Photobucket

Zikrayaat

Thursday, January 08, 2009

Kejutan Tahun Baru...




salam..

Apa sebenarnya reaksi yang kita nak bagi, apabila mendapat kejutan yang tak disangka-sagka.. nak cerita kejutan yang saya terima hari isnin lepas di kolej dar al-hikmah saya..

Kami semua staf sudah maklum adanya perjumpaan dgn pihak pengurusan pada hari itu jam 11 pagi.. saya sendiri hampir2 terlupa akan perjumpaan tersebut.. mujur teringat.. majlis bermula agak lewat sedikit.. kira2 jam 11.15 pg.. en. hafiz menjadi mc tika itu.. serasa saya tak pernah lagi saya lihat hafiz menjadi mc... okey juga.. ooo.. baru saya teringat hafiz kan sudah menjadi pengurus KDH merangkap bahagian kewangan kolej..

Seterusnya.. Tn Hj Ahmad Said, CEO Kolej meneruskan bicara.. pelbagai pengumuman diwar2kan.. begitu juga flashback tentang keadaan kolej.. ada yang sedih,gembira, banyak susah payahnya.. namun, saya teringat kata dato' presiden kolej Dato' Sidiq Fadzil... "Dalam kesempitan ada kesempatan" kesimpulannya... biar bagaimana pun keadaan kolej rakyat kami ini... perlu ada sikap kebersamaan.. sentiasa bekerjasama dan berperanserta di dalam susah dan senang... sebelum mengakhiri ucapannya.. ada satu pengumuman yang membuatkan kami semua terkejut... nanti saya ceritakan apa kejutannya...

Hafiz terus menyatakan pencapaian kolej dan rezeki yang kami perolehi pada akhir tahun 2008 ini.. sebenarnya telalu banyak cabaran dan dugaan yang kolej lalui pada 2008 ini.. hinggakan bahagian kewangan sendiri mengakui tahun ini adalah tahun yang paling banyak dugaan buat kolej... teringat kata2 hafiz.. "selagi Dato' dan Tn Haji Ahmad Said ada, saya tak risau sebab saya tak pernah jumpa lagi boss2 yang cool macam ni"

Ucapan dilanjutkan pula oleh ayahanda kesayangan kami Dato' Siddiq Fadzil.. beliau mengatakan Kolej Dar al-Hikmah ini Kolej kerakyatan... kolej perjuangan.. hanya kami semua staf yang memahami kata2 dato' ini.. antara intipati ucapan beliau adalah :
- nikmat bagi orang yang bermasalah adalah apabila dapat menyelesaikan masalahnya..
- mengulas kata2 Bapak Muhammad Natsir : "Janji Allah itu diberikan kepada mereka yang telah berjuang, disebabkan itu sudah pasti ALLAH tunjukkan jalanNYA..."
- hadapi 2009 ini dengan penuh optimistik
- untuk mendapat kemudahan dan kemajuan memerlukan kesabaran
- Allah tahu masa yang terbaik yang perlu diberikan kepada kita
- Oleh itu, jangan memaksa Tuhan, dalam doa dan ibadat yg kita lakukan biar dimanapun... kena bersabar..Allah nak kita sentiasa berdoa.. sentiasa mengingatiNYA.. kita serahkan saja pada Allah.. biar Allah yang menentukan segalanya.. jangan putus asa..
- Semangat kebersamaan pasti menyenangkan semua orang..
-perlu menjaga reputasi dan kepercayaan...
- Losing money is bad,
but, losing reputation is worse....

Kami semua rasa makin bersemangat untuk menongkah arus 2009 ini...insyaAllah akan kami usahakan untuk mencapai segala yang diilhamkan....

Dan kejutan yang akan saya katakan ini menyebabkan kami lebih bersemangat untuk memulakan tahun baru ini.. kejutannya adalah..... BONUS tahun baru... di saat kegawatan ekonomi ini.. Alhamdulillah Allah kurniakan sedikit rezeki... dato' kata durian runtuh... tapi, kalau runtuh takut tahun depan tak der lagi coz dah runtuh kan... saja dato' berjenaka dgn kami..
Apa pun... memang semua orang bergembira dengan kejutan ini.. tahniah buat hafiz yang berhempas pulas menjana kewangan kolej... terima kasih banyak2...

No comments:

Murottal al-Quran