Alhamdulillah... Hari ni 1 Muharram 1431h... Alhammdulillah dan syukur kehadrat Ilahi kerana dgn izin, Rahmat dan RahimNya masih lagi memberi kesempatan kepada saya dan keluarga utk terus menghirup udara segar 1 Muharram... dan meneruskan legasi perjuangan Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan ilmu dan dakwah kepada anak bangsa...
Kebetulan 1 Muharram kali ini jatuh pada hari Jumaat 'saiyyidul ayyam'.. sebaik2 hari untuk kita memulakan perubahan dan menanam azam baru.. semoga segala yg kita azamkan kan dimakbulkan Allah.. insyaAllah..
Cuti2 begini.. memberi peluang kepada ummi dan keluarga utk menghabiskan masa di rumah... maklumlah selalunya kalau cuti saja mmg jadual kami penuh dgn kelas2 pelajar separuh masa di kolj masing2... jadi dgn adanya cuti ini... kami manfaatkan sebaiknya... bangun seawal pagi.... membasuh dan sebagainya... sarapan.. masak bihun goreng, keropok dan nugget... abi pula sempat keluar belakang rumah.. memotong rumput mana yg patut... memetik cili2 dan lada2 yg dah tua... banyak juga hasil tuaiannya... menanam pokok pegaga yg diberi oleh seorg sahabat... mengemas stor di belakang rumah... mmg kalau tak de abi.. tak tahu siapa yg nak buat semua tu... saya sendiri... dengan perut yg semakin membesar ni... tak terdaya utk melakukan itu... syukurlah... abi tahu utk menghulurkan bantuan mana yg patut bg meringankan tugas harian isterinya...
Tika ini sedang berehat sementara menanti abi pulang dari menunaikan solat jumaat...sambil2 chek email... ada satu email yg menyentap hati ummi... hiba ummi membacanya... mmg tidak dinafikan abi selalu berusaha untuk memahami ummi... begitu juga ummi... dalam 4 thn kami malayari bahtera rumahtangga... memang tidak dinafikan amat banyak mehnah dan tribulasi yg dilalui... dgn kesabaran abi yg tidak terhingga, mampu menyelesaikan segala permasalahan yg dihadapi... kami sama2 membuat keputusan, sama2 menghadapi saat suka duka, marah, gembira, cemas dan sebagainya... ummi selalu berdoa semoga bahtera yg dibina ini kan berkekalan hingga ke syurga firdausi dan sentiasa mendapat redha, rahmat dan keberkatanNYA... semoga mahabbah dan mawaddah di antara kami kan berkekalan hingga ke akhirnya.. insyaAllah... tatapilah email ini... ummi suka nak kongsikan dgn semua.... moga bermanfaat...
SUATU PERJALANAN
"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan."
Teringat pesan ayah di suatu petang...
"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.
Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya.
Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja.
Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.
SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:
"Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?" Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu
kedalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."
Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.
YANG LEBIH, YANG KURANG
"Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa," luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
"Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap," jawab saya supaya dia buka mata.
"Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi.
Moga-moga dia berubah hati. Kembali 'memandang tinggi' kehadiran seorang suami.
ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
"Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh
peribadi."
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya
bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, "Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini."
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..
"The only real mistake is the one from which we learn nothing..."
dipetik dari:. http://sitihaslizaa .blogspot. com/
------------ --------
No comments:
Post a Comment