Photobucket

Zikrayaat

Thursday, January 08, 2009

Bagaimana nak menghijrahkan diri?

Segalanya mesti bermula di minda. Minda kita membentuk siapa kita,
siapa saya dan siapa Anda.
Ubah apa yang ada di fikiran terlebih dahulu. Fikir yang baik-baik setiap kali Anda melihat orang lain, menginterpretasi keadaan, situasi dan benda.
Latih fikiran untuk melihat dan menafsir yang baik-baik agar perbuatan dan tindakan Anda terdorong menjadi yang baik-baik juga.
Lama-kelamaan Anda akan dapat merubah sikap lama kepada sikap baru yang lebih baik, lebih positif, lebih disenangi orang-orang disekeliling Anda di rumah atau di tempat kerja.
Sudah tentu mudah untuk Anda mencapai kemajuan dalam apa jua yang Anda usahakan.
Tahu tak, orang yang fikirannya positif lebih cepat maju daripada orang yang fikirannya negatif?
Kesilapan ramai orang adalah memenuhkan fikiran dengan hal-hal buruk berkaitan orang lain. Apa yang orang lain buat, orang lain cakap, orang lain usahakan dan orang lain punya pendapat, dia ulas, dia komen, dia komplen.
Pendek kata, dia suka bercakap keburukan orang lain, lebih dari memuhasabah keburukan dirinya sendiri.
Jika Anda ada sikap sebegitu, ubah segera kerana ia akan menarik kesusahan datang pada Anda.
Ubah sebelum parah!

No comments:

Murottal al-Quran