Photobucket

Zikrayaat

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Thursday, September 10, 2009

Amalan pada Fasa Terakhir Ramadhan

0 comments

Di 10 malam terakhir dibulan Ramadhan merupakan kemuncak kepada amalan-amalan yang dilakukan dibulan Ramadhan. Sayugianya jangan dibiarkan malam-malam ramadhan berlulu pergi tanpa mendapan keampunan dan pelepasan dari azab neraka.



Sifat Rasulullah saw apabila berada di 10 yang akhir bulan Ramadhan.



عن عائشة قالت كان رسول الله ( صلى الله عليه وسلم ) إذا دخلت العشر الأواخر من رمضان أيقظ أهله وأحي الليل وشد المئزر
Maksudnya; Apabila masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, Rasulullah saw membangunkan ahli keluarganya, menghidupkan malam dan mengikat kainnya (iaitu mengasingkan diri dari isterinya )


كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يُوقِظُ أَهْلَهُ فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ ، وَيُشَمِّرُ فِيهِنَّ.
Maksudnya; Nabi akan membangunkan ahli keluarganya pada 10 terakhir bulan Ramadhan dan bersungguh-sungguh padanya.


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ اجْتِهَادًا ، لاَ يَجْتَهِدُه فِي غَيْرِهِ
Maksudnya; Rasulullah saw bersungguh-sungguh dalam beribadat pada 10 terakhir bulan Ramadhan, kesungguhan yang tidak pada waktu yang lain.



Mengapa kesungguhan itu melebihi dari kesungguhan di sepuluh yang terakhir bulan Ramadhan?

Kerana anugerah Allah yang sangat besar iaitu malam lailatul qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Firman Allah swt:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ .
Maksudnya; Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

Sabda Nabi saw;
عَنْ عَائِشَةَ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ عَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ
Maksudnya; Carilah malam lailatul qadar pada hari-hari yang ganjil di sepuluh terkakhir bulan ramadhan.


Amalan di 10 terakhir Ramadhan ialah dengan menghidupkan malan ( qiamullail ) dengan melakukan amalan berikut
Beriktikaf di masjid.
Berzikir
Bertasbih
Bertahmid
Istighfar
Membaca al-Quran.
Sembahyang sunat khususnya solat Tarawih dan solat Tahajjud dan solat-solat sunat yang lain.

Fasa Terakhir dalam Tarbiyyah@madrasah Ramadhaniyyah..

0 comments
Alhamdulillah... sujud dan syukur dirafa'kan kehadrat Ilahi Rabbul Izzati.. kerana dgn sifat Rahman dan RahimNYA masih lagi memberi kita keizinan untuk meneruskan baki2 usia yg tinggal ini... dan dgn kasih sayangNYA juga masih lagi kita ini diberi kesempatan untuk meneruskan fasa terakhir tarbiyyah @ madrasah Ramadhaniyyah ini...

Bulan Ramadhan sudah sampai ke sepertiga akhirnya... bulan di mana Allah menawarkan jualan murah kepada hamba2NYA... sale pahala... buat satu dapat sepuluh... buat yg sunat dpt pahala wajib... marilah kita bersama2 merebut peluang yg datang hanya sethn sekali ini... marilah kita bersama2 mempertingkatkan amal ibadah kita... Moga bulan ibadah ini benar2 melatih kita menjadi muslim mukmin dan moga Allah menerima segala amal ibadah kita dan mendapat ganjaran berlipat ganda dariNya. InsyaAllah....

Fasa terakhir Tarbiyyah Ramadhaniyyah, yang mana Allah janjikan "penghindaran dari api neraka" dan dihadiahkan kita satu malam yang paling mulia iaitu Lailatul Qadr. Kita semua sudah maklum bahawa amalan pada malam Lailatul Qadr itu diganjari dgn seribu bulan iaitu bersamaan dgn lbh kurang 80 thn usia kita... itu pun kalau kita masih dipanjangkan umur... jika tak pasti... marilah kita berusaha mencari Lailatul Qadr. MasyaAllah.. . maha Pemurahnya Allah dan amat rugilah kita jika kita tidak berusaha untuk merebut nya.

Murottal al-Quran