Photobucket

Zikrayaat

Sunday, January 18, 2009

Kaitan tandas dengan kenakalan anak2

vs

artikel ini saya perolehi dari email saya... mungkin sesuai untuk dikongsi bersama... berkenaan pendidikan anak2 di zaman yang serba moden ini... jika nak dibandingkan dengan zaman mak ayah kita dulu.. toilet jauh nun kat luar dan belakang rumah... supaya syaitan tak berkeliaran kat rumah kita.. tapi sekarang.. fikir-fikirkanlah.... pendidikan anak-anak bermula dari rumah.. jadi, bermula dari rumahlah kita perlu mendidik anak2 ni tentang adab sopan budi bahasa... mudah2an anak2 kita mendengar kata dan menjadi anak yang soleh dan solehah... tak perlu pula sampai nak salahkan tandas.... :) :) :)

Salam Hormat,
Seorang anak saudara saya yang berusia 10 tahun mengemukakan soalan ini dan saya gagal menjawabnya. Dia bertanya kenapa tandas rumah-rumah moden sekarang ini ditempatkan dalam bilik.

Biasanya tandas ada dalam bilik utama selain di bahagian belakang (dapur). Katanya, ustaznya memberitahu setiap kali azan, syaitan akan terkentut-kentut dan cirit birit, melarikan diri ke dalam tandas. Pendeknya syaitan suka duduk di tempat-tempat kotor seperti tandas.

Tetapi kenapa rumah-rumah sekarang ini, tandasnya ada dalam bilik ?. Takkah itu bermakna kita membela syaitan dalam bilik, katanya membuatkan saya bingung. Betul juga cakap budak ini. Orang sekarang makin teruk dan degil, mungkin salah satu sebabnya membela syaitan dalam bilik. Anak-anak degil, berkali-kali cakap atau panggil buat tidak tahu sahaja. Suami juga degil, cakap perkara sama berulangkali, buat sakit hati isteri. Isteri juga sama. Semua degil-degil. Sebab dalam biliknya ada tandas. Punyanya malas orang kita, kalau nak kebilik air, tak perlu jauh-jauh, di sebelah katilnya sudah ada bilik air.

Nampaknya orang Islam nak ikut stail orang Barat. Mereka nak jadikan rumah mereka macam hotel. Dalam bilik hotel ada tandas, jadi orang Islam yang membina mahligai mereka pun mahu buat macam itu - ada tandas dalam bilik.

Orang dulu, kalau bina tandas, mereka cari tempat jauh-jauh dari rumah.'Bank kecil' ini memang berasingan daripada rumah mereka. Tetapi kini,orang bukan saja membina tandas dalam bilik, malah ada melengkapkan tandas mereka sebegitu hebat seolah-olah macam tempat tidur! –

Moral of the story…. SENTIASA LAH TUTUP PINTU BILIK AIR ANDA… (dalam erti kata lain agar syaitan2 tu tak berkeliaran dalam bilik tidur anda)…….Itu adalah yang terbaik…

No comments:

Murottal al-Quran