Photobucket

Zikrayaat

Thursday, January 08, 2009

Ambil masa dan berminda positif


Perubahan biasanya mengambil masa. Walaupun Anda nak melihat kesan perubahan dengan cepat, namun kesannya juga tak kekal, cepat hilang. Benda yang dibuat secara kelam kabut biasanya kurang kualiti dan tak tahan lama.


Begitu juga dengan sikap kita. Nak ubah sikap dari selalu berfikiran negatif kepada fikiran positif ambil masa. Ada orang ambil masa 6 bulan nak berubah dari sikap lama kepada sikap baru.
Ada orang ambil masa 3 bulan nak berubah. Ada orang amik masa setahun.

Nak berubah, biar dibuat langkah demi langkah, macam kita bergerak naik tangga. Biar perubahan yang Anda mahukan dibuat secara bertahap, agar lebih mudah diserap dan lebih kejap melekat lalu menjadi tabiat. Jangan tamak sangat nakkan kesan dengan cepat sebab kualitinya akan jadi kurang baik.

Selain ambil masa, perubahan minda dari minda negatif kepada minda positif perlukan Anda memiliki kemahuan kuat, sekuat Anda mahukan udara tatkala sedang lemas di dalam air. Selepas itu, diikuti dengan komitmen dan istiqamah, iaitu berfikiran positif secara berterusan sepanjang masa, tahan mendepani fikiran-fikiran negatif di sekeliling.



Mengapa mesti lakukan secara berterusan?
Macam stamina pemain bola sepak. Dia kena jaga stamina tu, jika tidak, dia akan cepat penat, kemudian sudah tentu dia dan pasukannya kalah teruk hanya kerana stamina lemah.
Anda kena jaga fikiran positif Anda. Jika tidak, Anda akan cepat dipengaruhi fikiran-fikiran negatif lalu Anda jadi kurang bersemangat dalam apa jua yang Anda lakukan. Anda tak akan ada kekuatan mengharungi segala masalah dan apa saja dugaan hidup.
Walaupun merubah diri ke arah pemikiran positif, tindakan positif ambil masa, namun membuat Anda kuat mendepani apa saja cabaran yang muncul dalam hidup Anda.

No comments:

Murottal al-Quran