Photobucket

Zikrayaat

Friday, November 27, 2009

Hari Ulangtahun Perkahwinan yg ke-4 27/11/05 - 27/11/09

0 comments




Alhamdulillah pada 27/11/09 ini genaplah 4 thn ulngtahun perkahwinan kami...

Thn ni kami rasa sgt istimewa kerana hari ulangtahun perkahwinan kami ini bertepatan dgn Eidul Adha yang diraikan diseluruh Malaysia dan berbetulan pula dgn sayyidul ayyam... iaitu hari jumaat...

Pagi2 lagi kami mandi sunat Eidul Adha dan solat berjemaah bersama, kemudiannya diikuti dgn takbir.. syahdu sungguh... teringat 10 zulhijjah thn lepas kami menyambut Eidul Adha di hospital ampang.. kerana arwah abah terpaksa dihantar ke ICU di hospital ampang.. kami bertakbir di dalam wad...

thn ni kami bertakbir di kampung abi di kampar... seterusnya kami bersiap2 utk segera menunaikan solat sunat eidul adha di surau berdekatan... Alhamdulillah.. setiap bait kata2 khatib itu ummu hayati... tetapi, di dalam hati ummi sentiasa teringat arwah abah ummi... sedihnya rasa... sudah 7 bln arwah pergi meninggalkan kami... semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi selalu insyaAllah...

Tengahhari tu... menu kami sekeluarga sudah tentunya semuanya berasaskan daging... macam2.. sampai tak tahu nak masak apa lagi.. cik ala kena masak samua daging tu.. sebab opah tak makan daging.. nnt kalau kat kampung dah tak de orang.. tak de sapa nak makan daging tu... Atuk pula sertai korban thn ni... jd byk jugalah daging korban di rumah opah...

Bila petang menjelang... abi ajak ummi keluar ke pekan kampar... ooo.. abi ajak beli kek utk anniversary kami... mlm tu lepas makan malam kami pun potong kek beramai2... tak sangka pula atuk nak nyanyikan lagu utk ummi dan abi... Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan kamu berdua...Allah selamatkan kamu.... Alhamdulillah... sebenarnya keluarga abi tak biasa buat sambutan begitu... tp ummi cuba hidupkan suasana tu.. sebab dlm keluarga ummi.. setiap kali hari kelahiran pasti akan disambut walaupun secara kecil2an... tanda ingatan berpanjangan... walaupun tiada kek... hanya sekadar bancaan (jamuan kecil sempena kelahiran, tetapi, makan di dalam dulang beramai2... lauk wajibnya kerabu daun ubi, nasi putih, ikan masin bulu ayam, ayam, bihun dan sebagainya...) seronoknya tika mengimbau kenangan sewaktu kecil.... tp mesti diingat... jadi, ummi kalau boleh nak buat begitu pd keluarga abi.... sebab ummi teringat kata2 arwah abah... ini seronoknya keluarga besar dan sambutan ulangtahun sebegini... hanya dgn cara ini dpt mengumpulkan semua adik beradik dan makan beramai2... tanda ingatan berpanjangan...

Wednesday, November 25, 2009

Kelebihan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

0 comments

Bulan Zulhijjah merupakan bulan dimana umat islam disyariatkan untuk mengerjakan ibadah haji. (18.11.09) merupakan permulaan kepada bulan Zulhijjah pada tahun ini. Kelebihan 10 hari pertama Zulhijjah tidak banyak dibicarakan sepertima mana 10 hari terkhir Ramadhan, sedangkan kelebihan dan kemulian 10 hari Zulhijjah dan Hari Arafah telah digambarkan dalam Al-Quran dan Hadith. Mari kita fahami akan kelebihan bulan Zulhijjah dan berusaha untuk beramal dalam 10 hari pertama ini, supaya kita mendapat balasan syurga daripada Allah

Firman Allah dalam surah Al-Buruj, ayat 1-3

“Demi fajar, dan malam yang sepuluh, dan yang genap dan yang ganjil”


Ibnu kathir berpandangan bahawa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama di bulan zulhijjah, beliau mengmbil pandnagan daripada Ibn Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid dan selainnya. Manakala yang ganjil itu ialah hari arafah.


Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:
"Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini - iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).”


Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).


Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda,

“Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.


Manakala kelebihan hari Arafah (9 Zulhijjah) pula disebut oleh Rasulullah S.A.W ketika menafsirkan ayat ke-3 dari surah Al-Buruj
“Yang menyaksikan ialah hari arafah dan yang disaksikan ialah hari kiamat ” (Hadith riwayat Ahmad dan Baihaqi)


Didalam hadith lain pula, Sabda Baginda SAW lagi

“Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah akan hambaNya daripada neraka lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim)



JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN PADANYA
1. Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya :
Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.


2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya - terutamanya pada hari ‘Arafah - . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi :
“Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.


Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih).


Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.


3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padaNya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
“(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”,
Hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya :
“Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.


Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]“.


Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
“(Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”.
Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.


4. Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu, Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi).


5. Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, mebaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).


6. Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.


7. Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.


8. Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhia Allah ‘anha bahawa Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”
dan di dalam riwayat lain :
“Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”.


Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya :
“(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”.


Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemilik haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.


9. Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan ma’siat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.


10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.

Tuesday, November 10, 2009

Kejadian di pagi hari...

2 comments
salam...
Hari ni pagi2 lagi kami dah bersiap... ammar pun Alhamdulillah memberi kerjasama yg amat baik.. jam 6.15 dah siap mandi... sekarang ni mmg senang sgt nak kejutkan dia.. ckp je ada bas sekolah lalu kat depan rumah.. terus dia bangun dan mengintai di tingkap... nk tengok anak jiran depan rumah naik bas sekolah.. lepas tu oklah... boleh diajak mandi dan solat subuh... walaupun subuhnya ammar ni 1 rakaat saja... lepas tu dok ralit main dgn lori2 dia yg pelbagai tu...

ummi pun pagi ni mengaji tak byk sgt... abi nak hantar ummi pagi ni.. so, kena cepat sikit coz abi ada kelas jam 9 pg ni... jam 7.05 minit kami semua dah turun ke bawah.. sempat juga ummi buat sandwic.. mlm tadi sebelum tidur bahan2nya semua dah disediakan.. pg ni tinggal buat je... sambil minum air coco HPA yg sedap itu.. so.. jam 7.30 dah keluar rumah... selalunya mmg ummi yg akan panaskan enjin sambil angkut beg2 laptop dan beg ammar sekali.. tp pg ni bila abi nk start kereta.. ummi tak dengar apa2 bunyi pun... so, ummi plak try.. abi buka bonet depan... masih tak boleh,... Allahu akbar... ujian apakah ini... mujurlah jiran sebelah nak keluar rumah tika itu... sempatlah juga abi tanyakan kalau2 ada jumper... hmm tak ada juga... ummi macam nak menangis.. tapi sabar jelah... dulu masa naik kereta nissan... lagi teruk dr ni... ada tikanya kereta berhenti dekat tgh2 tol.. jadi.. anggaplah ini sebagai dugaan... mmg pun dah dua thn bateri kereta tu tak diganti.. last ganti 2 thn lepas masa abi pergi ke dubai dulu...

Alhamdulillah jiran sebelah ada dua orang campur jiran sebelah kanan pulak sorg... masing2 dah bersiap pakai baju kerja.. jadi.. masing2 tolong tolak kereta... ummi risau juga tengok diorg tolak sampai ke hujung tak boleh start juga kereta tu.. lahai risaunya... ammar pun tanya.. ummi kereta kita kenapa... ummi pun jawab... kereta kita rosak... acik tolak kete kita??? tanya ammar... bila kena macam ni tetiba teruja kembali niat nak beli second car yg sudah beberapa kali ditangguhkan tu... terbayang2 kereta pesona.. tapi sabar je lah... ujian dan dugaan ni...

akhirnya sampai ke hujung perumahan tu mereka menolak kereta... bila tukar abg sazali (jiran kanan) yg try start kereta tu.. dan yg lain menolaknya... Alhamdulillah hidup plak...

moral of the story.. perbaiki ukhuwah sesama jiran2 di sekeliling kita... kita tak tahu bila kita ditimpa kesusahan.. mujurlah kami mmg baik dgn jiran2 kiri dan kanan.. cuma mungkin masalah masa dan halangan bekerja 7 hr seminggu menyebabkan ukhuwah kami kurang rapat... stp pagi klu sempat pun just senyum2 time siram pokok bunga... sem ni mmg teruk sikit... kami berdua punya kelas sampai ke sabtu ahad... nk balik kg pun susah sikit...

sebab tu kot ada kata2 hikam arab berbunyi (aljar qabla addar...) berjiranlah sebelum berumah. mmg ada hikmahnya... jiran ni yg membantu kita di saat kawan2, saudara mara dan ahli keluarga tidak dpt membantu... yelah pagi2 camtu.. mana sempat nak call kwn2 atau family... mujur ada jiran...Alhamdulillah... selalu sgt Allah membuka jalan dan memudahkan segala kesukaran yg dilalui... syukur kami padaMU ya Allah...

Friday, November 06, 2009

Kolej Dar al-Hikmah dr paparan Media

12 comments
Berita terkini KDH di Berita Harian...

Laman IPTS: Gabung pengajian
Oleh Basir Zahrom

KDH bangun tradisi ilmu, jadikan Islam cara hidup

KOLEJ swasta Islam terawal di negara ini, Kolej Dar al-Hikmah (KDH) yang ditubuhkan sejak 20 tahun lalu kini mengorak langkah mencapai cita-cita bergelar kolej universiti dalam tempoh lima tahun lagi.

Peranan yang ingin dipikul pula berdasarkan falsafah pendidikannya yang menggabungkan program profesional dan akademik adalah untuk melahirkan insan beriman, berilmu, berketerampilan, berani, berakhlak dan berdaya maju.

Kini, institusi pada awalnya dikenali sebagai Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam itu menawarkan semua program mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan sentiasa dikemas kini mengikut keperluan semasa.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Md Fuad Bahari, berkata bagi mencapai matlamat itu, pihaknya merancang menawarkan program baru dalam bidang lain seperti kejururawatan dan ekopelancongan.

Selain menawarkan pengajian hingga ke peringkat ijazah, beliau berkata, kolej itu juga merancang menyediakan kampus lebih besar.

Bagaimanapun, katanya, matlamat diutamakan kolej itu sama iaitu membangun tradisi ilmu memugar kegemilangan tamadun dan menjadikan Islam sebagai cara hidup dengan menyediakan kursus asas agama itu sebagai subjek wajib.

“KDH yang bernaung di bawah Angkatan Belia Islam Malaysia adalah kesinambungan program tarbiyah dan dakwah angkatan itu bermula dengan Taman Asuhan kanak-kanak Islam, Sekolah Rendah Islam dan Sekolah Menengah Islam.

“Di sini, beberapa kursus wajib perlu diikuti pelajar iaitu Fiqh Islami, Peradaban Islam, Pengantar Pengurusan, Metodologi Penyelidikan dan usrah,” katanya kepada Berita Harian.

Md Fuad berkata, program diploma ditawarkan kolej itu antaranya dalam bidang Psikologi, Diploma Kaunseling, Pengajian Syariah, Usuluddin, Perakaunan dan Pengajian Islam (Muamalat), manakala peringkat sijil pula Perguruan Prasekolah. Beliau berkata, kolej itu juga akan memperkenalkan program baru yang mendapat pengiktirafan MQA, Diploma Kesihatan Persekitaran, mulai Januari depan.

KDH disifatkan kolej rakyat kerana yuran dikenakan antara termurah berbanding institusi pengajian tinggi swasta lain termasuk institusi yang mendapat tajaan kerajaan negeri. Sebagai contoh, katanya, yuran Diploma Perakaunan hanya RM15,445 untuk pengajian dua tahun setengah berbanding kolej lain mencecah RM27,000.

Sambil menjelaskan pembayaran yurannya fleksibel kerana boleh dibuat secara ansuran bulanan, beliau berkata:

“Kita tidak terlalu bergantung kepada bayaran yuran pelajar kerana KDH mempunyai Al-Hikmah Training and Consultancy yang mengendalikan kursus jangka pendek.

“Selain itu, akademi kajian ketamadunan banyak mengeluarkan buku untuk dijual, jadi keuntungannya sedikit sebanyak membantu bagi menampung kos pengurusan kolej ini,” katanya.

Md Fuad berkata, hubungan erat warga KDH menjadi kelebihan belajar di kolej itu, selain nisbah antara pensyarah dan pelajar kecil, iaitu 60 pelajar yang mengikuti diploma sepenuh masa, manakala lebih 300 orang bagi kursus separuh masa (modular). Katanya, kursus modular diikuti golongan bekerja yang mahu meningkatkan pengetahuan dan kelayakan dalam bidang diceburi, termasuk di kalangan mereka yang bukan Islam.

“Pensyarah kami juga berkualiti, masing-masing mempunyai kelulusan sama ada dari dalam mahupun luar negara,” katanya.

Sunday, November 01, 2009

Seminar Pengajian Tinggi Islam ke-7

0 comments
Alhamdulillah.. hari yg dinanti penuh debaran tiba juga... kali ini saya merasakan tugas saya agak berat juga... sebelum ini saya selalunya ditugaskan di bahagian dokumentasi sahaja. mengedit kertas kerja pembentang, menjadi pencatat seminar dan sebagainya... tetapi kali ini saya ditaklifkan sebagai ketua protokol..

risau, takut tak terlaksana amanah itu... mana tidaknya dengan keadaan saya yg sebegini... di akhir trimester kedua ini dilanda batuk yg bersangatan... dgn semangat yg diberikan oleh suami dan ammar... abi ajar ammar wish pada ummi... "ummi boleh" kata ammar...

jadi semalam.. tiba masa yg ditunggu... Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.. para pembentang dan moderator yg memberikan kerjasama sewajarnya... zamri bali (mc) tunjang seminar semlm.. mujur zamri sudah berpengalaman dlm bidang perngacaraan ini... sudah beberapa kali menjadi mc... jadi sudah tiada masalah...

Para pembentang seminar yg amat2 ilmuwan.. Prof. Dr. Kamal Hassan yg amat merendah diri.. dulu masa di uia saya sangat mengagumi beliau... pantang dipanggil tan sri.. walaupun mmg itu gelaran yg diterima oleh beliau... begitulah para ilmuwan.. tidak mahu digelar di atas pangkatnya tetapi atas ilmunya... baik prof... kami tak panggil tan sri lagi lepas ni.... seterusnya dr. uthman el-muhammady, prof. emeritus dr. Osman Bakar, Dr. Sidek Baba, Dr. Ghazali Basri, Dr. Ahmad Satori, Dr. Haslinda, Dr. Nik Azis Nik Pa, Dr. Yap Sin Tian, Dr. Nagendalingan, Dato' Sahlan...

Ada sesuatu pada prof. nagenderalingan a/l ratnavadivel yg saya banggakan.. sungguhpun beliau bukan beragama Islam... tetapi ideanya yg bernas dan selalu memasukkan mafhum al-quran dlm hujahnya amat manarik, bukan pada saya sahaja malahan pada semua peserta... contohnya beliau menyatakan ayat pertama yg turun adalah bacalah!! dengan nama TuhanMu yg menciptakan... kemudian berilmu tanpa amal tidak sah.. kemudian beliau menyatakan lagi gabungan antara roh, aqal, dan jasad... berkenaan kauniah dan sebagainya... sungguh menarik.. beliau mendapat tepukan yg begitu gemuruh dr para peserta...

Berkenaan peserta pula.. Alhamdulillah.. peserta di luar jangkaan... kami anggarkan dlm 200 org sahaja...tetapi peserta melebihi 250 org... saya rasakan gabungan para ilmuwan itulah yg menarik para peserta utk menghadiri seminar ini... 100 orang daripadanya adalah peserta luar... selalunya seminar kami ini dihadiri oleh pelajar kolej sahaja.. fulltime dan modular.. tetapi kali ini Alhamdulillah mendapat sambutan hangat juga dr peserta luar...

Oleh itu... Tahniah diucapkan kepada pengarah seminar kali ini Pn. Saleha Idris, tidak dilupakan juga buat semua tenaga kerja seminar yg terdiri drpd semua staf Kolej dar al-Hikmah yg mantap belaka... begitu juga buat pelajar2 yg membantu melicinkan lg program ini... seterusnya berbanyak terima kasih saya ucapkan atas bantuan ajk protokol kali ini terutamanya safura, fatimah, iffah, azhana, kak azanah, awi, us. mujahid dan lain2 lagi... semoga jihad kita ini kan mendapat keberkatan drNYA insyaAllah...

Teruskan lagi perjuangan untuk 2 program lagi yg menanti... iaitu reherseal konvo hr ini, makan malam di Puri Pujanggan mlm ini... dan esok majlis konvokesyen... hr selasa kita bercuti... cabaran buat kita thn ini.. 3 program dlm satu masa sempena sambutan 20 thn KDH... moga Allah merahmati kita semua.. insyaAllah...

Murottal al-Quran