Photobucket

Zikrayaat

Wednesday, January 07, 2009

Jemputan seminar

Assalammualaikum Wrt. Wbt.

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI SEMINAR SERANTAU MEMPERINGATI 100 TAHUN PAHLAWAN NASIONAL BAPAK MOHAMMAD NATSIR : 10 JANUARI 2009

Mohammad Natsir, Pahlawan Nasional Indonesia yang bergelar Datuk Sinaro Panjang telah dilahirkan pada 17 Julai 1908, di Kampung Jembatan Berukir, Alahan Panjang, Sumatera Barat. Beliau adalah seorang putera ulung rantau ini, yang membukti diri sebagai mujahid dakwah dan pejuang politik yang konsisten dan cukup setia kepada idealisme murni kedaulatan Islam dan martabat umat. Bagaimana sekalipun kotornya permainan politik zamannya, beliau tetap ‘berjuang dalam santun’ berasaskan akhlak mulia dan prinsip yang murni. Beliau mencapai posisi penting dalam politik Indonesia dengan jawatan–jawatan Menteri Penerangan dan kemudiannya Perdana Menteri.

Beliau sempat berpolemik dengan Sukarno sekitar persoalan Islam dan sekularisme, terkenal kerana Mosi Integral 1949, suatu peristiwa penting dalam sejarah politik. Beliau ‘mempunyai saham’ dalam menyelesaikan sengketa Malaysia-Indonesia serta terlibat dalam beberapa isu antarabangsa termasuk isu Palestin. Beliau turut serta menandatangani Petisi 50; pernyataan protes terhadap kebobrokan Order Baru. Di samping aktivisme yang pelbagai, beliau sempat menghasilkan berbagai tulisan termasuk buku Capita Selecta di samping karya dakwahnya yang penting iaitu Fiqh al-Dakwah.

TENTATIF PROGRAM
8.00 pagi Pendaftaran Peserta
9.00 pagi Sesi I : Perasmian Pembukaan oleh YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,
Pengerusi Lembaga Pengarah KUIS merangkap Menteri Besar Selangor.
10.15 pagi Ucap Utama oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, (Ahli Parlimen)
11.00 pagi Rehat dan Minum
11.45 pagi Sesi II:Pembentangan Kertas I
1. Prof Dr Taufik Abdullah (LIPI) *
2. Prof. Dr. Mohd Kamal Hasan (UIAM).
3. Prof Madya Dr Muhammad Nur Manuty (KUIS)

01.15 ptg Makan Tengahari dan Solat
2.45 ptg Sesi III: Pembentangan Kertas II
1. Bapak Syuhada Bahri (DDII)
2. Dr Gamal Abdul Nasir Hj Zakaria (Universiti Brunei Darussalam)
3. Dr Zulkefli Aini (KUIS)
4. Wakil dari Singapura

04.30 ptg Penutup Minum petang
Bersurai
BAYARAN:
* YURAN PENDAFTARAN
PELAJAR : RM20.00
INDIVIDU : RM70.00
WAKIL ORGANISASI/AGENSI/JABATAN : RM100.00*

Yuran pendaftaran termasuk bahan seminar, sijil penyertaan dan makan minum sahaja
Sila daftarkan saya/kami sebagai peserta. Bersama ini disertakan tunai/cek/wang pos berpalang No _____________________ atas namaKUIS berjumlah RM ___________ untuk penyertaan _________ peserta . Bayaran boleh dibuat ke akaun KUIS di BIMB Cawangan Bandar Baru Bangi, No Akaun 12- 02901-003591-4. Sila faxkan slip bank ke KUIS di 03-8925 4418 atau WADAH di 03-8922 2561 sebagai bukti pembayaran.
Nama : ________________________________________________
Mel-e :______________________
Alamat : _________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ Organisasi : __________________________________________________________________________
No Telefon Pejabat : _________________ No Telefon Bimbit :____________

Borang yang lengkap dengan bayaran hendaklah sampai ke salah satu alamat berikut sebelum atau pada 07 Januari 2009:
Sekretariat Seminar
Pejabat Timbalan Rektor Pembangunan Korporat dan Pengantarabangsaan ,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Selangor
Tel : 03-8925 4251 ext 1300 Tel: 03-8925 2344 Faks: 03-8925 4418
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
No 8, Jalan Surada 1, Taman Desa Surada, Seksyen 8,
43650 Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang Selangor
Faks: 03-8922 2561 Mel-e: sem.natsir@gmail.com

No comments:

Murottal al-Quran