Wednesday, January 11, 2006
Mengapa tidak ingat tuhan????
Mengapa Tidak Ingat Tuhan ?
Mengapa Tidak Ingat Tuhan ?
Bangun-bangun tidur sahaja engkau ingat benda
yang tidak mengingatkan engkau
Apatah lagi setelah engkau berhadapan kehidupan sehari-harian
Engkau ingat duit yang tidak pernah mengingat engkau
Kekayaan apatah lagi sering engkau ingatkan sebagai angan-angan
Padahal kekayaan tidak pernah mengingatkan engkau
Bahkan berbagai-bagai perkara yang selalu engkau ingatkan
Yang ia tidak pernah pun mengingatkan engkau
Mengapa engkau tidak sering mengingat Tuhan
yang sentiasa tidak melupa engkau
Tidak satu detik pun yang Dia lupakan engkau
Dia sentiasa mendengar engkau
Dia sentiasa melihat engkau
Dia sentaiasa tahu tentang engkau
Yang sentiasa menjaga dan mengawal engkau
Yang sering mentadbir dan memberi nikmat kepada engkau
Engkau mengingat benda yang kaku, mati
Engkau sibuk dengan mengingat makhluk yang serupa engkau
Engkau lupa kepada Khaliq yang mencipta engkau
Sedangkan Khaliq berkuasa ke atas engkau
Mengapa tidak terasa takut kepada Khaliq
yang menentukan nasib engkau
lelaki kacak
Lelaki kacak
Assalamualaikum…
Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya". Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.
Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :
"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"
Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat."
"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi." Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga."
Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi ! yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.
wallahua'lam
Bantulah aku Tuhan
Bantulah aku Tuhan agar aku boleh mengingati-Mu selalu
Aku tidak jemu-jemu menyebut nama Tuhan
Kalau lidahku tidak bergerak, hatikulah yang bergerak
Mengapa aku mesti jemu mengingati-Mu ?
Kerana kalau aku tidak layak Engkau menyebut namaku
Tapi Engkau kan sentiasa tahu tentang diriku
Pengetahuan, penglihatan dan pendengaran-Mu tidak pernah lekang terhadapku
Bagaimana pula aku hendak melupakan-Mu
Walau bagaimanapun aku hamba-Mu yang lemah
Kelemahan ini Engkau pun tahu
Kerana kelemahan ini memang Engkau yang menciptanya
Sekali-sekala aku terlupa juga dengan-Mu Tuhan
Tapi ini bukan aku sengajakan !
Aku tidak mahu berlaku kelupaan itu
Tapi ia berlaku juga
Begitulah hamba-Mu mempunyai kelemahan
la pasti berlaku
Kalau tidak bukanlah dinamakan hamba
Hamba adalah jenis insan
Insan ertinya makhluk pelupa
Begitulah sifat hamba
Aku memohon ampun pada-Mu Tuhan !
Aku akan cuba sedaya upayanya Tuhan untuk mengingati-Mu
Bantulah aku Tuhan agar aku boleh mengingati-Mu selalu
Aku tidak jemu-jemu menyebut nama Tuhan
Kalau lidahku tidak bergerak, hatikulah yang bergerak
Mengapa aku mesti jemu mengingati-Mu ?
Kerana kalau aku tidak layak Engkau menyebut namaku
Tapi Engkau kan sentiasa tahu tentang diriku
Pengetahuan, penglihatan dan pendengaran-Mu tidak pernah lekang terhadapku
Bagaimana pula aku hendak melupakan-Mu
Walau bagaimanapun aku hamba-Mu yang lemah
Kelemahan ini Engkau pun tahu
Kerana kelemahan ini memang Engkau yang menciptanya
Sekali-sekala aku terlupa juga dengan-Mu Tuhan
Tapi ini bukan aku sengajakan !
Aku tidak mahu berlaku kelupaan itu
Tapi ia berlaku juga
Begitulah hamba-Mu mempunyai kelemahan
la pasti berlaku
Kalau tidak bukanlah dinamakan hamba
Hamba adalah jenis insan
Insan ertinya makhluk pelupa
Begitulah sifat hamba
Aku memohon ampun pada-Mu Tuhan !
Aku akan cuba sedaya upayanya Tuhan untuk mengingati-Mu
Bantulah aku Tuhan agar aku boleh mengingati-Mu selalu
Subscribe to:
Posts (Atom)