Ulu'l Albab
Mengisi diri dengan pelbagai bentuk ilmu
Ilmu itu kan nur
nur yang hakiki dan tulen
mulai dari bentuk mesinnya
hinggalah ketulenan segalanya
dari yang tersurat juga tersirat
Nur yang hebat disisiNya..
wasilah jalan keamanan,
keikhlasan berkat serta kesan yang mendalam pada qolbi
membuahkan hasil umat bahgia,
aman dan sejahtera serta punyai hikmah
tanpa bingung lagi pening kepala…
generasi hamba yang punyai kekuatan
pada tiga aspek ‘alamiyah
sentiasa menjadi penyampai yang hebat
demi nawaitu padaNya semata-mata
takut pada kifarahNya disana
yang kekal selamanya
mahukan imbalan redhaNya
bukan mahukan nikmat SyurgaNya
Itulah hakikat sebenar Ulu'l Albab
tidak mengejar populariti,
populariti menghancurkan generasi
tidak tamak mencari publisiti,
publisiti mengamcam kebobrokan bersiri
bukan kerana ta'subnya
pada ulama’ pilihan dan juga ikutan hati..
kan ijtihadi masih tidak tertutup lagi
Ulu'l Albab generasi modal insan cemerlang,
bijak bistari menangani konflik terkini
dengan berkat Robbi
tidak takut pada masyarakat
sama ada mengerti atau pun tidak mengerti
hakikatnya kelanggengan mardhotilLah Itu yang dinanti…
AMS J Shila Jamal
10 Zulkaedah 1429/8hb November 2008
http://chivalry-tranquility.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment