iaitu apabila telah dilaksanakan oleh sebahagian orang (waris, jiran, rakan dll), maka orang lain terlepas daripada dosa.

Surah amalan ketika seseorg nazak

3 comments
Salam...

Hari ini kakak ipar saya call... bertanya tentang surah yg perlu dibaca ketika menghadapi org yg nazak.. hanya yg saya tahu surah yaasin.. tak tahu pula saya ada surah amalan...
sekadar ingin berkongsi..
Diriwayatkan daripada sebuah hadis,
"Barangsiapa yang membaca surah Yasin, ia akan diampunkan, sesiapa sahaja
yang membacanya semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, barangsiapa yang membacanya di kala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, barangsiapa membacanya kerana kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanannya, makanan itu akan mencukupi. Dan jika ia membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu membacanya ke atas perempuan yang sukar melahirkan anak, akan dimudahkan juga bayinya.."

Sedang terfikir2... segera saya hubungi sahabat sejawatan saya us. muhammad Nasir Mohd Tap berkenaan persoalan tersebut..katanya... Bagi sesiapa yang ingin mencuba, ada tip dari Dr.Hj Jahid Hj.Sidek bagi menghadapi orang yg kepayahan nazak.

solat sunat taubat, diikuti dengan solat hajat, kemudian membaca surah ar-Ra'du,
surah yasin dan doa qunut 13 kali.

Walaupun amalan diatas disarankan utk yg sukar menghadapi kematian dgn sebab saka atau sihir, tak salah rasanya kalau kita lakukan juga untuk ahli keluarga kita ketika nazak.

Kewajiban berwasiat, bertaubat sebelum tidur

0 comments

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

ImamGhazali menyatakan; bahawa doa kebanyakan para nabi a.s., ialah berdoa seperti berikut (yang bermaksud):

"Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang
aku telah bertaubat, tapi setelah itu aku lakukan semula.

Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu
tetapi tidak aku laksanakan.

"Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat untuk-Mu, tetapi tiba-tiba
mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain
daripada-Mu.

"Aku mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang Engkau kurniakan itu
sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya untuk ingkar
suruhan-Mu.

"Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada yang zahir atau yang
terselindung, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukanpada siang
hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika
seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut."

Demikian doa dan istighfar para nabi sejak daripada Nabi Adam a.s. hingga ke Nabi Muhammad s.a..w., telah dinukilkan oleh Imam Ghazali yang dimuatkan dalam kitabnya untuk mendapat perhatian dan menjadi amalan umat akhir zaman, yang persoalannya sangat penting dan bernilai tinggi.

Kita akan membincangkan mengenai adab tidur. Meskipun tidur itu sebagai perkara tabiei kebiasaan bagi manusia, sebagaimana makan minum dan naluri lain seumpamanya, semua tuntutan naluri tabiei dan segala gerak-geri itu, boleh dijadikan sumber pahala untuk bekalan ahirat.Tidur merupakan kesinambungan daripada sifat mengantuk.Sesungguhnya sifat mengantuk itu bukan sesuatu yang dicari atau diusahakan, tetapi ia terjadi setelah tubuh letih akibat aktiviti kerja sepanjang hari.

Islam mengajar manusia sama ada perkara yang diikhtiar atau tidak jika seseorang itu tahu, ia akan jadi bekalan hidup di akhirat. Tidur setelah didahului rasa mengantuk kurniaan Tuhan, akan menjadikan tubuh rehat dan cergas segar semula. Di akhirat ada habuan bagi manusia itu.

Justeru Islam mengajar peraturan dan adab tidur, supaya tidur menjadi suatu ibadah yang berfaedah kepada manusia di dunia dan akhirat.

Peraturan dan adab yang pertama, ialah bersihkan mulut dengan bersugi (gosok gigi) dan bersuci serta berwuduk. Islam bukan saja suruh berwuduk ketika hendak menunaikan solat atau membaca al-Quran, bahkan Islam anjurkan berwuduk itu mengajar manusia agar tidur dalam keadaan beribadat kepada Allah SWT.Seseorang yang berwuduk andainya meninggal dunia semasa tidur,maka matinya dalam keadaan suci bersih. Tiada yang boleh beri jaminan bahawa selepas tidur dia akan bernafas semula untuk meneruskan hidupnya. Oleh itu apabila seseorang hendak tidur dia hendaklah bersiap,kerana dia sendiri pun tidak tahu masih adakah baki umurnya selepas tidur.

Setelah bersugi dan berwuduk mereka dikehendaki bersiap menyediakan air (khusus di tempat yang sukar air) untuk bersugi dan berwuduk selepas bangun pagi esoknya.Jika dia dikurniakan umur lagi, persiapan itu untuk mengulangi keperluan bersugi dan berwuduk sebagai sunnah Nabi s.a.w.

Sebelum meletakkan kepala atas bantal untuk tidur, hendaklah dia menaruh azam dalam hati dengan niat untuk bangun menunaikan ibadat solat tahajud dan witir juga ibadah selainnya. Kalau tidur berniat begini akan dipermudah oleh Allah SWT untuk bangun pada hujung malam. Ini kerana tidur dengan hasrat untuk melakukan ibadah sebagaimana kelazimannya, tidurnya tidaklah tidur mati tetapi sentiasa teringat-ingat akan niatnya.

Adab tidur seterusnya ialah bagi mereka yang sepatutnya ada wasiat lantaran berhutang, maka kewajiban mereka ialah menyediakan surat wasiat.Kewajiban orang berhutang ialah berwasiat kepada keluarganya,supaya tanggungjawab itu dipikul keluarganya jika dia meninggal dunia.Jika orang yang berhutang itu mati menyebabkan rohnya terseksa, tidak dapat ke mana-mana dan tidak dapat menikmati fadilat syahid.

Hutang yang belum dilunaskan jadi penghalang menikmati segala fadilat itu.Orang yang mempunyai keyakinan mengenai bahaya hutang yang belum dijelaskan, wajib baginya berwasiat kerana seseorang itu tidak selamat daripada diambil nyawanya oleh Tuhan semasa tidur.Hendaklah sedar bahawa seseorang ketika tidur mempunyai peluang lebih luas untuk mati, berbanding peluang untuk terus hidup. Ini kerana apabila seseorang tidur rohnya akan beredar meninggalkan jasad, meskipun jantung dan nadi bergerak darah terus mengalir dan nafas keluar masuk.Hal tersebut terserah sepenuhnya kepada kudrat Allah SWT. Justeru dalam keadaan tidak sedar kerana roh naik ke atas seperti benar-benar telah mati.

Seterusnya apabila bersiap untuk tidur, seseorang itu bertaubat daripada semua dosa, dan tidur dalam keadaan hati suci bersih dengan semua orang Islam. Tiada hasrat di hati hendak menganiaya orang apabila terjaga esok.

Dengan adab itu dunia akan aman daripada segala kemungkaran dan penyelewengan juga keburukan. Jika seseorang tidak menghormati janji sendiri yang dibuat sebelum tidur, lalu bagaimanakah orang lain akanmenghormati dirinya.

Wednesday, May 13, 2009

Mengapa Kita Perlu Membaca al-Quran

0 comments
Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.
Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang dibaca?


Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di
pedalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca
Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan
bacaan yang dibaca oleh Atuknya.


Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk!
saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika
saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa
bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni
air.’ Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu
membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘
Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak
lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke
rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat
mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.


Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi
kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa
masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi
pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila
sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’
tengok Atuk, tak guna!’

‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu
berkata,’ tengok guni itu.’
Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan
buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah
bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih,
luar dan dalam.
‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran.
Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda
membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah
kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’


Oleh itu, marilah kita sama-sama cuba sedaya upaya memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Jika perlu untuk belajar, marilah kita belajar tajwid al-Quran untuk menyempurnakan lagi bacaan kita.

Amalan Membaca Surah Yasin untuk org yg nazak

0 comments
Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam ‘membantu’ seseorang menghadapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing-masing membaca surah Yasin,dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam-macam ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita ‘disibukkan’ dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia)..

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-
i. Lantik seorang yang bacaan Al-qurannya baik (dari segi tajwid)untuk membaca surah Yasin - yang lain-lain boleh bersama-sama semak.
ii. Sebaik-baik orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.
iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah-mudahan surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.
iv. Membaca 3 hingga 4 ayat Surah Yasin, berhenti, dan menolong(menuntun) beliau untuk melafaz “Laa ila ha illallah”.
v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 ayat,berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap “Laa ila haillallah” lagi.
vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.
Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam ‘membantu’ saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dalam membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata-mata melalui ikutan adat.

Tuesday, May 12, 2009

Kucupan Terakhir buat ayahanda tersayang 26 April 2009

2 comments
Salam buat semua...

Hari ini genaplah sudah 15 hari ayahanda kesayangan saya Hj. Ramlan bin Kadkan kembali ke rahmatullah... selama 66 tahun Allah meminjamkan abah kepada kami semua anak2nya... dan selama 28 tahun usia saya bergelar anak kepadanya... selama itulah kasih sayangnya meresap ke dalam diri saya ini.. saya tahu abah banyak berkorban untuk membesarkan anak2nya serta mendidik kami semua hingga berjaya bukan sahaja di dunia malahan di akhirat nanti InsyaAllah... abah tidak betah meluahkan dan melafazkan kasih sayangnya... namun segalanya terpancar dari riak wajah dan reaksi abah... saya ingat lagi sewaktu saya bersekolah di MARTAH dulu.. abah sentiasa beri dorongan kepada saya untuk terus memartabatkan Al-Quran... malahan guru pertama saya yang mengajarkan muqoddam dan seterusnya Al-Quran al-Karim ini adalah ayah saya sendiri... suka betul abah bila membaca buku adab hamlatul quran... kelebihan penghafaz al-Quran... antaranya kata abah... dapat memakaikan mahkota kepada ibu bapanya... MasyaAllah abah... tika ini tergenang air mata kerinduan padamu.. Moga Allah menempatkanmu bersama para solehin dan muttaqiin insyaAllah... sentiasa saja saya sedekahkan al-Fatihah, Yaasinn dan bacaan Al-Quran utk abah.. moga rohnya tenang di sana.. doa kami semua pasti mengiringimu selalu abah...

Malah kenangan yang paling indah.. adalah sewaktu Ramadhan... selepas bertarawikh (sewaktu cutilah) kami akan berlumba2 utk bertadarus... selalunya saya yg cemburu dgn abah.. sebab dlm satu hari abah blh habiskan 4-5 juzu'.. kekadang tu hingga hilang suara abah krn khusyu' dgn tadarusnya... kekadang bila tak larat saya yg stop dulu... tp pasti akan dikalahkan oleh abah... abah tak suka buang masa.. masalapangnya dihabiskan sebaiknya... kekadang tu bila telefon rumah saya akan bertanya abah dah sampai juzu' berapa??? Bila dijawabnya dah khatam.. timbul cemburu yg membuak2 di dada saya.. ini tak boleh jadi.. saya pun nak byk membaca al-Quran... tetapi kekangan masa, tugas dan tanggungjawab,.. saya tak mampu nak jadi macam abah yang boleh khatam 3-4 kali sepanjang Ramadhan. kekadang apabila abah ditugaskan utk menjadi imam tarawikh... abah akan menyemak bacaannya semula... manisnya saat itu..

Abah seorang yg tegas... saya pulak jenis pemurah air mata.. sewaktu kecil dulu.. abah cuma cakap sikit saja... saya dah rasa nak menangis... kalau nak balik asrama byklah pesanan yg disampaikan abah.. kekadang tu mendengar pesanan abah pun boleh merembeskan airmata saya...saya terharu...

mengenang kembali saat2 terakhir bersama abah... ya Allah rasanya mahu saja saya duduk di kampung mendengar celoteh abah..

Monday, May 11, 2009

TIKA & KETIKA

0 comments
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia... ALlah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. ALlah sudah menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja... ALlah sedang menunggu bersama-samamu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu... ALlah sentiasa berada di sampingmu.

Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... ALlah mempunyai jawapannya.

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... ALlah bersamamu untuk menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... sebenarnya ALlah sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur... ALlah telah pun memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... ALlah akan tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...ALlah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Oleh itu ingatlah bahwa di manapun kau atau ke manapun kau berada...ALlah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu.

Berita tergempar.. Nizar Menteri Besar SAH Perak

0 comments

Berita diambil dari Malaysiakini.com

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.

Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilantik 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar.

Dalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:
(i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak;
(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan
(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.

"Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong.

"Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu.

Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang.

Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu.

Thursday, May 07, 2009

7 golongan penuntut ilmu

0 comments
*Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya

* *" Sesiapa yang menuntut ilmu dengan maksud untuk bersaing dengan para ulama atau untuk mujadalah dengan orang-orang yang jahil atau untuk mengambil perhatian manusia, ia akan masuk neraka.

**Dan barang siapa yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah amalannya dia akan bertambah jauh dari Allah."

**Salaam sahabat sahabat muslimin dan muslimat sekalian.Saya baru dapat satu ilmu dari seorang guru dan ingin berkongsi bersama.

Kata nya dalam masyarakat Islam ada 7 golongan manusia dalam menuntut ilmu.

1. Orang yang menuntut dan mencari ilmu kerana ilmu semata mata.
Dia seronok, mabuk dan asyik dengan ilmu.Mabuk ilmu hingga yang ada tidak mahu kahwin kahwin, kerana katanya belum puas belajar.
*Ini adalah golonganyang mabuk ilmu*.

2. Orang yang mencari ilmu kerana bercita-cita hendak dapat jawatan tinggi seperti mufti dan bergaji besar.Dengan ilmu juga dia boleh berniaga dan jadi kaya dan mendapat banyak harta.
*Ini lah golongan yang menggunakan ilmu untuk meraih kekayaan*.

3. Ada orang mencari ilmu kerana bercita cita menjadi pemimpin.
Seorang yang menjadi pemimpin mesti berilmu.
*Ini adalah golongan yang menggunakan ilmu untuk menjadi pemimpin.*

4. Ada juga orang yang mencari ilmu kerana hendak kan glamour.
Agar orang kata dia intelek.
*Inilah golongan ahli ilmu yang tujuan nya hendak mendapat nama.*

5. Ada orang belajar ilmu kerana hendak keluar daripada kejahilan dan kebodohan.
Agar dia tidak di pandang hina.
*Inilah golongan yang mendapatkan ilmu supaya diri tidak terhina*.

6. Ada orang menuntut ilmu kerana ingin membangun dan maju demi kedaulatan dan kemegahan bangsa dan negara.Agar jangan bangsa nya mundur dan terhina.
*Ini lah golongan ilmuan yang berfahaman nasionalisme. *

7. Ada orang yang menuntut ilmu kerana perintah Allah. Juga dengan tujuan agar dapat mengamalkan ilmu supaya boleh mengabdikan dan mendekatkan diri kepada Allah.Golongan ini menggunakan ilmu untuk membangunkan Islam dalam berbagai-bagai aspek seperti ekonomi, pertanian, bangunan, sekolah, jalan raya,pembangunan insan dan lain lain.Ini adalah dengan tujuan agar dapat melindungi iman, memperkuatkan syariat, membesarkan syiar Islam dan mendaulatkan hukum hukum Tuhan.
*Ini lah dia golongan ilmuwan yang bertaqwa*.

Kita umat Islam dalam menuntut Ilmu biarlah menjadi golongan yang ke 7 yaitu mencari ilmu kerana Allah Taala.Kalau belajar bukan kerana Allah maka rugi lah, kerana mungkin untung di dunia tetapi rugi di akhirat saperti yang dinyatakan dalam Hadis yang di tulis di awal tulisan tadi.Wal'iyazubillah!

Wednesday, May 06, 2009

Seribu satu cerita.. sedih duka memori kenangan

0 comments
Salam...

Berminggu lamanya.. saya hanya menjadi penonton kepada blog ini... terasa berat sangat tangan ini untuk mencoret di blog ini... banyak sangat cerita yang ingin saya coretkan di sini... insyaAllah pasti akan tiba masanya nanti.... masa untuk bertenang dan redha terima seadanya....

Monday, April 20, 2009

Mungkin Kerna Terleka

2 comments

Mungkin kerana kita leka.

Sekali pena terlepas dr genggaman, ucapan "Oopps" mendahului YA ALLAH,

bila perut kenyang "ha..kenyangnya" mengatasi ALHAMDULILLAH...

Bila diri terpegun oleh keindahan alam, SUBHANALLAH tertutup pula oleh "Cantiknya".

Bila dikunjungi berita malang "Kasihannya ..." terucap krn kita lupa pd INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI RAAJI'UUN.

Kdgkala kita lupa krn kita dah terbiasa.

Tp ingatlah bila Izrail mendekati kita,

biarlah ucapan LAA ILAAHA ILLALLAH menjadi juara mengatasi segala kata...

[peringatan buat diriku yg lupa].

Monday, April 13, 2009

Wacana Ilmu Siri I : "Memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu."

0 comments
Assalamu'alaikum wrmt. wbth.

Warga Kolej Dar al-Hikmah &
Akademi Kajian Ketamadunan
menjemput Y. Bhg. Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan/ Saudara/ Saudari hadir ke:

Wacana Ilmu Siri I:
"Memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu"

Bertempat di:
Bilik Syura, Kolej Dar al-Hikmah,
Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor D.E

Tarikh:
19 April 2009 / 23 Rabi‘ al-Akhir 1430H, Ahad.

Masa:
8.00 pagi - 2.30 petang

Anjuran:
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Dar al-Hikmah &
Akademi Kajian Ketamadunan (AKK)

Aturcara: (terkini)

8.00 pagi – 8.30 pagi Pendaftaran
Peserta dan jemputan mengambil tempat

8.30 pagi – 8.35 pagi Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

8.35 pagi – 8.50 pagi Ucapan Aluan
Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
Presiden Kolej Dar al-Hikmah

8.50 pagi – 9.30 pagi Ucaptama
Dato’ Dr. Hassan Ahmad
Ketua Eksekutif
Yayasan Karyawan Malaysia

9.30 pagi – 9..45 pagi Minum Pagi

9.45 pagi – 11.45 pagi Wacana 1

Tema “Pendidikan & Kebudayaan”
1. Tn.. Hj. Ahmad Mohamad Said
(Ketua Eksekutif KDH)
2. Prof. Emeritus Abdullah Hassan
(Institut Peradaban Melayu, UPSI)
3. Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan
(Akademi Pengajian Melayu, UM)


Sesi Soal Jawab

11.45 pagi – 1.45 tengahari Wacana 2

Tema “Sains dan Teknologi”
1. Dr. Shaharir Mohamad Zain
2. Prof. Dr. Mat Rofa Ismail
(Fakulti Sains, UPM)

Sesi Soal Jawab


1.45 tengahari – 2.30 petang Penutupan Majlis & Bersurai
Makan tengahari & Solat Zuhur


LATAR BELAKANG
Dewasa ini, sistem pendidikan negara telah digoncangkan dengan bantahan oleh ramai pihak mengenai pelaksanaan sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Sistem ini dilihat gagal dalam meningkatkan penguasaan para pelajar dalam kedua-dua matapelajaran tersebut. Bahkan ada kajian yang menyatakan bahawa ianya telah memburukkan lagi kefahaman para pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut.

Sehubungan itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Dar al-Hikmah dan Akademi Kajian Ketamadunan akan menganjurkan satu sesi taklimat bertujuan untuk menyampaikan maklumat mengenai kepentingan bahasa Melayu dan sistem PPSMI. Sesi taklimat ini akan menjurus kepada persoalan pro dan kontra pelaksanaan sistem PPSMI ini. Penceramah yang akan dijemput merupakan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam isu PPSMI ini. Kupasan yang akan disampaikan penceramah-penceramah ini nanti akan menjadi maklumat yang amat berharga terutamanya kepada generasi muda yang akan meneruskan perjuangan memartabatkan pendidikan negara ke peringkat yang lebih tinggi.

OBJEKTIF
1. Untuk memberikan maklumat-maklumat yang betul mengenai isu PPSMI kepada orang ramai.
2. Untuk membantu orang ramai mengetahui pokok permasalahan sebenar daripada pelaksanaan sistem PPSMI.
3. Untuk membuka minda orang ramai kepada perjuangan mendaulatkan Bahasa Melayu dalam arus pendidikan negara.
4. Untuk membuka minda orang ramai mengenai kepentingan menjaga integriti pendidikan di peringkat nasional.
5. Untuk menjaga maruah pendidikan negara.

MATLAMAT
1. Supaya orang ramai mendapat maklumat terkini mengenai isu PPSMI ini.
2. Supaya orang ramai mengetahui permasalahan yang diakibatkan oleh sistem PPSMI.
3. Agar minda orang ramai terbuka dan dapat turut serta dalam mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam arus perdana di Malaysia.
4. Supaya orang ramai sedar bahawa persoalan pendidikan merupakan suatu persoalan yang sangat penting yang tidak sepatutnya di politikkan dan diganggu-gugat oleh kepentingan-kepentingan yang bersifat material dan individualistik.
5. Supaya maruah pendidikan negara tidak diganggu gugat oleh kepentingan-kepentingan lain yang bersifat politik dan individu.

YURAN PENYERTAAN


Terbuka kepada semua
RM10 seorang
Tempat adalah terhad, sila hubungi Sekretariat/ urusetia seperti di bawah:

Alamat Perhubungan


SeketariatAkademi Kajian Ketamadunan, Kompleks Dar al-Hikmah, Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor.Tel: 03-8925 2392 (Cik Nur 'Iffah@ Cik Khalidah)
H/p: 013-2693 765 (Cik Fathiah)
019-7049 772 (Pn. Halijah)Faks: 03-8925 2477
Email: akademi_akk@hotmail.com


Peta ke Kolej Dar al-Hikmah

Untuk penyertaan boleh terus hubungi Sekretariat

Semua dijemput hadir.

Wassalam.



-Sekretariat Wacana Ilmu Siri 1-

Murottal al-Quran