Photobucket

Zikrayaat

Monday, January 14, 2008

hukum lelaki memakai gelang

0 comments
[Daripada Institut Pengajiab al-Qayyim, P।Pinang]Soalan:Benarkan Islam melarang berubat dengan memakai gelang? Ada sebahagianorang yang mendakwa Nabi saw melarang berubat dengan memamai gelangberdasarkan hadith riwayat Ahmad bahawa Rasulullah s।a।w। telahmelihat di pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelangdiperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan, Apakah bendanya ini?" Lelaki itu berkata: "Ia adalah gelang perubatan, buangkan benda itu dari diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjayaselama-lamanya. " (Hadith Sohih yang ke-19,885 riwayat Imam Ahmad didalam Musnadnya) Jawapan:Oleh: Ust Mohamad Abdul Kadir bin Sahak Hadith yang saudara maksudkan diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya demikian juga Ibn Majah di dalam Sunannya. Hadith inidiriwayatkan daripada 'Imran bin Husain, maksudnya lebih kurang: "Bahawasanya Nabi saw telah melihat seoranglelaki di tangannya ada gelang daripada tembaga, Nabi saw bertanya:"Apakah ini?" Orang itu menjawab: "ianya daripada al-Wahinah।" SabdaNabi saw: "Tanggalkannya segera, sesungguhnya dia tidak menambahkankepadamu melainkan kelemahan, sesungguhnya jika kamu mati dan gelangitu ada padamu, kamu tidak akan berjaya selama-lamanya. "Dalam hadith ini tidak disebut siapakah lelaki yang memakai gelangtersebut, namun di dalam al-Mustadrak al-Hakim dinyatakan lelakitersebut ialah 'Imran bin Husain sendiri.Tentang hadith ini para ulama berbeza pendapat akan kesahihannya.Hadith ini diriwayatkan daripada al-Hasan daripada 'Imran bin Husain.Para ulama berbeza pendapat apakah al-Hasan benar-benarmendengar daripada 'Imran bin Husain ataupun tidak.Demikian juga di dalam hadith ini ada periwayat yang bernama Mubarakbin , ia juga diperselisihkan di kalanganulama hadith. Kesimpulannya para ulama tidak sepakat dalam mensahihdan mendhoiefkan hadith ini.Jika kita mengambil pendapat ulama hadith yang mensahihkan hadithtersebut, tinggal kepada kita untuk benar-benar memahami maksudnyasehingga kita boleh berhukum dengannya dengan cara yang betul. Perkaraini perlu supaya kita tidak keras mengharam sesuatu yang sebenarnyatidak haram seperti yang kita sangka.Al-Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan menyebut,pertanyaan Nabi saw: "Apakah bendanya ini." Yang zahir, pertanyaan iniadalah pertanyaan yang menunjukkan pengingkaran, namun dikatakan jugapertanyaan Nabi saw itu adalah untuk mengetahui tujuannya memakaigelang tersebut.Manakala jawapan lelaki tersebut: "ianya daripada al-Wahinah." Membawamaksud, aku memakainya untuk mengelakkan al-Wahinah, untuk diamelindungi aku daripadanya (yakni melindungi daripada al-Wahinah).Al-Wahinah adalah penyakit yang kena pada tangan, dinamakan dikalangan orang Arab dengan al-Wahinah, termasuk di dalam kebiasaanmereka memakai gelang untuk berlindung daripada kesakitannya danmereka percaya gelang tersebut akan melindungi dari penyakit tersebut.(Sila lihat di sini: http://www.alfawzan%20.ws/AlFawzan/%20Library/tabid/%2090/Default.%20aspx?view=)Al-Syeikh 'Abdul Hakim (Kuliah al-Syariah Uni. Al-Imam Muhammad binSaud) di dalam laman islamtoday berkata: Para ulama berbeza pendapattentang maksud al-Wahinah, namun mereka bersepakat akan illah (sebab)larangan tersebut… Ulama telah bersepakat bahawa illah (sebab)larangan tersebut ialah kerana orang menjadikannya (al-Wahinah)seperti tangkal, yang terdapat larangan menggantungnya.(Sila lihat:http://www.islamtoday.net/questions/show_question_content.cfm?id=43737)Berdasarkan fatwa ini, ia menunjukkan larangan memakai al-Wahinah yangada di dalam hadith tersebut bukanlah semata-mata kerana ianya gelang,dan bukan juga larangan dari berubat dengan gelang. Sebaliknyalarangan tersebut disebabkan ia dipakai dan dianggap seperti tangkalbertujuan memelihara diri dari penyakit. Tangkal yang dianggap bolehberubat ini, yang dinamakan sebagai al-Wahinah oleh orang Arab tidakada sebarang bukti menunjukkan ia boleh menghalang dari penyakitsamaada bukti dari Nas Syara' (al-Quran atau al-Hadith) mahupunpenemuan sebab-sebab dia boleh bertindak sebagai ubatan. Kerana itu iadilarang oleh Nabi saw. Ringkasnya larangan itu adalah disebabkantangkal yang tidak ada bukti berperanan sebagai pengubat melainkankhayalan dan khurafat semata.Maka apabila terdapat nas Syara' atau penemuan saintifik yang dapatmembuktikan sesuatu bahan seperti logam atau seumapamanya yang jikadipakai dibadan dapat melancarkan perjalanan darah atau seumpamanya,sudah tentu bahan tersebut boleh digunakan insyaallah. Ini termasukcara perubatan yang ditemui, hasil dari kajian melalui sebab musababnya.Ini kerana perubatan yang dibenarkan itu terdiri daripada:1. Perubatan dengan ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith.2. Perubatan dengan bahan-bahan yang disebut di dalam al-Quran danal-Hadith seperti Madu, Habbah al-Sauda dan seumpamanya.3. Perubatan berdasarkan kajian saintifik terhadap sebab-sebabnya,atau berdasarkan pengalaman mengunakannya.Para ulama berbeza pendapat tentang hukum orang lelaki memakai gelang,sebahagian mengatakan harus dan sebahagian yang lain mengatakan haram.Namun para ulama yang mengharamkan pemakaian gelang bagi lelaki,setakat penelitian saya tidak ada yang menjadikan hadith di atassebagai dalil dalam pengharam tersebut. Sebaliknya hadith tersebutbanyak digunakan ketika berbicara tentang tangkal dan azimat yangdianggap dapat melindungi dan mengubati tanpa sebarang bukti dari nassyara' mahupun kajian saintifik. Al-Sindiy ketika mensyarahkan hadithdi atas di dalam Sunan Ibn Majah menyatakan larangan tersebut keranaianya sama dengan al-Tama-im atau tangkal yang dilarang penggunaannya.Kadangkala tangkal itu digantung bersama dengan manik, yang dinamakanManik al-Wahinah (خرز انèاçوة)Penggunaan sesuatu tangkal (terdiri dari potongan besi, tembaga,simpulan benang dan lain-lain) untuk berubat dan memelihara diri, adaperbezaan yang cukup besar dengan cara perubatan dengan sesuatu bahanhasil dari penemuan saintifik. Kepercayaan kepada tangkal yang dapatberubat adalah suatu khayalan yang tidak diterima di dalam syara', danianya tidak ada kaitan langsung dengan unsur-unsur perubatan. Berbezadengan penggunaan sesuatu bahan hasil dari kajian saintifik danterbukti memberi manfaat kepada manusia.Kerana itu, al-Syeikh 'Abdul Halim di dalam fatwa yang sama (yang sayasebutkan sumbernya di atas) membenarkan penggunaan potongan besi (yangdigunakan dalam perubatan moden) yang ditanam pada beberapa gigi, ataudi tempat-tempat tertentu di tubuh badan yang berperanan menyerapaliran elektrik yang boleh menjadi sebab seseorang hilang ingatannya(pengsan). Beliau menyambung jika seseorang pesakit mendapat manfaatdengan cara sebegini dengan pengakuan individu berkeahlian yangdipercayai, maka ianya tidak mengapa insyaallah. Cuma beliau di dalamfatwanya mencadangkan lebih baik jika bahan seperti potongan besi itudigunakan ditempat yang tersembunyi sebagai mengelak dari buruk sangkaorang ramai.Demikian juga di dalam laman islam-online, al-Ustaz Muhammad Sa'di(Penyelidik laman islam-online) ketika ditanya tentang hukum memakaigelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan perubatan apakahdibenarkan atau ia termasuk di dalam Syirik yang kecil, beliaumenjawab: "Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagaiperubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak adapadanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu iatermasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat." (Sila lihat soalan ke 11:http://www.islamonline.net/livefatwa/Arabic/Browse.asp?hGuestID=n4MV6S)Seperti yang saya sebutkan di atas, para ulama berbeza pendapattentang hukum pemakaian gelang bagi lelaki. Di dalam al-Mausu'ahal-Fiqhiyyah menyebut di sisi mazhab al-Syafieyyah terdapat dua wajahtentang hukum perhiasan lelaki selain cincin perak seperti gelangtangan dilengan dan gelang dan kalung danmahkota. Pertama mengatakan haram dan kedua mengatakan harus selama mana tidak menyerupai wanita, kerana tidak thabit dalam(pengharaman) perak melainkan pengharaman untuk bekas-bekas (sepertipinggan, mangkuk dll), dan perhiasan dalam bentuk menyerupai wanita.(al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah 18/110 bawah bab al-Huliy)Darul Ifta'al-Misriyyah pula di dalam laman webnya menyebut perkataanal-Rafi'e (ulama mazhab al-Syafie) di dalam Syarh al-Wajiz yangmengatakan harus bagi lelaki memaki cincin perak berdasarkan riwayatcincin Nabi saw daripada perak dan harus juga memakai selain cincindari perhiasan perak seperti gelang dan gelang lengan dan kalung.Demikian juga perkataan Abu Said al-Mutawali yang mengatakan apabilaharus memakai cincin perak, maka tidak ada beza antara jari-jaridengan anggota lainnya, sama seperti perhiasan emas yang dihalalkanuntuk wanita, maka diharuskan untuk orang lelaki memakai gelang dilengan, kalung di tengkuk dan gelang di tangan dan selainnya keranatidak thabit pengharaman perak melainkan pengharaman kepadabekas-bekas dan pengharaman menyerupai wanita.(Sila lihat laman rasmi Dar al-Ifta' al-Misriyyah:http://www.dar-alifta.com/)

Kesimpulan dari jawapan di atas ialah:
1. TIDAK HARAM berubat dengan gelang yang terbukti melalui kajiansaintifik atau pengakuan individu yang berkelayakan dan bolehdipercayai agamanya.
2. Larangan memakai gelang yang dinamakan al-Wahinah di dalamhadith bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujukkepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepadamerubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal.
3. Orang-orang yang menggunakan gelang atas sebab-sebab yangdibenarkan hendaklah memerhatikan yang mereka tidak sampai ke tahapyang dilarang seperti pembaziran dan menyerupai wanita dalampenggunaannya.Wallahu a'lam.

Murottal al-Quran