Thursday, December 24, 2009
7 yang disuruh & 7 yg dilarang
Hadis Al-Bara' bin Azib r.a katanya:
Rasulullah s.a.w memerintahkan kami dengan tujuh perkara dan melarang kami dari tujuh perkara. Baginda memerintahkan kami menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang bersin, menunaikan sumpah dengan benar, menolong orang yang dizalimi, memenuhi undangan dan memberi salam. Baginda melarang kami memakai cincin atau bercincin emas, minum dengan bekas minuman dari perak, hamparan sutera, pakaian buatan Qasiyyi iaitu pakaian berjalur yang diperbuat dari sutera, serta mengenakan pakaian sutera, sutera tebal dan sutera halus.
(Riwayat Muslim)
Friday, December 18, 2009
Sayangi Dan Bersyukurlah Dengan Kehadiran Seorang Yang Bergelar Suami
Alhamdulillah... Hari ni 1 Muharram 1431h... Alhammdulillah dan syukur kehadrat Ilahi kerana dgn izin, Rahmat dan RahimNya masih lagi memberi kesempatan kepada saya dan keluarga utk terus menghirup udara segar 1 Muharram... dan meneruskan legasi perjuangan Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan ilmu dan dakwah kepada anak bangsa...
Kebetulan 1 Muharram kali ini jatuh pada hari Jumaat 'saiyyidul ayyam'.. sebaik2 hari untuk kita memulakan perubahan dan menanam azam baru.. semoga segala yg kita azamkan kan dimakbulkan Allah.. insyaAllah..
Cuti2 begini.. memberi peluang kepada ummi dan keluarga utk menghabiskan masa di rumah... maklumlah selalunya kalau cuti saja mmg jadual kami penuh dgn kelas2 pelajar separuh masa di kolj masing2... jadi dgn adanya cuti ini... kami manfaatkan sebaiknya... bangun seawal pagi.... membasuh dan sebagainya... sarapan.. masak bihun goreng, keropok dan nugget... abi pula sempat keluar belakang rumah.. memotong rumput mana yg patut... memetik cili2 dan lada2 yg dah tua... banyak juga hasil tuaiannya... menanam pokok pegaga yg diberi oleh seorg sahabat... mengemas stor di belakang rumah... mmg kalau tak de abi.. tak tahu siapa yg nak buat semua tu... saya sendiri... dengan perut yg semakin membesar ni... tak terdaya utk melakukan itu... syukurlah... abi tahu utk menghulurkan bantuan mana yg patut bg meringankan tugas harian isterinya...
Tika ini sedang berehat sementara menanti abi pulang dari menunaikan solat jumaat...sambil2 chek email... ada satu email yg menyentap hati ummi... hiba ummi membacanya... mmg tidak dinafikan abi selalu berusaha untuk memahami ummi... begitu juga ummi... dalam 4 thn kami malayari bahtera rumahtangga... memang tidak dinafikan amat banyak mehnah dan tribulasi yg dilalui... dgn kesabaran abi yg tidak terhingga, mampu menyelesaikan segala permasalahan yg dihadapi... kami sama2 membuat keputusan, sama2 menghadapi saat suka duka, marah, gembira, cemas dan sebagainya... ummi selalu berdoa semoga bahtera yg dibina ini kan berkekalan hingga ke syurga firdausi dan sentiasa mendapat redha, rahmat dan keberkatanNYA... semoga mahabbah dan mawaddah di antara kami kan berkekalan hingga ke akhirnya.. insyaAllah... tatapilah email ini... ummi suka nak kongsikan dgn semua.... moga bermanfaat...
SUATU PERJALANAN
"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan."
Teringat pesan ayah di suatu petang...
"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.
Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya.
Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja.
Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.
SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:
"Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?" Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu
kedalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."
Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.
YANG LEBIH, YANG KURANG
"Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa," luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
"Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap," jawab saya supaya dia buka mata.
"Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi.
Moga-moga dia berubah hati. Kembali 'memandang tinggi' kehadiran seorang suami.
ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
"Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh
peribadi."
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya
bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, "Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini."
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..
"The only real mistake is the one from which we learn nothing..."
dipetik dari:. http://sitihaslizaa .blogspot. com/
------------ --------

Thursday, December 17, 2009
Doa Akhir tahun dan Awal tahun
DOA akhir tahun dibaca tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
*Doa Akhir Tahun
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekelian alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat baginda sekelian.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini, maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredai dan Engkau memang tidak melupakannya (Tuhan tidak bersifat pelupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabkan kami. Malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu.
Maka, kami sekelian memohon keampunan Mu, ya Allah, ampunkanlah kami dan mana-mana perbuatan yang kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redai dan dijanjikan ganjaran pahalanya.
Maka, kami memohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga serta sahabat Baginda sekelian.
Ya Allah, engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, kami bermohon kepada-Mu agar terpelihara kami sekelian dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan yang terlaknat. Juga daripada konco-konco syaitan dan bala tenteranya.
Kami mohon daripada-Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada-Mu, ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada-Mu.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Mulia, ya Allah, Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
*Doa Akhir Tahun
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekelian alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat baginda sekelian.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini, maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredai dan Engkau memang tidak melupakannya (Tuhan tidak bersifat pelupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabkan kami. Malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu.
Maka, kami sekelian memohon keampunan Mu, ya Allah, ampunkanlah kami dan mana-mana perbuatan yang kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redai dan dijanjikan ganjaran pahalanya.
Maka, kami memohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Doa awal tahun dibaca tiga kali selepas maghrib pada malam 1 Muharam. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”
Ya Allah, engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, kami bermohon kepada-Mu agar terpelihara kami sekelian dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan yang terlaknat. Juga daripada konco-konco syaitan dan bala tenteranya.
Kami mohon daripada-Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada-Mu, ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada-Mu.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Mulia, ya Allah, Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Wednesday, December 16, 2009
Jadilah Tanah yang Subur
Daripada Abu Musa r.a. daripada Nabi s.a.w., beliau bersabda, "Perumpamaan petunjuk dan ilmu yang Allah mengutus aku untuk menyampaikannya adalah seperti hujan jatuh ke bumi.
"Sebahagian dari bumi itu ada yang subur menyerap air, menumbuh-suburkan tanam-tanaman, dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula tanah yang keras, tidak dapat menyerap air sehingga tergenang. Maka denganya Allah memberi manfaat kepada manusia. Mereka dapat minum darinya dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya) dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain, iaitu di atas tanah (berlapis batu) yang tidak menggenang air dan tidak pula menumbuhkan rumput."
"Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama (menuntut ilmu), yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, iaitu ia mempelajari dan mengajarkannya dan begitu pula perumpaan orang yang tidak mahu memikirkan dan tidak mahu menerima petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya. "
(Riwayat Bukhari)
5 Tips berurusan dengan Lelaki
"Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...
1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.
2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh : maaf (bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.
Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih, kan ???
3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”
4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.
Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..
Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik_____, tundukkanlah pandangan.." . Isk,isk..tak layaknya..
5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.
Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam."

Bacalah Al-Quran
Daripada Abu Ummamah Al-Bahili r.a. katanya, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Bacalah Al-Quran! Kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat (pembela) bagi orang yang membacanya. Bacalah dua surat yang bercahaya, iaitu surah Al-Baqarah dan surah Ali Imran. Kerana sesungguhnya keduanya akan datang pada hari kiamat seperti dua mega yang menaungi atau seperti dua awan yang melindungi di atas kepalanya atau seperti dua gerombolan burung yang bersaf-saf. Kedua-dua surah itu akan membela pembacanya."
(Riwayat Muslim)
(Riwayat Muslim)
DR PHD.... kisah suka duka dari sebuah gelaran..
Kisah dari pengalaman seorang sahabat..
----
assalamualaikum,
utk semua rakan-rakan dan mereka yg membaca di ruangan ini.
sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman hidup..jika ada yang boleh dijadikan sempadan dan tauladan.atau pengajaran dan cabaran.
pelajar2 saya sering berkata kepada saya.."dr, bestnya ada phd kan..bestnya jadi pensyarah.. tentu gaji pensyarah besarkan?" itulah yang sering diucapkan kepada saya. dan akhirnya satu hari, saya bertanya di dalam kelas, "boleh tak saya nak ambil masa kamu nak cerita sikit?" semua pelajar saya menjawab serentak "Boleh.." Hari ni saya nak ceritakan pengalaman saya buat phd.. (sambung pelajaran utk dptkan phd).dan mereka meletakkan pen dan pensil utk mendengar cerita saya.
" saya buat phd atas 2 sebab. pertama, memang itu cita2 saya. keduanya, kerana polisi universiti yang menwajibkan setiap pensyarah mesti memiliki ijazah phd. Ada org kata phd..penyakit hasad dengki. tapi bagi kami, phd adalah "permanent head damage" . pelajar2 saya tergelak besar bila mendengar istilah tersebut. Damage bukan bermakna rosak..tapi nak menunjukkan peritnya liku2 hidup yang terpaksa dilalui utk mendapatkan sekeping ijazah bernama Phd..
thn 1997 saya dan suami serta dua org anak ke Birmingham, UK utk melanjutkan pelajaran. suami saya mengambil cuti tanpa gaji selama 3 tahun. Dia menyambung peringkat sarjana dan saya peringkat phd. bermakna anak2 saya akan hidup dengn dua org 'pelajar' yang akan sentiasa sibuk dengan buku2 dan tugasan yang perlu disiapkan. hujung 1997, anak2 saya mendapat tahu mereka akan mendapat seorang adik yang akan dilahirkan pd pertengahan 1998. bertambah lagi satu cabaran..selama 10 bulan, saya berulang-alik ke universiti di mana saya perlu ambil dua bas atau satu bas dan keretapi utk sampai ke universiti. saya tnyakan pada pelajar2 saya, boleh tak awk semua bayangkan bagaimana seorang ibu yg pregnant menjadi pelajar? Kalau dibandingkan dengan kamu semua yang masih solo...tinggal dlm kampus, ada bas disediakan.. tapi ada di antara kamu yg masih lewat datang ke kelas?" Pelajar2 saya terdiam...tidak ada lagi bunyi ketawa. mereka faham, saya sedang 'menyindir' sambil bercerita.
Julai 98, saya selamat melahirkan anak ke3..seorang lagi anak lelaki. dan bulan itu juga suami saya menerima ijazah sarjananya. Dia telah selamat tamatkan sebuah episod..tapi perjuangan saya belum selesai. supervisor meminta saya berusaha lebih gigih..supaya lebih cepat siap dan dapat phd. waktu malm suami saya bekerja part time di kilang cadbury. agaknya kurang selesa hanya tolg menjaga anak2 semasa saya ke universiti. atau tidak selesa tidak ada pendapatan sndiri. ada masanya saya membaca buku atau menaip tugasan sambil meriba anak saya yang masih bayi..dan suami saya pula melayan dua org anak saya yang waktu itu berumur 7 tahun dan 4 tahun.Saya tanyakan kpd pelajr2 saya.."Susah sangatkah kamu belajar dalam keadaan kamu yg masih bujang? kenapa masih ada yg tidak siapkan tugasan yg diberikan pensyarah?"
Bulan Disember 08..saya telah tempah tiket utk kami sekeluarga pulang ke msia pada bulan April. tujuan utama utk mencari data utk kajian phd saya. saya telah mula mbeli hadiah utk adik2 saya dan saudara mara di kampung. Begitu juga dengan suami yg mencari hadiah utk adik beradik dan keluarganya. Bulan januari 09 saya dikejutkan dgn panggilan telefon drpd adik saya.. mberitahu adik lelaki bongsu saya berumur 15 tahun meninggal dlm kemalangan motorsikal dan van kilang tak jauh dari kawasan kampung. Allah saja yg tahu, betapa rindunya saya pada adik kesayangan saya. Adik yg saya jaga seperti seorang ibu menjaga anaknya..dan terngiang2 di telinga saya, adik saya berkata, "Ami dah kurus sekarang..kalau kak long balik nanti mesti terkejut tengok ami..(dia membahasakan diri dia kami sejak kecil, tapi cuma sebut ami). ikutkan hati..saya ingin terbang pulang hari tu juga.utk menatap wajah adik saya buat kali terakhir. tapi saya tak mampu, apatah lagi tiket2 bulan april dah dibayar sepenuhnya. Seharian saya cuma menelefon, bertanya apa yang berlaku. adik2 saya cuma memberitahu, " jenazah dah dimandikan.. dah dikafankan dan dah dikebumikan. " 3 hari 3 malam saya menitiskan airmata..saya tidak menelefon ibubapa kerana tidak mahu mendengar mereka menangis. saya hanya bercakap dengan adik2 di kmpg. Hnya suami menelefon ayah saya dan mengucapkan takziah dan minta bersabar. tapi pada hari adik saya meninggal dunia, saya tetap pergi ke kelas macam biasa. kawan2 bertnya, kenapa tidak rehat saja di rumah? saya memberitahu mereka, kalau saya menangis sampai keluar airmata darah pun..adik saya tak akan hidup semula. lebih baik saya ke kelas..teruskan hidup macam biasa.tapi sepanjang jalan ke universiti airmata saya keluar. saya bertanya kepada pelajar saya.. "kenapa ada di antara kamu yang selalu ponteng kelas hanya kerana masalah kecil? kerana bergaduh dgn boyfriend.. hanya kerana putus cinta dengan girlfren..? waktu itu saya lihat ada pelajar2 saya yang dah menitiskan airmata.
selepas 3 hari...saya berhenti menangis. dah kering airmata. dan daripada Januari 1999 hingga tahun 2002 saya tidak boleh menangis. sesedih mana pun..saya tk boleh menangis. Saat itu baru saya tahu betapa menangis itu satu nikmat pemberian Allah kepada hamba2Nya. Terlalu sakit rasanya bila kita tidak dapat menangis. Waktu menziarah kubur adik saya..saya tidak menangis walhal saya amat rindukan dia. Ada satu perkara yg perlu saya ceritakan..semasa di UK setiap kali selepas saya solat, saya akan berdoa.."Ya Allah panjangkanlah umur datukku..(saya dibesarkan oleh nenek dan datuk). Berilah saya peluang utk berjumpa datuk, ayah dn ibu." itulah doa saya setiap hari. saya terlalu bimbang tidak dapat bertemu dengan datuk atau ayah dan ibu. sebb kita selalu berfikir yg tua akan pergi dulu. Bila adik meninggal, saya tersentak. saya tidak pernah berdoa utk adik2 saya..kerana selalu berfikir yang muda akan hidup lebih lama drpd yang org tua.
Allah mengajar saya..saya dapat apa yg saya minta..dapat bertemu dgn datuk, ayah dan ibu. Tapi Allah mengajar saya..jangan lupa org muda juga boleh diambil nyawanya bila2 masa. perasaan bersalah sebab tidak mendoakan adik2..buat saya rasa terduduk.menyesal dan macam2. bila difikirkan, apakah hak saya utk meminta Allah panjangkan umur hamba2Nya..sebab Allah dah berkata di dalam al-Quran " Bila datang ajal anak Adam, tidak akan lewat atau cepat sesaat pun.." Sejak hari itu..saya cuma berdoa, berikanlah kepada kami semua kebaikan di dunia dan akhirat." lambat atau cepat pulangnya seorang hamba adalah hak Allah utk menentukan. Saya insaf...saya tidak perlu 'mengajar' Allah apa yang patut dilakukanNYa.
sejak itu juga setiap kali pelajar2 saya kata, "dr, tolong doakan saya dapt kerja di perak..tolong doakan saya dpt kerja ini dan itu.." saya mmberitahu mereka.."Maaf, saya cuma akan doakan utk kamu, berikanlah yang terbaik utk pelajar2 saya." Allah tahu apa yang terbaik utk kita. kita tidak perlu mengajar Allah.tidak perlu 'memerintah' Allah buat itu dan ini...Kadang2 apa yang kita rasa baik utk kita tidak semestinya baik..jadi, terima ketentuan Allah dengan hati yang redha.
Monday, December 14, 2009
Makan di Restoran Saba' pula....
Nukilan
Ummu Ammar
at
Monday, December 14, 2009
4
comments
Labels:
Kolej Dar al-Hikmah,
rehlah usrah
Salam....
Alhamdulillah.. sejak akhir2 ni... suka sangat nak makan masakan arab... rasanya baru lg pergi ke al-Rawsha.. kali ni sempena meraikan student berjaya melaksanakan program tahsin solat di sekolah lama ummi.. Sek. Agama Men. Unwanus Saadah Kanchong darat... bila buat post mortem program.. Alhamdulillah ada duit lebih... biasanya buat sekali jamuan sewaktu post mortem tu.. tp kali ni bila bincang dgn student nak makan apa... katanya teringin nak rasa masakan arab... ok gak tu..
bila ummi bincang balik dgn lecturer lain... semua ok jer... jd decide nak pergi restoran arab berdekatan jer... so, pilihlah restoran Saba'... dekat je.. tak lah jauh sgt... di cyberjaya je.. kalau dr bangi ni taklah jauh sgt... tak sampai setengah jam pun...
bawa abi n ammar sekali.. coz lepas tu nak terus balik kampung.. ada kenduri tahlil utk arwah abah dan kenduri "kejobos" (istilah org jawa = utk panggil org kg membantu dan gotong royong utk majlis kenduri kahwin)
acha n lela
antara lecturer yg ikut sekali... us. amin, us. nasir (diorang saja ikut nak gi saba' ni) dan lecturer yg terlibat sewaktu program adalah us. mujahid, tn. Hj. Munaim dan us. yumni)
Azleen - presiden MPP
Nazmi, Maryam n saadah...
Chicken Kabsa yg dimakan oleh student ni... mula2 sampai.. mana ayam dia.. kosong je... rupa2nya ada ayam di sebalik nasi daaa... tp tak sama dgn rawsha.. coz rawsha ada kuah dal ke klu tak silap...
Ummi dan abi makan grilled chicken.. tak makan kabsah coz hr tu kat rawsha dah rasa kabsa... ni nak try lain plak... apa pun.. still tak berani nak makan lamb.. kolestrol tinggi maaa.... jaga kesihatan...
Air Barbican yang dikatakan sedap... tapi, ummi tak leh minum coz pregnant...
so, ummi order teh arab... mint tea... sedap maaa... siap boleh share dgn semua lg.. coz cawan dia kecik kan... so, ummi order satu teko tu ler... blh minum ramai2..
Buku menu saba' restoran... walaupun dlm b.arab... tp jgn risau ada terjemahan dlm b.inggeris dan gambar sekali...
Kami sampai dalam jam 5.30 ptg... jam 6.45 camtu semua dah siap makan... kira berbaloi lah... ustaz nasir yg dr tadi kosongkan perut pun dah rasa kenyang... hehehehe... apa pun mmg best...
tapi, sedikit komen dr ummi... mmg bezalah rawsha dgn saba' ni... klu di rawsha terasa sikit biah arabiyyah nya... pelayannya org arab... suasana kedainya pun nampaklah kearaban sikit... di saba' ni pelayannya melayu... dan tak nampak sgt kearabannya... dr sudut rasa makanan... mmg tak leh lawan rawsha lah.. sedap lg dr saba' ni... apa2 pun Alhamdulillah.. syukur atas nikmat dan pemberianNYA... memberikan rezeki pada kami semua... Syukur ya Allah...
Tuesday, December 08, 2009
Tuesday, December 01, 2009
Sambutan Ulangtahun Kelahiran yang ke-29
Hari ini... tidak seperti hari yang sama pd thn2 lepas... masih lagi ummi mendiamkan diri... selalunya ada saja surprise yg abi buat utk ummi... dalam diam ummi terasa... abi dah lupa ker... tapi, ummi faham... abi letih semalam... mana taknya ahad malam tu baru sampai dr perak... isnin tu kena balik banting pulak... lepas tu abi kena hantar nenek pergi rumah saudara-mara untuk menjemput mereka ke kenduri kak ita dan kak ros pd 12/12 nanti...
selalunya abi tak pernah lupa... malah thn lepas sendiri abi buat kejutan pada ummi... jam 12 malam 1/12... ummi buat2 tidur... tetiba abi keluar rumah... then masuk semula.. sambil nyanyi sanah helwa ya habibati... dgn di tgn abi ketika itu ada sekotak kek dan hadiah... surprise sungguh... ummi masih ingat semua tu.. takkan ummi lupakan... tapi, kali ni kenapa yer....
hmmm... rupa2nya.. pg td lepas solat subuh, abi baru lafazkan sanah helwa pd ummi... dan bg hadiah serta tambahan... katanya kita makan malam di mat'am ar-rawsha mlm ni yer... jgn risau... abi takkan lupa birthday insan yg abi sayangi... kata abi... terima kasih abi... ooohhh... inilah yg abi sembunyikan yer.. ingatkan dah lupa... heheheh.. maklumlah baru je beberapa hari makan kek coklat sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke-4 pada 27 november lepas... jadi, abi kata dah boring nak makan kek... jom pergi ar-rawsha... Alhamdulillah...
jadi petangnya kami pun pergi ke ar-rawshah... solat maghrib di surau berdekatan... then, terus ke ar-rawsha... turut bersama anak buah abi (faiz, 12 thn).. senang sikit.. bolehlah ammar main dgn faiz...kami pun order makanan arab yg sgt lazat... tp abi dah pesan, jgn makan daging.. takut darah tinggi... jadi, kami makan lamb chicken kabsa, hummus, salathah, syurbah dajaj dan desert yg sedap sgt... kenyangnya tidak terkata... tp ummi cuma mampu makan separuh sahaja.. byk sgt nasi dan ayamnya... jd, bg separuh pd faiz... abi dah cakap klu order 3 nnt tak larat makan... jd order 2, bg faiz separuh.. mmg pun tersgt le byk.. sampai tak larat nak makan... mana nak makan hummus lagi.. syurbah.. sallathah... hmmm... laziiiiiizzzz jiddan....tak per lepas ni kalau teringin lagi.. boleh minta ummu uwais ajarkan... kan bayt amzar nak balik tak lama lagi.. jangan lupa belikan rempah2 dr sana yer....
jam 9.30 baru kami selesai makan... dlm masa yg sama... di tgn faiz ada 3 plastik ar-rawsha... huhuhu... tak larat nak habiskan mix fruit, hummus dan sallathah... tak nak membazir.. kami minta ianya dibungkus...
lepas tu terus ke damansara.. rumah abang faiz utk ambil pakaiannya... faiz akan duduk kami sampai hr jumaat ni... lepas tu dia akan mengikuti kem tahfiz dan pemantapan solat di ma'had ihya al-ahmadi dr 4/12 hingga 13/12.... insyaAllah
jam 11 barulah kami sampai ke rumah... Alhamdulillah.. kenangan yang manis dlm hidup ummi..

Ni lah dia al-rawsha restaurant... kedai arab lebanon...
Ammar dengan semangatnya makan aiskrim coklat semangkuk besar... macam nilah anak ummi kalau jumpa aiskrim sekarang ni...
Nyum.. nyum sedapnya lamb chicken kabsa dgn ar-rawshah cocktail ni... dan aiskrim ammar yg banyak.. geram je ummi tengok
Ammar, abi n abang faiz...

Subscribe to:
Posts (Atom)